WinTeR iN FRaNCe & SWiTZeRLaND (BHG II)

>> Thursday, August 18, 2005



Keesokannye, Sham bawak kiteorg ke Champs-Elysées yg merupakan jalan yg paling penting & famous kat kotaraya Paris ni. Jln ni la yg menjadi tumpuan manusia utk shopping dan sebagainye. Banyak gile barang2 yg dijual kat sini. Dari barang2 murah sampai la ke barang2 mewah. Antara kedai2 yg terdapat kat jalan ni adelah Louis Vuitton, Disney Store, Zara, GAP, Sephora & banyak lagi la. Aku sempat jugak la beli something kat sini. Tapi better tunggu Winter Sale (7 January) nanti. Lagi best. Heheh. Jalan Champs-Elysées ni terletak antara 2 mercu tanda Paris yg glamer iaitu Place de la Concorde & Arc de Triomphe. Hujung ke hujung.

Champs-Elysées, Paris, France
Champs-Elysées, Paris, France

Place de la Concorde adalah salah satu square yg bersejarah kat Europe. Ianya dinamakan Place Louis XV pd tahun 1775 yg pembinaannye diarahkan oleh Raja Louis XV sendiri. Kat sinilah Raja Louis XVI dipancung, diikuti dgn 1,300 lagi org termasuklah Marie Antoinette, Madame du Barry, Charlotte Corday, Danton & Robespierre. Kat square ni terdapat sebatang statue yg unik iaitu Obelisk. Obelisk ini berusia 3,200 tahun. Ianya dihadiahkan kepada Raja Louis-Philippe oleh viceroy of Egypt yg turut menghadiahkan Cleopatra Needle yg terdapat di London. Sementara itu, Arc de Triomphe pulak adalah satu binaan yg terletak kat tengah2 roundabout yg dikelilingi oleh 12 buah jalan raya. Roundabout ini adalah roundabout yg terbesar di dunia. Arc de Triomphe ini dibina oleh Napoleon atas kejayaan tenteranya dlm Perang Austerlitz pd tahun 1805.

Obelisk, Place de la Concorde, Paris, France
Obelisk, Place de la Concorde, Paris, France


Arc de Triomphe, Paris, France
Arc de Triomphe, Paris, France

Perhentian seterusnye ialah La Défense. Di sini terdapat satu binaan yg diberi name La Grande Arche. Takde ape2 yg menarik sangat kat sini sebenarnye. Just banyak bangunan2 tinggi. Tempat bisnes. Pada waktu malam, kiteorg ke Tour Eiffel (Eiffel Tower) yg terkenal di seluruh dunie itu yg juga merupakan mercu tanda utama kotaraya Paris. Setiap 1 jam pd waktu malam, akan bernyalalah kerlipan lampu pada Eiffel Tower tu. Lawa giler. Eiffel Tower yg dibina pd tahun 1889 ni adelah bangunan tertinggi di dunia hinggalah pada tahun 1931 bila bangunan Empire State dibina di New York. Lepas puas menyaksikan kecantikan Eiffel Tower pd waktu mlm, kiteorg pun balik semule ke bilik Sham.

La Grande Arche, La Défense, Paris, France
La Grande Arche, La Défense, Paris, France


Eiffel Tower di waktu mlm, Paris, France
Eiffel Tower di waktu mlm, Paris, France

Hari ketiga. Hari ni Sham bawak kiteorg ke Musée du Louvre (Louvre Museum), muzium yg paling famous kat Paris. Ia mulanya dibina pd tahun 1190 sbg kota pertahanan oleh Raja Philippe Auguste dan ianya hanya mula dibuka sbg muzium pd tahun 1793. Kat dlm muzium ni terdapat banyak khazanah2 lama yg terkenal di serate dunia. Antaranya ialah potret Monalisa yg dilukis oleh Leonardo da Vinci, lukisan pelukis2 Eropah terkenal yg lain spt Rembrandt, statue2 spt statue Venus de Milo, mummies & banyak lagi. Khazanah2 Tamadun Islam pun turut disimpan kat sini. Kat luar muzium ni pulak terdapat satu pyramid kaca yg besar & dua yg kecik. Cantik jugak la. Kiteorg habiskan mase satu hari dlm muzium ni. Banyak bende nak tgk. Satu hari pun tak cukup sebenarnye. Besar gile la muzium ni!!

Dalam Musée du Louvre, Paris, France
Dalam Musée du Louvre, Paris, France


Mummies, Musée du Louvre, Paris, France
Mummies, Musée du Louvre, Paris, France


Potret Monalisa, Musée du Louvre, Paris, France
Potret Monalisa, Musée du Louvre, Paris, France


Pyramid, Musée du Louvre, Paris, France
Pyramid, Musée du Louvre, Paris, France

Bersambung...

0 buah komen:

HAKCIPTA TERPELIHARA © 2004-2011: Aku Sebutir Pasir

  © Free Blogger Templates Autumn Leaves by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP