SPRiNG iN THe LoW CouNTRieS (BHG VI)

>> Friday, January 13, 2006



Tunggu punye tunggu, akhirnye hari siang dah pun tibe. Dgn penuh mengantuknye, kiteorg terpakse jugak menguatkan langkah mengelilingi bandar Luxembourg City ni. Spt yg aku dah mention sebelum ni, bandar ni terkenal kerana pemandangannye yg sgt lawa & menarik. Bangunan2 kat sini biase je. Takde la glamer mane. Dlm buku travel pun tak banyak tulis pasal Luxembourg City ni. So, kiteorg just jln2 sesuka hati jek mane nak pergi. Antara tempat yg kiteorg lalu ialah Palais Grand Ducal yg merupakan istana kpd Grand Duchy of Luxembourg. Lepas tu, kiteorg ke veranda yg dikatakan veranda yg tercantik di dunia yg jugak disenaraikan dlm list UNESCO’s World Heritage Site. Pemandangan dari atas veranda tu mmg sgt2 lah lawa. Subhanallah. Lepas tu, kiteorg teruskan perjalanan mengelilingi bandar ni sampai la ptg. Ptgnye, kiteorg kembali ke train station utk kembali ke Brussels. Sempat jugak la kiteorg beli souvenir2 kat train station tu.

Luxembourg City, Luxembourg
Luxembourg City, Luxembourg


Luxembourg City, Luxembourg
Luxembourg City, Luxembourg


Palais Grand Ducal, Luxembourg City, Luxembourg
Palais Grand Ducal, Luxembourg City, Luxembourg


Palais Grand Ducal, Luxembourg City, Luxembourg
Palais Grand Ducal, Luxembourg City, Luxembourg


Palais Grand Ducal, Luxembourg City, Luxembourg
Palais Grand Ducal, Luxembourg City, Luxembourg


Sebuah Gereja di Luxembourg City, Luxembourg
Sebuah Gereja di Luxembourg City, Luxembourg


Veranda di Luxembourg City, Luxembourg
Veranda di Luxembourg City, Luxembourg


Veranda di Luxembourg City, Luxembourg
Pemandangan dari atas veranda di Luxembourg City, Luxembourg


Luxembourg City, Luxembourg
Luxembourg City, Luxembourg

Bile dah sampai Brussels, kiteorg kembali ke Sleep Well Hostel utk book bilik utk 2 mlm kat situ. Tapi malangnye, kiteorg cume boleh book utk mlm tu jek. Mlm esoknye penuh. Hmm. Takpe la. At least kiteorg boleh stay kat situ mlm tu. Lepas letak barang2 kat bilik, kiteorg decided utk gi cari hostel lain utk dibook utk mlm esok. Nasib baik la kiteorg jumpe satu hostel ni. Tak ingat name die. Hostel yg lain semue dah penuh. Lega. Lepas book, kiteorg balik semule ke Sleep Well Hostel.

Keesokan paginye, kiteorg naik train ke Bruges, bandar kecik yg terletak kat barat Belgium. Sejam je naik train dari Brussels. Bruges atau name tempatannye Brugge ni adelah salah satu tempat tarikan pelancong kat Belgium. Kat sini ade banyak canal (terusan) mcm kat Amsterdam. Kiteorg takde banyak mase kat sini. Separuh hari jek. So, kiteorg just jalan2 ke tempat2 yg penting jek. Nasib baik le Bruges ni kecik je. Antara tempat2 yg kiteorg lalu ialah Belfort, Stadhuis & Markt. Belfort adelah sebuah tower yg berbentuk octagon. Stadhuis pulak adelah town hall Bruges. Markt pulak adelah market square yg telah lame wujud, sejak kurun ke-13 lagi. Selain itu, kiteorg jugak singgah ke satu tempat yg terdapat banyak kincir angin. Pemandangan kat sini sangat menenangkan. Lepas tu, kiteorg ke Lake of Love. Tasik ni berbentuk seakan2 bentuk Love. Tasik buatan kot. Heheh. Kat sini ade banyak swan. Since mase tak mencukupi, kiteorg terpakse kembali ke train station lepas tu utk naik train balik semule ke Brussels.

Sebuah Terusan di Bruges, Belgium
Sebuah Terusan di Bruges, Belgium


Belfort kat Bruges, Belgium
Belfort, Bruges, Belgium


Stadhuis, Bruges, Belgium
Stadhuis, Bruges, Belgium


Markt, Bruges, Belgium
Markt, Bruges, Belgium


Kincir Angin kat Bruges, Belgium
Kincir Angin kat Bruges, Belgium


Lake of Love, Bruges, Belgium
Lake of Love, Bruges, Belgium

Sesampainye kat Brussels, kiteorg terus ke hostel yg kiteorg dah book mlm sebelumnye. Hostel ni kurang selesa compared to Sleep Well Hostel. Tapi takpe la. Asalkan ade tempat tido. Sebilik dgn kiteorg adelah sorang mamat Korea & sorang mamat Jepun. Mamat Jepun tu mcm muka actor Jepun. Hahaha. Dieorg ni ramah gile. Siap join kiteorg ratah serunding dgn roti lagi. Hahah. English dieorg pun not bad jugak la. Best jugak la dpt berkenalan dgn dieorg ni.

Bersambung...

1 buah komen:

Blogger Tuesday, July 18, 2017 at 8:28:00 PM GMT+8  

QUANTUM BINARY SIGNALS

Get professional trading signals delivered to your cell phone daily.

Follow our signals right now & make up to 270% a day.

HAKCIPTA TERPELIHARA © 2004-2011: Aku Sebutir Pasir

  © Free Blogger Templates Autumn Leaves by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP