SPRiNG iN THe LoW CouNTRieS (BHG V)

>> Thursday, January 12, 2006



Esok paginye kat Amsterdam, kiteorg singgah beberape kedai souvenir utk beli souvenir utk kali terakhir. Tgh hari nanti nak kene bertolak ke Brussels dgn bus dah. Bile semue dah settle, kiteorg terus ke bus station utk naik Eurolines bus ke Brussels. Kiteorg sampai Brussels pd waktu ptg. Lepas tu, kiteorg kene decide sama ade nak ke Luxembourg City (Luxembourg) atau Bruges (Belgium). Pikir punye pikir, last2, kiteorg pilih Luxembourg. Kiteorg naik train ke Luxembourg. Group ticket utk 5 org. Lagi murah dari single tiket. Tu yg untung jln ramai2 tu.

Mlmnye, baru la kiteorg sampai kat Luxembourg City, Luxembourg. Luxembourg yg merupakan salah satu negara terkecil kat Europe mempunyai banyak persamaan dgn Belgium, tapi penduduknya majoritinya menggunakan bahasa French. Luxembourg City adelah ibu negaranye. Ianya terkenal sbg pusat kewangan antarabangsa dunia. Hebat jugak la kan. Tapi bagi aku, ape yg best pasal Luxembourg City ni adelah pemandangannye yg lain dari tempat2 yg pernah aku pergi. Bandar ni seolah2 terletak di kawasan yg penuh dgn lembah2 & cerun2. Saujana mata memandang.

Kedudukan Luxembourg dlm Europe
Kedudukan Luxembourg dlm Europe

Sesampainye kiteorg kat Luxembourg City mlm tu, kiteorg pun terus mencari hostel dgn menggunekan buku travel. Sempat jugak la kiteorg tangkap beberape keping gambar. Heh. Sempat lagi tu. Kiteorg sebenarnye cume berkenan kat satu hostel je yg ade kat dlm buku travel tu. Cari punye cari, kiteorg tak jumpe2 pun hostel tu. Mcm dah salah jalan je. Jam dah pukul 11.30 mlm. Bandar tu pulak sunyi gile. Sejak kiteorg sampai tadi, kiteorg cume bertembung dgn 2 atau 3 org je manusia. Pelik gak la. Apsal sunyi sgt bandar Luxembourg City ni?? Hmm. Whatever la. Yg penting jumpe hostel. Tapi, lame2 kiteorg dah tak larat nak cari dah. Semue putus asa. Last2, kiteorg decided utk tido kat mane2 tempat yg selamat kat luar. Nasib baik le ade satu kedai ni, die tak tutup waktu mlm. Lampu pun still menyala. Kiteorg ape lagi, terus le masuk dlm tu.

Bergambar sambil mencari hostel, Luxembourg City, Luxembourg
Bergambar sambil mencari hostel, Luxembourg City, Luxembourg

Plannye nak tido, tapi tak ngantuk2 pulak. Berborak je sepanjang mlm. Hafizuddin sorang je yg tido. Penat kot. Dah boring sgt, kiteorg pun buat le mcm2 posing utk bergambar. Mmg takde kerje sungguh. Tgh kiteorg rancak berposing, tibe2 dtg 2 org mat salleh. Muke mcm org jahat. Tak pun polis yg nak halau kiteorg keluar. Takut jugak la. Tapi last2 dieorg tanye kiteorg ade makanan tak? Hahaha. Buat suspen jek. Kiteorg pun kasi le sepaket biskut kat dieorg. Suruh dieorg habiskan, tapi dieorg ambik beberape keping jek. Hekhekhek. Geli hati btul. Lepas tu, dieorg pun blah. Hehe. Pengalaman yg mmg takleh dilupekan. Horror bercampur kelakar.

Bermalam di tepi kedai di Luxembourg City, Luxembourg
Bermalam di tepi kedai di Luxembourg City, Luxembourg


Bermalam di tepi kedai di Luxembourg City, Luxembourg
Bermalam di tepi kedai di Luxembourg City, Luxembourg


Bermalam di tepi kedai (close up) di Luxembourg City, Luxembourg
Bermalam di tepi kedai (close up) di Luxembourg City, Luxembourg

Bersambung...

Read more...

BuLaN RaYa...

>> Monday, December 05, 2005



Hehe. Dah lame gile tak menulis. Ni aku nak cerite sikit pengalaman aku di bulan raya, selepas hari raya pertama. Actually, kat Dublin ni raya lagi meriah drp raya kat Malaysia. Mane taknye, kalau kat Malaysia, open house yg aku pergi boleh dikira & selalunye dibuat pd raya pertama sampai keempat jek. Tapi kat Dublin ni, lain pulak. Sampai akhir bulan Syawal pun tak berhenti org buat open house. Jemputan yg aku terima agak banyak jugak la. Tapi aku cuma sempat pergi ke beberape open house jek. Sorry la kat tuan2 rumah yg aku tak pergi yek. Bukan sengaje taknak pergi. Tapi ade aral yg melintang. Heh.

Antara open house yg sempat aku pergi ialah open house rumah Shaz, Faradish, Mizerq, Muna, Abadi & beberape lagi. Thanx korang!! Makanan yg korang masak mmg sedap gile. Then, ade jugak sambutan besar2an yg dianjurkan oleh Malaysian Embassy kat Astra Hall, Belfield. Actually, ni adalah first time Malaysian Embassy buat sambutan kat Astra Hall. 3 thn sebelum ni, sambutan dibuat kat kediaman duta. Tapi kediaman duta tu dah dijual sebenarnye & duta baru masih lagi belum dpt kediaman baru. Sbb tu kot die buat sambutan tu kat Astra Hall je. Tak berape meriah sgt la sebenarnye kalau nak dibandingkan dgn tahun2 sebelum ni. Aku pun taktau kenape. Mungkin sbb aku dah biase sambut kat kediaman duta kot. Heh.

Open House Rumah Mizerq
Open House Rumah Mizerq


Sambutan Hari Raya di Astra Hall, Belfield
Sambutan Hari Raya di Astra Hall, Belfield


Classmates aku di Astra Hall, Belfield
Classmates aku di Astra Hall, Belfield

Lepas tu, next weeknye pulak, on Sunday, turn rumah aku (218) pulak buat open house. Kiteorg ramai2 masak sate, mee kari & soto. Penat gile nak siapkan semue bende tu mlm sebelum open house. On the day open house tu, mmg ramai gile la yg datang. Mcm tak cukup tangan je aku & beberape lagi housemates aku hidangkan makanan2 tu kat tetamu2 yg datang. Start pukul 12 tgh sampailah 7 mlm. Pehh. Walaupun penat, tapi hati tetap happy sbb org kate kalau ramai tetamu dtg, tu tandanya rezeki akan dtg melimpah2. Heh. InsyaAllah.

Tetamu2 Sewaktu Open House 218
Tetamu2 Sewaktu Open House 218


Sempat Berposing Sewaktu Hidangkan Makanan
Sempat Berposing Sewaktu Hidangkan Makanan


Lagi Tetamu2 Yg Datang
Lagi Tetamu2 Yg Datang

Then, in 2nd week raya pulak, ade lagi sambutan hari raya kat Astra Hall yg dianjurkan oleh IMAM EIRE pulak. Ni adalah 2nd time IMAM EIRE buat majlis ni. Ramai jugak la yg dtg. Sambutan cukup hangat. Tapi aku rase, last year (1st time) punye lagi meriah. Huhuh. Taktau le kenape. Aku rase raya tahun ni mcm ade yg tak kena. Wallahu 'Alam...

Sambutan Raya Anjuran IMAM kat Astra Hall
Sambutan Raya Anjuran IMAM kat Astra Hall


Azza & Johann Sbg Pengerusi Majlis. Well done guys..
Azza & Johann Sbg Pengerusi Majlis. Well done guys..


Bersama Ezzad & Nuzul
Bersama Ezzad & Nuzul


Sketsa Yg Mantap Oleh Abu, Tok Wan & Ariff
Sketsa Yg Mantap Oleh Abu, Tok Wan & Ariff


Bergambar Kenangan Sebelum Beransur Balik
Bergambar Kenangan Sebelum Beransur Balik


Bergambar Kenangan Bersama Classmates UCD
Bergambar Kenangan Bersama Classmates UCD

Read more...

SaTu HaRi Di HaRi RaYa...

>> Friday, November 18, 2005



Assalamualaikum. First of all, aku nak mintak maaf banyak2 sbb dah lama gile tak update blog ni. Sibuk sikit la skarang ni. Heheh. Hmmm. Hari ni dah masuk 2 minggu kita beraya. Cepat gile kan masa berlalu?? Tapi mood raya tu still ade lagi, btul tak?? So, di kesempatan ini, aku nak cerita la sikit pengalaman2 aku sewaktu seminggu berhari raya.

Pada mlm raya, aku & beberape budak rumah bertungkus lumus utk masak rendang ayam & nasik himpit. Well, actually bukan semue yg tolong. Cume beberape org yg terase nak tolong je la. Maklum la. Rumah aku ni ade 15 org penghuni. Kalau semue pakat2 nak tolong masak sekali, sesak la dapur tu kan. Tapi aku tak kisah je sebenarnye. Lagi ramai lagi meriah. Baru la rase mcm malam raya kan. Hehe.

Esok paginye, mujur le aku dpt bangun agak awal. Takut bangun lambat je. Kang tak sempat nak bersiap2 utk sembahyang raya. Hmm. Memandangkan masjid dah kat depan rumah, aku pun decided utk sembahyang raya kat masjid aje bersama2 dgn housemates aku yg lain. Ni adalah first time aku mengerjakan sembahyang raya kat masjid. 3 tahun sebelum ni aku sembahyang kat Malaysia Hall. Hmm. Saje je nak cube sembahyang kat masjid pulak. Tak sempat aku nak masuk dlm masjid, ruang semue dah penuh. So, terpakse le aku & beberape housemates aku yg lain sembahyang & dengar khutbah raya kat luar. Hmm. Kiteorg dah biase dah sembahyang kat luar sewaktu solat Jumaat.

Rindu Syahdu Di Hari Raya
Rindu Syahdu Di Hari Raya


Melantak Nasi Himpit & Rendang Ayam Di Pagi Raya
Melantak Nasi Himpit & Rendang Ayam Di Pagi Raya


Sebelum Sembahyang Raya di Dublin Mosque
Sebelum Sembahyang Raya di Dublin Mosque

Lepas habis sembahyang & dengar khutbah, kiteorg bergambar2 raya dulu. Then, kiteorg sama2 jalan kaki ke Malaysia Hall. Cuaca tak berapa baik sgt pagi tu. Hujan renyai2. Tapi, walau apa pun terjadi, kiteorg tetap akan berjalan ke Malaysia Hall. Beraya di Malaysia Hall adalah satu syarat wajid beraya di Dublin. Tak sah kalau tak makan2 & bergambar2 di Malaysia Hall. Hehe. Tapi raya tahun ni tak mcm raya2 tahun sebelum ni. Makanan2 spt lemang, ketupat, rendang & sebagainya tak dihidangkan. Cuma makan ringan2 je. Sbbnye, jamuan besar-besaran sempena hari raya akan diadakan di Astra Hall, Belfield pd hari Ahad nanti. Hmm. Takpe la. Bergambar lagi penting. Heheh

Bebudak 218 Berposing Raya di Depan Rumah
Bebudak 218 Berposing Raya di Depan Rumah


Bebudak 218 Berposing Raya di Dalam Rumah
Bebudak 218 Berposing Raya di Dalam Rumah

Sampai2 je kiteorg kat Malaysia Hall, suasana agak lengang. Hmm. Maybe sbb hujan kot. Or maybe sbb takde makan2 best. Or maybe kiteorg terlampau lambat sampai?? Hmm. Rupa2nya semue org berkumpul kat bahagian belakang utk makan bihun goreng. Hmm. Still, org takde la seramai raya2 sebelum ni. Aku pun tak banyak sangat bergambar.

Di Hadapan Malaysia Hall Dublin di Pagi Raya
Di Hadapan Malaysia Hall Dublin di Pagi Raya

Lepas makan & bergambar kat Malaysia Hall, aku & beberape ahli rumah aku berjalan kaki ke rumah Haji Fauzi. Die buat open house. Ini sudah menjadi adat beraya kat Dublin. Lepas beraya kat Malaysia Hall, mesti pergi ke open house Haji Fauzi lepas tu. Haji Fauzi ni adalah pemilik Nokia Malaysia. Tapi aku tak berape tahu sgt la latar belakang dia.

Lepas puas melantak nasik dagang & kek kat rumah die, aku ke ET utk bergambar bersama bebudak batch aku. Kiteorg bergambar kat dlm lecture hall. Heh. Tapi tak semua dtg. Agak mengecewakan jugak la. Actually tahun ni adalah raya terakhir utk bebudak Twinning PMC batch aku yg akan balik Malaysia bulan March nanti utk sambung clinical years kat Penang. Sbb tu le kalau boleh kiteorg nak mengabadikan kenangan bersama. Chewah.

3rd Medicine UCD di Lecture Hall ET di Hari Raya
3rd Medicine UCD di Lecture Hall ET di Hari Raya

Bile dah bergambar, aku berjalan ke rumah Portobello iaitu rumah lame aku. Saje nak menziarah sambil makan makanan2 yg dieorg masak utk raye spt sate, nasik himpit, rendang & mcm2 lagi la. Dieorg ni kalau raya mmg sakan masak. Tu yg best tu. Bile dah puas melantak, aku, Jem & Reza gi rumah Shaz & Azni pulak. Dieorg buat open house. Melantak lagi. Lepas open house rumah Shaz, kiteorg dah taktau buat ape2. Aku pun terus le balik.

Makan-Makan di Rumah Portobello
Makan-Makan di Rumah Portobello


Open House Rumah Shaz & Azni
Open House Rumah Shaz & Azni

Kesimpulannye, aku rase raya tahun ni adalah raya yg paling3 bosan selama 4 tahun aku beraya kat Ireland. Antara sebab2nya adalah:
a) Hujan
b) Takde makan2 besar kat Malaysia Hall
c) Raya time weekday (tapi 2 tahun pertama aku kat Ireland, raya on weekdays jugak. Hmm)
d) Bebudak Twinning PMC yg fly skali dgn aku dulu dah balik Malaysia for good bulan March lepas

Read more...

SALAM AIDILFITRI 1426H

>> Wednesday, November 02, 2005




Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung2 blog yg beragama Islam, aku ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri. Kat Ireland, raya hari Khamis, 3 November 2005. Sama mcm kat Malaysia. Hmmm. So, kiranye ni adalah tahun ke-4 aku beraya di perantauan. Dah tak rase sedih sgt dah. Tapi, walau macammana pun, hati ini tetap teringin utk balik beraya kat Msia. Tapi nak buat mcm mana kan. Lectures still kena pergi. Takkan nak ponteng kot. So, kepada pengunjung2 blog ni, aku ingin memohon jutaan kemaafan jikalau selama setahun blog ini dibuka, aku ada terkasar bahasa dan sebagainya. Kita hanyalah insan biasa yg tak terlepas drp membuat kesalahan. 0-0 ok?? So, tu je la aku rase. Hopefully korang akan terus mengunjungi blog ni. Wassalam...


DARI JAUH KU POHON MAAF

Dalam dingin subuh hatiku terusik
Kenang nasib diri di rantauan
Bergema takbir raya menitis air mata
Terbayang suasana permai desa

Rindu hati ini inginku kembali
Pada ayah bonda dan saudara
Tetapi aku harus mencari rezeki
Membela nasib kita bersama

Hanya ku sampaikan doa dan kiriman tulus ikhlas
Dari jauh kupohonkan ampun maaf
Jangan sedih pagi ini tak dapat kita bersama
Meraikan aidil fitri yang mulia

Restu ayah bonda kuharap selalu
Hingga aku pulang kepadamu

Restu ayah bonda kuharap selalu
Demi anakmu yang kini jauh

Read more...
HAKCIPTA TERPELIHARA © 2004-2011: Aku Sebutir Pasir

  © Free Blogger Templates Autumn Leaves by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP