SeMiNGGu BeRHaRi RaYa (BHG I)

>> Tuesday, October 31, 2006



Pejam celik pejam celik, dah hampir seminggu dah kite semua berhari raya. Kejap je kan mase berlalu. Hehe. Aku & bebudak batch aku diberi cuti satu hari sempena Hari Raya. Hehe. Baik betul UCD. Pada malam hari raya pertama, kiteorg satu rumah bergotong-royong memasak rendang ayam & nasik himpit. Start kul 9.00 mlm, habis kul 2.00 pagi. Peh. Lame gile. Tapi takde la penat sangat sbb ramai yg bekerjasama. Yg tak memasak tu, dieorg bertungkus-lumus membersihkan rumah. Mane la tau kot2 ade org datang ke esoknye. Heheh. Ada sorang housemate aku (Lan) buat kek pisang. Mamat tu mmg agak pakar dlm bab2 buat kek ni. Best jugak la ade housemate mcm die. Heheh.

Masak Di Malam Raya
Masak Di Malam Raya


Masak Di Malam Raya
Masak Di Malam Raya

Keesokannye pd hari raya pertama, kiteorg satu rumah bergerak ke Malaysia Hall Dublin utk menunaikan solat Aidil Fitri. Tapi tak semua pergi. Ade 2-3 org housemate aku bersembahyang kat masjid kat depan rumah je sbb malas nak ke Malaysia Hall. Sesampainye kiteorg kat Malaysia Hall, solat Aidil Fitri dah pun nak bermula. Nasib baik laa kiteorg sempat sampai. Kalau tak, terpaksa tunggu solat trip kedua. Heheh.

Satu Hari Di Hari Raya
Satu Hari Di Hari Raya

Lepas selesai solat & khutbah, kiteorg pun beramai2 keluar utk bergambar beramai2 di halaman Malaysia Hall. Peh. Ramai gile manusia. Kiteorg semua bersalam-salaman sesama sendiri, memintak ampun dan sebagainye. Spt biase, ramai gile manusia yg aku tak pernah jumpe, tibe2 je ade kat situ. Hahaha. Nampak sangat laa masyarakat Melayu kat Dublin ni makin bertambah setiap tahun. Makanan ada jugak disediakan kat Malaysia Hall. Tapi cuma nasik himpit & kuah lodeh je la. Aku tak berapa lalu nak makan.

Raya Di Malaysia Hall Dublin
Raya Di Malaysia Hall Dublin


Bersama Tok Wan & Azza di Malaysia Hall Dublin
Bersama Tok Wan & Azza di Malaysia Hall Dublin


UCD Mates di Malaysia Hall Dublin
UCD Mates di Malaysia Hall Dublin


Ex-KMBians 2000/2002 di Malaysia Hall Dublin
Ex-KMBians 2000/2002 di Malaysia Hall Dublin


Bersama Rizal, Jem & Apen di Malaysia Hall Dublin
Bersama Rizal, Jem & Apen di Malaysia Hall Dublin

Lepas puas beraya kat Malaysia Hall, kiteorg semue bergerak ke rumah Haji Fauzi dgn group masing2. Aku bergerak ke sana dgn Apen & jugak 3 org budak First Year RCSI iaitu Syahir, Amir & Zul. Dieorg tak tahu jalan. So, dieorg ikut aku. Haji Fauzi ni mmg every year buat open house & dah menjadi tradisi masyarakat Melayu kat Dublin ni utk ke open house Haji Fauzi setiap kali lepas habis solat Aidil Fitri kat Malaysia Hall. So, mmg ramai gile la manusia kat rumah Haji Fauzi tu sesampainye aku kat sana. Nasib baik laa die bukak halaman rumah die utk kiteorg makan2. Sebelum ni kiteorg semue makan kat dalam ruang tamu dlm rumah die je. Sempit gile. Huhuhuh.

Bersama Acab di Open House Haji Fauzi
Bersama Acab di Open House Haji Fauzi


Bersama Kengkawan di Pagi Raya
Bersama Kengkawan di Pagi Raya

Lepas makan kat rumah Haji Fauzi, aku & Azza bergerak ke rumah Jem. Sampai2 kat situ, rupa2nya Hanip pun ade gak. Rizal, Fyzal, Ezzad, Shawal, Lokman & Isa tgh tidur sbb penat. Nuzul pulak keluar beraya kat rumah org lain. Banyak gile bebudak rumah Jem masak. Sate, nasik himpit, rendang ayam, kuah lodeh, etc. Kenyang nak mampus aku makan. Azza lepak kejap je. Hanip ajak die gi lecture kat ET. Peh. Rajin gile. Aku pulak lepak2 je kat rumah Jem sementara menunggu Azza habis kelas. Aku nak ke rumah die lepas ni. Segan pulak nak jalan sorang2.

Lebih kurang pukul 5.30 ptg, Azza pun sampai kat depan rumah Jem bersama2 Hazim. Kiteorg terus menuju ke rumah Azza. Kat rumah Azza cuma ada Izwan je. Johan & Tok Wan gi beraya kat Clonskeagh Mosque. Bebudak rumah Azza ada jugak buat rendang ayam & nasik himpit. Kek coklat & kek batik pun ada. Aku makan sikit je sbb dah kenyang.

Open House Rumah Azza & Izwan
Open House Rumah Azza & Izwan

Lepas tu, aku, Azza, Izwan & Hazim berjalan ke rumah Romainor. Die masak laksa. Peh. Sedap gile. Hafiz & parents die pun ade jugak kat situ. Rahiman pulak tidur kepenatan. Lepas puas makan laksa, kiteorg bertolak ke rumah Nik pulak. Nik, Remy, Bibi, Hany & Amir semua ada. Ada jugak beberape org tetamu yg lain spt Bapek, Abadi & Ayin. Dieorg masak rendang & cheese cake. Sedap gile cheese cake tu. Heh. Aku actually dah kenyang gile dah. So, aku makan sikit je la. Penuh gile perut aku. Huhuh.

Lepas tu, aku terus balik ke rumah. Gile kenyang..

Bersambung...

1 buah komen:

HAKCIPTA TERPELIHARA © 2004-2011: Aku Sebutir Pasir

  © Free Blogger Templates Autumn Leaves by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP