SPRiNG iN THe LoW CouNTRieS (BHG III)

>> Saturday, October 08, 2005



Lepas puas bergambar dgn Chinese Tower & Japanese Tower, kiteorg bergegas balik hostel utk packing barang. Kiteorg akan ke Amsterdam ptg tu jugak dgn bus Eurolines. Kiteorg akan balik semule ke Brussels 3 hari lepas tu. Kiteorg sampai Amsterdam pd waktu malam. Lepas jumpe hostel yg kiteorg berkenan iaitu Anna Hostel, kiteorg berehat2 kejap. Lepas tu, kiteorg keluar utk menikmati suasana malam bandar Amsterdam, Netherlands. Netherlands atau nama tempatannye Nederland yg juga dikenali sbg Holland adelah sebuah negara yg unik sbb kebanyakan permukaan buminye dulu adelah laut yg kini dah ditambak. Org2 kat negara ni ade bahasa sendiri iaitu Flemish atau Dutch. Negara ni adelah salah satu drp negara2 yg sgt liberal. Pengambilan & urus niaga dadah, pelacuran, gay, lesbian & kahwin sesame jantina adalah tidak salah di sisi undang2 kerana bagi mereka, rakyat berhak utk berbuat apa sahaja yg dpt memberi mereka kebahagiaan, kepuasan dan kenikmatan. Ntah ape2 kan? Gula2 yg mengandungi dadah spt marijuana pun banyak dijual kat kedai2. Tapi aku tak berani la nak cuba. Kang tak pasal2 ketagih pulak. Terus jadi mat gian. Hakhakhak. Tapi yg peliknye, kat sini takde la pulak aku nampak penagih2 kat tepi2 jln mcm kat Msia tu. Hmm. Pelik kan? Sex shops pun banyak gile terdapat kat negara ni. Selain tu, negara ni jugak terkenal dgn bunga tulip, kincir angin & kasut kayu. Netherlands menduduki tempat ke-3 dlm Europe yg mempunyai kepadatan penduduk tertinggi selepas Monaco & Malta. Amsterdam adelah ibu negara Netherlands. Kat sini terdapat banyak gile canal (terusan). Siap ade canal cruise lagi. Heheh.

Gula-Gula Marijuana Yg Dijual di Kedai-Kedai, Amsterdam, Netherlands
Gula-Gula Marijuana Yg Dijual di Kedai-Kedai, Amsterdam, Netherlands


Sebuah Sex Shop di Amsterdam, Netherlands
Sebuah Sex Shop di Amsterdam, Netherlands


Bunga-Bunga Tulip
Bunga-Bunga Tulip


Tulip Garden, Netherlands
Tulip Garden, Netherlands


Kincir Angin, Netherlands
Kincir Angin, Netherlands


Kasut-Kasut Kayu, Netherlands
Kasut-Kasut Kayu, Netherlands


Sebuah Canal di Amsterdam, Netherlands
Sebuah Canal di Amsterdam, Netherlands


Sebuah Canal di Amsterdam, Netherlands
Sebuah Canal di Amsterdam, Netherlands

Tempat pertama yg kiteorg pergi pd malam tu ialah Amsterdam Central Station iaitu Amsterdam punye train station. Saje2 bergambar kat depan station tu sbb nampak cantik. Then, kiteorg ke Red Light District. Tempat ni adalah tempat utama bagi night life kat Amsterdam ni. Banyak gile night club & sex shops kat sini. Kalau korang sampai tempat ni, jgn terkejut sbb kat sinilah korang boleh jumpe ramai gile pelacur. Legal tau!! Pelacur2 tu akan duduk kat tepi2 tingkap sambil menggoda org2 yg lalu lalang. Kalau sape2 nak langgan dieorg, pegi la bukak tingkap tu. Hahahah. Kiteorg yg tak biase ni agak kekok jugak la bile jalan2 kat situ. Kiteorg siap kene tegur dgn sorang pakcik Indon yg kerja kat situ. Bapak ayam kot. Die tanye kiteorg berminat tak utk langgan pelacur. Die cakap dlm bahasa Indon dgn kiteorg. Terkejut gak la. Mcm tau2 je kiteorg ni org Melayu. Hehe. Kat Netherlands ni mmg ramai org Indon sebenarnye. Ye la. Indonesia dulu kan kene jajah dgn dieorg (Belanda). Satu bende yg kiteorg rase kelakar yg kiteorg jumpe kat Red Light District ialah penis fountain. Hahah. Bodoh btul. Lepas puas melihat kehidupan mlm org2 kat situ, kiteorg pun terus balik hostel utk tido.

Amsterdam Central Station, Amsterdam, Netherlands
Amsterdam Central Station, Amsterdam, Netherlands


Suasana Malam di Red Light District, Amsterdam, Netherlands
Suasana Malam di Red Light District, Amsterdam, Netherlands


Suasana Malam di Red Light District, Amsterdam, Netherlands
Suasana Malam di Red Light District, Amsterdam, Netherlands


Pelacur-Pelacur di Red Light District, Amsterdam, Netherlands
Pelacur-Pelacur di Red Light District, Amsterdam, Netherlands


Penis Fountain di Red Light District, Amsterdam, Netherlands
Penis Fountain di Red Light District, Amsterdam, Netherlands


Penis Fountain di Red Light District, Amsterdam, Netherlands
Penis Fountain di Red Light District, Amsterdam, Netherlands

Bersambung...

1 buah komen:

aiSyaLiciOus Sunday, November 30, 2008 at 2:27:00 AM GMT+8  

OMG~!! outstanding view la..mmg teringin gler nak g kat HOLLAND..hidup orange!! hehe..tp seems like kat sane 'sex' too open jek kan..xkan la penis pon wat tugu kot?? heran la..hehe

HAKCIPTA TERPELIHARA © 2004-2011: Aku Sebutir Pasir

  © Free Blogger Templates Autumn Leaves by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP