HaPPY BiRTHDaY MaNaP, RiZaL & EZZaD!! HaHaHaHa!!!

>> Saturday, April 23, 2005

Ptg semlm, aku study la kat library. Hehe. Mcm skema pulak kan. Nak exam isnin ni la weh!! Tgh khusyuk aku dok study, tibe2 handphone aku yg aku letak kat atas meja bergegar. Mujur le aku tak melatah. Kalau tak, buat malu jek kat mat salleh kat sebelah. Hmm. Ade satu message. Sape le agaknye ye. Oo Fyzal ke. Ape yg die nak eh. Ooo. Ajak gi makan luar. Nak celebrate birthday Manap hari ni. Hmm. Nak gi ke tak, nak gi ke tak?? Banyak lagi nak kene study ni. Duit pun takde. Punye la dok pikir, last2 aku decide taknak pergi. Aku pun reply balik sms Fyzal. Kasi alasan takde duit. Hehehe.

15 minit lepas tu, tibe2 handphone aku bergegar lagi. Suspen jugak la. Ape le yg die nak reply. Punye dok harap yg die reply die nak blanje aku. Hehe. Ade hati ni. Rupe2nye, Bukan msg dari Fyzal. Tapi dari Jem. Ape la yg mamat ni nak eh.. Laa. Die suruh aku isi air kat dlm bath tub utk campak Manap sementara dieorg keluar makan. Hehehe. Aku ok jek. Suke gile buat bende2 camni.

So, bile aku dah balik rumah, sambil masak mee goreng, aku pun isi la air dlm bath tub tu. Dah le lubang bath tub tu takde penutup. Terpakse gune selotape utk tutup lubang tu. Hahaha. Sanggup tuh semate2 nak buat prank utk birthday org.

Sejam lepas tu, baru le dieorg balik. Bukak2 je pintu, kiteorg terus terkam Manap. Bawak keluar semue barang2 dlm poket die (dompet, kamera, etc). Ye la. Takkan nak campak sekali semue barang2 tu. Kiteorg tak sekejam tu, ok. Hekhekhek. So, dgn penuh kekuatan dan keazaman, kiteorg semue usung Manap sampai ke bilik air & campak die dlm bath tub. Vuuusshhh!! Habis satu bilik air basah. Mane taknye, die meronta2 dlm bath tub yg penuh berisi air tu. Bukan bilik air je basah. Dgn kiteorg2 skali basah. Habis lencun. Tak sempat nak lari keluar dari bilik air. Hekhekhek. Sempat jugak la kiteorg snap beberape gambar & sempat jugak kiteorg pecahkan 3 bijik telur kat atas kepale die. Heheheh!!

Rizal menjerit bile kene sapu dgn telur
Rizal menjerit bile kene sapu dgn telur


Berposing dlm bilik air lepas campak Manap
Berposing dlm bilik air lepas campak Manap

OK. Kiteorg semue dah keluar dari bilik air. Pastuh dgn secare tibe2 kiteorg tergerak hati utk terkam Rizal pulak & terus usung die masuk dlm bath tub. Hahahahaah.. Tak pasal2 kan. Kesian budak tu. Birthday die last week. Tak kire laa.. Hehehe. Tgh2 kiteorg snap gambar, kiteorg dgn pantasnye menerkam Ezzad pulak & campak die masuk dlm bath tub. Hahahaha. Ni lagi unexpected. Birthday die last month. Kejam kan kiteorg ni? Hahahaha

Rizal pulak kene campak
Rizal pulak kene campak


Cantik gile gambar ni. Ade splash air
Cantik gile gambar ni. Ade splash air


Berposing lepas campak Rizal. Next: Ezzad pulak. Hahah
Berposing lepas campak Rizal. Next: Ezzad pulak. Hahah


Ezzad's turn. Hahahah
Ezzad's turn. Hahahah


Berposing lepas penat mencampak & dicampak
Berposing lepas penat mencampak & dicampak

0 buah komen:

HAKCIPTA TERPELIHARA © 2004-2011: Aku Sebutir Pasir

  © Free Blogger Templates Autumn Leaves by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP