oN HiaTuS

>> Wednesday, December 10, 2008



I have to put this blog in 'dormant' mode due to certain reasons. Thanx for all your supports all this while. InsyaAllah I'll be back in MAY 2009. So, dalam masa 5 bulan ni, sila2 la lawat other bloggers punye sites listed in my blog & kalau rajin, sila2 la baca my journals & travelogues kat ruangan 'JURNAL aka TRAVELOGUE'. I'm soo sorry about this. I really need a time off. Thanx for understanding.. :)

Read more...

SaLaM aiDiL aDHa 1429H

>> Monday, December 08, 2008



Di kesempatan ini, aku ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha buat semua pengunjung blog 'Aku Sebutir Pasir' yg beragama Islam. Semoga Hari Raya Aidil Adha thn ni akan lebih bermakna buat kita semua. Hmmm. Tiba2 aku terfikir, bile laa agaknya aku akan dpt menjejakkan kaki di rumah Allah di Mekah sana. Teringin sgt hati ini utk melihat dgn mata sendiri rumah suci tersebut. Moga aku akan dipanjangkan umur supaya dapat berpeluang menjadi tetamu-Nya suatu hari nanti...

Oh ye. Sebenarnye, aku baru saje pulang dari 3 hari bercuti di Malta (4-6 Dec), sebuah negara kepulauan yg terletak di tengah2 Laut Mediterranean. Saiz negara ni kecil sahaja. Ianya terdiri drp 7 buah pulau. 2 pulau yg utama & yg bersaiz besar adalah pulau Malta & pulau Gozo. Ibu negaranya adalah Valetta. Kerana lokasinya yg terletak di tgh2 Laut Mediterranean, iklimnya agak panas berbanding negara2 lain di Europe. Kat bawah ni aku selitkan beberapa keping gambar yg diambil sewaktu aku kat sana. InsyaAllah, bila2 nanti aku akan ceritakan pengalaman aku kat sana. Malta ni mmg agak unik sebenarnya. :)



Peta kedudukan negara Malta


Peta negara Malta





























Read more...

iSTaNBuL: CiTY oF a THouSaND MoSQueS

>> Wednesday, December 03, 2008



Istanbul adalah bandar yg terbesar di negara Turki & merupakan bandar yg ke-3 terbesar di dunia berdasarkan jumlah populasi penduduk (11 juta org penduduk) selepas Mumbai & Karachi. Ianya juga adalah satu-satunya bandar di dunia yg terletak di antara dua benua iaitu Eropah & Asia dgn dipisahkan oleh Selat Bosphorus. Bandar ini diasaskan pada tahun 667SM. Nama asalnya adalah Byzantium. Ia kemudiannya ditakluki oleh Empayar Rom pd tahun 196M & dijadikan pusat pemerintahan baru empayar tersebut pd tahun 330M selepas pemelukan agama Kristian oleh empayar itu. Namanya ditukar menjadi Constantinople, bersempena dgn nama Maharaja Rom yg bernama Constantine I yg bertanggungjawab memindahkan pusat pemerintahan Empayar Rom dari Rom ke Constantinople.


Peta kedudukan Istanbul di dalam Turki


Peta Istanbul

Bandar ini kemudiannya menjadi pusat pemerintahan Empayar Rom Timur (Byzantine) selepas perpecahan empayar tersebut kepada Rom Timur & Rom Barat. Perpecahan ini mengakibatkan lahirnya 2 mazhab Kristian yg terbesar iaitu mazhab Roman Katholik yg dianuti oleh penduduk-penduduk Empayar Rom Barat & mazhab Greek Orthodox oleh penduduk-penduduk Empayar Byzantine. Namun, Empayar Rom Barat akhirnya lenyap akibat diserang oleh orang-orang Visigoth. Empayar Byzantine terselamat & ianya terus mengecapi kegemilangan dgn berpusatkan Constantinople sbg ibu kotanya.


Peta Rom Barat & Rom Timur (Byzantine)

Walau bagaimanapun, lama-kelamaan, Empayar Byzantine menjadi semakin lemah. Dari sehari ke sehari, bandar-bandar utama empayar tersebut seperti Prussa (Bursa), Nicomedia (Izmit), Gallipoli & Adrianople (Edirne) jatuh ke tangan kuasa baru yg muncul dari Timur Anatolia iaitu Turki Uthmaniyah. Dan akhirnya, satu-satunya sisa tanah Empayar Byzantine yg masih tinggal hanyalah ibu kotanya sahaja, iaitu Constantinople. Usaha untuk menawan kota tersebut oleh umat Islam sebenarnya telah dilakukan berkali-kali selama 800 tahun, iaitu sejak zaman Bani Umayyah lagi. Ini kerana Rasulullah SAW pernah bersabda dalam sebuah hadis yg berbunyi "Sesungguhnya, umatku akan menawan kota Constantinople. Pemimpinnya adalah sebaik-baik pemimpin & tenteranya adalah sebaik-baik tentera."

Namun, segala usaha untuk menawan kota tersebut semuanya menemui kegagalan sehinggalah pada tahun 1453M, sewaktu Empayar Turki Uthmaniyah berada di bawah pemerintahan seorang Sultan yg baru sahaja berusia 21 tahun, tetapi mempunyai akal & wawasan yg tinggi. Baginda tidak lain & tidak bukan, Sultan Mehmet II atau lebih dikenali sebagai Sultan Muhammad Al-Fatih. Baginda adalah antara Sultan Empayar Turki Uthmaniyah yang teragung kerana kejayaannya & tenteranya menawan kota Constantinople. Selepas 53 hari bertempur bersama tenteranya, akhirnya kota Constantinople berjaya ditawan pada tarikh 29 May 1453M. Penawanan kota tersebut secara langsung menamatkan riwayat Empayar Byzantine yang pada waktu itu sudah pun berusia 1,100 tahun. Constantine XI merupakan Maharaja zalim yang memerintah pada waktu tersebut & merupakan Maharaja Empayar Byzantine yang terakhir sebelum jatuhnya kota Constantinople ke tangan Empayar Turki Uthmaniyah.


Peta pembesaran Empayar Turki Uthmaniyah dari tahun 1299 hingga tahun 1683


Potret Sultan Muhammad Al-Fatih

Sejurus selepas penawanan Constantinople, Sultan Muhammad Al-Fatih menukarkan namanya kepada Islambul (yg bermaksud kota Islam dalam Bahasa Turki). Aku pun tidak pasti bagaimana nama Islambul boleh bertukar menjadi Istanbul. Bandar ini kemudiannya dijadikan pusat pemerintahan baru Empayar Turki Uthmaniyah selepas Bursa & Edirne. Kita sebagai umat Islam patut berbangga atas kejayaan yg dicapai oleh Sultan Muhammad Al-Fatih & tenteranya. Taktik peperangan yang digunakan untuk menawan kota tersebut adalah antara taktik-taktik peperangan yang paling bijak & menggemparkan dalam sejarah dunia. Alatan-alatan peperangan yang digunakan juga merupakan alatan-alatan peperangan yang paling canggih pada zaman tersebut yang mampu menggerunkan mana-mana pihak musuh. Maka dengan ini, bagindalah yg berjaya merealisasikan hadis Rasulullah SAW. Sesungguhnya, baginda adalah sebaik-baik pemimpin & tenteranya adalah sebaik-baik tentera.

Selepas kota Istanbul berjaya ditawan, antara perkara pertama yang dilakukan oleh Sultan Muhammad Al-Fatih ialah menukar fungsi gereja Hagia Sophia menjadi masjid. Gereja Hagia Sophia merupakan pusat kepada agama Kristian mazhab Greek Orthodox. Ianya setaraf dengan St Peter's Basilica di Vatican City yang merupakan pusat kepada agama Kristian mazhab Roman Katholik. Hagia Sophia siap dibina pada tahun 537M sewaktu pemerintahan Maharaja yang bernama Justinian I. Keindahan senibinanya menjadikannya sebagai bangunan yang paling masyhur di seluruh rantau Mediterranean ketika zaman kegemilangan Empayar Byzantine. Strukturnya masih kukuh sehingga ke hari ini walaupun usianya hampir menjangkau 1,500 tahun.

Selepas penukaran fungsi gereja Hagia Sophia menjadi masjid, Sultan Muhammad Al-Fatih telah berkata, "Barangsiapa yang menukar masjid Hagia Sophia itu kembali kepada gereja, maka akan berolehlah baginya kutukan & laknat dariku & dari Tuhan Masjid Hagia Sophia itu." Laknat itu akhirnya jatuh ke muka Mustafa Kamal Attaturk apabila beliau menukar fungsi masjid itu menjadi muzium pada tahun 1935 & mengikis semula segala tampalan2 yg dibuat oleh umat Islam zaman Sultan Muhammad Al-Fatih yg bertujuan utk menyembunyikan mozek2 Kristian Greek Orthodox yg berunsur syirik.


Hagia Sophia


Hagia Sophia


Ruang dalaman Hagia Sophia


Antara mozek-mozek Kristian Greek Orthodox di dalam Hagia Sophia yg dipamerkan semula selepas disembunyikan selama lebih kurang 480 tahun

Walaupun era Empayar Turki Uthmaniyah yg berusia lebih kurang 600 tahun (1299-1923) telah berakhir selepas tertubuhnya Republik Turki pd tahun 1923, namun kesan tinggalan empayar tersebut masih lagi kukuh & dapat dinikmati sehingga ke hari ini. Selain Hagia Sophia, antara tarikan-tarikan utama yg wajib dikunjungi oleh mereka yg menjejakkan kaki di bumi Istanbul adalah Blue/Sultanahmet Mosque, Topkapi Palace, Grand Bazaar & Suleymaniye Mosque.

Blue/Sultanahmet Mosque yg terletak bertentangan dengan Hagia Sofia di Sultanahmet Square adalah masjid yg terbesar & antara yg teragung di bumi Istanbul. Ianya siap dibina pd tahun 1616 sewaktu pemerintahan Sultan Ahmet I. Masjid ini dikatakan dibina di atas tapak istana Maharaja Byzantine yg telah roboh. Arkitek yg bertanggungjawab mereka bentuk masjid ini bernama Sedefhar Mehmet Aga yg merupakan anak didikan arkitek terunggul Empayar Turki Uthmaniyah, iaitu Mimar Sinan. Masjid ini adalah salah satu drp 2 buah masjid di dunia yg mempunyai 6 buah menara. Sebuah lagi masjid terletak di sebuah bandar di selatan Turki yg bernama Adana.


Blue/Sultanahmet Mosque


Blue/Sultanahmet Mosque


Ruang dalaman Blue/Sultanahmet Mosque

Topkapi Palace pula merupakan kediaman rasmi Sultan-sultan Empayar Turki Uthmaniyah dari tahun 1465 hingga tahun 1853 sebelum kediaman rasmi sultan-sultan empayar tersebut dipindahkan ke Dolmabahce Palace. Usaha pembinaan istana ini telah dimulakan pada tahun 1459, sejurus selepas 6 tahun penawanan kota Istanbul oleh Sultan Muhammad Al-Fatih & tenteranya. Kini, istana ini dijadikan muzium yg mempamerkan koleksi-koleksi peribadi Sultan-sultan & istana seperti tembikar, jubah, senjata, lukisan, manuskrip, barang-barang kemas & juga koleksi-koleksi peninggalan Rasulullah SAW & nabi-nabi sebelumnya.


Topkapi Palace


Pintu masuk utama Topkapi Palace

Sementara itu, Grand Bazaar pula adalah sebuah pasar tertutup yang amat terkenal di sini. Ianya adalah pasar tertutup yg terbesar di dunia. Di dalamnya terdapat 58 buah lorong & lebih 6,000 buah kedai. Antara barang yg dijual di sini adalah barang kemas, rempah-ratus, tembikar, permaidani, pakaian, barangan cenderahati & banyak lagi. Grand Bazaar ini siap dibina pada tahun 1461 sewaktu pemerintahan Sultan Muhammad Al-Fatih & ianya diperbesarkan lagi pada kurun ke-16 sewaktu pemerintahan Sultan Suleyman I.


Grand Bazaar


Ruang dalaman Grand Bazaar

Suleymaniye Mosque yg terletak di atas sebuah bukit merupakan masjid yg ke-2 terbesar di Istanbul. Masjid ini siap dibina pd tahun 1557 sewaktu pemerintahan Sultan Suleyman I. Arkiteknya adalah arkitek empayar Turki Uthmaniyah yg terulung, iaitu Mimar Sinan yg telah berkerja di bawah 3 orang Sultan. Selama 50 tahun menjadi arkitek diraja, beliau telah mereka bentuk lebih kurang 90 buah masjid, 50 buah rumah mandi (hamam), 35 buah istana & 3 buah hospital. Suleymaniye Mosque adalah antara hasil kerjanya yg paling agung.


Suleymaniye Mosque


Suleymaniye Mosque


Suleymaniye Mosque


Ruang dalaman Suleymaniye Mosque

Selain itu, antara senibina-senibina & kawasan-kawasan lain yg tidak kurang menariknya adalah Eyup Sultan Mosque, Fatih Mosque, Yeni Mosque, Ortakoy Mosque, Sokollu Mehmet Pasa Mosque, Rustem Pasa Mosque, Eminonu Square, Dolmabahce Palace, Basilica Cistern, Beyazit Square, Bosphorus Bridge, Galata Bridge, Galata Tower, Valens Aqueduct, Hippodrome & Taksim Square.

Secara jujurnya, antara kesemua bandar-bandar yg telah aku kunjungi sepanjang pengembaraan aku di bumi Allah ini, Istanbul adalah bandar yg paling indah & paling penuh dgn daya tarikan. Ini bukannya pendapat aku seorang sahaja, malah pelancong-pelancong lain dari segenap pelusuk dunia juga berpendapat sedemikian rupa. Senibina-senibina Turki Uthmaniyah yg terdapat di bandar ini seperti masjid-masjid, istana-istana, rumah-rumah mandi (hamam) & pelbagai lagi tersangatlah mengagumkan. Ditambah lagi dgn kekayaan isi sejarah kota ini yg pernah menjadi pusat pemerintahan 2 buah empayar yg terunggul di dunia iaitu Empayar Rom/Byzantine & Empayar Turki Uthmaniyah. Inilah menjadikan Istanbul sbg destinasi pelancongan yg terbaik bagi aku. Lokasi geografinya yg terletak di antara 2 benua juga menjadikannya unik kerana menjadi tempat pertemuan 2 budaya yg sama sekali berlainan iaitu Islam & Eropah.

Walaupun sekularisma di bumi ini telah berusia berpuluh-puluh tahun, namun Islam masih lagi bertakhta di dalam hati penduduk-penduduknya. Masjid-masjid sentiasa dipenuhi pd setiap waktu solat. Wanita-wanitanya juga ramai yg menutup aurat. Semoga suatu hari nanti, kegemilangan Islam di bumi Istanbul akan terbit kembali. InsyaAllah. Walaupun aku telah 2 kali menjejakkan kaki di bandar ini, hati aku masih lagi terpanggil-panggil utk ke sana. Istanbul sememangnya sebuah bandar yg wajib dilawati oleh setiap manusia di muka bumi ini.

p/s: Kat bawah ni, aku selitkan sebuah video filem animasi berbahasa Inggeris yg bertajuk ‘Sultan Muhammad Al-Fatih’. Filem animasi ini mengisahkan tentang bagaimana Sultan Muhammad Al-Fatih & tenteranya berusaha untuk menawan kota Constantinople/Istanbul. Sangat bagus untuk ditonton. :)


Read more...

HaPPY 4TH aNNiVeRSaRY To MY BLoG!!

>> Thursday, November 27, 2008



Tanggal 22 November 2004 adalah tarikh keramat bg aku kerana pada tarikh tersebutlah lahirnya blog ‘Aku Sebutir Pasir’. So, it has been 4 years already. Happy belated birthday to my blog!!! (lewat 5 hari). Time really flies very fast, doesn’t it?? Pejam celik, pejam celik dah 4 thn rupenye aku hidup dlm dunia blogging ni. Dlm masa 4 thn ni, terlampau byk pengalaman suka-duka aku tempuhi bersama2 dgn blog ‘Aku Sebutir Pasir’ ni. Sejuta memori telah diukir bersama2. Di blog ini lah aku meluahkan segala kisah2 hidup aku, terutamanya kisah2 pengembaraan aku melihat negara2 org. I just love to share my experiences with others. I don’t really like to keep things just to myself. Harap2nye, ape yg aku ceritakan dlm blog ni dptlah sedikit sebanyak memberi manfaat kepada mereka yg membaca. :)

Sebenarnye, nama asal blog ni bukanlah ‘Aku Sebutir Pasir’, tetapi ‘From Dublin With Love’. Hahaha. What a lame name. Kan?? Heheh. Beberapa minggu selepas kelahiran blog ni, tibe2 tercetus idea utk menukar nama blog ni kpd ‘Aku Sebutir Pasir’. Semuenye gara2 terdengar one of my favourite songs zaman2 dulu, iaitu lagu ‘Aku Sebutir Pasir’ (current background song), nyanyian Fauziah Latif (Hehehe. Suara die best ok!!). Lepas terdengar je lagu tu, terus aku mengambil keputusan utk menukar nama blog aku ni. Aku rasakan bahawa frasa 'Aku Sebutir Pasir' tu mmg sesuai sgt2 utk dijadikan nama blog aku ni memandangkan lumrah diri aku ini (dan juga kita semua sbg hamba-Nya) yg tidak ubah spt sebutir pasir halus di muka bumi Allah yg amat luas ini. So, dari situlah sebenarnya lahirnya nama ‘Aku Sebutir Pasir’. Ni adalah pengakuan ikhlas dari aku. Heheh. I actually had never mentioned about this to anyone. So, this is my first confession on how I got the name ‘Aku Sebutir Pasir’. Hehehe.

Sepanjang 4 thn blog ini wujud, ianya telah mengalami byk perubahan, sejak dari hari pertama kelahirannya sehinggalah sekarang. Alhamdulillah, aku dah byk belajar selok-belok berblogging drp pengalaman sendiri, bacaan2 di internet & juga tunjuk ajar drp mereka yg dah arif dalam bidang ni. Byk juga kenalan2 alam maya yg telah aku temui hasil drp keaktifan aku dlm dunia blogging ini. Ada yg aku sudah jumpe face to face in real life & masih ramai lagi yg belum. Itu adalah salah satu manfaatnya kite berblogging. Bak kate org, berkawan biar seribu, bermusuh jgn satu. Btul? Seriously, blog 'Aku Sebutir Pasir' ni is one of the best things that ever happened to me.

So, tu laa serba sikit yg aku nak tulis sempena ulangtahun ke-4 blog ‘Aku Sebutir Pasir’ ni. Kpd mereka yg setia mengunjungi blog ini, tiada ucapan lain yg mampu aku ucapkan selain jutaan terima kasih. Harapnya korang semue akan terus mengunjungi blog yg tidak seberapa ini utk membaca coretan2 aku. InsyaAllah, aku akan terus menulis & menulis selagi mana termampu. Dan insyaAllah, aku akan update travelogue2 aku yg dah lama tertangguh sejak berbulan2 dahulu. Teruskan memberi sokongan anda. I really appreciate it!!

Sempena ulangtahun ke-4 blog ‘Aku Sebutir Pasir’ ni, aku ingin meminta korang meninggalkan seberapa byk komen ttg blog ni. Tak kisah la sama ada ianya komen yg positif atau negatif. Dgn komen2 yg korang berikan tu nanti, insyaAllah akan aku gunakan utk memperbaiki kekurangan yg ada dlm blog ini. OK?? Selamat mengomen. :)

p/s: I was quite busy with exams a few weeks earlier & I couldn't response to your comments in my previous entries & I'm so sorry for that. InsyaAllah I'll try my best to reply to all your comments as soon as possible. My exam has ended yesterday. For the moment, I’m trembling waiting for the results which probably will come out in early December. Takutnye!!!!!!!


FAUZIAH LATIF - AKU SEBUTIR PASIR

Senandung rindu mendayu
Mengiring langkah yang makin tersungkur
Terlalu jauh pendakian
Begitu tingginya harapan
Bermusim lama mencari
Tak ku temui sampai kini

Tak henti jiwa dipalu
Dugaan demi dugaan menguji
Rebah dan bangun sendirian
Mencari bumbung perteduhan
Mereka riang tertawa
Aku hanya sebatang kara

Perjalanan masa
Mengajar hati
Semakin tabah kini
Di dalam kemarau dan gerimis
Aku tetap gagah mengharungi

Tuhan
Aku bagaikan sebutir pasir
Yang lemah lagi kerdil
Teguhkan keimanan jiwaku
Agar tidak terpesong dari-Mu

Beribu teman ketawa
Payah ku temu yang sanggup bersatu
Di dalam susah dalam senang
Yang hadir cuma kepalsuan
Dugaan demi dugaan
Aku pasrah menadah tangan

Lagu: Adnan Abu Hassan & Adam Ahmad
Lirik: Amran Omar

Read more...

HiSToRY oF iSLaM iN SPaiN

>> Friday, November 21, 2008



Ini pun adalah entri ulangan. I wrote this entry few months back. Maybe ade yg belum baca lagi. So, selamat membaca & selamat menonton 2 video kat bawah ni. :)

Many of us know how Islam was really flourishing in Europe for a period of 800 years (711-1492), particularly in the Southern part of Spain or better known as the region of Andalusia during the period of Medieval Time or Middle Ages or also known as the Dark Ages according to the Westerners. Everything began in the year 711 when an Umayyad General from North Africa (modern day Morocco) named Tariq bin Ziyad & his army crossed the strait that separating the African & European continents (modern day Strait of Gibraltar) & landed in the land of Hispania (modern day Iberian Peninsular which consists of Spain & Portugal) which at that time was ruled by the cruel & barbaric Visigoths. In just a matter of few years, Tariq bin Ziyad & his army managed to defeat the Visigoths & conquered most of the Iberian peninsular. They then called the new conquered land as Al-Andalus or Andalusia in English.

For almost 800 years, Spain was under the light of Islam. Cities like Cordoba, Granada, Seville & Toledo were the modernest cities in the whole Europe at that time. In Cordoba, the capital city of Islamic Empire in Spain, people live in proper houses made of bricks & there were even street lightings & running waters while people in other part of Europe were still living in wooden houses & mud huts, suffering from the feudalism system & tension from the Catholic Church. Religion, knowledge & culture were the top priorities of the Muslim people back in those years. Names like Ibn Rusyd (Averroes), Al-Zahrawi (Albucasis), Ibn Bajjah (Avempace), Ibn Zuhr (Avenzoar), Ibn Al-Baitar, Ibn Jubayr, Ibn Tufail (Abubacer), Al-Jayyani, Al-Zarqali (Arzachel), Al-Majriti & many more were so famous even until now because of their knowledge & contributions to science, music, philosophy etc.


Map of Andalusia in 11th Century

Nevertheless, this great empire was gradually getting weaker & weaker from days to days & it slowly broke up into several individual kingdoms, ruled by different rulers & became rivals among each other. This was seen as a great opportunity by the Catholic kingdoms of Northern Spain to reconquer the land of Spain from the Muslims. Their mission was called 'Reconquista' which means Reconquest in English. From time to time, one by one Muslim cities like Cordoba, Seville, Toledo & many more fell into their hands. In the year 1492, Granada, the last Muslim's stronghold in Spain also eventually fell into the hands of Ferdinand II of Aragon & his queen, Isabella of Castille. This means Catholic kingdoms of Northern Spain have officially succeeded with their mission to reconquer the land of Spain for the Catholic people from the Muslims. And they eventually forced all Muslims & Jews who lived in Spain to convert to Catholicism. This order was called as 'Inquisición' or Inquisition in English. It was established to maintain Catholic orthodoxy in their kingdoms & also as an act of cleanliness of blood in Spain. Those who didn't want to convert were expelled from Spain & have their assets seized. Some were even killed. It was indeed a very ruthless action.

Islamic civilisation in Spain has left us with amazing architectures which among them are Mezquita Cathedral in Cordoba & Alhambra in Granada. Mezquita (Spanish word for mosque) was not actually a cathedral. It was originally a mosque before it was transformed into a cathedral. It was once the 2nd biggest mosque in the world after Masjidil Haram in Mecca & is perhaps the most accomplished monument of the Umayyad Dynasty in Spain. The construction of the mosque started in 784 & was completed in 987. In 1236, it was eventually transformed into a Catholic cathedral during the Spanish Reconquista. Meanwhile, Alhambra which is situated in Granada was a palace & fortress complex of the Muslim rulers of Granada. The constructions of the buildings were completed in the middle of 14th century & it finally fell into the hands of King Ferdinand II of Aragon & Queen Isabella of Castile in 1492.


Mezquita from afar, Cordoba


Mezquita, Cordoba


Interior of Mezquita, Cordoba


Alhambra from afar, Granada


Interior of Alhambra, Granada


Interior of Alhambra, Granada

This is just a short story from the history of Islam in Spain. To those who are interested to know more about it, I'd like to recommend you guys to watch these 2 documentaries that I’ve attached below. It is important to know that without Islamic civilisation in Spain back in the Middle Ages, there won't be Renaissance & there won't even be a modern & civilised Europe that we see these days. All the knowledge that they have today owe it all to the Islamic Spain. Nevertheless, some still neglect this.

So, enjoy watching these 2 documentaries.

p/s: To all Malaysian students who are currently studying in Europe, I highly recommend u all to spend at least 7 days in Spain, particularly the Southern region (Andalusia). You wont regret a second of it. Spain will amaze u. Trust me. There's no word to express its beauty & uniqueness. :)


1) AN ISLAMIC HISTORY OF EUROPE


2) WHEN THE MOORS RULED IN EUROPE

Read more...

iSLaM: eMPiRe oF FaiTH

>> Friday, November 14, 2008



Ini adalah entri ulangan sebenarnya. Tuan punye blog hanya sekadar mahu meng'update' blog. To those who haven't watch this documentary, you're highly recommended to do so. This is a very2 good & informative documentary about Islamic Civilisation. Tak rugi utk ditonton. So, enjoy yourselves watching this documentary which consists of 3 parts:

1) Islam: Empire Of Faith 1 - The Messenger
This part deals with the life of the Prophet Muhammad (peace be upon him), his early life, his encounter with God Almighty and the birth of Islam. Islam would become the revitalizing force of the barbaric Arabia, returning people to God and bringing back the monotheistic message of Christianity and Judaism in its most powerful way. Islam women were given rights over their husbands, racism was annihilated and the rich were made equal to the poor. This religion is the solution to all of humanities problems and it is important to learn about it today.



2) Islam: Empire Of Faith 2: The Awakenings
This part relates the golden age of Islam. A time of great learning when Europe was steeped in the Dark Ages. The building of great works of architecture, reading, writing, mathematics, medicine, and astronomy. Even before the printing press Muslims would have hundreds of scribes writing all at once so they would learn and reproduce the writings.



3) Islam: Empire Of Faith 3: The Ottomans
This portion deals with the growing Ottoman Empire, which would control the bridge between 3 continents: Africa, Europe and Asia. This empire would begin at the close of the Crusades until World War I, from the 1300s to 1923. They would rule the entire Middle East and make their way into Europe. Before there was the state of Israel, there was great peace in the Holy Land regulated by the Ottomans.

Read more...
HAKCIPTA TERPELIHARA © 2004-2011: Aku Sebutir Pasir

  © Free Blogger Templates Autumn Leaves by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP