SuMMeR aka WiNTeR iN DoWN uNDeR (BHG I)

>> Friday, January 20, 2006



Down Under adalah gelaran kpd negara Australia kerana kedudukan geografinye yg sama sekali bertentangan dgn negara2 Barat meskipun penduduk kat sini majoritinye adalah org2 Barat sendiri. Jikalau negara2 Barat terletak di sebelah Barat bumi, Australia pulak terletak di sebelah Timur bumi. Jikalau negara2 Barat terletak di Hemisfera Utara bumi, Australia pulak terletak di Hemisfera Selatan bumi. Disebabkan kedudukannye yg agak hampir dgn Garisan Tarikh Antarabangsa, Australia adalah antara negara2 yg terawal menerime cahaya matahari. Lebih awal drp negara Jepun yg digelar ‘Negara Matahari Terbit’. Namun, ianya tidaklah seawal New Zealand yg merupakan negara yg paling awal skali menerima cahaya matahari kerana kedudukannye yg sangat hampir dgn Garisan Tarikh Antarabangsa. Waktu tempatan New Zealand mendahului Malaysia sebanyak 4 jam, sementara waktu tempatan Jepun hanya mendahului Malaysia sebanyak 1 jam sahaja. Negara Australia mempunyai 3 zon waktu kerana saiz geografinya yg besar. Zon Barat mempunyai waktu tempatan yg sama dgn Malaysia. Zon Tengah pulak mendahului Malaysia sebanyak 1 1/2 jam. Sementara Zon Timur pulak mendahului Malaysia sebanyak 2 jam. Kedudukan Australia yg terletak di Hemisfera Selatan pulak menyebabkan musim2nya bertentangan sama sekali dgn musim2 yg dialami oleh negara2 di Hemisfera Utara. Jikalau negara2 di Hemisfera Utara mengalami Musim Sejuk, Australia akan mengalami Musim Panas. Jikalau negara2 di Hemisfera Utara mengalami Musim Bunga, Australia akan mengalami Musim Luruh. Begitulah jugak sebaliknye. Australia menghadap 2 lautan iaitu Lautan Pasifik di sebelah timur & Lautan Hindi di sebelah barat.

Kedudukan Australia Dlm Peta Dunia
Kedudukan Australia Dlm Peta Dunia


Kedudukan Australia Yg Hampir Dgn Garisan Tarikh Antarabangsa
Kedudukan Australia Yg Hampir Dgn Garisan Tarikh Antarabangsa


3 Zon Waktu di Australia
3 Zon Waktu di Australia

Same spt Msia, Australia jugak pernah dijajah oleh British. British mula menjejakkan kaki di Australia pd thn 1768 di bawah Captain James Cook. Australia diumpamakan sbg pengganti kpd koloni British setelah ia kehilangan koloni2nya di America selepas kemerdekaan Amerika Syarikat pd tahun 1776. Disebabkan kesesakan yg berlaku di penjara2 di England, Australia turut dijadikan tempat buangan penjenayah2. Sampai sekarang, Australia sebenarnye masih belum lagi menerime kemerdekaan secare rasmi drp British meskipun ianya mempunyai pemerintahan sendiri. Queen of England masih lagi merupakan penaung kpd Australia. Pada benderanye jugak terdapat sebahagian kecil bendera United Kingdom (British). Australia adalah antara pulau yg terbesar di dunia. Ianya tersangatlah besar sehingga ianya turut digelar sbg benua Australia. Saiznya hampir sama dgn saiz benua Europe. Kat dlm pulau ni sahaja terdapat pelbagai iklim. Utara negara ini mengalami iklim Khatulistiwa & Monsun Tropika. Hampir separuh drp bahagian tgh pulau ini diliputi oleh gurun. Bahagian selatan negara ni pulak mengalami iklim 4 musim. Penduduk negara ini yg berjumlah 20 juta org menggunakan English sbg bahasa rasmi dieorg. Tetapi, ade banyak lagi bahasa2 yg digunakan. Penduduk Australia ni walaupun majoritinye adalah bangsa Eropah, tapi terdapat ramai jugak bangsa2 lain spt Cina, India, Arab, Pakistan, Turki & mcm2 lagi. Ada lebih kurang 80 bahasa dipertuturkan di negara ni. Selain itu, terdapat jugak org Maori (aborigines) yg merupakan penduduk asli Australia.

Captain James Cook, Org British Yg Menjumpai Australia
Captain James Cook, Org British Yg Menjumpai Australia


Bendera Australia Yg Terdapat Sebahagian Kecil Bendera British
Bendera Australia Yg Terdapat Sebahagian Kecil Bendera United Kingdom (British)


Perbandingan Saiz Australia & benua Europe
Perbandingan Saiz Australia & benua Europe


Kepelbagaian Iklim Di Australia
Kepelbagaian Iklim Di Australia


Org2 Asli (Maori/Aborigines) di Australia
Org2 Asli (Maori/Aborigines) di Australia

Actually, aku mmg dah lama sgt teringin utk ke Australia. So, bile MAS buat ticket sale London-KL-Australia, aku pun terus ambik peluang ni. Begitu jugak dgn member2 aku yg lain iaitu Mas, Reza, Ilyasak, Jem, Fyzal & Manap. Harga tiket pergi balik cuma 820 Euro termasuk Australian Visa & credit card charge. Kiteorg boleh pilih sendiri tarikh kiteorg nak ke Australia. Kiteorg beli tiket tu melalui travel agency STA Travel London. Kiteorg berurusan dgn seorang org Malaysia yg bekerja kat situ. Kiteorg berurusan melalui email je. Heh. Senang jugak la sebenarnye. Cakap Melayu jek. Heheh. Kiteorg ke Australia sewaktu cuti Summer 2005 yg agak lame jugak la. 3 bulan. So, di samping dpt balik ke Msia, kiteorg jugak dpt melancong ke Australia. Sambil menyelam, minum air la kan. Aku, Mas, Ilyasak & Reza pergi ke Melbourne dulu dari KL. Then, kiteorg naik flight Qantas dari Melbourne ke Sydney pulak. Lepas tu, dari Sydney, kiteorg terus balik KL. Lain pulak dgn Jem, Fyzal & Manap. Dieorg terus ke Sydney & balik KL pun dari Sydney. Dieorg tak gi Melbourne. So, kiteorg jumpe dieorg kat Sydney la. Time kiteorg pergi Australia waktu cuti Summer tu, Australia time tu mengalami Winter. Sejuk la kat sane. Huhhuh. Dah tu, nak buat camne lagi kan.

Bersambung...

0 buah komen:

HAKCIPTA TERPELIHARA © 2004-2011: Aku Sebutir Pasir

  © Free Blogger Templates Autumn Leaves by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP