SPRiNG 2004 (BeLGiuM, NeTHeRLaNDS & LuXeMBouRG) (TRaVeLoGue LeNGKaP)

>> Tuesday, January 17, 2006



Pada cuti Easter/Spring 2004, aku, Jem, Reza, Hafizuddin & Manap decided utk pergi melancong ke negara2 Low Countries iaitu Belgium, Netherlands & Luxembourg selama 8 hari bermula pd 10 March 2004 sampai 17 March 2004. Negara2 tu digelar Low Countries sbb muka buminya yang rata & kebanyakan permukaan buminya dulu adalah laut, tapi setelah ditambak, ianya menjadi daratan yg luas, terutamanya Netherlands. Ni adelah kali pertama kiteorg melancong tanpa menggunakan sape2 sbg tourist guide & kiteorg hanya bergantung kpd buku travel sahaja. Takut pulak rasenye. Heheh.

Kiteorg bertolak dari Dublin Airport pd awal pagi 10 March 2004 dgn flight Ryanair utk ke Brussels Charleroi Airport, Belgium. Sesampainye kat sane, kiteorg amat terkejut kerana it was snowing!! Tak sangke pulak time2 awal Spring ni, salji masih turun. Heheh. Kiteorg naik shuttle bus utk ke Brussels city. Lebih kurang sejam perjalanan. Sampai je kat Brussels city, kiteorg terus cari hostel utk menetap berpandukan buku travel Lonely Planet. Hostel yg kiteorg berkenan adelah Sleep Well Hostel. Jumpe jugak akhirnye. Lepas letak barang2 semue kat dlm bilik, kiteorg pun keluar utk menikmati kota Brussels, Belgium.

Org2 kat negara Belgium ni takde bahasa sendiri. Org2 kat bhg utara Belgium menggunakan bahasa Flemish iaitu bahasa org Netherlands, sementara org2 kat bhg selatan Belgium pulak menggunekan bahasa French. Nama tempatan Belgium dlm bahasa Flemish ialah België, sementara dlm bahasa French pulak ialah Belgique. Org2 kat bandar Brussels ni sendiri pun menggunekan kedua2 bahasa tu. Sbb tu la setiap signboard ade 2 bahasa. Heheh. Name tempatan Brussels dlm French ialah Bruxelles, sementara name tempatannye dlm Flemish pulak ialah Brussel. Antara benda yg paling famous kat negara Belgium ni adelah Belgian chocolate. Sedap gile!! The best chocolate yg aku pernah rasa. Serious. Heheh. Brussels ni bukan sahaje ibu negara Belgium, tapi ianya jugak adelah ibu negara Europe kerana kat sinilah terletaknye ibu pejabat European Union.

Belgian Chocolate
Belgian Chocolate

Kiteorg travel keliling bandar Brussels ni dgn berjalan kaki. Tapi ade jugaklah kiteorg curi2 naik metro iaitu public transport bawah tanah kat sini. Heheh. Nasib baik tak kene tangkap. Tempat pertame yg kiteorg pergi ialah Eurolines office utk beli tiket bus ke Amsterdam. Kiteorg akan ke Amsterdam esok ptg. Lepas beli tiket, kiteorg ke Grand Place yg merupakan tarikan utama pelancong ke Brussels. Kat sinilah letaknye Hotel de Ville iaitu city hall & bertentangan dengannye ialah La Maison du Roi atau Musee de la Ville yg dulunya merupakan penjara sementara. Kini ianya menjadi muzium yg menyimpan lukisan2 lama & costumes utk Manneken Pis. Selain 2 bangunan tu, terdapat jugak 2 lagi bangunan yg bertentangan iaitu La Maison des Ducs de Brabant & Le Renard. Sewaktu Spring, satu perayaan akan diadakan kat sini. Time tu, tengah2 kawasan Grand Place ni akan dihias dgn bunga2. Cantik gile. Tapi malangnye, tarikh kiteorg dtg sini terlalu awal. So, tak dpt la nak meraikan perayaan tu. Kecewa jugak la.

Grand Place, Brussels, Belgium
Grand Place, Brussels, Belgium


Hotel de Ville kat Grand Place, Brussels, Belgium
Hotel de Ville kat Grand Place, Brussels, Belgium


La Maison du Roi kat Grand Place, Brussels, Belgium
La Maison du Roi kat Grand Place, Brussels, Belgium


Kat Grand Place, Brussels, Belgium
Kat Grand Place, Brussels, Belgium


Kat Grand Place, Brussels, Belgium
Kat Grand Place, Brussels, Belgium


Perayaan Sewaktu Spring di Grand Place, Brussels, Belgium
Perayaan Sewaktu Spring di Grand Place, Brussels, Belgium

Lepas puas bergambar kat Grand Place, kiteorg berjalan kaki ke Manneken Pis yg merupakan statue seorang budak kecik yg sedang kencing. Ntah ape2. Tapi tu adelah salah satu tarikan pelancong jugak. Heheh. Statue tu mempunyai 400 costumes yg disimpan kat dlm La Maison du Roi kat Grand Place. Setiap hari, statue tu akan dipakaikan costume yg berbeza. Menarik jugak la. Hehe.

Manneken Pis, Brussels, Belgium
Manneken Pis, Brussels, Belgium


Manneken Pis, Brussels, Belgium
Manneken Pis, Brussels, Belgium


Manneken Pis, Brussels, Belgium
Manneken Pis, Brussels, Belgium


Manneken Pis Dipakaikan Costume, Brussels, Belgium
Manneken Pis Dipakaikan Costume, Brussels, Belgium

Lepas tu, kiteorg ke Cathédrale Sts-Michel et Gudule. Gereja ni adelah gereja kebangsaan di Belgium. Rupenye seakan2 Notre Dame kat Paris pulak. Hehe. Seterusnye, kiteorg menuju ke Palais Royal. On the way ke sane, kiteorg terserempak dgn 4 org budak mintak derma. Muke mcm innocent. Setiap org dari kiteorg pun kasi le 2 Euro. Tapi yg sakit hatinye, dieorg mintak lebih. Sorang budak tu siap cube nak selongkar wallet aku. Celake betul. Nasib baik die tak rampas wallet aku. Lepas kiteorg marah2 kat dieorg, dieorg pun lari. Sempat pulak dieorg baling ketulan2 snow kat kiteorg. Sial punye budak2. Geram betul. Sia2 je kiteorg derma kat dieorg. Huh.

Cathédrale Sts-Michel et Gudule, Brussels, Belgium
Cathédrale Sts-Michel et Gudule, Brussels, Belgium

Jalan punye jalan, akhirnye kiteorg sampai jugak ke Palais Royal. Ianya adalah kediaman rasmi golongan raja Belgium. Lawa jugak la bangunan tu. Lepas puas bergambar kat situ, kiteorg pun meneruskan perjalanan ke tempat2 yg berdekatan yg tak brape famous. Saje2 nak bergambar. Tibe2 je, snow turun. Lebat jugak la. Isk2. Rimas pulak rase. Org dtg time Spring, ingatkan panas la sikit. Rupe2nye same mcm winter pulak. Huhuh. Lepas tu, kiteorg terus balik ke hostel. Penat gile.

Palais Royal, Brussels, Belgium
Palais Royal, Brussels, Belgium


Palais Royal, Brussels, Belgium
Palais Royal, Brussels, Belgium

Keesokannye lepas breakfast, kiteorg terus ke Parc du Cinquantenaire yg terletaknya Palais du Cinquantenaire yg dibina utk menyambut Jubli Emas kemerdekaan Belgium pd tahun 1880. Bentuk bangunannye seakan2 Bradenburger Tor kat Berlin. Kebetulan kot. Hehe. Lepas tu, kiteorg berjalan kaki ke European Union Parliament Quarter. Bangunannye moden. Sebenarnye terdapat 3 European Union Parliament Quarter. Salah satu drpnye terletak kat Brussels. Sementara dua lagi pulak terletak kat Strasbourg (France) & Luxembourg City (Luxembourg).

Parc du Cinquantenaire, Brussels, Belgium
Parc du Cinquantenaire, Brussels, Belgium


Parc du Cinquantenaire, Brussels, Belgium
Parc du Cinquantenaire, Brussels, Belgium


European Union Parliament Quarter, Brussels, Belgium
European Union Parliament Quarter, Brussels, Belgium


European Union Parliament Quarter, Brussels, Belgium
European Union Parliament Quarter, Brussels, Belgium

Tempat seterusnye yg kiteorg pergi ialah Bruparck. Kat sinilah terletaknye Atomium & Mini Europe yg merupakan antara tempat2 yg wajib dilawati kat Brussels ni. Bruparck ni terletak jauh sikit dari city centre. Kiteorg kene naik Metro. Naik curi2. Hehe. Atomium yg terdapat kat situ diperbuat dari besi & dibina berskalakan 165 billion kali ganda saiz atom yg sebenar. Kat dlm setiap atom tu, terdapat muzium2. Sementara itu, Mini Europe pulak mengandungi lebih 300 model bangunan2 terkenal yg terdapat di serata Europe yg dibina berskalakan 25 kali ganda kecil dari saiz sebenar bangunan2 tu. Antaranya ialah Eiffel Tower, Menara Condong Pisa, Athen’s Acropolis & London’s Parliament House. Nasib kiteorg tak baik sbb time tu Mini Europe ditutup utk construction. So, kiteorg cume dpt naik Atomium jek. Tu pun kire ok gak la drp tak buat ape2 kat situ. Lepas naik Atomium, kiteorg berjalan kaki ke Chinese & Japanese Tower yg agak berdekatan. Saje nak isi mase. Lawa jugak la bangunan2 tu.

Bruparck, Brusssels, Belgium
Bruparck, Brusssels, Belgium


Atomium, Bruparck, Brussels, Belgium
Atomium, Bruparck, Brussels, Belgium


Mini Europe, Bruparck, Brussels, Belgium
Mini Europe, Bruparck, Brussels, Belgium


Mini Europe dari atas Atomium, Bruparck, Brussels, Belgium
Mini Europe dari atas Atomium, Bruparck, Brussels, Belgium


Pemandangan Brupark dari atas Atomium, Brussels, Belgium
Pemandangan Brupark dari atas Atomium, Brussels, Belgium


Dalam Atomium, Bruparck, Brussels, Belgium
Dalam Atomium, Bruparck, Brussels, Belgium


Chinese Tower, Brussels, Belgium
Chinese Tower, Brussels, Belgium


Japanese Tower, Brussels, Belgium
Japanese Tower, Brussels, Belgium

Lepas puas bergambar dgn Chinese Tower & Japanese Tower, kiteorg bergegas balik hostel utk packing barang. Kiteorg akan ke Amsterdam ptg tu jugak dgn bus Eurolines. Kiteorg akan balik semule ke Brussels 3 hari lepas tu. Kiteorg sampai Amsterdam pd waktu malam. Lepas jumpe hostel yg kiteorg berkenan iaitu Anna Hostel, kiteorg berehat2 kejap. Lepas tu, kiteorg keluar utk menikmati suasana malam bandar Amsterdam, Netherlands. Netherlands atau nama tempatannye Nederland yg juga dikenali sbg Holland adelah sebuah negara yg unik sbb kebanyakan permukaan buminye dulu adelah laut yg kini dah ditambak. Org2 kat negara ni ade bahasa sendiri iaitu Flemish atau Dutch. Negara ni adelah salah satu drp negara2 yg sgt liberal. Pengambilan & urus niaga dadah, pelacuran, gay, lesbian & kahwin sesame jantina adalah tidak salah di sisi undang2 kerana bagi mereka, rakyat berhak utk berbuat apa sahaja yg dpt memberi mereka kebahagiaan, kepuasan dan kenikmatan. Ntah ape2 kan? Gula2 yg mengandungi dadah spt marijuana pun banyak dijual kat kedai2. Tapi aku tak berani la nak cuba. Kang tak pasal2 ketagih pulak. Terus jadi mat gian. Hakhakhak. Tapi yg peliknye, kat sini takde la pulak aku nampak penagih2 kat tepi2 jln mcm kat Msia tu. Hmm. Pelik kan? Sex shops pun banyak gile terdapat kat negara ni. Selain tu, negara ni jugak terkenal dgn bunga tulip, kincir angin & kasut kayu. Netherlands menduduki tempat ke-3 dlm Europe yg mempunyai kepadatan penduduk tertinggi selepas Monaco & Malta. Amsterdam adelah ibu negara Netherlands. Kat sini terdapat banyak gile canal (terusan). Siap ade canal cruise lagi. Heheh.

Gula-Gula Marijuana Yg Dijual di Kedai-Kedai, Amsterdam, Netherlands
Gula-Gula Marijuana Yg Dijual di Kedai-Kedai, Amsterdam, Netherlands


Sebuah Sex Shop di Amsterdam, Netherlands
Sebuah Sex Shop di Amsterdam, Netherlands


Bunga-Bunga Tulip
Bunga-Bunga Tulip


Tulip Garden, Netherlands
Tulip Garden, Netherlands


Kincir Angin, Netherlands
Kincir Angin, Netherlands


Kasut-Kasut Kayu, Netherlands
Kasut-Kasut Kayu, Netherlands


Sebuah Canal di Amsterdam, Netherlands
Sebuah Canal di Amsterdam, Netherlands


Sebuah Canal di Amsterdam, Netherlands
Sebuah Canal di Amsterdam, Netherlands

Tempat pertama yg kiteorg pergi pd malam tu ialah Amsterdam Central Station iaitu Amsterdam punye train station. Saje2 bergambar kat depan station tu sbb nampak cantik. Then, kiteorg ke Red Light District. Tempat ni adalah tempat utama bagi night life kat Amsterdam ni. Banyak gile night club & sex shops kat sini. Kalau korang sampai tempat ni, jgn terkejut sbb kat sinilah korang boleh jumpe ramai gile pelacur. Legal tau!! Pelacur2 tu akan duduk kat tepi2 tingkap sambil menggoda org2 yg lalu lalang. Kalau sape2 nak langgan dieorg, pegi la bukak tingkap tu. Hahahah. Kiteorg yg tak biase ni agak kekok jugak la bile jalan2 kat situ. Kiteorg siap kene tegur dgn sorang pakcik Indon yg kerja kat situ. Bapak ayam kot. Die tanye kiteorg berminat tak utk langgan pelacur. Die cakap dlm bahasa Indon dgn kiteorg. Terkejut gak la. Mcm tau2 je kiteorg ni org Melayu. Hehe. Kat Netherlands ni mmg ramai org Indon sebenarnye. Ye la. Indonesia dulu kan kene jajah dgn dieorg (Belanda). Satu bende yg kiteorg rase kelakar yg kiteorg jumpe kat Red Light District ialah penis fountain. Hahah. Bodoh btul. Lepas puas melihat kehidupan mlm org2 kat situ, kiteorg pun terus balik hostel utk tido.

Amsterdam Central Station, Amsterdam, Netherlands
Amsterdam Central Station, Amsterdam, Netherlands


Suasana Malam di Red Light District, Amsterdam, Netherlands
Suasana Malam di Red Light District, Amsterdam, Netherlands


Suasana Malam di Red Light District, Amsterdam, Netherlands
Suasana Malam di Red Light District, Amsterdam, Netherlands


Pelacur-Pelacur di Red Light District, Amsterdam, Netherlands
Pelacur-Pelacur di Red Light District, Amsterdam, Netherlands


Penis Fountain di Red Light District, Amsterdam, Netherlands
Penis Fountain di Red Light District, Amsterdam, Netherlands


Penis Fountain di Red Light District, Amsterdam, Netherlands
Penis Fountain di Red Light District, Amsterdam, Netherlands

Keesokannye, kiteorg naik tour bus utk ke Marken & Volendam iaitu kawasan countryside yg menjadi tarikan pelancong ke Amsterdam. Tak jauh sebenarnye dari Amsterdam city. Kat situ le kiteorg dpt bergambar dgn kincir2 angin, dpt pergi kilang kasut kayu & kilang cheese. Kiteorg siap bergambar dgn memakai org Dutch punye traditional costumes lagi. Bergambar kat dlm studio. Heheh. Kiteorg gak hampir2 tertinggal bus. Leka punye pasal. Tak pasal2 je kene marah dgn tourist guide bus tu. Malu jek. Huhhu. Lepas dah habis tour dgn bus, kiteorg jln2 keliling bandar Amsterdam. Bandar ni seriously sgt cantik sbb terdapat banyak canal. Bangunan2nye pun teramatlah unik bentuknye. Tak jumpe kat negara2 lain. Kat Amsterdam ni terdapat banyak muzium sebenarnye. Antaranya ialah Museum Amstelkring, Museum Het Rembrandthuis, Joods Historisch Museum, Amsterdam Historisch Museum, Van Gogh Museum, Stedelijk Museum, Rijksmuseum & even Sex Museum pun ade. Kiteorg takde la minat sgt nak masuk muzium2 tu. Tapi Hafizuddin sorang je yg beria2 nak masuk Sex Museum. Heheh. Segan la. Tapi die kate dlm tu mmg best. Banyak information kite boleh dpt. Hmm. Whatever la kan.

Kincir-Kincir Angin di Volendam, Netherlands
Kincir-Kincir Angin di Volendam, Netherlands


Kincir-Kincir Angin di Volendam, Netherlands
Kincir-Kincir Angin di Volendam, Netherlands


Di Hadapan Kilang Kasut Kayu, Volendam, Netherlands
Di Hadapan Kilang Kasut Kayu, Volendam, Netherlands


Dalam Kilang Kasut Kayu, Volendam, Netherlands
Dalam Kilang Kasut Kayu, Volendam, Netherlands


Dalam Kilang Kasut Kayu, Volendam, Netherlands
Dalam Kilang Kasut Kayu, Volendam, Netherlands


Dalam Kilang Cheese, Volendam, Netherlands
Dalam Kilang Cheese, Volendam, Netherlands


Kiteorg Mengenakan Dutch Traditional Costumes kat Volendam, Netherlands
Kiteorg Mengenakan Dutch Traditional Costumes kat Volendam, Netherlands


Marken, Netherlands
Marken, Netherlands


Sebuah Museum, Amsterdam, Netherlands
Sebuah Museum, Amsterdam, Netherlands


Amsterdam Historisch Museum, Amsterdam, Netherlands
Amsterdam Historisch Museum, Amsterdam, Netherlands


Stedelijk Museum, Amsterdam, Netherlands
Stedelijk Museum, Amsterdam, Netherlands


Van Gogh Museum, Amsterdam, Netherlands
Van Gogh Museum, Amsterdam, Netherlands


Sex Museum, Amsterdam, Netherlands
Sex Museum, Amsterdam, Netherlands

Dam Square adelah salah satu tempat tarikan pelancong kat Amsterdam ni di mane terdapatnye Koninklijk Paleis yg merupakan town hall bg Amsterdam yg masih lagi digunakan sbg tempat upacara rasmi diraja. Berdekatan dgn bangunan tu, terdapat Madame Tussaud's, iaitu Wax Museum yg terdapat jugak di London, Hollywood & beberape tempat lagi di dunia. Kiteorg jugak sempat lalu ke rumah Anne Frank. Namenye sgt terkenal kat sini. Die & keluarganye yg berketurunan Yahudi bersembunyi di sini utk mengelakkan ancaman Nazi semasa Perang Dunia Kedua. Die terkenal kerana diarinya yg ditulisnya sejak die berusia 13 tahun. Diarinya itu (The Annex) diterbitkan dlm pelbagai bahasa. Hmm. Mcm2 la manusia ni. Diari org pun nak dibace. Ntah ape2. Lepas tu, kiteorg singgah kejap kat Hard Rock Cafe utk beli souvenir. Aku just beli sehelai baju je. Tu pun dah 25 Euro dah. Mahal gile. Lepas penat keliling bandar Amsterdam dgn berjalan kaki, kiteorg pun balik ke hostel.

Koninklijk Paleis kat Dam Square, Amsterdam, Netherlands
Koninklijk Paleis kat Dam Square, Amsterdam, Netherlands


Madame Tussaud's kat Dam Square, Amsterdam, Netherlands
Madame Tussaud's kat Dam Square, Amsterdam, Netherlands


Kat Dam Square, Amsterdam, Netherlands
Kat Dam Square, Amsterdam, Netherlands


Rumah Anne Frank, Amsterdam, Netherlands
Rumah Anne Frank, Amsterdam, Netherlands


Hard Rock Cafe, Amsterdam, Netherlands
Hard Rock Cafe, Amsterdam, Netherlands

Keesokannye, kiteorg keliling bandar Amsterdam skali lagi sambil singgah kat kedai2 souvenir utk shopping. Antara tempat yg kiteorg pergi hari ni ialah Nederlands Scheep-Vaartmuseum di mane terdapatnye kapal yg kononnye adelah kapal yg digunakan oleh Kompeni Hindia Timur Belanda yg menjajah Indonesia dulu. Kemudiannye, kiteorg ke Nemo, iaitu Netherlands punye National Science Center. Kiteorg just bergambar dari luar je. Lepas tu, kiteorg pun teruskan perjalanan merayau2 kat bandar Amsterdam ni. Sempat jugak kiteorg singgah kat florist market yg menjual bunga2 & jugak souvenir2. Best gile. Tapi kiteorg takde la beli bunga pun. Buat ape. Kiteorg just beli souvenir2 jek. Lepas tu, kiteorg ronda2 Amsterdam lagi sampai la mlm. Bile dah penat, kiteorg balik hostel.

Nederlands Scheep-Vaartmuseum, Amsterdam, Netherlands
Nederlands Scheep-Vaartmuseum, Amsterdam, Netherlands


Kapal Kompeni Hindia Timur Belanda di Nederlands Scheep-Vaartmuseum, Amsterdam, Netherlands
Kapal Kompeni Hindia Timur Belanda di Nederlands Scheep-Vaartmuseum, Amsterdam, Netherlands


Nemo, Amsterdam, Netherlands
Nemo, Amsterdam, Netherlands


Florist Market, Amsterdam, Netherlands
Florist Market, Amsterdam, Netherlands


Kat Florist Market, Amsterdam, Netherlands
Kat Florist Market, Amsterdam, Netherlands


Amsterdam, Netherlands
Amsterdam, Netherlands


Sebuah Jambatan di Amsterdam, Netherlands
Sebuah Jambatan di Amsterdam, Netherlands

Esok paginye kat Amsterdam, kiteorg singgah beberape kedai souvenir utk beli souvenir utk kali terakhir. Tgh hari nanti nak kene bertolak ke Brussels dgn bus dah. Bile semue dah settle, kiteorg terus ke bus station utk naik Eurolines bus ke Brussels. Kiteorg sampai Brussels pd waktu ptg. Lepas tu, kiteorg kene decide sama ade nak ke Luxembourg City (Luxembourg) atau Bruges (Belgium). Pikir punye pikir, last2, kiteorg pilih Luxembourg. Kiteorg naik train ke Luxembourg. Group ticket utk 5 org. Lagi murah dari single tiket. Tu yg untung jln ramai2 tu.

Mlmnye, baru la kiteorg sampai kat Luxembourg City, Luxembourg. Luxembourg yg merupakan salah satu negara terkecil kat Europe mempunyai banyak persamaan dgn Belgium, tapi penduduknya majoritinya menggunakan bahasa French. Luxembourg City adelah ibu negaranye. Ianya terkenal sbg pusat kewangan antarabangsa dunia. Hebat jugak la kan. Tapi bagi aku, ape yg best pasal Luxembourg City ni adelah pemandangannye yg lain dari tempat2 yg pernah aku pergi. Bandar ni seolah2 terletak di kawasan yg penuh dgn lembah2 & cerun2. Saujana mata memandang.

Kedudukan Luxembourg dlm Europe
Kedudukan Luxembourg dlm Europe

Sesampainye kiteorg kat Luxembourg City mlm tu, kiteorg pun terus mencari hostel dgn menggunekan buku travel. Sempat jugak la kiteorg tangkap beberape keping gambar. Heh. Sempat lagi tu. Kiteorg sebenarnye cume berkenan kat satu hostel je yg ade kat dlm buku travel tu. Cari punye cari, kiteorg tak jumpe2 pun hostel tu. Mcm dah salah jalan je. Jam dah pukul 11.30 mlm. Bandar tu pulak sunyi gile. Sejak kiteorg sampai tadi, kiteorg cume bertembung dgn 2 atau 3 org je manusia. Pelik gak la. Apsal sunyi sgt bandar Luxembourg City ni?? Hmm. Whatever la. Yg penting jumpe hostel. Tapi, lame2 kiteorg dah tak larat nak cari dah. Semue putus asa. Last2, kiteorg decided utk tido kat mane2 tempat yg selamat kat luar. Nasib baik le ade satu kedai ni, die tak tutup waktu mlm. Lampu pun still menyala. Kiteorg ape lagi, terus le masuk dlm tu.

Bergambar sambil mencari hostel, Luxembourg City, Luxembourg
Bergambar sambil mencari hostel, Luxembourg City, Luxembourg

Plannye nak tido, tapi tak ngantuk2 pulak. Berborak je sepanjang mlm. Hafizuddin sorang je yg tido. Penat kot. Dah boring sgt, kiteorg pun buat le mcm2 posing utk bergambar. Mmg takde kerje sungguh. Tgh kiteorg rancak berposing, tibe2 dtg 2 org mat salleh. Muke mcm org jahat. Tak pun polis yg nak halau kiteorg keluar. Takut jugak la. Tapi last2 dieorg tanye kiteorg ade makanan tak? Hahaha. Buat suspen jek. Kiteorg pun kasi le sepaket biskut kat dieorg. Suruh dieorg habiskan, tapi dieorg ambik beberape keping jek. Hekhekhek. Geli hati btul. Lepas tu, dieorg pun blah. Hehe. Pengalaman yg mmg takleh dilupekan. Horror bercampur kelakar.

Bermalam di tepi kedai di Luxembourg City, Luxembourg
Bermalam di tepi kedai di Luxembourg City, Luxembourg


Bermalam di tepi kedai di Luxembourg City, Luxembourg
Bermalam di tepi kedai di Luxembourg City, Luxembourg


Bermalam di tepi kedai (close up) di Luxembourg City, Luxembourg
Bermalam di tepi kedai (close up) di Luxembourg City, Luxembourg

Tunggu punye tunggu, akhirnye hari siang dah pun tibe. Dgn penuh mengantuknye, kiteorg terpakse jugak menguatkan langkah mengelilingi bandar Luxembourg City ni. Spt yg aku dah mention sebelum ni, bandar ni terkenal kerana pemandangannye yg sgt lawa & menarik. Bangunan2 kat sini biase je. Takde la glamer mane. Dlm buku travel pun tak banyak tulis pasal Luxembourg City ni. So, kiteorg just jln2 sesuka hati jek mane nak pergi. Antara tempat yg kiteorg lalu ialah Palais Grand Ducal yg merupakan istana kpd Grand Duchy of Luxembourg. Lepas tu, kiteorg ke veranda yg dikatakan veranda yg tercantik di dunia yg jugak disenaraikan dlm list UNESCO’s World Heritage Site. Pemandangan dari atas veranda tu mmg sgt2 lah lawa. Subhanallah. Lepas tu, kiteorg teruskan perjalanan mengelilingi bandar ni sampai la ptg. Ptgnye, kiteorg kembali ke train station utk kembali ke Brussels. Sempat jugak la kiteorg beli souvenir2 kat train station tu.

Luxembourg City, Luxembourg
Luxembourg City, Luxembourg


Luxembourg City, Luxembourg
Luxembourg City, Luxembourg


Palais Grand Ducal, Luxembourg City, Luxembourg
Palais Grand Ducal, Luxembourg City, Luxembourg


Palais Grand Ducal, Luxembourg City, Luxembourg
Palais Grand Ducal, Luxembourg City, Luxembourg


Palais Grand Ducal, Luxembourg City, Luxembourg
Palais Grand Ducal, Luxembourg City, Luxembourg


Sebuah Gereja di Luxembourg City, Luxembourg
Sebuah Gereja di Luxembourg City, Luxembourg


Veranda di Luxembourg City, Luxembourg
Veranda di Luxembourg City, Luxembourg


Veranda di Luxembourg City, Luxembourg
Pemandangan dari atas veranda di Luxembourg City, Luxembourg


Luxembourg City, Luxembourg
Luxembourg City, Luxembourg

Bile dah sampai Brussels, kiteorg kembali ke Sleep Well Hostel utk book bilik utk 2 mlm kat situ. Tapi malangnye, kiteorg cume boleh book utk mlm tu jek. Mlm esoknye penuh. Hmm. Takpe la. At least kiteorg boleh stay kat situ mlm tu. Lepas letak barang2 kat bilik, kiteorg decided utk gi cari hostel lain utk dibook utk mlm esok. Nasib baik la kiteorg jumpe satu hostel ni. Tak ingat name die. Hostel yg lain semue dah penuh. Lega. Lepas book, kiteorg balik semule ke Sleep Well Hostel.

Keesokan paginye, kiteorg naik train ke Bruges, bandar kecik yg terletak kat barat Belgium. Sejam je naik train dari Brussels. Bruges atau name tempatannye Brugge ni adelah salah satu tempat tarikan pelancong kat Belgium. Kat sini ade banyak canal (terusan) mcm kat Amsterdam. Kiteorg takde banyak mase kat sini. Separuh hari jek. So, kiteorg just jalan2 ke tempat2 yg penting jek. Nasib baik le Bruges ni kecik je. Antara tempat2 yg kiteorg lalu ialah Belfort, Stadhuis & Markt. Belfort adelah sebuah tower yg berbentuk octagon. Stadhuis pulak adelah town hall Bruges. Markt pulak adelah market square yg telah lame wujud, sejak kurun ke-13 lagi. Selain itu, kiteorg jugak singgah ke satu tempat yg terdapat banyak kincir angin. Pemandangan kat sini sangat menenangkan. Lepas tu, kiteorg ke Lake of Love. Tasik ni berbentuk seakan2 bentuk Love. Tasik buatan kot. Heheh. Kat sini ade banyak swan. Since mase tak mencukupi, kiteorg terpakse kembali ke train station lepas tu utk naik train balik semule ke Brussels.

Sebuah Terusan di Bruges, Belgium
Sebuah Terusan di Bruges, Belgium


Belfort kat Bruges, Belgium
Belfort, Bruges, Belgium


Stadhuis, Bruges, Belgium
Stadhuis, Bruges, Belgium


Markt, Bruges, Belgium
Markt, Bruges, Belgium


Kincir Angin kat Bruges, Belgium
Kincir Angin kat Bruges, Belgium


Lake of Love, Bruges, Belgium
Lake of Love, Bruges, Belgium

Sesampainye kat Brussels, kiteorg terus ke hostel yg kiteorg dah book mlm sebelumnye. Hostel ni kurang selesa compared to Sleep Well Hostel. Tapi takpe la. Asalkan ade tempat tido. Sebilik dgn kiteorg adelah sorang mamat Korea & sorang mamat Jepun. Mamat Jepun tu mcm muka actor Jepun. Hahaha. Dieorg ni ramah gile. Siap join kiteorg ratah serunding dgn roti lagi. Hahah. English dieorg pun not bad jugak la. Best jugak la dpt berkenalan dgn dieorg ni.

Keesokannye (17 March 2004) adelah tarikh utk balik ke Dublin. Flight kiteorg adelah pd pukul 7.00 mlm dari Brussels Charleroi Airport. So, pagi tu kiteorg jalan2 bandar Brussels skali lagi. Kiteorg pergi ke Comic Museum. Kat sini ade la simpan cerite2 pasal watak kartun Tin Tin yg berasal dari Belgium tu. Lepas tu, kiteorg pergi tgk Mannekin Pis statue. Kali ni patung kecik tu dipakaikan pakaian askar pulak. Heheh. Then, bile dah taktau nak gi mane dah, kiteorg terus bersiap utk pergi airport. Sampai awal gile. Boring pulak dok lame2 kat airport tu. Tunggu punye tunggu, akhirnya tamatlah penantian kiteorg. Kiteorg sampai Dublin Airport pd waktu mlm.

Comic Museum, Brussels, Belgium
Comic Museum, Brussels, Belgium


Tin Tin kat dlm Comic Museum, Brussels, Belgium
Tin Tin kat dlm Comic Museum, Brussels, Belgium


Mannekin Pis Statue, Brussels, Belgium
Mannekin Pis Statue, Brussels, Belgium

So, tu la serba sedikit cerite kiteorg kat negara2 Low Countries (Belgium, Netherlands & Luxembourg). Antara trip yg paling best yg pernah aku lalui. Antara pengalaman yg takleh dilupekan adalah semase tido kat dlm kedai kat Luxembourg City. Hehehe. Nasib baik tak jadi ape2. So, hopefully korang enjoy bace kisah aku ni.

1 buah komen:

Destinasiku Saturday, August 14, 2010 at 10:58:00 PM GMT+8  

best.travel.holand pasukan bola faveret world cup

HAKCIPTA TERPELIHARA © 2004-2011: Aku Sebutir Pasir

  © Free Blogger Templates Autumn Leaves by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP