Winter 2002. Ni adelah trip kedua aku selepas Northern Ireland, UK. Trip kedua aku ni pun still dlm UK jugak. Tapi kali ni, aku keluar dari pulau Ireland le. Akhirnya. Hahaha. Trip aku kali ni adelah ke England pulak. 4 bandar aku pergi iaitu Manchester, Sheffield, Leicester & London.
Flight Ryanair aku dari Dublin ke Manchester adelah pd waktu pagi, 17 December 2002. Flight aku kebetulan same dgn flight Arnee, Malind & Awe. So, aku gi airport skali dgn dieorg. Naik bas. Sesampainye kiteorg kat Manchester Airport, kiteorg disambut oleh Aida, college mate kiteorg kat KMB dulu. Bebudak lain semue ade kelas. Die je yg free time tu. So, die bawak kiteorg ke Manchester city centre. Die turunkan aku kat hostel Heirman & Fahmi. Arnee, Awe & Malind lepak kat rumah die la. Aku lepak kat bilik Heirman. Bilik Fahmi sebelah bilik die je. Time tu, Heirman baru habis kelas. Nasib baik la. Tapi Fahmi still ade kelas lagi rasenye. So, aku & Heirman lepak kat bilik die, borak2. Lame gak le tak jumpe mamat tu. Banyak cerite aku nak cerite.
Bile Fahmi habis kelas, die pun balik ke bilik die & aku pun berjumpe le dgn die. Lepas solat, Fahmi bawak aku gi jalan2 kat Manchester City. Kiteorg cume sempat jalan2 kejap je sbb nak mlm dah. Kiteorg cume masuk shopping complex utk window shopping. Aku tak beli ape2 pun. Mlmnye aku ikut dieorg ke basketball court. Boring gile. Aku bukannye into basketball sgt. So, mmg aku tak main le. Aku just lepak2 je tgk dieorg main. Cam nyesal lak ikut. Baik aku dok lepak kat bilik Heirman sambil tgk DVD jek. Heheheh.
Manchester City, UK Esoknye, aku jumpe Syed & Buff. Tengah harinye, dieorg bawak aku ke University dieorg, University Of Manchester. Petangnye, Syed & Fahmi bawak aku gi Trafford Centre, antara shopping complex yg paling besar kat Europe. Aku just beli sehelai jaket. Saje buat kenangan. Then, kiteorg singgah kat Old Trafford Stadium, antara stadium yg paling famous kat England. Time tu dah mlm. Gambar pun gelap. Nyesal tak gi siang2. Kiteorg masuk ke dlm souvenir shop die. Aku ade la beli beberape souvenir. Lepas tu, kiteorg balik ke hostel.
University Of Manchester, Manchester, UK University Of Manchester, Manchester, UK Trafford Centre, Manchester, UK Trafford Centre, Manchester, UK Dalam Trafford Centre, Manchester, UK Old Trafford Stadium, Manchester, UK Senja di Old Trafford Stadium, Manchester, UK Esoknye, aku tak ke mane2. Just gi teman dieorg ke kedai2 yg berdekatan sbb dieorg nak buat barbecue party luse. Tak dpt le aku nak join sbb aku dah nak ke Sheffield dah mlm ni. Takpe la. Bukan rezeki aku. Sambil membeli-belah tu, kiteorg sempat jugak la singgah China Town Manchester. Takde ape2 sgt. Banyak kedai2 Cine jek. Salah satu kedai tu, kedai org Malaysian Chinese. Terkejut jugak le aku bile die cakap Melayu dgn Heirman. Heh. Ade jugak org Malaysia bukak kedai kat sini. Selain China Town, kiteorg sempat gak lalu depan UMIST, salah satu university yg famous kat Manchester ni. Mlmnye, Heirman bawak aku ke bus station. Perhentian aku yg kedue ialah Sheffield.
China Town Manchester, Manchester, UK UMIST, Manchester, UK Sesampainye aku kat bus station Sheffield, aku dijemput oleh Aqsa. Terus die bawak aku ke rumah die. Die serumah dgn Mijie, Rosman & 2 org lagi budak rumah die yg aku tak ingat name. Mijie & Rosman tu aku kenal le sbb dieorg skali dgn aku kat KMB dulu. Tak kekok sgt la dok kat rumah dieorg sbb majoritinye org yg aku kenal. Heheheh. Jeles btul ah aku dgn dieorg. Sewa murah murah gile. Bilik single. Besar gedabak pulak tu. Boleh muat 20 org dlm satu bilik. Tak besar ke tu? Heh. Takpe la. Rezeki dieorg.
Esoknye, dieorg bawak aku jln2 bandar Sheffield. Bandar die kecik jek. Takde ape2 sgt. Banyak kedai2 je. Tapi murah2 la barang2 die especially makanan. Dah le banyak kedai makanan halal. Kat satu kedai ni, aku makan quarter pounder & chips yg berharge £1 je. Dah le banyak gile. Tak habis pulak tu. Kalau aku dok kat sini, sure aku jadi gemuk gedempol punye la. Nasib baik le aku dok kat Dublin yg serba mahal tu. Hekhekhek. Tengah harinye, dieorg bawak aku gi masjid utk solat Jumaat. Ya Allah. Kiri kanan org Melayu. Mmg btul le org cakap. Sheffield ni mmg kampung Melayu. Ramai jugak le yg aku kenal. Senior2 & member2 satu batch dgn aku kat MRSM Taiping dulu spt Yen & Hanafi pun aku jumpe gak. Lepas solat Jumaat, Aqsa & Baitak bawak aku gi University dieorg sambil menyambung perjalanan bersiar2 di bandar Sheffield. Mlmnye, Rosman, Mijie & 2 org lagi member dieorg ajak aku gi tgk wayang. Lord Of The Rings (Two Towers). Sanggup dieorg ponteng usrah semate2 nak tgk wayang. Rase mcm bersubahat pulak. Hehheh.
Sheffield City, UK University OF Sheffield, Sheffield, UK Bersama Rosman & Mijie, Sheffield, UK Keesokannye, dieorg ajak aku gi open house kat umah bebudak pompuan. Open house hari raya. Heh. Dgn tak malunye aku pun menerime ajakan dieorg walaupun aku tak kenal langsung tuan2 rumah open house tu. Heheh. Makanan sedap2. Kenyang gile. Lepas makan, Aqsa bawak aku gi Meadowhall, salah satu shopping complex yg terbesar kat UK. Setakat window shopping je la. By that time aku mmg dah agak pokai walaupun duit aku masih banyak kat dlm bank kat Ireland. Actually, aku ade 2 bank akaun. Allied Irish Bank (AIB) & Bank of Ireland (BOI). Tapi malangnye ATM Machines kat UK hanya boleh keluarkan duit dari akaun AIB & tak boleh keluarkan duit dari akaun BOI sbb BOI takde simbol ‘PLUS’. Kampung betul la BOI ni. Dan aku telah melakukan kesilapan yg amat besar sbb aku simpan semue duit2 aku kat dlm akaun BOI. Cash yg aku bawak ke UK takde le banyak sgt. So, mmg papa kedana habis le aku kat UK. Nyesal gile aku save duit2 aku dlm BOI. Huhuhuhuh!!!
Meadowhall, Sheffield, UK Dalam Meadowhall, Sheffield, UK Lepas balik dari Meadowhall, aku terus pack barang2 aku utk meneruskan pengembaraan aku. Trip aku yg seterusnye ialah Leicester. Aqsa & Rosman bawak aku ke bus station. Kat situ le kali terakhir aku jumpe dieorg. Ntah ape le crite dieorg kat Sheffield skarang ni. Bukannye reti nak lawat aku kat Dublin ni. Huhuh. Sesampainye aku kat Leicester, aku dijemput oleh Imran. Kiteorg makan dulu kat kedai halal. Lepas tu, jalan kaki ke hostel die. Ya Allah. Hostel die jauh nak mampus. Nak dekat satu jam jalan. Dah le hujan time tu. Nasib baik le hujan renyai2 jek. Sampai2 kat hostel die, berjumpe la pulak dgn Sungkai. Aku tidur kat bilik Sungkai mlm tu sambil mendengar lagu2 hindustan kat dlm laptop die. Wekkekek.
Keesokannye, Sungkai & Imran bawak aku gi hostel bebudak pompuan. Kat situ aku jumpe Shilla & Pe’ah. Aliza takde sbb die balik Msia. Kebetulan, time tu Son & Dyian (bebudak Dublin) pun ade gak kat situ. Nyibuk je. Hilang keistimewaan aku sbg tetamu kehormat. Heheheh. Lepas solat, kiteorg gi jalan2 bandar Leicester. Bandar ni lagi kecik dari Sheffield. Satu bende yg unik pasal bandar ni ialah ramai penduduknye org Pakistan. Org Muslim la. Kalau nak cari kedai halal mmg cukup senang. Dah le murah. Heaven sungguh la. Aku lepak kat Leicester satu mlm satu hari je. Lepas puas jalan2 bandar die, aku terus ke bus station. Trip seterusnye dan yg terakhir ialah London, antara destinasi idaman aku sedari dulu lagi. Chewah.
Bersama Pe'ah, Shilla & Sungkai, Leicester, UK Leicester City, UK Leicester City, UK Sesampainye aku kat Victoria Station, London, aku dijemput oleh Apen. Die bawak aku ke bilik member die, Fauzan, sbb bilik die agak kecik & sempit. Mase first time aku jumpe Fauzan ni aku agak terkejut jugak la sbb die cakap English dgn aku. Dlm hati rase menyampah jugak la kan, sesame Melayu nak cakap omputeh. Ape kes?? Tapi, eventually, Apen beritau aku yg Fauzan ni British born Malaysian. Die mmg sejak lahir tinggal kat UK. Balik Msia sekali sekale je kot. OK. Patut le. Hehehe. Mule2 tu segan2 jugak la dgn die sbb die ni jenis yg alim2 & innocent. So, takleh la nak buat lawak2 bodoh. Tapi lame2 tu, ok la. Fun jugak la die. Tibe2, Apen kasitau aku yg die kene gi balik Victoria Station utk jemput Mas & Apex. Huh?? Dieorg pun datang gak. Waahh. Bestnye!!! Takde le keseorangan aku kat bilik Fauzan. Hehehe. Tak baik betul aku.
Sambil menunggu Mas & Apex sampai, aku pun berborak2 la dgn si Fauzan ni. Banyak betul die bercerite pasal aktiviti agama die. Aku kagum jugak la bile dengar cerite die. Die ni jenis yg rajin ikut tabligh. Hmm. Kadang2 aku terfikir jugak la. Org Islam kat bumi org kafir ni kadang2 lagi kuat semangat keislaman die dari org Islam kat bumi org Islam sendiri contohnye spt kat Msia. Kat Msia mane ade sgt aktiviti2 tabligh ni. Jarang. Hai. Ntah la. Bile dah penat sangat menunggu & dieorg still tak sampai2 lagi, kiteorg pun terus ambik keputusan utk tidur dulu. Tibe2, dlm pukul 3 pagi, aku terjage sbb dengar bunyi bising. Mas & Apex dah sampai!! Gile lambat. Aku dah tidur lena dah. Lepas tu, mmg terus takleh tido dah la. Makan2 sambil sembang2. Fauzan pun join skali.
Bersama Fauzan, London, UK Keesokan paginye, kiteorg pun gi le menjelajah kota London diketuai oleh Fauzan sbb die mmg arif gile pasal tempat2 kat London ni. Kiteorg terpakse habiskan pusing London dlm mase satu hari sbb esoknye Apex dah nak gi Manchester. Tensen btul. Apsal la lepak London kejap sgt. Penat gile kiteorg berjalan utk habiskan London dlm mase satu hari. Tak pernah org buat. Cam nak terputus jek kaki aku. Antara tempat2 yg kiteorg sempat gi pd hari tu ialah Trafalgar Square (tempat penggambaran video klip Amy Mastura utk drama Cinta Korporat), Royal Albert Hall (konsert Siti Nurhaliza), Buckingham Palace, Houses of Parliament, Big Ben, London Eye, Tower Bridge & St Paul’s Cathedral. Penat nak mampus. Lepas penat jalan2, kiteorg gi makan kat Restoran Mawar. Kat situ, kiteorg jumpe dgn Azlin, member sebatch kat KMB dulu. Lepas makan, kiteorg gi hostel Azlin utk jumpe dgn Shar & bebudak girls yg lain. Laa. Son & Dyian pun ade kat situ jugak. Jumpe lagi dieorg. Takde muke lain ke. Hekhekhek.
Royal Albert Hall, London, UK Buckingham Palace, London, UK Big Ben, London, UK London Eye, London, UK Trafalgar Square, London, UK Tower Bridge, London, UK Underground Tube Station 'Tower Hill', London, UK Keesokannye, kiteorg gi jumpe dgn Baljeet. Die bawak kiteorg gi tgk hostel die kat King’s College. Sambil2 tu, kiteorg sempat gak la jalan2 kat Oxford Street & Leicester Square. Aku actually mmg penat gile hari tu. Tak hilang lagi penat semlm. So, aku mmg jalan slow nak mampus le hari tu. Sian lak dgn dieorg. Asyik2 kene toleh belakang, nak pastikan aku tak hilang. Heheheh. Ptgnye, kiteorg gi Victoria Station utk jemput bebudak girls. Mushi from Sheffield, Wanie from Cardiff & Phoebe from Bristol. Dieorg lepak kat MARA Hostel.
Leicester Square, London, UK Keesokannye adelah hari Krismas, 25 December 2002. Underground Tube & bus mmg takde la sepanjang hari. So, kiteorg terpakse jalan kaki. On that day, kiteorg (aku, Mas, Apen, Mushi, Wanie & Phoebe) gi jalan2 kat Kensington Park. Kiteorg sepanjang hari kat situ. Saje nak habiskan mase. Ptgnye, kiteorg terpakse hantar bebudak girls tu balik ke MARA Hostel. Jalan kaki!! Kalau nak ikutkan hati, aku rase cam nak balik terus je ke bilik Fauzan. Dah mmg penat tahap nazak dah sebenarnye. Tapi terpakse le tunjuk gentleman kan. So, nak taknak, aku pun terpakse le memakse diri aku utk ikut Apen & Mas gi hantar bebudak girls tu balik ke MARA Hostel. 2 jam lebih jalan kaki!!! Sampai2 kat MARA Hostel, kiteorg berehat kejap kat sofa kat ruang tamu. Tapi disebabkan kepenatan yg melampau, aku & Mas terlena kat atas sofa tu. Sambil baring!! Taktau le camne aku posing. Sedar2 je nampak bebudak boys tgh main game. Hahahah. Malu gile. Salah sorang drp dieorg tu adelah Aizat, member aku kat MRSM Taiping dulu. Buat malu kat dieorg je. Tapi takpe la. Penat punye pasal.
Kensington Park, London, UK Tupai Yg Jinak Kat Kensington Park, London, UK Utk hilangkan rase penat, kiteorg gi makan kat kedai yg berdekatan dgn MARA Hostel iaitu kat area Bayswater. Kat situ mmg banyak kedai2 makanan yg halal. Tapi disebabkan aku dah tersangat pokai time tu, aku terpakse le mengikat perut. Huhuhuhuh. Sedih tul. Tapi sempat jugak la aku pow makanan dieorg sikit2. Heheh. Lepas makan, kiteorg jalan kaki balik ke bilik Fauzan. 2 jam lagi jalan kaki. Huhuhuhuh!!!
Esoknye, 26 December 2002 adelah tarikh utk aku balik ke Dublin. Tapi aku kene ke Manchester sbb flight aku ke Dublin adelah dari Manchester. Dari London, aku naik bus ke Manchester. Actually bus sepatutnye bertolak pukul 12 tgh. Tapi taktau sbb ape, pukul 1 tgh baru bus bertolak. Delayed. Tensen betul. Aku mmg dah risau dah time tu sbb kalau ikut schedule asal, bus pukul 12 tgh akan sampai kat Manchester Airport pukul 4.45 ptg. Flight aku pulak pukul 5.45 ptg. Mmg cukup2 le sejam utk check in semue. Tapi kalau dah bus delay sejam, maknenye, aku akan sampai Manchester Airport pukul 5.45 ptg la!!! Waaaaaa!!!! Aku mmg dah cuak gile dah time tu. Aku just berdoa jek so that bus tu sampai awal kat Manchester Airport. Kalau tak, aku taktau ape nak buat. Buntu!!
Spt yg aku duga, bus mmg sampai lambat sejam. Pukul 5.30 ptg baru sampai kat Manchester Airport. Actually aku still mengharap le so that aku tak tertinggal flight walaupun aku tau yg aku kene check in at least setengah jam sebelum flight berlepas. Hopefully dieorg ade perasaan simpati la kat aku. Huhuhuh. Tapi malangnye, harapan tinggal harapan je. Aku mmg takleh nak buat ape2 dah. Huwaaaa!!!! Fikiran aku mmg buntu gile time tu. Rase cam nak nangis. Aku taktau ape nak buat. Kalau nak beli tiket baru utk next flight ke Dublin, aku kene bayar £50. Tapi aku mane ade duit time tu!! Yg tinggal kat aku cume £5 & beberape duit syiling. Nak withdraw duit kat ATM machine pun takleh!! Credit card pun takde!! Dah le aku sorang diri je ni. Huhuhhu. Camne ni???!!
Tibe2 aku teringat kat Jem, Reza, Baby & Yanie (member2 Dublin) yg sepatutnye balik ke Dublin dari Manchester on that day jugak & flight dieorg adelah pd pukul 8 mlm. Nasib baik le aku ade hp number Kudin, member Manchester Jem. Aku terus call die dgn duit syiling yg masih aku ade. Nasib baik le dpt. Kudin cakap dieorg semue ade kat Terminal 2 time tu. So, aku pun terus gi jumpe dieorg & cerite segale ape yg berlaku. Dieorg actually tak dpt nak menolong dari segi kewangan sbb dieorg pun tgh pokai & duit dieorg semuenye kat dlm BOI. Senasib dgn aku la. Heheheh. Nasib baik le ade Kudin & kebetulan die mmg ade cash £50 time tu. So, aku pun pinjam le duit die. Aku akan bayar balik mase die kat Dublin nanti. Actually die pun akan ke Dublin jugak dgn kiteorg. Hai. Lega aku. Taktau le ape aku nak buat kalau takde dieorg. Nak call bebudak Manchester yg lain, dieorg semuenye kat Glasgow time tu. Ade programme ape tah. Huhuhuhuh. Aku menangis kesyukuran bile aku dah sampai kat Dublin Airport.
So, tu le serba sedikit pengalaman aku 10 hari kat England, UK. Pengalaman yg sudah pastinye tak boleh dilupekan especially bab miss flight tu. Heheheheh. Pengajaran yg betul2 bermakne. Lain kali kalau nak gi jalan2, plan betul2 dari segi mase & everything. Jgn sampai pisang berbuah dua kali. Chewah.