MeNGaPa???

>> Tuesday, February 08, 2005

Fuuuhh.. Lega. Exam MCQ utk subject Basic Mechanisms of Disease baru je abis pagi tadi. Ade org kate susah. Ade org kate biase je. Ade pulak yg taktau nak cakap ape. Heheh. Biase la. Manusia. Mcm2 ragam. Tapi bagi aku, soalan2 dlm exam tadi boleh dikatekan agak simple & straight forward, tapi malangnye aku banyak gile tak ingat. Mane taknye. Nak menghafal name2 drugs tu bukannye senang. 3 hari 3 mlm aku study. Susah benar nak mengingatnye. Hmm. Tu mungkin aku laa. Org lain aku rase sure lagi gempaq. Hai, ape2 pun skarang ni aku boleh le relax sikit. Tapi tak boleh relax sgt sbb next MCQ exam akan menjelma tak lame lagi. In 2 weeks time. Huhuhu.

Tiket flight dah dapat dah last week. Happy gile bile dapat. Rase mcm dah tak sabar gile dah nak balik Malaysia yg tercinta dan jugak utk menjejakkan kaki kat Australia. Nak dekat 2 thn aku tak keluar dari benua Europe ni. Ye la. Summer last year aku tak balik Malaysia. Europe Tour punye pasal. Kali ni aku dah takleh tahan dah. Kene balik gak. Rindu gile kat family, saudara-mara & kawan2 aku kat Malaysia tu. 4 June 2005. Tarikh keramat. Cepat2 le tibe ye. Hehehe.

Hmm. Kat bawah ni adalah lirik sebuah lagu yg pernah menjadi lagu favourite aku sewaktu Form 2 dulu. Lagu berhantu. Hehehe. Sampai skarang lagu tu tetap menjadi favourite aku & sampai skarang aku masih ingat lirik die. Jiwang gile aah. Hehehe.


MENGAPA

Mengapa kau pergi
Mengapa kau kecewakan
Mengapa kau hancuri
Mengapa kau menghinakan

Mengapa kau sakiti
Mengapa kau melukakan
Mengapa kau memberi
Mengapa kau melupakan

Mengapa kau akhiri
Mengapa kau memulakan
Dengan getaran jiwa
Ku kemukakan pertanyaan

Tak ingin ku kau pergi
Tak ingin ku dikecewakan
Tak ingin cinta dinodai
Tak ingin dihancurkan

Tak ingin ku disakiti
Tak ingin ku dilukakan
Tak ingin ku kau beri
Bila kau melupakan

Tak ingin ku diakhiri
Bila kau memulakan
Dengan perasaan hampa
Ku meminta jawapan

Di kananku cinta penuh bermadu
Di kiriku racunmu
Kalimah sakti yang mana untukmu
Dapat kau membuat pilihan
Agar kita dapat bersama

Kau.. bisa membahagiakan, menceriakan
Kau.. bisa menggembirakan, mempesonakan
Aku.. ingin dicintaimu dan mencintai
Aku.. ingin bila terjaga kau di sampingku (selamanya)

Semoga cinta bersemi
Semoga cintamu kan dekat padaku
Asmara kan mengundang tanpa mengira waktu
Bertakhta di hatimu dan hatiku

Nyanyian: Nicky Astria
Lagu: LY
Lirik: Baiduri

2 buah komen:

L.Y. Wednesday, October 14, 2009 at 1:33:00 PM GMT+8  

Terima kasih di atas sokongan saudara. Semoga sentiasa ceria dan berjaya dalam segala bidang. Amin

HAKCIPTA TERPELIHARA © 2004-2011: Aku Sebutir Pasir

  © Free Blogger Templates Autumn Leaves by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP