BeRMuSaFiR Di BuMi SYaM

>> Sunday, May 17, 2009

First of all, aku nak ucapkan jutaan terima kasih tak terhingga kpd mereka yg sudi meninggalkan komen dalam my previous entry (Luahan Hati). Seriously, aku terharu sangat2 dgn komen2 yg korang tinggalkan. InsyaAllah aku akan gunakan segala nasihat & panduan yg korang beri. Aku sekarang dah agak OK sikit. Dah tak sedih sangat dah. Thanx to korang semua. :)

Dan maybe ramai yg taktau, aku akan bermusafir di bumi Syam. InsyaAllah pada pukul 2.20 petang nanti aku akan bertolak dari Dublin Airport ke Amman, Jordan. Aku akan menaiki flight Turkish Airlines yg akan transit selama beberapa jam di Istanbul, Turkey. Aku akan berada di sana selama lebih kurang 2 minggu. Aku akan pulang semula ke Dublin pd 3 June nanti, 2 hari sebelum balik ke Msia.

Kat sana nanti aku akan lepak kat rumah member2 yg aku kenal melalui internet. Harap2nye dieorg sudi melayan kedatangan aku. Hehe. Selain Jordan, aku insyaAllah akan menjejakkan kaki di bumi Syria & Lebanon sekali jikalau berkesempatan. Ketiga2 negara itu termasuk Palestin & Israel terletak di satu zone yg dikenali sbg bumi Syam, antara bumi yg diberkati Allah SWT selain bumi Mekah & Madinah. Tujuan aku ke sana adalah utk mengembara melihat tinggalan2 sejarah di bumi ini, yg kaya dgn sejarah para Anbiyak. Selain itu, memandangkan bumi Syam ini adalah antara bumi yg diberkati Allah SWT, aku ingin mengambil kesempatan yg ada utk berdoa kpd-Nya supaya memudahkan segala urusan aku, keluarga aku & sahabat2 aku di dunia. Harap2nya doa aku akan dimakbulkan-Nya.

OK la. Aku terpaksa pack barang2 aku skarang ni. Byk lagi yg belum dikemas. Ape2 pun, doakan aku selamat pergi, selamat dalam perjalanan & selamat pulang semula ke Dublin. :)

Oh ya. Malam tadi adalah malam final Eurovision Song Contest yg disiarkan secara langsung dari Moscow, Russia. Pemenang tempat pertama adalah lagu dari Norway, iaitu 'Fairytale', nyanyian Alexander Rybak. Lagu ini dicipta oleh penyanyinya sendiri & memecah rekod Eurovision Song Contest dgn kutipan mata tertinggi dlm sejarah pertandingan ini, iaitu sebanyak 387 mata. Pemenang tempat ke-2 pula adalah lagu dari Iceland yg bertajuk 'Is It True'. Penyanyinya bernama Yohanna. Tempat ke-3 pula dimenangi oleh lagu dari Azerbaijan, iaitu 'Always' yg dibawakan secara duet oleh AySel & Arash. Sementara tempat ke-4 pula dimenangi oleh lagu dari Turkey yg bertajuk 'Dum Tek Tek' yg dibawakan oleh Hadise. Dan lagu dari United Kingdom, iaitu 'It's My Time', nyanyian Jade Ewen pula memenangi tempat ke-5. Untuk tempat2 yg seterusnya, sila2 la rujuk kat Wikipedia kalau rajin. Heheh.

Kat bawah ni aku selitkan video2 persembahan Top 5 Eurovision Song Contest 2009:



1st Place: NORWAY: Alexander Rybak - Fairytale (387 points - highest ever in ESC history. Previous highest record was made by Finland in 2006 with 292 points)


2nd Place: ICELAND: Yohanna - Is It True? (218 points)


3rd Place: AZERBAIJAN: AySel & Arash - Always (207 points)


4th Place: TURKEY: Hadise - Dum Tek Tek (177 points)


5th Place: UNITED KINGDOM: Jade Ewen - It's My Time (173 points)


Read more...

LuaHaN HaTi

>> Thursday, May 14, 2009



Mak aku pernah berkata, rezeki seseorang tu Allah SWT yang tentukan. Kadangkala, rezeki seseorang itu datang awal, kadangkala ianya datang lambat. Semua tu terletak kat kehendak Allah SWT. Kita sebagai hamba-Nya tak ada sekelumit pun hak untuk menentukan bila rezeki kita akan sampai. Apa yang kita perlu lakukan adalah mencuba sedaya upaya untuk mencarinya. Tak akan berubah nasib sesuatu kaum itu selagi mereka sendiri tidak mahu mengubahnya.

Mak aku jugak pernah berkata, kalau doa seseorang hamba Allah SWT itu tak termakbul, mungkin ada sebabnya mengapa Allah SWT tidak memakbulkan doa hamba-Nya itu. Mungkin Allah SWT ada perancangan yang lebih baik untuknya atau mungkin Dia hanya ingin menguji kesabaran hamba-Nya itu. Orang2 yang selalu diuji oleh Allah SWT adalah orang2 yang disayangi oleh-Nya.

Kata-kata mak aku itulah yang dapat menguatkan semangat aku apabila aku mendapat keputusan yang agak mengecewakan minggu lepas. Aku sekali lagi gagal dalam percubaan kali ke-3 untuk mendapat gelaran ‘doktor’. Sedih sangat rasanya.

Mungkin ramai yang tak tahu cerita sebenar di sebalik kegagalan aku. Jadi, baik aku ceritakan apa sebenarnya yang berlaku. Macam ni ceritanya. Exam utk Final Year Medicine kat university aku terbahagi kpd 2 peringkat iaitu peringkat pertama (Obstetrics & Gynaecology, Paediatrics & Psychiatry) & peringkat ke-2 (Medicine & Surgery). Pada bulan December 2007, aku & rakan2 sekelas menduduki exam peringkat pertama yg merangkumi 3 subjek seperti yg disebut kat atas. Akan tetapi, aku hanya berjaya lulus dalam satu subjek saja, iaitu Psychiatry. Aku gagal dalam 2 lagi subjek & aku perlu menduduki kedua2nya semula dalam bulan April 2008 nanti dalam exam peringkat ke-2, iaitu bersama2 dgn subjek Medicine & Surgery.

Jadi, sewaktu exam peringkat ke-2 pada bulan April 2008, selain subjek Medicine & Surgery, aku juga turut dibebani dgn subjek Obstetrics & Gynaecology & Paediatrics. Beban yg aku perlu tanggung terlalu berat bagi aku. Itulah yang menjadi punca utama kegagalan aku. Aku gagal dalam keempat2 subjek sewaktu exam bulan April 2008. Ini menyebabkan aku tak dapat bergraduasi bersama2 dgn rakan2 sekelas aku yg lain. Aku sangat2 kecewa waktu tu. Aku mengambil keputusan utk tidak balik ke Malaysia sewaktu Summer, dgn semangat utk study utk exam ulangan bulan November 2008 nanti.

Mungkin disebabkan kurangnya tutorial & hanya belajar sendiri di rumah tanpa banyak melakukan practice kat hospital, aku sekali lagi menemui kegagalan dalam keempat2 subjek dalam exam ulangan bulan November 2008. Aku sekali lagi kecewa yg teramat sangat. Aku terasa seperti aku telah menghabiskan masa setahun aku dgn penuh sia2.

Lepas kegagalan utk kali ke-2, aku mempunyai keazaman yg tinggi utk mencuba lagi utk exam yg akan datang, iaitu pada bulan April 2009 nanti. Dari bulan Januari hingga bulan April 2009, aku join batch junior aku dalam tutorial2 & lecture2 diaorg. Aku tak mahu gagal lagi buat kali ke-3. Namun, Allah SWT jugaklah yang Maha Berkuasa & Maha Mengetahui. Aku sekali lagi gagal utk mendapat gelaran ‘doktor’.

Akan tetapi, pada kali ini aku sangat2 bersyukur kerana usaha aku selama 4 bulan ini tidaklah sia2 belaka kerana aku berjaya lulus dalam 2 daripada 4 subjek tersebut, iaitu Obstetrics & Gynaecology & Paediatrics. Aku hanya gagal dalam subjek Medicine & Surgery. Jadi, aku hanya perlu mengulangi 2 subjek tu saja dalam exam bulan November 2009 nanti. Alhamdulillah. Sekurang2nya, kurang sikit beban yg perlu aku tanggung. Lepas ni diharapkan aku dpt menumpukan lebih perhatian dlm kedua2 subjek tu. Tak macam sebelum ni, di mana aku terpaksa menumpukan perhatian aku dalam 4 subjek, yang sememangnya amat membebankan. Aku rasa bebanan 4 subjeklah yg menjadi punca utama kegagalan aku selama ni. Diharapkan dgn kurangnya beban yg perlu ditanggung dalam exam bulan November 2009 nanti, aku akan dapat lulus dgn baik & seterusnya mendapat gelaran ‘doktor’ spt yang aku cita-citakan selama ni. Amin.

Kadangkala aku terasa malu dgn kawan2 yg lain termasuklah junior2 aku di Dublin. Dieorg dgn mudah saja boleh lulus. Aku pulak asyik gagal walau berulangkali mencuba. Banyak kali jugak aku mengalami ‘nervous breakdown’ terutamanya dalam bulan April 2009, iaitu sewaktu aku menduduki exam utk keempat2 subjek tu. Kalau nak diikutkan hati, rasa seperti nak berhenti belajar Medicine & terus balik ke Malaysia utk cari kerja lain yg tak ada kaitan dgn Medicine sbb aku betul2 dah penat dah belajar Medicine ni. Akan tetapi, kata2 mak aku spt yg aku sebut di perenggan pertama & kedualah yg menjadi kata2 semangat utk aku terus berjuang. Aku bersyukur kerana mempunyai parents yang memahami. Rakan2 jugak banyak membantu. Tanpa dieorg semua, tak mungkin aku akan dapat bertahan sampai sekarang ni. Mendengar zikir2 munajat & ayat2 suci Al-Quran jugak dapat menenangkan hati aku sewaktu aku mengalami 'nervous breakdown'. Seriously, ianya sangat2 membantu.

Aku jugak kadangkala terasa seperti tak layak utk menjadi role model kpd sapa2. Kpd pembaca2 blog & adik2 yg belajar Medicine, aku ingin memintak maaf banyak2. Aku mungkin bukan role model yg korang cari. Aku mungkin boleh menjadi role model kerana kesabaran aku & kecekalan aku utk terus berjuang walaupun byk kali menemui kegagalan. Tetapi, aku bukanlah role model yg baik utk diikuti dalam pelajaran kerana kegagalan demi kegagalan aku dalam exam yang aku duduki.

Mungkin ramai yang berpendapat bahawa punca utama kegagalan aku adalah disebabkan hobi aku yg suka berjalan sana-sini. Buat pengetahuan kalian semua, hobi aku tersebut sikit pun tak memberi kesan kpd pelajaran aku. Aku hanya berjalan sewaktu cuti panjang sahaja. Tak pernah langsung aku berjalan sewaktu sessi akademik sedang berlangsung. Oleh itu, aku harap tak ada pihak yg tersalah anggapan. Sebenarnya, kalau korang nak tau, hobi aku berjalan2 melihat negara org byk memberi aku pengalaman & byk mengajar aku erti kesabaran. Dan kalau tak silap aku, org yg berjalan2 melihat muka bumi Allah akan mendapat besar ganjaran pahalanya.

Jadi, itulah serba sedikit luahan perasaan aku. Aku mintak maaf kerana entri aku kali ni mungkin agak panjang & membosankan utk dibaca. Tapi, aku hanya sekadar ingin meluahkan apa yg terpendam dalam hati aku selama ni. Aku mungkin nampak gembira di luaran, tapi di dalam hati aku hanya Allah SWT saja yang tahu. Aku paling kasihan sekali melihat parents aku yg tak putus2 berdoa agar aku akan dapat pulang ke tanahair dgn ijazah kedoktoran. Aku tak mahu menghampakan harapan dieorg. InsyaAllah, aku akan mencuba sedaya-upaya yang termampu utk mendapatkan ijazah tersebut. Aku berharap kalian semua jugak sudi mendoakan aku.

Aku akan pulang ke Malaysia pada tarikh 5 June nanti & aku akan pulang semula ke tanah Ireland beberapa hari selepas Hari Raya Aidilfitri. Dah 7 tahun aku tidak beraya bersama2 dgn family kat Malaysia. Tak sabar nak menunggu raya. Heheh. Dan insyaAllah, dalam masa lebih kurang sebulan dua ini, aku akan cuba habiskan dahulu travelogue2 aku yg masih banyak tertangguh sebelum aku menumpukan perhatian terhadap exam yang akan datang bulan November nanti. Selepas selesai kesemua travelogue tersebut, aku akan post dalam blog Aku Sebutir Pasir utk dibaca oleh kalian semua.

Itu sajalah buat kali ni. Tunggu entri baru sehari dua lagi. :)

p/s: Kat bawah ni aku selitkan video klip sebuah lagu yg bertajuk 'Believe', nyanyian Dima Bilan. Lagu ni turut memberi semangat kpd aku utk terus berjuang & tak berputus asa. Lirik lagu ni penuh dgn unsur2 motivasi.




DIMA BILAN - BELIEVE

Even when the thunder and storm begins
I'll be standing strong like a tree in the wind
Nothing's gonna move this mountain or change my direction

I'm falling off the sky and I'm all alone
The courage that's inside is gonna break my fall
Nothing's gonna dim my light within

But if I keep going on
It will never be impossible
Not today

Coz I got something to believe in
As long as I'm breathing
There is not a limit to what I can dream

Coz I got something to believe in
Mission to keep climbing
Nothing else can stop me if I just believe
And I believe in me

Even when the world tries to pull me down
Tell me that I can't, try to turn me around
I won't let them put my fire out

But if I keep going on
It will never be impossible
Not today

Coz I got something to believe in
As long as I'm breathing
There is not a limit to what I can dream

Coz I got something to believe in
Mission to keep climbing
Nothing else can stop me if I just believe
And I believe...

I can do it all
Open every door
Turn unthinkable to reality
You see, I can do it all and more

Believe in
As long as I'm breathing
There is not a limit to what I can dream

Believe in
Mission to keep climbing
Nothing else can stop me if I just believe
And I believe in me


Read more...

EuRoViSioN SoNG CoNTeST 2009

>> Sunday, May 03, 2009



Demam Eurovision Song Contest sudah kembali. Walaupun ianya tidaklah sehebat World Cup, Euro Cup, Olympic Games ataupun Commonwealth Games, tapi ianya tetap menjadi antara acara tahunan yg paling banyak ditonton oleh seluruh penduduk dunia. Dianggarkan seramai 100-600 juta orang menyaksikan acara pertandingan ini setiap tahun. Selain ditayangkan di seluruh benua Europe, acara tahunan ini jugak turut ditayangkan di negara2 spt Australia, Canada, Egypt, Hong Kong, India, Jordan, New Zealand, South Korea & USA.

Eurovision Song Contest ni sebenarnya adalah acara tahunan yg dimulakan sejak tahun 1956 & disertai oleh ahli2 aktif European Broadcasting Union (EBU) yg merangkumi semua negara Europe berserta negara2 Afrika Utara iaitu Algeria, Egypt, Libya, Morocco, Tunisia & jugak negara2 Timur Mediterranean iaitu Israel, Jordan & Lebanon. Namun, buat masa sekarang, hanya negara Israel sahaja negara bukan dari benua Europe yg aktif menyertai pertandingan ni. Negara2 Afrika Utara & Timur Mediterranean yang lain memboikot pertandingan ini kerana penyertaan negara Israel.


Negara-negara ahli European Broadcasting Union (EBU)


Hijau: Negara-negara yg pernah bertanding sekurang-kurangnya sekali
Kuning: Negara-negara yg tidak pernah bertanding walaupun layak utk bertanding
Merah jambu: Pernah bercadang utk bertanding, tetapi akhirnya mengundur diri

Dalam pertandingan yg ditayangkan secara langsung ni, setiap negara yg bertanding akan memilih penyanyi & sebuah lagu utk dipertandingkan. Pemenang pertandingan ini akan ditentukan berdasarkan jumlah undian dari pengundi dari negara2 yg bertanding (undian sms / panggilan telefon). Pengundi bebas mengundi mana2 lagu yg berkenan di hati asalkan ianya bukan lagu dari negara sendiri. Selepas semua lagu telah dipersembahkan, lintas langsung akan dibawa ke setiap negara yg menyertai pertandingan ini & keputusan pengundian negara tersebut akan diumumkan. Pemenang tempat pertama pertandingan ini seterusnya akan menjadi tuan rumah untuk pertandingan tahun hadapan & layak untuk terus ke final (berserta negara2 Big Four iaitu United Kingdom, France, Germany & Spain) tanpa bertanding di peringkat semifinal terlebih dahulu.

Setakat ini, negara yg paling banyak memenangi tempat pertama dalam Eurovision Song Contest adalah IRELAND, iaitu sebanyak 7 kali (1970, 1980, 1987, 1992, 1993, 1994 & 1996). Heheh. Bangga pulak rasanya.


Negara-negara yg pernah memenangi tempat pertama

Actually, aku start mengikuti pertandingan Eurovision Song Contest ni pd tahun 2004. Lepas tu, mmg tak pernah miss laa every year. Dah jadi mcm kewajipan pulak. Hahaha. Lagu2 yg dipertandingkan mmg agak unik. Itulah yg menjadikan aku tertarik utk mengikuti pertandingan ni setiap tahun. Antara lagu2 yg menjadi favourite aku sampai sekarang adalah:

For Real (Turkey 2004) (tempat ke-4)
A Chaque Pas (France 2004)
Believe Me (Russia 2004)
Stronger Every Minute (Cyprus 2004) (tempat ke-5)
Para Llenarme de Ti (Spain 2004) (tempat ke-10)
Wild Dance (Ukraine 2004) (tempat pertama)
Shake It (Greece 2004) (tempat ke-3)
Lane Moje (Serbia & Montenegro 2004) (tempat ke-2)
Angel (Malta 2005) (tempat ke-2)
Rimi Rimi Ley (Turkey 2005)
My Number One (Greece 2005) (tempat pertama)
The War Is Not Over (Latvia 2005) (tempat ke-5)
Without Your Love (Armenia 2006) (tempat ke-8)
Never Let You Go (Russia 2006) (tempat ke-2)
I Do (Malta 2006)
Lejla (Bosnia & Herzegovina 2006) (tempat ke-3)
Tornero (Romania 2006) (tempat ke-4)
Twist Of Love (Denmark 2006)
Congratulations (Iceland 2006)
No No Never (Germany 2006)
I Love You Mi Vida (Spain 2007)
Drama Queen (Denmark 2007)
On The Top Of The World (Netherlands 2007)
Valentine Lost (Iceland 2007)
Work You Magic (Belarus 2007) (tempat ke-6)
L’amour A La Francaise (France 2007)
Molitva (Serbia 2007) (tempat pertama)
Yassou Maria (Greece 2007) (tempat ke-7)
Flying The Flag For You (United Kingdom 2007)
Believe (Russia 2008) (tempat pertama)
Oro (Serbia 2008) (tempat ke-6)
Qele Qele (Armenia 2008) (tempat ke-4)

Tahun lepas, iaitu tahun 2008, negara Russia memenangi tempat pertama dengan lagu ‘Believe’ yg disampaikan oleh penyanyi yg bernama Dima Bilan. Oleh itu, pada tahun ini, negara Russia bakal menjadi tuan rumah bagi acara tahunan ini. Sebanyak 42 buah lagu dari 42 buah negara bakal bertanding, tetapi hanya 25 buah lagu sahaja yg akan dipilih utk bertanding di peringkat final nanti. Oleh itu, lagu2 tersebut, kecuali lagu2 dari negara Big Four (United Kingdom, Germany, France & Spain) & juga lagu dari negara tuan rumah, iaitu Russia perlu mengharungi peringkat Semifinal terlebih dahulu. Acara Semifinal akan diadakan secara langsung di Moscow sebanyak 2 kali, iaitu pada tarikh 12 & 14 May. Dalam Semifinal pertama (12 May), 18 buah lagu dari 18 buah negara akan dipertandingkan & hanya 10 buah lagu sahaja yang akan dipilih untuk ke final. Sementara itu, dalam Semifinal ke-2 (14 May), 19 buah lagi lagu dari 19 buah lagi negara akan dipertandingkan & hanya 10 buah lagu sahaja yang akan dipilih untuk ke final. Acara final akan diadakan secara langsung di tempat yg sama pada tarikh 16 May.

So, bagi sape2 yg berminat dgn bende2 alah mcm ni, jgn lupe saksikannya live kat TV masing2 (bagi mereka yg bermastautin di Europe & negara2 yg disebut di atas saje la ye.. Heheh) :)



Logo Eurovision Song Contest 2009


Negara-negara yg bertanding dalam Eurovision Song Contest tahun ini
Hijau: Negara-negara yg automatik ke final tanpa perlu mengharungi Semifinal (The Big Four + Tuan Rumah)
Biru: Negara-negara yg perlu mengharungi Semifinal
Kuning: Negara-negara yg pernah bertanding pd tahun2 sebelum ini, tetapi tidak bertanding pd tahun ini



Pemenang tempat pertama tahun lepas (RUSSIA: Dima Bilan - Believe)


Read more...

HaLLoWeeN & MaLaHiDe CaSTLe

>> Saturday, May 02, 2009



Ni adalah gambar2 lama yg diambil pd bulan October tahun lepas. Gambar2 sewaktu perayaan Halloween yg tak kurang meriahnye kat kota Dublin ni, terutamanya pada malam 30 October. Bersepah2 manusia bersiar2 sambil memakai costume yg pelik2.. Actually, sepanjang hampir 7 tahun aku di bumi Dublin, ni adalah pertama kali aku keluar menyaksikan kegilaan manusia meraikan perayaan ni.. Hahaha.. Aku pun taktau kenapa tiba2 aku tergerak hati nak join bebudak 1st Year rumah aku malam tu (E'e, Aus, Leh & Yunus) + Aimie (3rd Year).. Anyway, tak rugi jugak laa keluar malam tu.. Something new to me.. :P


Ketuk rumah Ariff Fahmi


Halloween Pumpkin


Faizal & his costume


Bersama Ariff Fahmi & his housemates


Permulaan penjelajahan


Witches


Kat Temple Bar


Kat Temple Bar


Jocker


Hmmmm??


Kat Temple Bar


Ali G


Hmmmm


Hmmmmm


Makan supper kat Rico's lepas penat berjalan

Kat bawah ni pulak adalah gambar2 kat sebuah istana lama yg terletak agak jauh dari city centre Dublin.. Lebih kurang sejam perjalanan dgn bas.. Nama istana ni adalah Malahide Castle.. Aku sendiri tidak berapa pasti sejarah istana ini.. Bagi aku, ianya indah khabar dari rupa.. Heheh.. Ape2 pun, I had really great times with these 2 guys (Leh & Tiger), my housemates.. Kiteorg pergi melawat istana ni pd bulan November tahun lepas..



Perkarangan Malahide Castle


Perkarangan Malahide Castle


Perkarangan Malahide Castle


Perkarangan Malahide Castle


Perkarangan Malahide Castle


Perkarangan Malahide Castle


Perkarangan Malahide Castle


Read more...
HAKCIPTA TERPELIHARA © 2004-2011: Aku Sebutir Pasir

  © Free Blogger Templates Autumn Leaves by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP