Ni adalah trip pertama aku menjejakkan kaki ke tanah besar Europe. Sebelum ini, aku hanya menjejakkan kaki kat British Isles (UK & Ireland) saje. France adalah negara terbesar dalam Europe. Penduduknye 56 juta org. Ramai kan? Negara ni ade bahasa die sendiri. Kebanyakan org kat negara ni tak cakap English. Kalau yg tau cakap English pun, dieorg lagi prefer gune bahasa dieorg sendiri. Dieorg mmg tak suke English. Dieorg pernah berperang dgn org2 English zaman dulu. Sbb tu le kot.
Kali ni, aku tak jalan sorang2 lagi. Aku ditemankan oleh 4 org lagi member iaitu Jem, Reza, Hafizuddin & Farid. Kiteorg akan melancong selama 17 hari bermula pd 22 December 2003 sampailah 7 January 2004. Lame gile. Kiteorg punye Ryanair flight dari Dublin Airport ke Paris Beauvais Airport adalah pd awal pagi 22 December. Utk taknak ketinggalan flight, kiteorg tido kat Dublin Airport mlm sebelum flight. Takleh tido pun sebenarnye. Tak selesa. Hehe. Kat Paris, kiteorg akan tumpang rumah junior Jem kat MOZAC dulu iaitu Sham yg skarang ni tgh study dlm bidang engineering kat Paris.
Sesampainye kat Paris Beauvais Airport, kiteorg tercari2 arah mane nak pergi. Semue blank. Takde idea. Kat luar nampak banyak bus. Maybe kene naik bus kot utk ke kotaraya Paris. Beauvais Airport ni sebenarnye kecik je. Ryanair punye personal airport. 70km dari kotaraya Paris. Jauh gile. Aku & Farid naik bus berasingan dari Jem, Reza & Hafizuddin sbb bus yg dieorg naik dah penuh. Sesampainye kat Paris city centre, aku & Farid tercari2 budak 3 org tu. Isk. Mane dieorg ni. Tak nampak batang hidung pun. Bus dieorg takkan tak sampai lagi kot. Kiteorg pun pergi la cari dieorg kat keliling tempat tu. Cari punye cari, nasib baik la Farid jumpe dieorg kat dlm satu bangunan dekat2 situ. Bodoh betul driver yg bawak bus yg aku & Farid naik. Die tak berhentikan bus kat tempat yg sepatutnye. Huh. Syukur gile dpt jumpe balik bebudak 3 org tu. Kalau tak, taktau le mcm mane nak buat. Aku mmg tak simpan contact number Sham tu. Nak contact budak2 3 org tu pun takleh sbb network hp Meteor Ireland mmg takleh gune kat situ.
Tak lame lepas tu, Sham pun dtg. Die bawak member die skali, Melissa. Die bawak kiteorg balik ke rumah die. Actually, bukan rumah pun. Bilik kecik jek. Muat2 je 5 org. Tu pun himpit2 jugak la. Heheh. Sebelah bilik die, bilik sorang makcik French. Anak dara tua. Sham mmg tak suke die sbb mulut laser & suke tak puas hati dgn Sham. Heheh. Lepas dah letak barang2 dlm bilik die, Sham bawak kiteorg keluar jalan2 kat kotaraya Paris. Paris yg merupakan ibu negara France ni sudah tentu menjadi destinasi idaman setiap org kat dunia ni, termasuklah diri aku sendiri. Mcm tak percaye je aku dah jejakkan kaki kat kotaraya yg penuh glamer ni. Pusat fesyen dunia le katekan. Heheh. Kiteorg travel around kotaraya Paris ni dgn menaiki public transport Metro iaitu train bawah tanah.
Tempat pertama yg kiteorg pergi adelah Centre Pampidou yg merupakan sebuah muzium. Kemudian, kiteorg dibawa ke Hotel De Ville yg merupakan city hall bg Paris. Lepas tu pulak, kiteorg menuju ke Notre Dame. Notre Dame ni terletak kat atas sebuah pulau kecik yg berbentuk boat yg bername Ile de la Cité kat sungai La Seine. Bangunan ini sangat kaya dgn sejarah. Mula dibina pd tahun 1163, Notre Dame ini menyaksikan peristiwa2 yg penting dlm sejarah France termasuklah pertabalan Napoleon Bonaparte pd tahun 1804 & jugak pengkebumian Charles de Gaulle pd tahun 1970.
Centre Pampidou, Paris, France Hotel De Ville, Paris, France Notre Dame, Paris, France Napoleon Bonaparte Charles de Gaulle Sebelum gelap, kiteorg cepat2 pergi ke Montmartre di mane letaknye Sacré-Coeur, iaitu sebuah gereja yg bagi aku kelihatan seakan2 Taj Mahal. Lawa sungguh binaannye. Gereja yg siap dibina pd tahun 1914 ni terletak kat atas bukit. Penat jugak la kiteorg panjat tangga. Kat dlmnye, terdapat banyak khazanah2 lama Roman Katolik. Bile mlm dah menjelma, kiteorg bertolak ke Moulin Rouge. Moulin Rouge ni boleh dikatekan night club utk org2 kaya. Harga tiket masuk saje dah lebih 100 Euro. Kiteorg just bergambar kat luar je. Lepas tu, kiteorg pun balik ke bilik Sham.
Sacré-Coeur, Paris, France Moulin Rouge, Paris, France Moulin Rouge, Paris, France Keesokannye, Sham bawak kiteorg ke Champs-Elysées yg merupakan jalan yg paling penting & famous kat kotaraya Paris ni. Jln ni la yg menjadi tumpuan manusia utk shopping dan sebagainye. Banyak gile barang2 yg dijual kat sini. Dari barang2 murah sampai la ke barang2 mewah. Antara kedai2 yg terdapat kat jalan ni adelah Louis Vuitton, Disney Store, Zara, GAP, Sephora & banyak lagi la. Aku sempat jugak la beli something kat sini. Tapi better tunggu Winter Sale (7 January) nanti. Lagi best. Heheh. Jalan Champs-Elysées ni terletak antara 2 mercu tanda Paris yg glamer iaitu Place de la Concorde & Arc de Triomphe. Hujung ke hujung.
Champs-Elysées, Paris, France Place de la Concorde adalah salah satu square yg bersejarah kat Europe. Ianya dinamakan Place Louis XV pd tahun 1775 yg pembinaannye diarahkan oleh Raja Louis XV sendiri. Kat sinilah Raja Louis XVI dipancung, diikuti dgn 1,300 lagi org termasuklah Marie Antoinette, Madame du Barry, Charlotte Corday, Danton & Robespierre. Kat square ni terdapat sebatang statue yg unik iaitu Obelisk. Obelisk ini berusia 3,200 tahun. Ianya dihadiahkan kepada Raja Louis-Philippe oleh viceroy of Egypt yg turut menghadiahkan Cleopatra Needle yg terdapat di London. Sementara itu, Arc de Triomphe pulak adalah satu binaan yg terletak kat tengah2 roundabout yg dikelilingi oleh 12 buah jalan raya. Roundabout ini adalah roundabout yg terbesar di dunia. Arc de Triomphe ini dibina oleh Napoleon atas kejayaan tenteranya dlm Perang Austerlitz pd tahun 1805.
Obelisk, Place de la Concorde, Paris, France Raja Louis XVI Peristiwa Pemancungan Raja Louis XVI di Place de la Concorde, Paris, France Arc de Triomphe, Paris, France Perhentian seterusnye ialah La Défense. Di sini terdapat satu binaan yg diberi name La Grande Arche. Takde ape2 yg menarik sangat kat sini sebenarnye. Just banyak bangunan2 tinggi. Tempat bisnes. Pada waktu malam, kiteorg ke Tour Eiffel (Eiffel Tower) yg terkenal di seluruh dunie itu yg juga merupakan mercu tanda utama kotaraya Paris. Setiap 1 jam pd waktu malam, akan bernyalalah kerlipan lampu pada Eiffel Tower tu. Lawa giler. Eiffel Tower yg dibina pd tahun 1889 ni adelah bangunan tertinggi di dunia hinggalah pada tahun 1931 bila bangunan Empire State dibina di New York. Lepas puas menyaksikan kecantikan Eiffel Tower pd waktu mlm, kiteorg pun balik semule ke bilik Sham.
La Grande Arche, La Défense, Paris, France Eiffel Tower di waktu mlm, Paris, France Hari ketiga. Hari ni Sham bawak kiteorg ke Musée du Louvre (Louvre Museum), muzium yg paling famous kat Paris. Ia mulanya dibina pd tahun 1190 sbg kota pertahanan oleh Raja Philippe Auguste dan ianya hanya mula dibuka sbg muzium pd tahun 1793. Kat dlm muzium ni terdapat banyak khazanah2 lama yg terkenal di serate dunia. Antaranya ialah potret Monalisa yg dilukis oleh Leonardo da Vinci, lukisan pelukis2 Eropah terkenal yg lain spt Rembrandt, statue2 spt statue Venus de Milo, mummies & banyak lagi. Khazanah2 Tamadun Islam pun turut disimpan kat sini. Kat luar muzium ni pulak terdapat satu pyramid kaca yg besar & dua yg kecik. Cantik jugak la. Kiteorg habiskan mase satu hari dlm muzium ni. Banyak bende nak tgk. Satu hari pun tak cukup sebenarnye. Besar gile la muzium ni!!
Musee du Louvre, Paris, France Dalam Musée du Louvre, Paris, France Mummies, Musée du Louvre, Paris, France Potret Monalisa dlm Musee du Louvre, Paris, France Potret Monalisa, Musée du Louvre, Paris, France Statue Venus de Milo dlm Musee du Louvre, Paris, France Pyramid, Musée du Louvre, Paris, France Pada hari keempat kiteorg di Paris, iaitu hari Krismas, kiteorg plan utk menaiki Eiffel Tower sampai ke puncaknye. 2 hari lepas, kiteorg dah bergambar pd waktu mlm. Hari ni nak menikmati Eiffel Tower pd waktu siang pulak. Kiteorg jalan kaki je dari bilik Sham utk ke Eiffel Tower. Dekat jugak la. Tak sampai sejam jalan kaki. Heheh. Best betul rumah dekat dgn Eiffel Tower. Kalau aku jadi die, tiap2 hari aku gi Eiffel Tower. Heheh. Sampai je kat kaki Eiffel Tower tu, berpusu2 org Bangla datang kat kiteorg. Dieorg jual keychains Eiffel Tower. Org taknak pun dieorg pakse. Tensen btul. Boleh mintak diskaun sebenarnye. Mintak je brape. Senang je dieorg kasi. Ade sorang tu siap cakap Melayu dgn kiteorg. Hahah. Die kate die pernah dok kat Msia 4 tahun. Lepas tu dtg France pulak. Mcm2. Tapi aku still taknak beli jugak. Hahah. Padan muke.
Eiffel Tower, Paris, France Utk naik ke puncak Eiffel Tower, sorang kene bayar 10.50 Euro. Naik lif. Panjang jugak la beratur. Dah hari Krismas kan. Nasib baik kiteorg sampai awal pagi. Hmm. Sampai je kat puncak Eiffel Tower, angin bertiup kencang gile. Sejuk tak terkate. Winter le katekan. Nak buat camne. Tahan jugak la. Bergambar sakan kiteorg kat atas tu. Bukan slalu naik kan. Heheh. On the way nak turun bawah, kiteorg singgah kejap kat tingkat pertame utk beli souvenir. Then, kiteorg pun turun sampai kaki Eiffel Tower. Kiteorg terus ke dataran kat depan Eiffel Tower tu utk bergambar penuh dgn Eiffel Tower sampai le matahari terbenam. Satu hari kiteorg membuang mase kat situ. Mmg puas gile la. Bile dah penat, baru le balik ke bilik Sham.
Di Puncak Eiffel Tower, Paris, France Pemandangan Paris dari puncak Eiffel Tower, Paris, France Di Tingkat Pertama Eiffel Tower, Paris, France Senja di Eiffel Tower, Paris, France Keesokannye, kiteorg ke Disneyland Paris. Tempat yg lame aku idam2kan sejak kecik lagi. Hahaha. Poyo jek. Disneyland ni terletak kat luar Paris sikit. Kene naik RER. Lebih kurang mcm KTM Komuter kat Lembah Klang la. 45 minit baru sampai. Kiteorg sampai dlm pukul 8.45 pg. Kaunter tiket bukak pukul 9.00 pg. Hahah. Awal gile sampai. Kat dlm Disneyland tu, kiteorg sempat bergambar dgn karakter Dale (Chip & Dale) & Minnie Mouse. Kiteorg gak sempat naik ketiga2 Roller Coaster yg ade kat dlm tu. Mmg pening & loya tahap maksimum la. Yg aku paling suke kat dlm Disneyland adelah ‘It’s A Small World’. Comel giler patung2 kecik kat dlm tu!! Disney Parade berlangsung pd pukul 4.00 ptg. Tapi time tu dah malam dah. Winter le katekan. So, nak ambik gambar pun susah sikit la kan. Tapi kiteorg ambik jugak la. Kiteorg keluar dari situ bile tempat tu dah nak tutup. Satu hari kiteorg dlm Disneyland tu. Enjoy gile. Kiteorg singgah kejap kat Disney Village utk beli souvenir. Lepas tu, kiteorg pun balik ke bilik Sham dgn penuh kepenatan.
Di hadapan Sleeping Beauty Castle, Disneyland Paris, France Bersama Minnie Mouse, Disneyland Paris, France Bersama Dale, Disneyland Paris, France It's A Small World, Disneyland Paris, France Dalam It's A Small World, Disneyland Paris, France Dalam It's A Small World, Disneyland Paris, France Beauty and the Beast sewaktu Disney Parade, Disneyland Paris, France Esok harinye, kiteorg takde ape2 plan. So just ronda2 keliling kotaraya Paris & bergambar kat tempat2 lain yg tak berape famous. Hari selepas tu, kiteorg ke Chateau de Versailles (Versailles Palace). Istana ni agak jauh & kene naik RER. Ianya dibina oleh Raja Louis XIV pd tahun 1668 yg merupakan istana terbesar di Eropah pd zaman tu. Di dalamnye sangatlah lawa. Ukiran2 & lampu2nye sangat unik. Sape saje akan terpesona bile tengok. Garden die jugak sgt la mengasyikkan bile dipandang. Mmg tak rugi la dtg. Kiteorg habiskan mase sehari menikmati keindahan istana lama ni.
Chateau de Versailles, France Dalam Chateau de Versailles, France Dalam Chateau de Versailles, France Garden di Chateau de Versailles, France Ini adelah hari ke 8 kiteorg kat Paris. Dah hampir semue tempat kiteorg dah pegi. Sham plan utk bawak kiteorg ke Colmar, sebuah bandar kecik kat Timur France yg berdekatan dgn sempadan France-Germany. Kat situ die ade kenal beberape org student Msia. So, boleh le tumpang rumah dieorg. Kebetulan, time tu ade sorang budak Colmar yg bername
Syazwan. Sham kenal die. Die nak bawak family die ke Paris dari Colmar, tapi die takde accommodation kat Paris. So, Sham & die switch places. Kiteorg stay kat bilik die kat Colmar & die dgn family die stay kat bilik Sham. Great idea!! So, kiteorg berjumpelah dgn si Syazwan ni kat bandar Strasbourg, on the way ke Colmar dgn train utk bertukar kunci. Jauh jugak la Paris-Strasbourg. Nak dekat 6 jam naik train. Kat Strasbourg le first time kiteorg berkenalan dgn Syazwan ni. Happy go lucky gak orgnye. Hehheh. So, lepas dah bertukar kunci, kiteorg pun terus ke Colmar dgn train. Sejam perjalanan. Sesampainye kat Colmar, kiteorg tercari2 jugak la bilik si Syazwan ni. Setelah puas mencari, last2 jumpe jugak. Alhamdulillah.
Keesokannye, kiteorg round bandar Colmar ni. Bandar ni kecik je. Tapi sgt cantik. Bangunan2 die sangatlah menarik & lain dari yg lain. Sbb tu le bekas PM kite, Dr Mahathir terpikat dgn bandar ni sampai dibina pusat rekreasi kat Bukit Tinggi, Pahang yg diberi name Colmar jugak. Bangunan2 kat situ sebijik mcm bangunan2 yg ade kat Colmar, France ni. Heheh. Kebetulan, kiteorg terserempak dgn beberape org student Msia kat situ. Antaranye Chun Tah, Meor & Raudhah. Dieorg ni baik2 belake. Maklum le, tak ramai Msian kat situ. Heheh.
Colmar, Bukit Tinggi, Malaysia Colmar, France Colmar, France Colmar, France Esoknye pulak, kiteorg plan utk ke Zurich, Switzerland since Colmar ni pun dah dekat2 jugak dgn Switzerland. Kiteorg bertolak gi train station awal gile utk kejar train. Switzerland adalah sebuah negare kecik yg terletak kat tengah2 benue Europe ni. Ianya terletak antara banjaran Alps & Jura. 3 bahasa digunakan kat negara ni mengikut kawasan iaitu German, French & Italian. Org2 kat Zurich gune bahasa German. Zurich ni adelah bandar terbesar & terpenting kat Switzerland. Sesampainye kiteorg kat Zurich, snow turun dgn lebatnye. Happy gile kiteorg. Ye la. Kat Ireland jarang gile snow turun. Heheh. Sejuk gile time tu. Kiteorg travel keliling Zurich ni dgn kaki jek. Takde le besar sgt pusat bandar die. Antara tempat2 yg kiteorg pergi ialah Grossmunster, gereja Franmunster & beberape tempat lagi. Takde ape sgt yg best kat Zurich ni. Org dtg sini sbb bisnes ataupun nak main ski je kot. Tapi kiteorg tak plan pun nak main ski. Kiteorg cume sempat main snow fighting kejap la dekat satu park ni. Hehehe. Tengah2 kiteorg jalan kat Bahnhofstrasse yg menjadi jalan utama kat bandar ni, tibe2 terserempak dgn Azreen, Nini & Ezy, member2 kiteorg kat Dublin. Heheh. Kebetulan gile. Bile tibe waktu ptg, kiteorg pun balik semule ke Colmar dgn train.
Depan Train Station, Zurich, Switzerland Zurich, Switzerland Zurich, Switzerland Snow fighting, Zurich, Switzerland Salji di Zurich, Switzerland Zurich, Switzerland Kiteorg sampai ke Colmar pd waktu mlm. Kiteorg lepak2 kejap kat bilik Syazwan sementara menunggu train pd pukul 12.00 tgh mlm ke Paris. Dgn tak diharap2, snow turun dgn lebatnye mlm tu kat Colmar. Happy gile kiteorg. Bukan setakat lebat je, siap jadi tebal lagi. Kiteorg ape lagi. Terus buat snowman kat luar. Hahaha. Best gile. Bile jam dah pukul 11.00 mlm, kiteorg pun bertolak ke train station Colmar. Time tu snow still lebat lagi. Isk2. Rase nak stay Colmar je & main snow pd esok paginye. Huhuhu. Sebelum train sampai, kiteorg sempat bermain snow fighting kat cark park kat luar train station tu. Siap jatuh2 lagi. Hahahah. Mmg jakun. Train dah sampai. Bye2 Colmar. Sedih2. Dlm train sangatlah bosan. Tibe2 aku teringat yg mlm tu adelah mlm Tahun Baru. Uwaaa!! Kiteorg celebrate New Year dlm train Colmar-Paris. Sedih btul!!!
Snowman, Colmar, France Salji di Colmar, France Kiteorg sampai Paris pd waktu pagi dari Colmar. Sampai2 je Paris, kiteorg terus menuju ke bilik Sham. Penat weh. Tak larat nak gi mane2 dah. Time kiteorg sampai ke depan pintu masuk flat Sham, Syazwan dgn family die dah ade kat situ. Family die dah nak balik Msia dah. Syazwan stays. Kiteorg happy gile mase mak die kate yg die dah masakkan lunch utk kiteorg. Die tahu kiteorg penat & lapar. Heheh. Baiknye. Kiteorg tak gi mane2 hari ni. Satu hari kiteorg lepak rumah. Penat & nak qada tido yg tak cukup.
Keesokannye, bile dah taktau nak buat ape lagi, kiteorg plan la utk naik boat kat depan Eiffel Tower tu utk keliling kotaraya Paris ni. Takde le best sgt sebenarnye naik boat tu. Biase jek. Nyesal lak. Bazir duit aje. Then, kiteorg gi Mosquée de Paris iaitu Masjid Paris. Takde le besar sgt masjid die. Sederhana besar la. Kiteorg sembahyang Maghrib kat situ sebelum balik ke bilik Sham.
Mosquée de Paris, France Di Dalam Mosquée de Paris, France On 4th & 5th of January, kiteorg tak gi memane. Lepak rumah saje. Kalau keluar pun, kiteorg gi jalan2 kat tempat2 yg dekat je. Dah bosan pulak dgn Paris ni. Dah lame sgt kat sini. Heheheh. On 6th of January, kiteorg pegi bergambar kejap kat Place de la Bastille yg sgt terkenal tu. Tempat ni dulunye adelah penjara. Kerana tempat ni lah berlakunye French Revolution pd 14 July 1789 yg dianggap sebagai hari kemerdekaan bagi semua rakyat France. Kat tgh2 square Place de la Bastille, terdapat sebatang binaan gangsa yg diberi name Colonne de Juliette yg dibina utk menghormati mangsa kpd July Revolution 1830.
Place de la Bastille, Paris, France French Revolution kat Bastille, Paris, France 7 January 2004 adalah tarikh kiteorg balik semule ke Dublin. Actually, kelas kiteorg start on 5 January. So, kiteorg terpakse ponteng 3 hari la. Heheh. 7 January jugak adalah hari Winter Sale di Paris. Banyak gile barang2 murah kat Champs-Elysées tu. Awal2 pagi lagi kiteorg dah tunggu kat Champs-Elysées tu. Sebelum kedai2 kat situ bukak lagi. Takut ramai org. Nanti barang2 best habis pulak. Heheh. Bile kedai dah bukak, ape lagi. Sakan gile la shopping. Tapi takde la banyak sgt baju yg aku beli. Lepas habis shopping, aku balik bilik Sham dulu sbb nak buang air besar. Dah tak tahan dah. Kat bilik Sham ade Hafizuddin. Die tak shopping sbb takde duit. Sementara tunggu Sham, Jem, Farid & Reza balik, aku & Hafizuddin pack barang2 kiteorg dulu. Flight pukul 6.00 ptg. Skarang dah pukul 2.30 ptg. Tapi budak 4 org tu tak balik2 lagi. Risau pulak aku. Aku takut tertinggal flight je. Last2, aku & Hafizuddin decided utk pergi airport dulu. Kiteorg tinggalkan sehelai note utk dieorg. Tup2 bile kiteorg dah ade kat luar, terserempak pulak dgn dieorg. Terpakse le tunggu dieorg. Takkan nak gi berdua je kot kan? Hmm. Hati aku dah tak sedap dah ni sebenarnye. Lambat betul dieorg bersiap.
Lepas dieorg dah kluar, kiteorg pun terus ke tempat tunggu bus utk ke Beauvais Airport. Pukul 4.00 ptg baru kiteorg sampai tempat tu. Kiteorg punye le cari kat mane le bus ni. Tanye org, org pun taktau. Tup2, ternampak satu signboard yg tersorok kat celah2 pokok. ‘Bus Will Be Leaving To Beauvais Airport 3 Hours Before Departure’. Ya Allah!!! Kiteorg sepatutnye sampai tempat tu pukul 3.00 ptg tadi selewat2nye. Skarang dah pukul 4.00 ptg. Mmg sah la kene tinggal bus. Kiteorg panik gile time tu. Tibe2 Sham bagi cadangan utk naik teksi. Die kasi check utk driver teksi sbb kiteorg mmg takde cash time tu. Takde ATM Machine yg terdekat. Kiteorg naik 2 teksi. Setiap teksi utk 4 org. Aku, Jem, Reza & Farid share satu teksi. Hafizuddin pulak share teksi dgn 2 org minah salleh. Org Irish. Dieorg pun senasib dgn kiteorg. Kiteorg mmg dah lega dah time tu. Hopefully tak tertinggal flight la. Tapi malangnye, jalan pulak jam. Driver tu pulak dok melalut dlm bahasa French yg kiteorg sendiri tak paham. Lantak die le. Aku dah naik risau ni. Last2, jalan pun dah clear. Fuhh. Lega. Then, tgh driver kiteorg tu bawak teksi dgn bahagianye, tibe2 kene tahan polis pulak. Aku taktau ape polis2 tu nak sebenarnye. Nak kate driver tu pecut, takde la sgt. Biase je. Lame jugak la driver tu ambik mase discuss dgn polis2 tu. Geram btul. Isk2.
Last2, kiteorg dah selamat menghampiri Beauvais Airport. 20 minit lagi sampai la kot. Jam dah pukul 5.40 ptg. Aku dah cuak dah. Sepatutnye kena check in 30 minit sebelum flight. Camne ni??? Dah terlepas dah. Hafizuddin & 2 org lagi minah salleh tu kat mane le agaknye skarang. Dah sampai ke belum yek. Hmm. Sesampainye kiteorg kat airport, jam dah pun pukul 6.00 ptg. Kiteorg mmg sah la tertinggal flight. Siap nampak lagi flight kiteorg baru berlepas. Aku rase sakit hati sangat time tu. Uwaarghh!!! Pergi kat kaunter check in, kiteorg terjumpe dgn Hafizuddin & 2 org lagi minah salleh tu. Dieorg pun miss flight jugak. Dieorg sampai 15 minit sebelum departure. Takleh check in jugak. Strict btul la org kaunter tu. Last2, kiteorg terpakse ambik flight pukul 1.00 tgh hari pd hari esoknye sbb tu je flight yg paling awal. Mlm tu mmg dah takde flight dah. Kiteorg kene bayar 60 Euro sorang utk beli flight ticket baru. Gune credit card la. Mana ade cash time tu. Huhuhh. Apenye malang nasib kiteorg.
Kiteorg pun terpakse le plan utk tido kat airport tu. Bagai jatuh ditimpa tangga, kiteorg didatangi satu lagi masalah. Airport tu ditutup pd waktu malam!!!! Arrghhhh!!! Tidak!!!! Habis kat mane nak tido?? Kiteorg dah siap balut badan dgn sleeping bag dah. Tibe2 kene marah dgn pekerja airport tu. Huhuhuh. Nak taknak, kiteorg kene le duduk luar. Kesejukan udara luar airport tu teramatlah sangat. Aku rase suhu time tu dah mencecah 0 darjah celcius. Sejuk nak mampos. Nasib baik le aku pakai jacket tebal & masing2 ade sleeping bag. Kat luar airport tu ade 3 pondok telefon yg berpintu. Kiteorg lepak kat dlm pondok telefon tu utk elak kesejukan. Satu pondok utk isi 2 org. Hahah. Mcm ape je. Aku share dgn Hafizuddin, Reza share dgn Jem. Farid pulak conquer satu lagi. Tak aci btul. Tapi, still sejuk jugak la kat dlm pondok telefon tu. Dah le sempit sbb terpakse share. Sedih btul. Disebabkan terlalu sempit, aku & Reza dah tak tahan. Kiteorg tido kat luar berselimutkan sleeping bag. Jem, Farid & Hafizuddin tido dlm pondok2 telefon tu. Dlm kesejukan yg amat melampau tu, kiteorg akhirnye tertido jugak. Aku siap boleh bermimpi lagi. Dah tu. Siap ade org boleh berdengkur pulak tu. Tu yg tak tahan tu. Hahahah.
Sedar2 je, jam dah pukul 6.00 pg. Pintu masuk airport masih tertutup. Tapi kat dlm tu ade 2 org pekerja tgh menyapu lantai. Dieorg tak nampak ke kiteorg kat luar kesejukan ni?? Takde peri kemanusiaan btul la. Dah le hujan renyai2. Siksa gile kiteorg time tu. Kalau difikirkan balik, tu le keadaan yg paling menyiksakan yg pernah aku lalui sepanjang hidup aku kat dunia ni. Pasrah je la. Tepat pukul 7.00 pg, pintu masuk airport pun dibukak. Alhamdulillah. Kiteorg cepat2 masuk ke dlm. Kiteorg bersyukur sgt2 sbb akhirnya tamat jugak penderitaan kiteorg. Dpt memanaskan badan yg menggeletar sejuk. Boleh mati kesejukan kiteorg kalau takde sleeping2 bag tu. Hmm. Satu lagi siksaan adelah terpakse menunggu flight pukul 1.00 tgh hari. Ade 6 jam lagi. Tapi ape2 pun, kiteorg lega sbb kiteorg dah ade kat dlm airport tu. Hai. Ape la dosa kiteorg ye.
Tup2, dah pun kul 11.00 pg. Kiteorg cepat2 check in. Taknak dah tertinggal flight lagi. Pukul 1 tgh hari flight Ryanair kiteorg pun bertolak dari Paris Beauvais Airport ke Dublin Airport. Sesampainye di Dublin, aku berase sgt lega sbb kiteorg akhirnya sampai dgn selamat. Pengalaman 17 hari kat Paris, Colmar & Zurich mmg aku takkan lupekan seumur hidup aku. Yg paling aku takkan lupekan adalah tido kat luar Beauvais Airport yg sangat2 sejuk itu. Bertarung nyawa kiteorg berusaha untuk survive. Hehe. Alhamdulillah, kiteorg masih hidup. Syukur kpd Allah. Mungkin itu adalah ujian drp-Nya utk menguji kesabaran kiteorg. Mungkin jugak ianya adalah hukuman kpd kesalahan2 yg kiteorg ade buat. Wallahu ‘Alam.