BuLaN RaYa...

>> Monday, December 05, 2005



Hehe. Dah lame gile tak menulis. Ni aku nak cerite sikit pengalaman aku di bulan raya, selepas hari raya pertama. Actually, kat Dublin ni raya lagi meriah drp raya kat Malaysia. Mane taknye, kalau kat Malaysia, open house yg aku pergi boleh dikira & selalunye dibuat pd raya pertama sampai keempat jek. Tapi kat Dublin ni, lain pulak. Sampai akhir bulan Syawal pun tak berhenti org buat open house. Jemputan yg aku terima agak banyak jugak la. Tapi aku cuma sempat pergi ke beberape open house jek. Sorry la kat tuan2 rumah yg aku tak pergi yek. Bukan sengaje taknak pergi. Tapi ade aral yg melintang. Heh.

Antara open house yg sempat aku pergi ialah open house rumah Shaz, Faradish, Mizerq, Muna, Abadi & beberape lagi. Thanx korang!! Makanan yg korang masak mmg sedap gile. Then, ade jugak sambutan besar2an yg dianjurkan oleh Malaysian Embassy kat Astra Hall, Belfield. Actually, ni adalah first time Malaysian Embassy buat sambutan kat Astra Hall. 3 thn sebelum ni, sambutan dibuat kat kediaman duta. Tapi kediaman duta tu dah dijual sebenarnye & duta baru masih lagi belum dpt kediaman baru. Sbb tu kot die buat sambutan tu kat Astra Hall je. Tak berape meriah sgt la sebenarnye kalau nak dibandingkan dgn tahun2 sebelum ni. Aku pun taktau kenape. Mungkin sbb aku dah biase sambut kat kediaman duta kot. Heh.

Open House Rumah Mizerq
Open House Rumah Mizerq


Sambutan Hari Raya di Astra Hall, Belfield
Sambutan Hari Raya di Astra Hall, Belfield


Classmates aku di Astra Hall, Belfield
Classmates aku di Astra Hall, Belfield

Lepas tu, next weeknye pulak, on Sunday, turn rumah aku (218) pulak buat open house. Kiteorg ramai2 masak sate, mee kari & soto. Penat gile nak siapkan semue bende tu mlm sebelum open house. On the day open house tu, mmg ramai gile la yg datang. Mcm tak cukup tangan je aku & beberape lagi housemates aku hidangkan makanan2 tu kat tetamu2 yg datang. Start pukul 12 tgh sampailah 7 mlm. Pehh. Walaupun penat, tapi hati tetap happy sbb org kate kalau ramai tetamu dtg, tu tandanya rezeki akan dtg melimpah2. Heh. InsyaAllah.

Tetamu2 Sewaktu Open House 218
Tetamu2 Sewaktu Open House 218


Sempat Berposing Sewaktu Hidangkan Makanan
Sempat Berposing Sewaktu Hidangkan Makanan


Lagi Tetamu2 Yg Datang
Lagi Tetamu2 Yg Datang

Then, in 2nd week raya pulak, ade lagi sambutan hari raya kat Astra Hall yg dianjurkan oleh IMAM EIRE pulak. Ni adalah 2nd time IMAM EIRE buat majlis ni. Ramai jugak la yg dtg. Sambutan cukup hangat. Tapi aku rase, last year (1st time) punye lagi meriah. Huhuh. Taktau le kenape. Aku rase raya tahun ni mcm ade yg tak kena. Wallahu 'Alam...

Sambutan Raya Anjuran IMAM kat Astra Hall
Sambutan Raya Anjuran IMAM kat Astra Hall


Azza & Johann Sbg Pengerusi Majlis. Well done guys..
Azza & Johann Sbg Pengerusi Majlis. Well done guys..


Bersama Ezzad & Nuzul
Bersama Ezzad & Nuzul


Sketsa Yg Mantap Oleh Abu, Tok Wan & Ariff
Sketsa Yg Mantap Oleh Abu, Tok Wan & Ariff


Bergambar Kenangan Sebelum Beransur Balik
Bergambar Kenangan Sebelum Beransur Balik


Bergambar Kenangan Bersama Classmates UCD
Bergambar Kenangan Bersama Classmates UCD

Read more...

SaTu HaRi Di HaRi RaYa...

>> Friday, November 18, 2005



Assalamualaikum. First of all, aku nak mintak maaf banyak2 sbb dah lama gile tak update blog ni. Sibuk sikit la skarang ni. Heheh. Hmmm. Hari ni dah masuk 2 minggu kita beraya. Cepat gile kan masa berlalu?? Tapi mood raya tu still ade lagi, btul tak?? So, di kesempatan ini, aku nak cerita la sikit pengalaman2 aku sewaktu seminggu berhari raya.

Pada mlm raya, aku & beberape budak rumah bertungkus lumus utk masak rendang ayam & nasik himpit. Well, actually bukan semue yg tolong. Cume beberape org yg terase nak tolong je la. Maklum la. Rumah aku ni ade 15 org penghuni. Kalau semue pakat2 nak tolong masak sekali, sesak la dapur tu kan. Tapi aku tak kisah je sebenarnye. Lagi ramai lagi meriah. Baru la rase mcm malam raya kan. Hehe.

Esok paginye, mujur le aku dpt bangun agak awal. Takut bangun lambat je. Kang tak sempat nak bersiap2 utk sembahyang raya. Hmm. Memandangkan masjid dah kat depan rumah, aku pun decided utk sembahyang raya kat masjid aje bersama2 dgn housemates aku yg lain. Ni adalah first time aku mengerjakan sembahyang raya kat masjid. 3 tahun sebelum ni aku sembahyang kat Malaysia Hall. Hmm. Saje je nak cube sembahyang kat masjid pulak. Tak sempat aku nak masuk dlm masjid, ruang semue dah penuh. So, terpakse le aku & beberape housemates aku yg lain sembahyang & dengar khutbah raya kat luar. Hmm. Kiteorg dah biase dah sembahyang kat luar sewaktu solat Jumaat.

Rindu Syahdu Di Hari Raya
Rindu Syahdu Di Hari Raya


Melantak Nasi Himpit & Rendang Ayam Di Pagi Raya
Melantak Nasi Himpit & Rendang Ayam Di Pagi Raya


Sebelum Sembahyang Raya di Dublin Mosque
Sebelum Sembahyang Raya di Dublin Mosque

Lepas habis sembahyang & dengar khutbah, kiteorg bergambar2 raya dulu. Then, kiteorg sama2 jalan kaki ke Malaysia Hall. Cuaca tak berapa baik sgt pagi tu. Hujan renyai2. Tapi, walau apa pun terjadi, kiteorg tetap akan berjalan ke Malaysia Hall. Beraya di Malaysia Hall adalah satu syarat wajid beraya di Dublin. Tak sah kalau tak makan2 & bergambar2 di Malaysia Hall. Hehe. Tapi raya tahun ni tak mcm raya2 tahun sebelum ni. Makanan2 spt lemang, ketupat, rendang & sebagainya tak dihidangkan. Cuma makan ringan2 je. Sbbnye, jamuan besar-besaran sempena hari raya akan diadakan di Astra Hall, Belfield pd hari Ahad nanti. Hmm. Takpe la. Bergambar lagi penting. Heheh

Bebudak 218 Berposing Raya di Depan Rumah
Bebudak 218 Berposing Raya di Depan Rumah


Bebudak 218 Berposing Raya di Dalam Rumah
Bebudak 218 Berposing Raya di Dalam Rumah

Sampai2 je kiteorg kat Malaysia Hall, suasana agak lengang. Hmm. Maybe sbb hujan kot. Or maybe sbb takde makan2 best. Or maybe kiteorg terlampau lambat sampai?? Hmm. Rupa2nya semue org berkumpul kat bahagian belakang utk makan bihun goreng. Hmm. Still, org takde la seramai raya2 sebelum ni. Aku pun tak banyak sangat bergambar.

Di Hadapan Malaysia Hall Dublin di Pagi Raya
Di Hadapan Malaysia Hall Dublin di Pagi Raya

Lepas makan & bergambar kat Malaysia Hall, aku & beberape ahli rumah aku berjalan kaki ke rumah Haji Fauzi. Die buat open house. Ini sudah menjadi adat beraya kat Dublin. Lepas beraya kat Malaysia Hall, mesti pergi ke open house Haji Fauzi lepas tu. Haji Fauzi ni adalah pemilik Nokia Malaysia. Tapi aku tak berape tahu sgt la latar belakang dia.

Lepas puas melantak nasik dagang & kek kat rumah die, aku ke ET utk bergambar bersama bebudak batch aku. Kiteorg bergambar kat dlm lecture hall. Heh. Tapi tak semua dtg. Agak mengecewakan jugak la. Actually tahun ni adalah raya terakhir utk bebudak Twinning PMC batch aku yg akan balik Malaysia bulan March nanti utk sambung clinical years kat Penang. Sbb tu le kalau boleh kiteorg nak mengabadikan kenangan bersama. Chewah.

3rd Medicine UCD di Lecture Hall ET di Hari Raya
3rd Medicine UCD di Lecture Hall ET di Hari Raya

Bile dah bergambar, aku berjalan ke rumah Portobello iaitu rumah lame aku. Saje nak menziarah sambil makan makanan2 yg dieorg masak utk raye spt sate, nasik himpit, rendang & mcm2 lagi la. Dieorg ni kalau raya mmg sakan masak. Tu yg best tu. Bile dah puas melantak, aku, Jem & Reza gi rumah Shaz & Azni pulak. Dieorg buat open house. Melantak lagi. Lepas open house rumah Shaz, kiteorg dah taktau buat ape2. Aku pun terus le balik.

Makan-Makan di Rumah Portobello
Makan-Makan di Rumah Portobello


Open House Rumah Shaz & Azni
Open House Rumah Shaz & Azni

Kesimpulannye, aku rase raya tahun ni adalah raya yg paling3 bosan selama 4 tahun aku beraya kat Ireland. Antara sebab2nya adalah:
a) Hujan
b) Takde makan2 besar kat Malaysia Hall
c) Raya time weekday (tapi 2 tahun pertama aku kat Ireland, raya on weekdays jugak. Hmm)
d) Bebudak Twinning PMC yg fly skali dgn aku dulu dah balik Malaysia for good bulan March lepas

Read more...

SALAM AIDILFITRI 1426H

>> Wednesday, November 02, 2005




Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung2 blog yg beragama Islam, aku ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri. Kat Ireland, raya hari Khamis, 3 November 2005. Sama mcm kat Malaysia. Hmmm. So, kiranye ni adalah tahun ke-4 aku beraya di perantauan. Dah tak rase sedih sgt dah. Tapi, walau macammana pun, hati ini tetap teringin utk balik beraya kat Msia. Tapi nak buat mcm mana kan. Lectures still kena pergi. Takkan nak ponteng kot. So, kepada pengunjung2 blog ni, aku ingin memohon jutaan kemaafan jikalau selama setahun blog ini dibuka, aku ada terkasar bahasa dan sebagainya. Kita hanyalah insan biasa yg tak terlepas drp membuat kesalahan. 0-0 ok?? So, tu je la aku rase. Hopefully korang akan terus mengunjungi blog ni. Wassalam...


DARI JAUH KU POHON MAAF

Dalam dingin subuh hatiku terusik
Kenang nasib diri di rantauan
Bergema takbir raya menitis air mata
Terbayang suasana permai desa

Rindu hati ini inginku kembali
Pada ayah bonda dan saudara
Tetapi aku harus mencari rezeki
Membela nasib kita bersama

Hanya ku sampaikan doa dan kiriman tulus ikhlas
Dari jauh kupohonkan ampun maaf
Jangan sedih pagi ini tak dapat kita bersama
Meraikan aidil fitri yang mulia

Restu ayah bonda kuharap selalu
Hingga aku pulang kepadamu

Restu ayah bonda kuharap selalu
Demi anakmu yang kini jauh

Read more...

SPRiNG iN THe LoW CouNTRieS (BHG IV)

>> Wednesday, October 12, 2005



Keesokannye, kiteorg naik tour bus utk ke Marken & Volendam iaitu kawasan countryside yg menjadi tarikan pelancong ke Amsterdam. Tak jauh sebenarnye dari Amsterdam city. Kat situ le kiteorg dpt bergambar dgn kincir2 angin, dpt pergi kilang kasut kayu & kilang cheese. Kiteorg siap bergambar dgn memakai org Dutch punye traditional costumes lagi. Bergambar kat dlm studio. Heheh. Kiteorg gak hampir2 tertinggal bus. Leka punye pasal. Tak pasal2 je kene marah dgn tourist guide bus tu. Malu jek. Huhhu. Lepas dah habis tour dgn bus, kiteorg jln2 keliling bandar Amsterdam. Bandar ni seriously sgt cantik sbb terdapat banyak canal. Bangunan2nye pun teramatlah unik bentuknye. Tak jumpe kat negara2 lain. Kat Amsterdam ni terdapat banyak muzium sebenarnye. Antaranya ialah Museum Amstelkring, Museum Het Rembrandthuis, Joods Historisch Museum, Amsterdam Historisch Museum, Van Gogh Museum, Stedelijk Museum, Rijksmuseum & even Sex Museum pun ade. Kiteorg takde la minat sgt nak masuk muzium2 tu. Tapi Hafizuddin sorang je yg beria2 nak masuk Sex Museum. Heheh. Segan la. Tapi die kate dlm tu mmg best. Banyak information kite boleh dpt. Hmm. Whatever la kan.

Kincir-Kincir Angin di Volendam, Netherlands
Kincir-Kincir Angin di Volendam, Netherlands


Kincir-Kincir Angin di Volendam, Netherlands
Kincir-Kincir Angin di Volendam, Netherlands


Di Hadapan Kilang Kasut Kayu, Volendam, Netherlands
Di Hadapan Kilang Kasut Kayu, Volendam, Netherlands


Dalam Kilang Kasut Kayu, Volendam, Netherlands
Dalam Kilang Kasut Kayu, Volendam, Netherlands


Dalam Kilang Kasut Kayu, Volendam, Netherlands
Dalam Kilang Kasut Kayu, Volendam, Netherlands


Dalam Kilang Cheese, Volendam, Netherlands
Dalam Kilang Cheese, Volendam, Netherlands


Kiteorg Mengenakan Dutch Traditional Costumes kat Volendam, Netherlands
Kiteorg Mengenakan Dutch Traditional Costumes kat Volendam, Netherlands


Marken, Netherlands
Marken, Netherlands


Sebuah Museum, Amsterdam, Netherlands
Sebuah Museum, Amsterdam, Netherlands


Amsterdam Historisch Museum, Amsterdam, Netherlands
Amsterdam Historisch Museum, Amsterdam, Netherlands


Stedelijk Museum, Amsterdam, Netherlands
Stedelijk Museum, Amsterdam, Netherlands


Van Gogh Museum, Amsterdam, Netherlands
Van Gogh Museum, Amsterdam, Netherlands


Sex Museum, Amsterdam, Netherlands
Sex Museum, Amsterdam, Netherlands

Dam Square adelah salah satu tempat tarikan pelancong kat Amsterdam ni di mane terdapatnye Koninklijk Paleis yg merupakan town hall bg Amsterdam yg masih lagi digunakan sbg tempat upacara rasmi diraja. Berdekatan dgn bangunan tu, terdapat Madame Tussaud's, iaitu Wax Museum yg terdapat jugak di London, Hollywood & beberape tempat lagi di dunia. Kiteorg jugak sempat lalu ke rumah Anne Frank. Namenye sgt terkenal kat sini. Die & keluarganye yg berketurunan Yahudi bersembunyi di sini utk mengelakkan ancaman Nazi semasa Perang Dunia Kedua. Die terkenal kerana diarinya yg ditulisnya sejak die berusia 13 tahun. Diarinya itu (The Annex) diterbitkan dlm pelbagai bahasa. Hmm. Mcm2 la manusia ni. Diari org pun nak dibace. Ntah ape2. Lepas tu, kiteorg singgah kejap kat Hard Rock Cafe utk beli souvenir. Aku just beli sehelai baju je. Tu pun dah 25 Euro dah. Mahal gile. Lepas penat keliling bandar Amsterdam dgn berjalan kaki, kiteorg pun balik ke hostel.

Koninklijk Paleis kat Dam Square, Amsterdam, Netherlands
Koninklijk Paleis kat Dam Square, Amsterdam, Netherlands


Madame Tussaud's kat Dam Square, Amsterdam, Netherlands
Madame Tussaud's kat Dam Square, Amsterdam, Netherlands


Kat Dam Square, Amsterdam, Netherlands
Kat Dam Square, Amsterdam, Netherlands


Rumah Anne Frank, Amsterdam, Netherlands
Rumah Anne Frank, Amsterdam, Netherlands


Hard Rock Cafe, Amsterdam, Netherlands
Hard Rock Cafe, Amsterdam, Netherlands

Keesokannye, kiteorg keliling bandar Amsterdam skali lagi sambil singgah kat kedai2 souvenir utk shopping. Antara tempat yg kiteorg pergi hari ni ialah Nederlands Scheep-Vaartmuseum di mane terdapatnye kapal yg kononnye adelah kapal yg digunakan oleh Kompeni Hindia Timur Belanda yg menjajah Indonesia dulu. Kemudiannye, kiteorg ke Nemo, iaitu Netherlands punye National Science Center. Kiteorg just bergambar dari luar je. Lepas tu, kiteorg pun teruskan perjalanan merayau2 kat bandar Amsterdam ni. Sempat jugak kiteorg singgah kat florist market yg menjual bunga2 & jugak souvenir2. Best gile. Tapi kiteorg takde la beli bunga pun. Buat ape. Kiteorg just beli souvenir2 jek. Lepas tu, kiteorg ronda2 Amsterdam lagi sampai la mlm. Bile dah penat, kiteorg balik hostel.

Nederlands Scheep-Vaartmuseum, Amsterdam, Netherlands
Nederlands Scheep-Vaartmuseum, Amsterdam, Netherlands


Kapal Kompeni Hindia Timur Belanda di Nederlands Scheep-Vaartmuseum, Amsterdam, Netherlands
Kapal Kompeni Hindia Timur Belanda di Nederlands Scheep-Vaartmuseum, Amsterdam, Netherlands


Nemo, Amsterdam, Netherlands
Nemo, Amsterdam, Netherlands


Florist Market, Amsterdam, Netherlands
Florist Market, Amsterdam, Netherlands


Kat Florist Market, Amsterdam, Netherlands
Kat Florist Market, Amsterdam, Netherlands


Amsterdam, Netherlands
Amsterdam, Netherlands


Sebuah Jambatan di Amsterdam, Netherlands
Sebuah Jambatan di Amsterdam, Netherlands

Bersambung...

Read more...
HAKCIPTA TERPELIHARA © 2004-2011: Aku Sebutir Pasir

  © Free Blogger Templates Autumn Leaves by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP