aiDiLFiTRi TeRaKHiR Di KoTa DuBLiN.. iNSYaALLaH

>> Sunday, October 05, 2008



Tahun ini aku sepatutnya menyambut Hari Raya Aidilfitri di Malaysia bersama keluarga, saudara-mara & sahabat-handai di Malaysia setelah 6 tahun beraya di perantauan. Itu adalah perancangan asal aku. Namun, kita manusia hanya merancang. Allah SWT jualah sebenarnya yg Maha menentukan segala-galanya. Disebabkan aku perlu mengulangi peperiksaan Tahun Akhir aku pada bulan November ini, aku terpaksa menguatkan hati & menerima kehendak takdir-Nya. Mungkin ada sebab mengapa Dia masih inginkan aku berada di bumi Dublin ini. Wallahu 'alam..

Pada hari Jumaat minggu lepas, kota Dublin didatangi oleh sekumpulan student2 Msia baru yg akan belajar di Royal College of Surgeons in Ireland (RCSI). 8 org drp dieorg menjadi penghuni baru rumah aku selepas 8 org penghuni tahun lepas keluar setelah dieorg mendapat rumah baru utk didiami. Ini adalah tradisi tahunan rumah aku. Nama student2 baru tu adalah Izzat Asyraf, Izzat, Afham (E'e), Firdhaus (Aus), Syuhaimi (Leh), Faez (Tiger), Yunus & Muadz. Dieorg ni nampak baik2 belaka. Well, baru seminggu dieorg kat sini kan. Masing2 belum menunjukkan true colours lagi. We'll see how it goes in a few weeks.. Hahah.. But so far, I really like them. They behave good, respect their seniors & socially active.. :)

1 Syawal di Ireland pd tahun ini jatuh pada hari Rabu, sama spt di Malaysia. So, pd malam raya, kiteorg seisi rumah beramai2 memasak makanan utk dijadikan hidangan di Hari Raya. Kiteorg masak rendang ayam, kuah lodeh & kuah kacang utk dimakan bersama2 dgn nasik himpit. Semue yg kiteorg masak menjadi. Thanx to all!! Ada jugak beberapa org antara kiteorg yg tibe2 rajin menganyam ketupan hiasan utk menghiasi ruang tamu. Hahaha.

Pd awal pagi raya, selepas makan & bersiap2, kiteorg bergambar beramai2 di dalam & di hadapan rumah. Lepas tu, kiteorg berjalan kaki bersama2 menuju ke Malaysia Hall utk menunaikan Solat Sunat Aidilfitri. Solat Sunat Aidilfitri thn ni bermula agak awal iaitu pd pukul 9.30 pg. Thn lepas ianya bermula pd pukul 10.30 pg. Lepas selesai je solat, hampir seluruh umat Islam warganegara Malaysia di Malaysia Hall bersalam-salaman, memohon kemaafan antara satu sama lain. Kamera2 disnap di sana-sini. Meriah sungguh. Ini adalah suasana typical sambutan Hari Raya di kota Dublin.

Sudah menjadi tradisi masyarakat Malaysia di Dublin, pagi Hari Raya pertama tentu tidak lengkap jika tidak berkunjung ke rumah terbuka Haji Fauzi. Thn ni mungkin menjadi tahun terakhir beliau sekeluarga mengadakan rumah terbuka kerana pd tahun depan, dieorg satu famili akan beraya di Malaysia. Selepas mengunjungi rumah terbuka Haji Fauzi, aku meneruskan perjalanan aku menziarahi rumah2 kawan yg terdekat. Tetamu yg dtg berkunjung ke rumah kiteorg juga tidak kurang ramainya.

Semalam (Sabtu), Malaysian Student Department (MSD), Kedutaan Malaysia di Ireland, JPA & MARA bekerjasama mengadakan jamuan terbuka di Malaysia Hall. Ramai jugak rakyat2 Malaysia yg hadir memeriahkannya, tak mengira bangsa. Then, pada mlmnya, Islamic Society of Royal College of Surgeons in Ireland (ISOC RCSI) menganjurkan jamuan 'Eid' di Exam Hall, RCSI. Bagi aku, jamuan tersebut tidak semeriah yg diharapkan & tidak berbaloi dgn wang 4 Euro yg dibayar. Enuff said. :(

So, tu lah serba sedikit aktiviti Hari Raya aku pada tahun ini. Exam aku dah dekat. So, aku tak dapat nak bersuka-ria sangat. Apa2 pun, Hari Raya thn ni agak meriah jugak la dgn kehadiran student2 baru yg menghuni rumah aku (the Izzats, Aus, E'e, Leh, Tiger, Yunus & Muadz). Dah jadi jodoh aku bertemu dgn dieorg ni. Andaikata aku ditakdirkan balik Malaysia for good pd bulan June lepas, mmg tak berkesempatan la aku nak berkenalan dgn dieorg berlapan ni. Heheh. InsyaAllah, raya tahun ni merupakan Aidilfitri terakhir aku di bumi Dublin, Ireland :)



Masak2 di Malam Raya


Masak2 di Malam Raya


Masak2 di Malam Raya


Masak2 di Malam Raya


Rendang Ayam 218


Berusaha Menganyam Ketupat Hiasan


Hasilnya...


Bersama Housemates di Pagi Raya


Most of the housemates di pagi Raya


With Roommates


Takbir Raya di Malaysia Hall


Selepas Solat Sunat Aidilfitri di Malaysia Hall


Selepas Solat Sunat Aidilfitri di Malaysia Hall


Selepas Solat Sunat Aidilfitri di Malaysia Hall


Bersama Kawan2 di Malaysia Hall


Bersama Kawan2 di Malaysia Hall


Rumah Terbuka Haji Fauzi


Bersama Kawan2 di Rumah Terbuka Haji Fauzi


Menziarahi Rumah Kawan2


Kawan2 Menziarahi Rumah Kami


Jamuan Raya MSD, Kedutaan Msia, JPA & MARA di Malaysia Hall


Jamuan Raya MSD, Kedutaan Msia, JPA & MARA di Malaysia Hall


Jamuan Raya MSD, Kedutaan Msia, JPA & MARA di Malaysia Hall


Jamuan Raya MSD, Kedutaan Msia, JPA & MARA di Malaysia Hall


Bersama Kawan2 sewaktu Jamuan Raya MSD, Kedutaan Msia, JPA & MARA di Malaysia Hall


Bersama Kawan2 sewaktu Jamuan Raya MSD, Kedutaan Msia, JPA & MARA di Malaysia Hall


Jamuan 'Eid' anjuran ISOC RCSI di Exam Hall, RCSI


Bersama Kawan2 sewaktu Jamuan 'Eid' anjuran ISOC RCSI di Exam Hall, RCSI

41 buah komen:

zino Sunday, October 5, 2008 at 10:34:00 AM GMT+8  

selamat hari raya maaf zahir batin..

nampak meriah raya kat sana tu..

Aina@Azila Sunday, October 5, 2008 at 2:39:00 PM GMT+8  

Selamat Hari Raya Jhaz, Amboiii... Raya sakan no kat sana. Teringin nak rasa rendang budak2 bujang masak.

p/s: Jhaz, akak perasan, Jhaz makin tembam laa ...opppsss....

Anonymous Sunday, October 5, 2008 at 8:48:00 PM GMT+8  

hazab.. haha... jhaz... semalam x sempat jumpe kt hall rcsi.. how can ah? haiyaa...

Unknown Sunday, October 5, 2008 at 11:35:00 PM GMT+8  

salam jhaz...

meriah jugak ye sambutan hari raya di dublin...nice pictures...:-) anyway,good luck and all the best for ur final exam in this coming november...do ur best,k...

salam aidilfitri dr Msia...

[danial][ma] Monday, October 6, 2008 at 11:25:00 AM GMT+8  

hej! jhazkitaro...looked so grand the celebration over there...so, i guess it's your last year to celebrate eid in dublin...

Fazrulls Monday, October 6, 2008 at 4:29:00 PM GMT+8  

Salam,

Masih sempat untuk aku mengucapkan selamat hari raya.. walaupun di perantauan tapi suasana semua warga malaysia nampak macam serumpun.. bagus lah..

Tak apa tahun depan dah beraya di Malaysia kan... bagus...

Bro.. good luck for your exam...

Tie Monday, October 6, 2008 at 6:03:00 PM GMT+8  

Wah..meriah juga raya kat dublin tu..dan pandai lak anak2 teruna memasak..he he..anyam tupat pun pandai..malulah kak tie ni..mmg tak pandai anyam tu..Selamat hari raya..study betul2 tau!!

Anonymous Tuesday, October 7, 2008 at 8:23:00 AM GMT+8  

berkenan pulak ketupat tuh... meh la pos seketul pun jadik laaaaaaa... hehehe.. selamat hari raya, ok!

en_me Tuesday, October 7, 2008 at 8:24:00 AM GMT+8  

selamat ariraya aidilfitri, maaf zahir batin.. thankx singgah2 jenguk2 komen2 blog me yg ittewww..

Zumie Tuesday, October 7, 2008 at 10:00:00 AM GMT+8  

meriah jugak raya kt sane sbb ade kengkawan..

camat hari raya..thnks dtg blog sy..:P

unrestmind Tuesday, October 7, 2008 at 11:15:00 AM GMT+8  

slamat hr raya bro...tq sbb lawat blog sy...k la tuan doctor...

Samdaddycool Tuesday, October 7, 2008 at 6:33:00 PM GMT+8  

Selamat Hari Raya... nampak menyelerakan juga masakan rendang , kari tangan2 jantan tuh! :P

hertiny Tuesday, October 7, 2008 at 8:34:00 PM GMT+8  

Salam, Selamat Hari Raya, sEDAP2 RASA RENDANG TU...AKAK DOAKAN SEMOGA JHAZ HAPPY DISAMPING KAWAN2...SALAM AIDILFITRI

Honey Bee Wednesday, October 8, 2008 at 12:08:00 AM GMT+8  

Your rendang look so delicious.
Salam Lebaran. Good luck for exam.

Kahuna Wednesday, October 8, 2008 at 3:05:00 AM GMT+8  

budak yunus tu macam aku kenal.. dulu abang die member baik aku, siap tidur sekatil lagi (alamak kantoi). suruh die kim salam kat abang die yang bernama red. (ceh macam takleh kirim salam terus gune frenster hokhok).

selamat hari raya jhaz. semoga ko lulus exam dengan cemerlang.

Anonymous Wednesday, October 8, 2008 at 7:05:00 AM GMT+8  

salam lebaran jhaz..
sabaq na jhaz...nanti hang balik gak parit buntar...jgn lupa mai umah aku na ...

Zatil Iman Wednesday, October 8, 2008 at 10:06:00 AM GMT+8  

salam..
gilark meriah..kitorang undergrad sini takde buat majlis raye ponn..sedey2..sebok2 tumpang openhouse postgrad..muahahah..

by the way,slamat hari raye!

aemin Wednesday, October 8, 2008 at 11:32:00 AM GMT+8  

salam. aku rasa baik ko buang jek script dropping snow tu. serabut la. dan gambo masjid tu ko korangkan width. wat sebesar standard banner. tu pandangan aku jek.

Izan Thursday, October 9, 2008 at 8:22:00 AM GMT+8  

selamat hari raya...
wah meriahnyer raya kat sana yek... tahun depan kalau tak balik msia leh la raya kat sana. raya kat italy tak meriah la... da 4 thn raya kat sini..waaa... nk balik msia...

Khairusy Syakirin Has-Yun Thursday, October 9, 2008 at 2:39:00 PM GMT+8  

Salam aidilfitri dan salam ziarah. Adik saya sekeluarga ada di Dublin. Kerja di sana...

Signorina Syima Thursday, October 9, 2008 at 6:38:00 PM GMT+8  

asslamualaikum...

seronoknya berada di perantauan... sy tak berpeluang pun...

Selamat Hari Raya...

mari lah kita ber exchange link...

Faisal Admar Friday, October 10, 2008 at 12:17:00 AM GMT+8  

wah! meriahnye. teruja seketika tgk header blog nih. banyaknye tempat dah melawat. tp skrng tix kan mahal? =(

Anonymous Friday, October 10, 2008 at 12:46:00 AM GMT+8  

To zino:
selamat hari raya. maaf zahir batin. yup. mmg meriah.. :)

To Aina@Azila:
selamat hari raya too.. teringin nak rasa? nanti saya masakkan. hehe. makin tembam? hahah. manusia kan cepat berubah kak.. :P

To athaaz:
tu laa.. tak sempat jumpe.. masing2 bz layan org lain. hahaha

To Faiza:
wsalam.. meriah2.. thanx for the compliment n wishes.. :)

To [danial][ma]:
yup.. it was really grand indeed.. :) insyaAllah it will be my last one in ireland..

To Fazrul Shahril:
wsalam.. selamat hari raya too.. yup.. kami semue mmg hidup bersatu padu.. hehe.. thanx for the wish.. :)

To Tie:
alhamdulillah.. mmg meriah.. hahah.. kiteorg dah slalu masak kat sini.. anyam ketupat tu belajar dari youtube sebenarnya.. hahah.. selamat hari raya too.. insyaAllah.. :)

To Kak Aliya:
haha.. nanti saya pos.. :P selamat hari raya too!!

To en_me:
selamat hari raya.. maaf zahir batin.. sama2.. :)

To MiSZuE:
alhamdulillah.. mmg meriah dgn ada kawan2.. selamat hari raya.. sama2..

To Unrestmind:
selamat hari raya.. sama2.. :)

To samdaddycool:
selamat hari raya.. heheh.. mmg sedap pun.. :P

To HERTINY LAIMAN:
wsalam.. selamat hari raya.. mmg sedap.. hehe.. thanx for the doa.. salam aidilfitri.. :)

To Honey Bee:
mmg sedap!! :) salam lebaran n thanx for the wish

To Kahuna:
hahaha.. nanti aku cakap kat die.. wah.. tidur sekatil lagi tu.. aku gi rumah ko dulu ko tak ajak tidur sekatil pun.. tak aci!! hahaha.. :P selamat hari raya too.. thanx for the wish..

To Anonymous:
salam lebaran too.. sape ni ye?? hihih..

To twisteD_anGeL:
wsalam.. alhamdulillah.. mmg meriah.. aiseh.. ye ke.. takpe2.. at least ade gak postgrad buat open hse.. ok laa tu.. selamat hari raya!!

To za|d:
thanx for your opinion.. but i will not change how my blog looks just because of your opinion. ok?? this is my blog, i can do whatever i want with it..

To ratna:
dah biase dah masak2 ni.. :)

To nur nabil:
slmt hari raya!

To Izan:
selamat hari raya.. alhamdulillah.. mmg meriah.. mai laa raya kat sini next year kalau nak merasa kemeriahannye.. :)

To Khairusy Syakirin Has-Yun:
salam aidilfitri. oo ye ke.. sape name adik??

To desilza:
salam aidilfitri.

To Signorina Syima:
wsalam.. ala.. jgn cakap camtuh.. setiap org ada rezeki masing2.. selamat hari raya too.. nak exchange link? sila2..

To Faisal Admar:
alhamdulillah.. byk laa jgk.. skarang mahal.. dulu murah.. :)

Balqis Friday, October 10, 2008 at 5:18:00 AM GMT+8  

Ya Allah, meriah betul raya kat Dublin ni... isk....

semoga berjaya dalam exam,InsyaAllah!!!

lutfi Friday, October 10, 2008 at 8:01:00 AM GMT+8  

Jihaz, salam eid. Untuk peperiksaan akhir, moga cemerlang.

Rahimidin Z Friday, October 10, 2008 at 10:41:00 AM GMT+8  

Salam,
Selamat Hari Raya. Nampaknya beraya kat luar negara lebih meriah dari kat kampung sendiri.

Anonymous Friday, October 10, 2008 at 2:21:00 PM GMT+8  

selamat hari raya..
wah, meriah gak raya kat sana...mesti best gak kan?..hehehehe....

Khairusy Syakirin Has-Yun Friday, October 10, 2008 at 3:45:00 PM GMT+8  

Yumi Zuhanis Has-Yun bersama suaminya Zainudin Husein

Anonymous Sunday, October 12, 2008 at 3:55:00 AM GMT+8  

salam
wah2,org 2 raya t'akhir kt dublin.
org kt sini pulak raya pertama kt Hradec Kralove.
Btw,xtlmbt lg nk ucap slmt hari raya aidilfitri

Anonymous Sunday, October 12, 2008 at 5:51:00 AM GMT+8  

uiks...cam best gk raya kat sane

zettyshafiqa Sunday, October 12, 2008 at 6:27:00 AM GMT+8  

salam aidilfitri.
nikmati syawal terakhir di perantauan spt mana kami menikmati syawal pertama di bumi asing.


p/s: masak tu hulur2 la ke HK same.


:D

nova Sunday, October 12, 2008 at 12:36:00 PM GMT+8  

Salam Aidilfitri dari Urbana-Champaign, USA. Thanks for visiting mine. Menarik blog ni! :)

tiffany Sunday, October 12, 2008 at 1:35:00 PM GMT+8  

hye jhaz... love ur n3s la...

lebey2 lagi tang u letak gamba2 kat eire tu... reminds me of the gud old times kat moscow dulu2... how i miss to beray kat perantauan lagi....

oops, i jz put u in my link... slmt hari raya then!!!

nieja Monday, October 13, 2008 at 4:15:00 AM GMT+8  

slamat ari raye
wah meriah gak kan braya kat
tempat org..

Anonymous Tuesday, October 14, 2008 at 12:25:00 AM GMT+8  

salam.
suka tgk n baca blog ni even tak khatam abis lagi.. hehehe..
sana raya meriah giler erk ye la di kalangan students, not like us yang buss trip ni.. huhuhu..

Anonymous Thursday, October 16, 2008 at 12:21:00 PM GMT+8  

selamat hr raya n selamat menjwb periksa...

p.s: mcm kenal je slh sorg budak dlm gmbr raya yg ke-11 t'akhir tu.yg baju biru tu mcm amin safri je...

Hazia Friday, October 24, 2008 at 9:15:00 AM GMT+8  

Amboi sakan jugak jejaka2 kat sana memasak malam raya:)

HAKCIPTA TERPELIHARA © 2004-2011: Aku Sebutir Pasir

  © Free Blogger Templates Autumn Leaves by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP