Ni adalah trip pertama aku menjejakkan kaki ke tanah besar Europe. Sebelum ini, aku hanya menjejakkan kaki kat British Isles (UK & Ireland) saje. France adalah negara terbesar dalam Europe. Penduduknye 56 juta org. Ramai kan? Negara ni ade bahasa die sendiri. Kebanyakan org kat negara ni tak cakap English. Kalau yg tau cakap English pun, dieorg lagi prefer gune bahasa dieorg sendiri. Dieorg mmg tak suke English. Dieorg pernah berperang dgn org2 English zaman dulu. Sbb tu le kot.
Kali ni, aku tak jalan sorang2 lagi. Aku ditemankan oleh 4 org lagi member iaitu Jem, Reza, Hafizuddin & Farid. Kiteorg akan melancong selama 17 hari bermula pd 22 December 2003 sampailah 7 January 2004. Lame gile. Kiteorg punye Ryanair flight dari Dublin Airport ke Paris Beauvais Airport adalah pd awal pagi 22 December. Utk taknak ketinggalan flight, kiteorg tido kat Dublin Airport mlm sebelum flight. Takleh tido pun sebenarnye. Tak selesa. Hehe. Kat Paris, kiteorg akan tumpang rumah junior Jem kat MOZAC dulu iaitu Sham yg skarang ni tgh study dlm bidang engineering kat Paris.
Sesampainye kat Paris Beauvais Airport, kiteorg tercari2 arah mane nak pergi. Semue blank. Takde idea. Kat luar nampak banyak bus. Maybe kene naik bus kot utk ke kotaraya Paris. Beauvais Airport ni sebenarnye kecik je. Ryanair punye personal airport. 70km dari kotaraya Paris. Jauh gile. Aku & Farid naik bus berasingan dari Jem, Reza & Hafizuddin sbb bus yg dieorg naik dah penuh. Sesampainye kat Paris city centre, aku & Farid tercari2 budak 3 org tu. Isk. Mane dieorg ni. Tak nampak batang hidung pun. Bus dieorg takkan tak sampai lagi kot. Kiteorg pun pergi la cari dieorg kat keliling tempat tu. Cari punye cari, nasib baik la Farid jumpe dieorg kat dlm satu bangunan dekat2 situ. Bodoh betul driver yg bawak bus yg aku & Farid naik. Die tak berhentikan bus kat tempat yg sepatutnye. Huh. Syukur gile dpt jumpe balik bebudak 3 org tu. Kalau tak, taktau le mcm mane nak buat. Aku mmg tak simpan contact number Sham tu. Nak contact budak2 3 org tu pun takleh sbb network hp Meteor Ireland mmg takleh gune kat situ.
Tak lame lepas tu, Sham pun dtg. Die bawak member die skali, Melissa. Die bawak kiteorg balik ke rumah die. Actually, bukan rumah pun. Bilik kecik jek. Muat2 je 5 org. Tu pun himpit2 jugak la. Heheh. Sebelah bilik die, bilik sorang makcik French. Anak dara tua. Sham mmg tak suke die sbb mulut laser & suke tak puas hati dgn Sham. Heheh. Lepas dah letak barang2 dlm bilik die, Sham bawak kiteorg keluar jalan2 kat kotaraya Paris. Paris yg merupakan ibu negara France ni sudah tentu menjadi destinasi idaman setiap org kat dunia ni, termasuklah diri aku sendiri. Mcm tak percaye je aku dah jejakkan kaki kat kotaraya yg penuh glamer ni. Pusat fesyen dunia le katekan. Heheh. Kiteorg travel around kotaraya Paris ni dgn menaiki public transport Metro iaitu train bawah tanah.
Tempat pertama yg kiteorg pergi adelah Centre Pampidou yg merupakan sebuah muzium. Kemudian, kiteorg dibawa ke Hotel De Ville yg merupakan city hall bg Paris. Lepas tu pulak, kiteorg menuju ke Notre Dame. Notre Dame ni terletak kat atas sebuah pulau kecik yg berbentuk boat yg bername Ile de la Cité kat sungai La Seine. Bangunan ini sangat kaya dgn sejarah. Mula dibina pd tahun 1163, Notre Dame ini menyaksikan peristiwa2 yg penting dlm sejarah France termasuklah pertabalan Napoleon Bonaparte pd tahun 1804 & jugak pengkebumian Charles de Gaulle pd tahun 1970.
Hotel De Ville, Paris, France Notre Dame, Paris, France Sebelum gelap, kiteorg cepat2 pergi ke Montmartre di mane letaknye Sacré-Coeur, iaitu sebuah gereja yg bagi aku kelihatan seakan2 Taj Mahal. Lawa sungguh binaannye. Gereja yg siap dibina pd tahun 1914 ni terletak kat atas bukit. Penat jugak la kiteorg panjat tangga. Kat dlmnye, terdapat banyak khazanah2 lama Roman Katolik. Bile mlm dah menjelma, kiteorg bertolak ke Moulin Rouge. Moulin Rouge ni boleh dikatekan night club utk org2 kaya. Harga tiket masuk saje dah lebih 100 Euro. Kiteorg just bergambar kat luar je. Lepas tu, kiteorg pun balik ke bilik Sham.
Sacré-Coeur, Paris, France Moulin Rouge, Paris, France Bersambung...
Read more...