HaRaP MaaF

>> Thursday, May 20, 2010



Sudah amat lama rasanya aku tidak mengupdate blog ni dgn entri-entri atau travelog-travelog terbaru. Terlalu banyak perkara yang berlaku sejak akhir-akhir ini yang menyebabkan aku terpaksa menyepikan diri buat sementara waktu. Ada juga terasa ingin berhenti berblogging & menutup blog ini. Tetapi, apabila memikirkan tentang para pembaca blog yg tersayang yg mungkin setiap hari ternanti-nanti entri terbaru blog Aku Sebutir Pasir, aku akan tetap gagahkan diri utk terus menulis. InsyaAllah, Travelog Manchester & Liverpool Bahagian 2 akan menyusul tidak lama lagi. Aku akan cuba menghabiskan kesemua travelog-travelog yg tertangguh (Travelog Manchester & Liverpool, Travelog Malta, Travelog Cyprus & Travelog Bumi Syam) secepat yang mungkin sementara masih diberi kesempatan. InsyaAllah :)

Buat pengetahuan semua, aku telah pun lulus dalam peperiksaan baru-baru ini & aku kini sudah pun bergelar DOKTOR. Alhamdulillah. Terima kasih atas doa-doa kalian yang tak pernah putus. 3 Jun 2010 nanti adalah tarikh Graduasi. Dan tanggal 5 Jun 2010 nanti, insyaAllah aku akan pulang semula ke Malaysia buat selama-lamanya untuk berkhidmat kepada negara. Belum pasti lagi hospital mana yang menjadi pilihan hati. :)

p/s: Buku TRAVELOG TURKI BUMI KHALIFAH kini sudah boleh didapati di beberapa kedai buku seluruh Malaysia spt MPH, Syarikat Muda Osman, dan sebagainya..

33 buah komen:

Unknown Thursday, May 20, 2010 at 9:15:00 AM GMT+8  

Salam...Alhamdulillah, Tahniah Jhaz...Moga Allah mudahkan segala urusan dan perjalanan yg seterusnya..Moga Allah beri yg terbaik..Ameen

Ayah Zain Thursday, May 20, 2010 at 9:19:00 AM GMT+8  

Salam

Jangan ditutup blog yang menarik ini.

tahniah kerana berjaya menjadi seorang doktor. Inilah hadiah sebenarnya dan amat bernilai drpd seorang murid kepada guru-guru yang pernah mengajarnya.
Alhamdulillah.

mama ju Thursday, May 20, 2010 at 9:24:00 AM GMT+8  

Salam anakanda

Alhamdulillah selesai segala.

Pegi gak majlis tu kan! TAHNIAH...

Selamat kembali ke bumi Malaysia.

Mulan Thursday, May 20, 2010 at 9:26:00 AM GMT+8  

kudos doc..!!! kudos to u.. welcome home..!!

AAR Thursday, May 20, 2010 at 9:53:00 AM GMT+8  

Salam

Jangan tutup blog ini.Teruskan menulis.

Tahniah kerana berjaya bergelar doktor...Alhamdulillah..

INUDIRIN Thursday, May 20, 2010 at 9:55:00 AM GMT+8  

Tahniah atas kecemerlangan Doktor. Semoga menjadi teladan dan motivasi kepada anak-anak lain.

adzmarfazami Thursday, May 20, 2010 at 10:17:00 AM GMT+8  

salam jhaz..

jangan ditutup blog ini... boleh menjadi sumber inspirasi nih!

- tahniah doc jhaz dan selamat kembali ke Malaysia- :D

catz Thursday, May 20, 2010 at 11:32:00 AM GMT+8  

salam,

tahniah jhaz,
good luck dgn kerjaya baru, di tempat baru.
selamat kembali ke Malaysia.

Anonymous Thursday, May 20, 2010 at 1:29:00 PM GMT+8  

As Salam,

Tahniah saya ucapkan buat DR.Jhaz.
Hadiah yang paling istimewa untuk kedua ibubapa anda.

Roseli -Saudi.

Chit Ana Thursday, May 20, 2010 at 3:14:00 PM GMT+8  

congraz dr jhaz...terus kan update entri baru ya..jangan tutup blog ini walaupun makin bz dengan tugas doktor nati. semoga selamat sampai ke tanah air nati ya

Anonymous Thursday, May 20, 2010 at 4:51:00 PM GMT+8  

salam jhaz..alhamdulillah doktor..yahniah dan selamat kembali dan bertugas sebagai doktor dimalaysia..makcik turut berbangga..

NusrahYahya Thursday, May 20, 2010 at 5:51:00 PM GMT+8  

tahniah jhaz kerana berjaya bergelar DOKTOR...
selamat kembali ke Malaysia...
dan smga berjaya utk sebuah perjalanan baru sebagai Dr. Nazrul... :)

sinar_islami Thursday, May 20, 2010 at 6:08:00 PM GMT+8  

Salam..tahniah..
Teruskan menulis doktor..(^_^)
insyaAllah, blog ini bermanfaat buat pengembara...

Wawan Saini Thursday, May 20, 2010 at 6:57:00 PM GMT+8  

tahniah doc jhaz..
ttbe wan lak rasa nk bangga
selamat pulang..
dan berbakti di tanah air..:)

Lin Thursday, May 20, 2010 at 7:30:00 PM GMT+8  

Tahniah...Selamat pulang ke Malaysia....

Fitrie Muhammad Thursday, May 20, 2010 at 9:04:00 PM GMT+8  

Alhamdulillah...and Congratulation...

Em..lama x menjenguk blog DR...

Anonymous Friday, May 21, 2010 at 12:21:00 PM GMT+8  

tahniah...Dr.Jhaz...
selamat pulang ke tanah air...
dan berbakti untuk malaysia...
tahniah sekali lagi...
DIA sentiasa mengiringi Dr.Jhaz...
insyaALLAH...

Rumah Kuning Friday, May 21, 2010 at 8:06:00 PM GMT+8  

tahniah dan selamat kembali ke tanahair

Nekmo Saturday, May 22, 2010 at 12:54:00 PM GMT+8  

tahniah atas kejayaan itu..
=)
lepas ni kalau balik m'sia nak cerita apa pulak?hehe

cikMilah Sunday, May 23, 2010 at 4:11:00 PM GMT+8  

Tahniah Jhaz...and welcome home!

Ibu Si Mantan Cikgu Sunday, May 23, 2010 at 9:55:00 PM GMT+8  

salam,alhamdulillah syukur pada Allah.

saya pun minta maaf juga jarang tinggalkan jejak di sini.Kali ini,saya tinggalkan jejak menggunakan alamat blog ibu saya.

Semoga saudara berjaya pda masa-masa seterusnya.

Anonymous Monday, May 24, 2010 at 9:41:00 AM GMT+8  

salam..

tahniah buat Jhaz..akhirnya berjaya bergelar doktor...

jangan tutup blog ni..sayang kalau tutup blog yang menarik ni..utk pengetahuan Jhaz, saya dah ikuti blog ni selama tiga tahun..blog ni sangat berguna bagi orang2 macam saya yang tidak berpeluang pergi ke tempat2 yang Jhaz telah pergi..hanya melalui pembacaan pengalaman orang lain, memberi gambaran dan suasana di tempat2 tu..
semoga ALLAH permudahkan segala apa jua masalah yg Jhaz hadapi sekarang ni.

Wan A. Rafar Tuesday, May 25, 2010 at 12:58:00 PM GMT+8  

Tahniah dan selamat kembali ke tanah air. Tidak banyak doktor yang boleh menulis. Anton Chekhov(1860-1904), asal Rusia lebih diingati sebagai seorang cerpenis dan penulis drama terkenal dunia daripada seorang doktor.

Ringgo Saturday, May 29, 2010 at 4:26:00 PM GMT+8  

salam .. Tahniah Dokter .. akhirnya usaha bro membuahkan kejayaan .. diharap blog ini juga akan meneruskan usaha & perjalanan yg sebelum ini .. selamat kembali ketanah air ..

El-Zaffril Wednesday, June 2, 2010 at 8:49:00 PM GMT+8  

Salam Jhaz... akhirnya akan pulang ke Malaysia juga kamu...

Aina@Azila Thursday, June 3, 2010 at 12:54:00 PM GMT+8  

Tahniah Jhaz..opss..silap, tahniah Dr Jhaz. Selama beberapa tahun di ireland, dah banyak pengalaman yg Jhaz pungut...

Jhaz, kalau malas pun, biar jer blog ni bersawang...jgn ditutup, akak suka datang tengok2 gambar kat sini.

Qurratu Aini Thursday, June 3, 2010 at 10:04:00 PM GMT+8  

salam,,wah nampaknya dah dapat gelaran DOKTOR!!

selamat pulang ke tanah air dan selamat berbakti kepada masyarakat..

semoga berjaya..

Unknown Tuesday, January 30, 2018 at 2:54:00 PM GMT+8  


Good day everyone,

Are you a business man or woman? Do you need loan to settle your debt and start a nice business of your own? Do you need loan to finance your project? We Offer guaranteed loan services of any amount and to any part of the world for (Individuals, Companies, Realtor and Corporate Bodies) at our superb interest rate of 3%. For application and more information send replies via our email or call our lines with instructions as listed below.


Sincerely,

Jason Dan Loan Company

Office Address: 25954 Eden Landing Rd,

Hayward CA 94545 United States

Contact Person: Mr. Jason Daniel

Mobile Number: +1 (518) 282-1538

Contact Email: jasondaniel0022@gmail.com

HAKCIPTA TERPELIHARA © 2004-2011: Aku Sebutir Pasir

  © Free Blogger Templates Autumn Leaves by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP