WiNTeR iN SPaiN & PoRTuGaL (BHG XV)

>> Tuesday, May 30, 2006



Berdekatan dgn Padrão dos Descobrimentos ialah Torre de Belém yg dibina sewaktu pemerintahan Manuel I. Tower ini dibina antara tahun 1515-1521 sbg kubu pertahanan. Tower ini merupakan starting point kpd para penjelajah Portugis sewaktu zaman colonialism dahulu. Ianya jugak adalah landmark kpd sailors yg kembali ke Lisbon. Tower ini turut disenaraikan dlm UNESCO's World Heritage. Selepas bergambar di Torre de Belém, kiteorg meneruskan perjalanan ke Alfama yg merupakan sebuah quarter perumahan yg tertua di Lisbon. Ianya dulu merupakan tempat tinggal org2 kaya yg melarikan diri dari sini kerana takutkan kejadian gempa bumi yg dahsyat yg pernah berlaku di sini pd tahun 1775. Akhirnya, yg tinggal di sini hanyalah para nelayan & org2 miskin. Kini, kawasan ini merupakan lorong2 kecil yg dikelilingi oleh rumah2 lama yg masih lagi didiami oleh penduduk2 yg miskin. Kawasan ini sebenarnye berbukit-bukau. Kiteorg melalui kawasan ini dgn menaiki tram.

Torre de Belém, Lisbon, Portugal
Torre de Belém, Lisbon, Portugal


Alfama, Lisbon, Portugal
Alfama, Lisbon, Portugal


Gempa Bumi di Lisbon Pd Thn 1775
Gempa Bumi di Lisbon Pd Thn 1775


Tram di Lisbon, Portugal
Tram di Lisbon, Portugal


Pemandangan kota Lisbon dari atas Alfama, Lisbon, Portugal
Pemandangan kota Lisbon dari atas Alfama, Lisbon, Portugal

Di puncak bukit di Alfama, terdpt sebuah istana lama iaitu Castelo de São Jorge. Ianya dulu adalah kubu pertahanan yg dibina oleh org2 Islam sewaktu kegemilangan kuasa Islam di Andalusia. Namun, ianya berjaya dirampas oleh kuasa Kristian pd thn 1147 & King Alfonso Henriques menukarkannye menjadi kediaman diraja. Selepas pembinaan istana baru di Praça do Comércio oleh Manuel I pd thn 1511, Castelo de São Jorge ini digunakan sbg teater, penjara & jugak tempat penyimpanan senjata. Sewaktu kejadian gempa bumi 1775, dinding istana ini hampir runtuh kesemuanya & ianya diperbaiki semula pd tahun 1938. Dari atas istana ini, pemandangan seluruh kota Lisbon & laut boleh dilihat. Kat area istana ni terdapat banyak kedai souvenir. So, kiteorg pun belilah beberape buah souvenir kat sini. Berdekatan dgn istana ini, terletak sebuah cathedral yg bername Se Cathedral. Ianya dibina sewaktu pemerintahan Alfonso Henriques pd tahun 1150 di atas tapak masjid yg telah diruntuhkan.

Castelo de São Jorge, Lisbon, Portugal
Castelo de São Jorge, Lisbon, Portugal


Se Cathedral, Lisbon, Portugal
Se Cathedral, Lisbon, Portugal

Kiteorg kemudiannye menaiki tram utk ke Praça do Comércio yg merupakan kawasan kediaman diraja di suatu masa dahulu selama 400 thn lamanya. Ianya terletak di tepi sungai. Kediaman diraja dipindahkan ke sini oleh Manuel I pd thn 1511 yg sebelumnye terletak di Castelo de São Jorge, spt yg telah dimention sebelum ni. Selepas Revolusi 1910, Praça do Comércio dijadikan pejabat pentadbiran. Since hari pun dah mlm, kiteorg pun singgah McDonald utk makan mlm. Lepas tu, kiteorg pun terus pulang ke hostel.

Praça do Comércio, Lisbon, Portugal
Praça do Comércio, Lisbon, Portugal


Praça do Comércio, Lisbon, Portugal
Praça do Comércio, Lisbon, Portugal

Bersambung...

Read more...

WiNTeR iN SPaiN & PoRTuGaL (BHG XIV)

>> Saturday, May 27, 2006



Kiteorg tiba di station bus Sete Rios, Lisbon, Portugal pd pukul 6 pg waktu tempatan Portugal. Waktu tempatan Portugal sama dgn waktu UK & Ireland. Since metro Lisbon start operation pd pukul 6.30 pg, kiteorg stay dulu kat dlm bus station. Bile jam dah pukul 6.30 pg, kiteorg pun menaiki metro utk ke hostel yg kiteorg dah survey melalui buku travel. Kiteorg tak book hostel online. Nasib baik le hostel tu ade kekosongan. Murah jugak la. Lepas mandi & bersiap2, kiteorg pun memulakan perjalanan mengelilingi bandar Lisbon, Portugal.

Portugal adalah sebuah lagi negara yg terletak di semenanjung Iberian, selain drp Spain. Ianya hanya disempadani oleh Spain. Portugal sebenarnye adalah antara negara yg tertua di Europe. Sewaktu era Christopher Columbus, Vasco da Gama & Magellan, Portugal merupakan antara kuasa colonialism yg terkuat & mempunyai empayar yg luas di seluruh dunia, dari Afrika ke Amerika & hinggalah ke Asia. Seperti yg kita tahu, Melaka suatu masa dahulu turut dijajah oleh org2 dari Portugal (Portugis). Penduduk Portugal yg berjumlah 10 juta org ini menggunakan bahasa Portuguese sbg bahasa rasmi dieorg. Bahasanye seakan2 Spanish, tapi banyak perbezaan sebenarnye. Bahasa Melayu juga turut meminjam beberape perkataan drp bahasa Portuguese spt bola, garfu, almari, Natal, gereja, jendela, sepatu & mcm2 lagi.

Empayar Portugis di Asia
Empayar Portugis di Asia


Empayar Portugis di Afrika & Amerika Selatan
Empayar Portugis di Afrika & Amerika Selatan

Lisbon atau nama tempatannye Lisboa yg terletak di tebing sungai Rio Tejo yg menghadap Lautan Atlantik adalah ibu negara Portugal. Bandar ni dahulunye adalah antara bandar yg terkenal di seluruh dunia sbg pusat colonialism. Kemuncaknya ialah pd akhir kurun ke-15 sewaktu org2 Portugis berjaya menjelajah Asia, Afrika & Amerika Selatan.

Kiteorg travel around Lisbon dgn menaiki tram. Tempat pertama yg kiteorg kunjungi ialah Padrão dos Descobrimentos (Monument to the Discoveries) iaitu monument yg dibina pd thn 1960 sempena ulangtahun ke 500 thn kematian Henry the Navigator & jugak sbg simbol kejayaan org2 Portugis menjelajahi dunia di bawah inspirasi Henry the Navigator. Monument ini terletak di tepi laut. Monument setinggi 52 m ini berbentuk kapal layar yg ditunggangi oleh pelayar2 Portugis. Antara pelayar2 yg terdapat pd monument tersebut ialah Henry the Navigator di hadapan skali, Alfonso V, Vasco da Gama yg menjumpai Tanjung Harapan di Afrika Selatan & menerokai India, Pedro Álvares Cabral yg menerokai Brazil, Fernão Magalhãe (Magellan) yg merentasi Lautan Pasifik, Diogo Cão & ramai lagi.

Padrão dos Descobrimentos, Lisbon, Portugal
Padrão dos Descobrimentos, Lisbon, Portugal


Padrão dos Descobrimentos, Lisbon, Portugal
Padrão dos Descobrimentos, Lisbon, Portugal


Henry the Navigator
Henry the Navigator


Vasco da Gama
Vasco da Gama

Berdekatan dgn monument tersebut, kelihatan sebuah jambatan merah yg bername Ponte 25 de Abril. Ianya berbentuk seakan2 jambatan Golden Gate di San Francisco, United States. Di seberang jambatan tersebut pulak, kelihatan sebuah statue Jesus Christ, mcm kat Rio de Janeiro, Brazil. Tapi statue kat Lisbon ni lebih kecil drp yg kat Rio de Janeiro tu.

Ponte 25 de Abril, Lisbon, Portugal
Ponte 25 de Abril, Lisbon, Portugal


Golden Gate, San Francisco, United States
Golden Gate, San Francisco, United States


Ponte 25 de Abril, Lisbon, Portugal
Ponte 25 de Abril, Lisbon, Portugal


Padrão dos Descobrimentos & Ponte 25 de Abril, Lisbon, Portugal
Padrão dos Descobrimentos & Ponte 25 de Abril, Lisbon, Portugal

Bersambung...

Read more...

WiNTeR iN SPaiN & PoRTuGaL (BHG XIII)

>> Monday, May 22, 2006



Seterusnye, kiteorg ke Real Alcázar yg terletak berdekatan dgn Seville Cathedral. Tempat ini pernah menjadi kediaman pemerintah2 Islam & Kristian selama berkurun2 lamenye. Ferdinand & Isabella of Portugal adalah antara pemerintah2 yg pernah menetap di sini. Selain itu, sambutan kepulangan Christopher Columbus dari New World (America) jugak dilakukan di sini. Real Alcázar ini pada mulanya dibina oleh org2 Islam pd tahun 913 sbg kubu pertahanan. Pengubahsuaian dibuat oleh setiap pemerintah yg menetap di sini. Antara tarikan utama di Real Alcázar ialah Palacio de Don Pedro yg kaya dgn ukiran2 yg berunsurkan Islam. Suasana dalamannye seakan2 Alhambra. Terdapat jugak sebuah garden yg agak cantik jugak la. Kesimpulannye, mmg tak rugi masuk ke dlm Real Alcázar. Kalau tunjuk student card, masuk free.

Real Alcázar, Seville, Spain
Real Alcázar, Seville, Spain


Dalam Real Alcázar, Seville, Spain
Dalam Real Alcázar, Seville, Spain


Dalam Real Alcázar, Seville, Spain
Dalam Real Alcázar, Seville, Spain


Dalam Real Alcázar, Seville, Spain
Dalam Real Alcázar, Seville, Spain


Dalam Real Alcázar, Seville, Spain
Dalam Real Alcázar, Seville, Spain


Dalam Real Alcázar, Seville, Spain
Dalam Real Alcázar, Seville, Spain


Garden Dalam Real Alcázar, Seville, Spain
Garden Dalam Real Alcázar, Seville, Spain

Lepas puas berkelana dlm Real Alcázar, kiteorg berjalan menuju ke Torre del Oro (Golden Tower). Tower ini dibina oleh org2 Islam pd tahun 1220 sbg menara kawalan. Skarang ianya dijadikan Museo Maritimo. Seterusnye, kiteorg ke Plaza de España yg terletak agak jauh dari city centre. Penat jugak la berjalan. Plaza de España yg berbentuk semibulatan ni terletak kat Parque Maria Luisa. Maria Luisa adalah seorg puteri raja yg menganugerahkan sebahagian drp Palacio San Telmo yg merupakan hak miliknya utk pembinaan park ni. Architeture Plaza de España direka oleh Anibal Gonzalez utk Ibero-American Exposition pd thn 1929. Bangunan Plaza de España ni sgt2 lah lawa. Tak rugi pergi walaupun terpakse berjalan jauh.

Torre del Oro, Seville, Spain
Torre del Oro, Seville, Spain


Plaza de España, Seville, Spain
Plaza de España, Seville, Spain


Plaza de España, Seville, Spain
Plaza de España, Seville, Spain


Plaza de España, Seville, Spain
Plaza de España, Seville, Spain

Lepas spent mase agak lame kat Plaza de España, kiteorg kembali ke Seville Cathedral utk singgah ke beberape kedai souvenir kat situ. Lepas habis shopping, kiteorg terus ke hostel yg kiteorg check in pg tadi. Kiteorg berehat2 dulu kat dlm bilik. Then, bile dah hilang penat, kiteorg pun ambik bag2 & terus ke bus station. Eurolines bus ke Lisbon, Portugal bertolak pd pukul 12 tgh mlm.

Bersambung...

Read more...

WiNTeR iN SPaiN & PoRTuGaL (BHG XII)

>> Thursday, May 18, 2006



Tepat pukul 12 tgh mlm, kiteorg pun sampai kat Seville. Kiteorg terpakse ambik teksi utk ke hostel sbb hostel yg kiteorg book jauh gile dari train station. Sesampainye kat hostel tu, kiteorg pun terus ke kaunter utk check in. Alamak. Kiteorg mengalami masalah yg besar. Kiteorg salah letak tarikh booking sewaktu kiteorg book online dulu. Sepatutnye kiteorg letak 2 January, bukannye 3 January. Ya Allah. Apsal la kiteorg tak check betul2. Isk. Hostel tu pulak dah penuh & takde kosong mlm tu. Nak cancel pun tak boleh sbb mengikut policy, kiteorg hanya boleh cancel 24 hour sebelum arrival time mentioned sewaktu booking. So, kirenye die akan charge kiteorg for one night la. Burn 15 Euro sorang. Huhuh. Nak tak nak, kiteorg kene cari hostel lain. Cari punye cari, nasib baik le ade hostel berdekatan yg murah & still ade kekosongan. Alhamdulillah. Lega sangat.

Keesokan paginye, kiteorg plan nak breakfast kat hostel yg kiteorg dah book tu, sbb mcm rugi pulak kalau tak menggunakan kemudahan yg ade, sbb kiteorg akan dicharge jugak nanti. Tapi malangnye, waktu breakfast dah tamat. Ah. Kiteorg check in jek. Karang bile penat, boleh jugak la singgah hostel tu utk berehat2. Hehe. Nasib baik org lain yg jaga kaunter. Bukannye org mlm tadi. So, takde la malu. Hehe. Lepas check in, kiteorg ke Plaza de Armas utk beli tiket bus Eurolines utk ke Lisbon, Portugal utk mlm nanti. Lepas beli tiket, kiteorg pun menjelajahi kota Seville ni. Kiteorg travel around dgn berjalan kaki jek. Seville atau nama tempatannye Sevilla adalah ibu negeri Andalusia. Ianya adalah antara bandar yg terbesar di Spain. Seville pernah menjadi pusat pemerintahan empayar Islam di Andalusia & jugak pusat kpd Spanish Renaissance.

Plaza de Armas, Seville, Spain
Plaza de Armas, Seville, Spain

Tempat pertama yg kiteorg singgah ialah Plaza de Toros de la Maestranza yg merupakan antara bullring yg paling famous & tertua di Spain. Ianya dibina antara tahun 1761-1881 & boleh memuatkan 14,000 penonton. Spt yg telah dimention sebelum ni, bullfight hanya diadakan sewaktu summer sahaja. Mmg tak bernasib baik le kiteorg. Huhu.

Plaza de Toros Maestranza, Seville, Spain
Plaza de Toros Maestranza, Seville, Spain


Plaza de Toros de la Maestranza, Seville, Spain
Plaza de Toros Maestranza, Seville, Spain

Tempat seterusnye ialah Seville Cathedral yg merupakan gereja yg ke-3 terbesar di dunia selepas St Peter’s Basilica di Vatican City & St Paul’s Cathedral di London. Ianya mula dibina pd tahun 1401 selepas kejatuhan Seville ke tangan kuasa Kristian & siap sepenuhnye 100 tahun kemudian. Cathedral ni sebenarnye dibina di atas tapak Masjid Almohad yg diruntuhkan. Sekali lagi maruah Islam dicemarkan. Hmmm. Dua kesan peninggalan Masjid Almohad yg masih kekal & tidak diruntuhkan ialah menara azan La Giralda yg kini berfungsi sbg menara loceng Seville Cathedral & Patio de los Naranjos iaitu tempat berwuduk yg dipenuhi dgn pokok2 limau. Menara La Giralda merupakan antara menara yg tertinggi di dunia pd suatu masa dahulu. Lihatlah betapa hebatnye tamadun umat Islam di sini pd zaman dahulu.

Sevilla Cathedral, Seville, Spain
Sevilla Cathedral, Seville, Spain


Seville Cathedral, Seville, Spain
Sevilla Cathedral, Seville, Spain


St Peter’s Basilica, Vatican City
St Peter’s Basilica, Vatican City


St Paul's Cathedral, London, UK
St Paul's Cathedral, London, UK


Giralda di Seville Cathedral, Seville, Spain
Giralda di Seville Cathedral, Seville, Spain


Giralda di Seville Cathedral, Seville, Spain
Giralda di Seville Cathedral, Seville, Spain


Patio de los Naranjos di Seville Cathedral, Seville, Spain
Patio de los Naranjos di Seville Cathedral, Seville, Spain

Bersambung...

Read more...

WiNTeR iN SPaiN & PoRTuGaL (BHG XI)

>> Saturday, May 13, 2006



Keesokannye, kiteorg pun memulakan ekspedisi menjelajah kota Granada. Granada, sama spt Cordoba, terletak di dlm negeri Andalusia. Ianya adalah ibu kota terakhir empayar Islam di Andalusia, bermula pd tahun 1238 hingga 1492, iaitu selama 250 tahun. Granada akhirnya jatuh ke tangan pemerintah Kristian pd tahun 1492 & secara tidak langsungnye seluruh Andalusia jatuh ke tangan Kristian pd tahun tersebut. Dynasty Islam terakhir yg memerintah ialah Dynasty Nasrid. So kesimpulannye, Granada adalah kota Islam terakhir di Andalusia sebelum kekalahan Islam kpd Kristian. Granada mencapai zaman kegemilangannye sewaktu pemerintahan Dynasty Nasrid. Di bawah pemerintahan Kristian pulak, kota ini menjadi pusat Renaissance.

Tempat pertama yg kiteorg jejaki di Granada sudah tentunye Alhambra yg terletak berdekatan dgn hostel kiteorg. Alhambra yg bermaksud "The Red One" dlm bahasa Arab merupakan antara peninggalan Islam yg agung di bumi Andalusia. Ianya terletak di kaki pergunungan Sierra Nevada, sebuah ski resort yg diselaputi salji sewaktu winter. Binaan Alhambra teramatlah menakjubkan. Ianya dibina sewaktu pemerintahan Dynasty Nasrid di bawah Khalifah Ismail I, Yusuf I & Muhammad V. Khalifah2 ini cuba mewujudkan suasana spt syurga di muka bumi iaitu di Alhambra & usaha mereka benar2 menjadi kenyataan. Alhambra sesungguhnya tersangatlah indah. Banyak ukiran2 berunsurkan Islam & ayat2 Al-Quran terpamer pd dinding2 & ianya sangat mengasyikkan. Sape2 yg dtg Spain tanpa mengunjungi Alhambra mmg tersangatlah rugi. Seriously. Sewaktu kat dlm Alhambra, kiteorg terserempak dgn classmates Jem yg jugak bebudak Banting batch aku iaitu Azreen, Nazeera & Niesa. Tak sangke dieorg pun dtg Spain. Heheh. Ape lagi. Bergambar la dgn dieorg pulak. Hai, ramai betul la rakyat Dublin kat Spain.

Alhambra Berlatarbelakangkan Pergunungan Sierra Nevada, Granada, Spain
Alhambra Berlatarbelakangkan Pergunungan Sierra Nevada, Granada, Spain

Alhambra ni sebenarnye terbahagi kpd 3 bhg iaitu Palacio Nazaries, Generalife & Alcazaba. Palacio Nazaries yg merupakan tarikan paling utama kat sini adalah istana kpd pemerintah2 Dynasty Nasrid. Generalife pulak adalah sebuah garden yg dahulunye merupakan tempat raja2 beristiherat. Sementara Alcazaba pulak adalah kubu pertahanan. Di Alcazaba terdapat sebuah menara kawalan yg diberi name Torre de la Vela di mane seluruh kota Granada & gunung-ganang di sekelilingnye boleh diperhatikan dari atasnye. Kat menare ni terdapat sebuah loceng yg dibunyikan utk memberi amaran. Kebetulan, hari kiteorg kat Alhambra (2 January) adalah hari ulangtahun penyerahan Granada ke tangan kuasa Kristian oleh kuasa Islam. So every year, pelancong2 yg dtg sini akan dibenarkan membunyikan loceng sbg menandakan kemenangan kuasa Kristian merampas Andalusia drp kuasa Islam & secara tak langsungnye menguasai seluruh tanah Spain. Kiteorg tak boleh le nak join dieorg bunyikan loceng tu. Tak elok le kan. Sakit jugak la hati bile menyaksikan kegembiraan pelancong2 membunyikan loceng tu. Dieorg seolah2 bergembira dgn kekalahan kuasa Islam & kemenangan kuasa Kristian merampas bumi Andalusia. Entah bile la maruah Islam di Andalusia dpt dikembalikan. Wallahu Alam.

Pintu Masuk Alhambra, Granada, Spain
Pintu Masuk Alhambra, Granada, Spain


Dalam Palacio Nazaries di Alhambra, Granada, Spain
Dalam Palacio Nazaries di Alhambra, Granada, Spain


Dalam Palacio Nazaries di Alhambra, Granada, Spain
Dalam Palacio Nazaries di Alhambra, Granada, Spain


Dalam Palacio Nazaries di Alhambra, Granada, Spain
Dalam Palacio Nazaries di Alhambra, Granada, Spain


Dalam Palacio Nazaries di Alhambra, Granada, Spain
Dalam Palacio Nazaries di Alhambra, Granada, Spain


Bersama Azreen, Niesa & Nazeera Dalam Palacio Nazaries di Alhambra, Granada, Spain
Bersama Azreen, Niesa & Nazeera Dalam Palacio Nazaries di Alhambra, Granada, Spain


Patung2 Singa Dalam Palacio Nazaries di Alhambra, Granada, Spain
Patung2 Singa Dalam Palacio Nazaries di Alhambra, Granada, Spain


Patung2 Singa Dalam Palacio Nazaries di Alhambra, Granada, Spain
Patung2 Singa Dalam Palacio Nazaries di Alhambra, Granada, Spain


Patung2 Singa Dalam Palacio Nazaries di Alhambra, Granada, Spain
Patung2 Singa Dalam Palacio Nazaries di Alhambra, Granada, Spain


Sebuah Kubah Dalam Palacio Nazaries di Alhambra, Granada, Spain
Sebuah Kubah Dalam Palacio Nazaries di Alhambra, Granada, Spain


Dalam Palacio Nazaries di Alhambra, Granada, Spain
Dalam Palacio Nazaries di Alhambra, Granada, Spain


Pemandangan Bandar Granada Dari Atas Palacio Nazaries di Alhambra, Granada, Spain
Pemandangan Bandar Granada Dari Atas Palacio Nazaries di Alhambra, Granada, Spain


Dalam Palacio Nazaries di Alhambra, Granada, Spain
Dalam Palacio Nazaries di Alhambra, Granada, Spain


Sepohon Pokok Peach Kat Dalam Palacio Nazaries di Alhambra, Granada, Spain
Sepohon Pokok Peach Kat Dalam Palacio Nazaries di Alhambra, Granada, Spain


Pemandangan Palacio Nazaries Dari Generalife di Alhambra, Granada, Spain
Pemandangan Palacio Nazaries Dari Generalife di Alhambra, Granada, Spain


Generalife di Alhambra, Granada, Spain
Generalife di Alhambra, Granada, Spain


Alcazaba di Alhambra, Granada, Spain
Alcazaba di Alhambra, Granada, Spain


Alcazaba di Alhambra, Granada, Spain
Alcazaba di Alhambra, Granada, Spain


Pemandangan Bandar Granada Dari Atas Torre de la Vela kat Alcazaba di Alhambra, Granada, Spain
Pemandangan Bandar Granada Dari Atas Torre de la Vela kat Alcazaba di Alhambra, Granada, Spain


Pemandangan Pergunungan Sierra Nevada Dari Atas Torre de la Vela kat Alcazaba di Alhambra, Granada, Spain
Pemandangan Pergunungan Sierra Nevada Dari Atas Torre de la Vela kat Alcazaba di Alhambra, Granada, Spain


Seorang Pelancong Membunyikan Loceng Torre de la Vela di Alcazaba di Alhambra, Granada, Spain
Seorang Pelancong Membunyikan Loceng Torre de la Vela di Alcazaba di Alhambra, Granada, Spain


Seorang Pelancong Membunyikan Loceng Torre de la Vela di Alcazaba di Alhambra, Granada, Spain
Seorang Pelancong Membunyikan Loceng Torre de la Vela di Alcazaba di Alhambra, Granada, Spain

Kat bawah ni, aku selitkan sebuah lirik lagu yg bertajuk "Andalusia" yg dicipta & dinyanyikan oleh M. Nasir. Lagu ni pernah memenangi award Lagu Terbaik dlm pertandingan Juara Lagu di TV3 pd tahun 1999. Selamilah maksud yg tersirat di sebalik lirik lagu ni.


ANDALUSIA
(Ciptaan: M. Nasir)

Cahayamu bagai sabitah
Doaku kau sejahtera
Biar warna kubah-kubahmu kian pudar
Untukmu setanggi ini ku bakar

Cahayamu sediakala

Aku rindukan zaman kebangkitan
Pabila nurani bersulamkan fikiran
Seganding dan bersatu
Lafaz niatku bertemu

Cahayamu tiada tara

Pohon salamku pada fakir-fakirmu Andalusia
Pohon izinkanlah aku mengalami irama asyikmu
Pohon ku dipinjamkan gambus dan ghazalmu jadi azimat
Supaya dapat aku tari menongkah arus

Sahutlah Andalusia

Apakah sudah kering lautan darah
Yang tertimbus di bumi Alhambra
Ataupun masih bergelora
Menanti saat melimpah mengikut mata air

Antal hadi antal haqqu
Laisal hadi Illahu

Kiteorg spent hampir 6-7 jam kat dlm Alhambra. Luas gile. Lepas dah puas, kiteorg turun ke bandar Granada dgn bus. Kiteorg makan lunch dulu sebelum shopping souvenir. Kiteorg lunch dgn kebab. Lepas makan, kiteorg pun gi shopping. Bile dah habis shopping, kiteorg taktau nak buat ape lagi. Actually banyak lagi tempat yg menarik kat sekeliling bandar Granada ni. Tapi kiteorg btul2 dah tak larat nak jalan2. So, kiteorg pun terus balik semule ke hostel. Then, kiteorg turun kembali ke bandar Granada bersama2 dgn bag2 kiteorg. Kiteorg terus ke train station. Mlm ni kiteorg akan ke Seville pulak. Train ke Seville bertolak dari Granada pd pukul 9 mlm.

Makan Kebab di Plaza Nueva, Granada, Spain
Makan Kebab di Plaza Nueva, Granada, Spain

Bersambung...

Read more...
HAKCIPTA TERPELIHARA © 2004-2011: Aku Sebutir Pasir

  © Free Blogger Templates Autumn Leaves by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP