SaTu HaRi Di HaRi RaYa...

>> Friday, November 18, 2005



Assalamualaikum. First of all, aku nak mintak maaf banyak2 sbb dah lama gile tak update blog ni. Sibuk sikit la skarang ni. Heheh. Hmmm. Hari ni dah masuk 2 minggu kita beraya. Cepat gile kan masa berlalu?? Tapi mood raya tu still ade lagi, btul tak?? So, di kesempatan ini, aku nak cerita la sikit pengalaman2 aku sewaktu seminggu berhari raya.

Pada mlm raya, aku & beberape budak rumah bertungkus lumus utk masak rendang ayam & nasik himpit. Well, actually bukan semue yg tolong. Cume beberape org yg terase nak tolong je la. Maklum la. Rumah aku ni ade 15 org penghuni. Kalau semue pakat2 nak tolong masak sekali, sesak la dapur tu kan. Tapi aku tak kisah je sebenarnye. Lagi ramai lagi meriah. Baru la rase mcm malam raya kan. Hehe.

Esok paginye, mujur le aku dpt bangun agak awal. Takut bangun lambat je. Kang tak sempat nak bersiap2 utk sembahyang raya. Hmm. Memandangkan masjid dah kat depan rumah, aku pun decided utk sembahyang raya kat masjid aje bersama2 dgn housemates aku yg lain. Ni adalah first time aku mengerjakan sembahyang raya kat masjid. 3 tahun sebelum ni aku sembahyang kat Malaysia Hall. Hmm. Saje je nak cube sembahyang kat masjid pulak. Tak sempat aku nak masuk dlm masjid, ruang semue dah penuh. So, terpakse le aku & beberape housemates aku yg lain sembahyang & dengar khutbah raya kat luar. Hmm. Kiteorg dah biase dah sembahyang kat luar sewaktu solat Jumaat.

Rindu Syahdu Di Hari Raya
Rindu Syahdu Di Hari Raya


Melantak Nasi Himpit & Rendang Ayam Di Pagi Raya
Melantak Nasi Himpit & Rendang Ayam Di Pagi Raya


Sebelum Sembahyang Raya di Dublin Mosque
Sebelum Sembahyang Raya di Dublin Mosque

Lepas habis sembahyang & dengar khutbah, kiteorg bergambar2 raya dulu. Then, kiteorg sama2 jalan kaki ke Malaysia Hall. Cuaca tak berapa baik sgt pagi tu. Hujan renyai2. Tapi, walau apa pun terjadi, kiteorg tetap akan berjalan ke Malaysia Hall. Beraya di Malaysia Hall adalah satu syarat wajid beraya di Dublin. Tak sah kalau tak makan2 & bergambar2 di Malaysia Hall. Hehe. Tapi raya tahun ni tak mcm raya2 tahun sebelum ni. Makanan2 spt lemang, ketupat, rendang & sebagainya tak dihidangkan. Cuma makan ringan2 je. Sbbnye, jamuan besar-besaran sempena hari raya akan diadakan di Astra Hall, Belfield pd hari Ahad nanti. Hmm. Takpe la. Bergambar lagi penting. Heheh

Bebudak 218 Berposing Raya di Depan Rumah
Bebudak 218 Berposing Raya di Depan Rumah


Bebudak 218 Berposing Raya di Dalam Rumah
Bebudak 218 Berposing Raya di Dalam Rumah

Sampai2 je kiteorg kat Malaysia Hall, suasana agak lengang. Hmm. Maybe sbb hujan kot. Or maybe sbb takde makan2 best. Or maybe kiteorg terlampau lambat sampai?? Hmm. Rupa2nya semue org berkumpul kat bahagian belakang utk makan bihun goreng. Hmm. Still, org takde la seramai raya2 sebelum ni. Aku pun tak banyak sangat bergambar.

Di Hadapan Malaysia Hall Dublin di Pagi Raya
Di Hadapan Malaysia Hall Dublin di Pagi Raya

Lepas makan & bergambar kat Malaysia Hall, aku & beberape ahli rumah aku berjalan kaki ke rumah Haji Fauzi. Die buat open house. Ini sudah menjadi adat beraya kat Dublin. Lepas beraya kat Malaysia Hall, mesti pergi ke open house Haji Fauzi lepas tu. Haji Fauzi ni adalah pemilik Nokia Malaysia. Tapi aku tak berape tahu sgt la latar belakang dia.

Lepas puas melantak nasik dagang & kek kat rumah die, aku ke ET utk bergambar bersama bebudak batch aku. Kiteorg bergambar kat dlm lecture hall. Heh. Tapi tak semua dtg. Agak mengecewakan jugak la. Actually tahun ni adalah raya terakhir utk bebudak Twinning PMC batch aku yg akan balik Malaysia bulan March nanti utk sambung clinical years kat Penang. Sbb tu le kalau boleh kiteorg nak mengabadikan kenangan bersama. Chewah.

3rd Medicine UCD di Lecture Hall ET di Hari Raya
3rd Medicine UCD di Lecture Hall ET di Hari Raya

Bile dah bergambar, aku berjalan ke rumah Portobello iaitu rumah lame aku. Saje nak menziarah sambil makan makanan2 yg dieorg masak utk raye spt sate, nasik himpit, rendang & mcm2 lagi la. Dieorg ni kalau raya mmg sakan masak. Tu yg best tu. Bile dah puas melantak, aku, Jem & Reza gi rumah Shaz & Azni pulak. Dieorg buat open house. Melantak lagi. Lepas open house rumah Shaz, kiteorg dah taktau buat ape2. Aku pun terus le balik.

Makan-Makan di Rumah Portobello
Makan-Makan di Rumah Portobello


Open House Rumah Shaz & Azni
Open House Rumah Shaz & Azni

Kesimpulannye, aku rase raya tahun ni adalah raya yg paling3 bosan selama 4 tahun aku beraya kat Ireland. Antara sebab2nya adalah:
a) Hujan
b) Takde makan2 besar kat Malaysia Hall
c) Raya time weekday (tapi 2 tahun pertama aku kat Ireland, raya on weekdays jugak. Hmm)
d) Bebudak Twinning PMC yg fly skali dgn aku dulu dah balik Malaysia for good bulan March lepas

0 buah komen:

HAKCIPTA TERPELIHARA © 2004-2011: Aku Sebutir Pasir

  © Free Blogger Templates Autumn Leaves by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP