ZaMaN SeKoLaH (EPiSoD 1)
>> Saturday, February 26, 2005
Zaman persekolahan adalah zaman yg mesti dilalui oleh setiap org drp kite. Setiap org mempunyai sejarah zaman persekolahan die yg tersendiri & berbeza drp org lain. Begitu jugak dgn aku. Bagi diri aku, zaman persekolahan adalah sgt bermakna. Ianya banyak mengajar aku erti kehidupan yg sebenar & sedikit-sebanyak telah mendewasakan aku. Terlalu banyak peristiwa pahit & manis yg tak mungkin aku boleh lupe sepanjang hayat aku. Peristiwa2 mcm tu le yg memberi pengajaran kpd aku supaya lebih tabah & cekal utk menghadapi onak ranjau di mase depan. Selain guru2 yg memainkan peranan penting sbg tenaga pengajar kat sekolah, kawan2 jugak memainkan peranan yg tak kurang pentingnye. Tanpa dieorg, apalah ertinye persekolahan. Dieorglah yg menjadi famili kedua aku. Tempat aku nak bermain2 & tempat aku nak cerite masalah2 aku. Tak mungkin aku dapat lupekan dieorg. Name2 dieorg akan sentiase terpahat dlm hati aku sampai bile2.
Zaman persekolahan aku bermule di TADIKA Kemas, Taman Kerian, Parit Buntar. Ingatan aku pada zaman TADIKA agar samar2. Ye la kan. Dah hampir 16 thn dah. TADIKA tu dekat je dgn rumah aku. Jalan kaki je 5 minit jek. Setelah setahun di TADIKA Kemas, aku menyambung persekolahan aku kat Sekolah Rendah Kebangsaan Methodist, Parit Buntar. Aku masih ingat lagi sewaktu hari pendaftaran. Aku menangis. Hahahaha. Kelakar betul. Aku sendiri tak ingat sbb ape aku menangis. Mungkin sbb aku taknak berjauhan dgn famili aku kot. Heheheh. Dari Darjah 1 sampai Darjah 6, aku berade dlm kelas Kuning. Sewaktu sekolah rendah, aku tak berape bergaul sgt dgn budak2 kelas lain. Dunia aku cume kelas aku je. Aku pemalu gile mase sekolah rendah dulu. Nak naik pentas ambik anugerah pun aku tersipu2 malu. Hehehe. Sewaktu Hari Penyampaian Hadiah mase aku Darjah 6, aku diberi anugerah Pelajar Pekerti Terpilih. Hahahah. Kelakar aah. Taktau le kenape cikgu2 pilih aku utk anugerah tu. Maybe sbb aku ni senyap sgt kot. Hekhekhek. Mase UPSR, aku dpt 4A. Tak sangke jugak la sebenarnye. Tapi Alhamdulillah la. Terima kasih aku ucapkan kat cikgu2. Aku still ingat lagi name2 cikgu yg mengajar aku. Cikgu Norlela, Cikgu Rohana, Cikgu Hasnah, Ustaz Mat Amin, Cikgu Ayob & ramai lagi le. Kat mane le dieorg skarang ni ye. Teringin pulak nak jumpe dieorg.
Lepas tamat Darjah 6, aku teruskan persekolahan aku kat Sekolah Menengah Methodist (ACS), Parit Buntar. Actually, aku dpt offer utk masuk Sekolah Menengah Anderson, Ipoh. Sekolah separuh asrama. Tapi aku tak bersedie lagi. Takut kene buli laa. Heheh. Actually sekolah tu dekat je dgn rumah makcik aku. Nak stay kat rumah die pun boleh. Tapi takpe la. Aku taknak susahkan die. Lagipun aku tak bersedie lagi nak berjauhan dgn family. Baru umur 13 thn. Masih mude weh. Heheh. Dari Tingkatan 1 sampai Tingkatan 3, aku stay dlm kelas yg same (Anggerik) walaupun ade sesetengah kawan aku terpakse bertukar kelas, ikut result semester exam masing2. Nasib baik le result aku maintain. No 1 dlm seluruh Tingkatan, berturut2 sampai le exam semester akhir Form 2, di mane aku jatuh ke tempat ke 3. Mase exam semester pertame Form 3, aku naik ke tempat ke 2. Akhirnye aku berjaye merampas semule takhta aku ke tempat pertame sewaktu exam Percubaan PMR. Heheh. Takpe la. Hidup ni kan mcm roda. Kejap kite kat atas, kejap kite kat bawah. Rezeki seseorg tu hanya Allah SWT je yg tahu. Kite just hanya perlu berusaha sedaye yg kite mampu. Betul tak? Hmm.. Sewaktu kat sekolah menengah la aku start jadi peramah. Tak mcm sewaktu aku kat sekolah rendah dulu. Sewaktu kat sekolah menengah, boleh dikatekan semue org aku kenal & semue org aku tegur. Bukan setakat kat sekolah je. Sampai kat rumah pun, aku tak boleh nak berenti. Mmg selalu la aku bergayut kat talipon dgn kawan2 aku. Perubahan mendadak gile. Heheh. Aku sayang gile kat budak2 kelas aku. Name2 spt Kumar, Zamir, Shafi, Loges, Mukilan, Hafiz, Mu Hau, Senthil, Sunil, Lee, Yeoh, Alil, Ravi, Pak Su, Bulat, Ooi, Mera, Punes, Shamini, Vanisha, Kala, Menaka, Thina, Prakash, Razly, Huda, Asyarah, Jaslina, Nani, Liza, Shaik, Rajes, Audra, Usha, Yu, Baby (cousin aku) & ramai lagi member2 aku, tak mungkin aku boleh lupe. Name2 tu tetap tersemat dlm hati aku sampai skarang. In fact, aku still lagi keep in touch dgn dieorg. Setiap kali balik Parit Buntar, aku mesti contact dieorg punye la. Mesti buat gathering kat KFC. Hehehe. Cikgu2 yg mengajar aku spt Cikgu Nurul Hayati, Cikgu Nor Akiah, Cikgu Peter, Cikgu Sutena, Ustazah Fatimah, Cikgu Siti Rohani, Cikgu Mazlan & ramai lagi pun sentiase aku ingat.
Beberape bulan sebelum PMR, aku & beberape org kawan aku isi borang kemasukan ke MRSM & SBP. Aku takde le mengharap sgt dpt masuk ke MRSM atau SBP. Kalau boleh aku nak stay je kat sekolah same sampai Form 5. Tak sanggup nak berpisah dgn kawan2 aku. Kiteorg dah mcm family dah. Serasi gile. Tup2 result PMR keluar. Aku & 2 org lagi kawan aku dpt 8A. Yg dpt 7A pun ramai jugak. Aku mmg dah boleh rase la yg aku for sure akan dpt offer ke sekolah asrama punye. Tup2, jangkaan aku mmg betul. Aku dpt offer gi MRSM Taiping. 3 org lagi kawan aku berjaye dpt offer ke MRSM jugak. Tapi bukan MRSM Taiping la. Azril dpt offer ke MRSM Beseri, Baby dpt offer ke MRSM Balik Pulau & Asyarah dpt offer ke MRSM PDRM Kulim. Lepas tu, Huda pulak dpt offer ke SBP. Sekolah Menengah Sains Muar (Sahmura). Dieorg semue ambik offer2 tu tanpa berfikir panjang. Tapi bagi aku, kalau boleh aku taknak ambik offer yg aku dpt. Aku nak stay. Tapi parents aku, sedare-mare aku semue dah encourage aku suruh pergi jugak. Dieorg cakap, mase depan aku akan lebih cerah kalau aku masuk sekolah asrama. Lagipun MRSM Taiping mmg antara MRSM yg paling top dlm Malaysia. Dah le dekat dgn rumah. Parit Buntar dgn Taiping bukannye jauh pun. Tak sampai 1 jam pun perjalanan dgn kereta. Family aku boleh dtg setiap weekend utk lawat aku. Hmm. Bile dah pikir masak2, aku pun decide utk terime offer tu. Ape yg parents & sedare-mare aku cakap tu ade jugak betulnye. Maybe rezeki aku terletak kat MRSM Taiping. Maybe tu le yg terbaik utk aku. Hmmm.. So, jodoh aku & kawan2 aku mmg dah takde le nampaknye. Aku cume sempat sebulan je Form 4 kat Sekolah Menengah Methodist (ACS) Parit Buntar. Lepas tu dgn kaki yg berat, aku melangkah masuk ke MRSM Taiping…. (akan bersambung)
Read more...