AuTuMN 2002 (NoRTHeRN IReLaND, UK) (TRaVeLoGue LeNGKaP)

>> Thursday, March 31, 2005



Trip ke Belfast sewaktu Autumn 2002 adalah trip pertama aku. Time tu, aku baru hampir 2 bulan kat bumi Dublin ni. Heheh. Belfast adalah capital city of Northern Ireland, yg terletak di bawah pemerintahan United Kingdom. Trip kiteorg ke Belfast ni sebenarnye adalah utk menghadiri kenduri kahwin salah seorang student Malaysia kat sane. Aku sendiri tak kenal sape die. Takpe la. Yg penting aku dpt tgk tempat org. Hehehe. Yg join trip ni agak ramai jugak la. Bebudak rumah aku semue pergi kecuali Mat Zek. Yg join trip ni ialah aku, Jem, Reza, Ijie, Mozo, Lan, Affizal, Izzuan, Alif, Rizal, Fyzal, Hafizuddin, Shafiq, Rasis, Khalis, Buhu, Abg Man, Dr Wushu dan adelah 2 atau 3 org lagi. Aku sendiri tak ingat. Mas Irfan dari Cork pun turut join kiteorg. Sanggup die dtg jauh2 utk join trip ni. Hekhekhek. Kiteorg pergi ke Belfast dgn kereta. Kiteorg terpakse sewa 2 kereta sbb kereta yg ada tak mencukupi. Semuenye ade lebih kurang 4 buah kereta. Yg jadi driver ialah Abg Man, Buhu, Khalis & Dr Wushu.

Kiteorg bertolak ke Belfast pd waktu pagi hari Sabtu, 26 October 2002. Perjalanan mengambil mase lebih kurang 2 jam. Kiteorg sampai kat Belfast Islamic Centre waktu tengah hari. Kat tempat tu le berlangsungnye kenduri kahwin tu. Time tu kenduri dah hampir nak start. Kiteorg sempat berkenalan dgn beberape org penduduk Malaysia kat Belfast yg ramai jugak la sebenarnye. Ada antara mereka dulu study same2 dgn aku kat KMB spt Big Joe, Aki & Azhan. So, kenal la. Makanan time kenduri tu boleh la tahan sedapnye. Yg masak org2 kat situ jugak. Lepas makan, ade sessi fotografi. Ape lagi, sakan la kiteorg bergambar. Pengantin pun kalah. Hahaha. Maklum le, first time gi tempat org.

Belfast Islamic Centre, Belfast, UK
Belfast Islamic Centre, Belfast, UK

Lepas puas bergambar kat dlm Belfast Islamic Centre tu, kiteorg ramai2 gi jelajah bandar Belfast dgn kereta. Time tu dah nak senja dah. Tak sempat nak gi semue tempat. Takpe la. Belfast ni kecik je sebenarnye. Lagi kecik drp Dublin. Yg famous pasal Belfast ni adalah pasal IRA. Hehehe. Takut jugak la kan. Kiteorg ade nampak jugak la beberape bangunan yg musnah akibat dibom dek dieorg ni. Hmmm. Tempat2 yg kiteorg sempat pergi sebelum senja tak banyak sgt. Kiteorg hanya sempat gi Botanical Garden, Queen’s University of Belfast, tepi laut & beberape tempat lagi. Queen’s University of Belfast ni cantik gile bangunan die. Classic. Aku rase dlm seluruh Ireland, university ni kot yg paling lawa. Mlmnye, kiteorg balik semule ke Belfast Islamic Centre utk makan malam. Kiteorg makan kebab. Sedap gak la. Bile dah habis makan, tibe le mase utk tidur. Peh. Penat gile.

Queen's University of Belfast, Belfast, UK
Queen's University of Belfast, Belfast, UK

Esoknye, pagi2 lagi kiteorg dah keluar utk menyambung penjelajahan kota Belfast. Kiteorg bergambar kat depan Belfast City Hall yg agak cantik jugak la sebenarnye. Then, kiteorg ke Belfast Castle. Kagum aku tgk castle die. Maklum le, first time tgk castle kat negare org. Hehehe. Tu je la tempat2 kat Belfast yg kiteorg sempat singgah. Actually, kiteorg ade plan yg best iaitu utk ke Giant’s Causeway yg terletak agak jauh dari Belfast. Utara Belfast. Giant’s Causeway ni terletak kat dlm county Antrim. Still dlm Northern Ireland. Perjalanan dari Belfast ke tempat ni mengambil mase lebih kurang 1 jam. Before sampai Giant’s Causeway, kiteorg singgah kat Lough Neagh, tasik yg terbesar kat pulau Ireland. Agak besar jugak la tasik ni. Seakan2 mcm laut sbb airnye bergelora & berombak.

Belfast City Hall, Belfast, UK
Belfast City Hall, Belfast, UK


Belfast Castle, Belfast, UK
Belfast Castle, Belfast, UK


Lough Neagh
Lough Neagh, Northern Ireland, UK

Sesampainye kat Giant’s Causeway, kiteorg disambut dgn angin yg kuat & sejuk giler. Giant’s Causeway ni sebenarnye kat persisiran pantai yg menghadap Lautan Atlantik. Tempat die mmg cantik & unik gile. Sbbnye, batu2 kat persisiran pantai ni semuenye berbentuk hexagon. Ade banyak lagenda rakyat bagaimana batu2 tu boleh terhasil. Salah satunya ialah seorg gergasi dari Scotland yg bername Benendoner berhajat utk ke Northern Ireland (Ulster). Jadi, die pun meletakkan batu2 yg berbentuk hexagon dari Scotland ke Northern Ireland sbg laluan die. Gergasi dari Northern Ireland yg bername Finn McCoul pulak berase takut dgn kedatangan gergasi Benendoner ni dan die menyamar menjadi bayi supaya gergasi Benendoner akan berase gerun melihat kebesaran bayi gergasi kat Northern Ireland. Kalau bayi dah besar camtu, sure yg dewasa lagi besar. Kerana berase gerun, gergasi Benendoner pun kembali ke Scotland & memusnahkan laluan Causeway die. Yg tinggal hanyalah yg ada kat Giant’s Causeway tu.

Ada jugak lagenda yg mengatakan Gergasi Finn McCoul dari Northern Ireland ni menyediakan batu2 tu utk laluan kekasihnya dari Staffa, Scotland. Batu2 berbentuk hexagon spt kat Northern Ireland ni sebenarnye turut dijumpai di Staffa, Scotland. Itu adalah lagenda rakyat. Menurut kata ahli geologi pulak, batu2 tersebut adalah lava gunung berapi yg telah beku sejak 61 juta tahun dahulu. Batu2 tersebut berbentuk hexagon kerana lava itu menyejuk terlampau cepat.

Giant's Causeway, Northern Ireland, UK
Giant's Causeway, Northern Ireland, UK


Giant's Causeway, Northern Ireland, UK
Giant's Causeway, Northern Ireland, UK


Giant's Causeway, Northern Ireland, UK
Giant's Causeway, Northern Ireland, UK

Kiteorg lame jugak la kat Giant’s Causeway tu. Hampir 2 jam. 2 gulung kodak habis. Hekhekhek. Angin yg sejuk & kuat beserta hujan renyai2 tak mematahkan semangat kiteorg. Best gile!!

Lepas dah puas menikmati keindahan Giant’s Causeway, tibelah mase utk pulang ke Dublin. Rase tak puas sebenarnye. Tapi nak buat camne. Kiteorg cume ade 2 hari je mase utk trip ni. Kesimpulannye, trip pertame aku ni mmg best. Pengalaman yg tak dpt dilupekan seumur hidup.

2 buah komen:

Anonymous Sunday, March 3, 2013 at 7:26:00 AM GMT+8  

Ιf some one ωishes to be upԁated ωith neωest technologies theгefore he must
bе pay a quick vіsit thiѕ
ωeb sіte аnd bе uр to ԁate all
the tіmе.

Here іs my blοg ... hair removal

Anonymous Wednesday, March 6, 2013 at 11:13:00 AM GMT+8  

You are so awesome! I dοn't think I'vе truly
read through somеthing like this befοгe.

So wοnԁerful to find sοmeone with a few genuine thoughts оn this topic.
Really.. many thanκs for ѕtarting thіs up.

This website is onе thing that iѕ neeԁеd on the internet,
ѕomеonе with a lіttle οrіginality!


Feel free to visit mу sіte: rioradar.com

HAKCIPTA TERPELIHARA © 2004-2011: Aku Sebutir Pasir

  © Free Blogger Templates Autumn Leaves by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP