Salam... Buat semua pembaca blog Aku Sebutir Pasir yg mengikuti kisah pengembaraan saya dari tahun 2002 hinggalah kini (2012), saya telah meng'upload' kesemua gambar travel saya di halaman Facebook "Jhaz Kitaro FC".. :)
Assalamualaikum... Dalam entri saya sebelum ni, saya telah menyatakan hasrat saya utk berhenti menulis.. Namun hakikatnya, saya tak mampu nak menghalang keinginan saya utk terus menulis.. Penulisan blog sudah sebati dengan diri saya.. Dah hampir 8 tahun saya menulis di blog ni.. Dan setiap hari semakin ramai yg membaca blog ni.. Ramai yg suka & tertarik dgn konsep blog ni yg menceritakan pengalaman pengembaraan saya.. Namun, tak kurang juga yg mencemuh dengan alasan2 mereka yang tersendiri.. Apa2 pun, segala feedback yg positif & negatif saya cuba terima dengan baik.. Saya sedar, saya bukanlah insan yg sempurna.. Segala yg baik datang drp Allah SWT.. Segala yg buruk datang dari diri saya sendiri..
Sejurus saja selepas saya menulis entri yg menyatakan hasrat saya utk berhenti terus daripada menulis, ramai yg telah menghubungi saya, sama ada melalui email, mahupun telefon, tertanya2 kenapa saya tiba2 hendak berhenti menulis.. Ramai yg agak kecewa dgn keputusan saya, seolah2 saya menyerah kalah dgn komen2 negatif tentang blog ni & tentang diri saya.. Mereka menyarankan agar saya jangan menyerah kalah & terus menulis.. Kerana blog saya telah memberi banyak inspirasi kpd mereka utk turut mengembara melihat bumi Allah yg luas ni.. Saya betul2 terharu.. Tak sangka ramai yg sayangkan blog ni & tak ingin blog ni dikuburkan begitu sahaja..
Oleh itu, setelah berfikir panjang, saya akhirnya membuat keputusan utk batalkan hasrat saya utk berhenti menulis.. Saya akan terus & terus menulis.. Cuma saya tidak akan lagi menyentuh hal2 berkaitan politik kerana saya tahu isu itu agak sensitif.. Disebabkan isu itulah saya telah menerima pelbagai cemuhan. Namun, itu tidak bererti saya kalah dalam perjuangan saya utk menegakkan keadilan.. Lawan tetap lawan!! Makanya, selepas ini saya cuma akan menceritakan tentang pengalaman pengembaraan & pengalaman kerja saya sahaja.. Dan insyaAllah, saya akan menyambung semula travelog2 yg tertangguh sebelum ni, iaitu Travelog Singapura, Travelog Korea Selatan, Travelog Medan, Travelog Hong Kong & Macau dan Travelog Brunei..
Saya harap keputusan saya utk terus menulis ni akan menggembirakan pembaca2 blog saya yg telah memberi banyak sokongan kepada saya sebelum ni.. Terima kasih banyak2 kerana sudi bersama saya ketika saya senang mahupun susah.. Tanpa kalian semua, blog ni pasti telah lama berkubur... Kalianlah yang telah menghidupkan blog ni.. Sekali lagi jutaan terima kasih saya ucapkan...
InsyaAllah, lusa pagi (14 Okt), saya dan ayah saya akan bertolak ke Manila, Filipina. Kami akan berada di sana hingga 16 Okt.. Doa2kan kami selamat pergi, selamat di sana & selamat pulang ya.. InsyaAllah lepas travelog2 yg disebut di atas, Travelog Manila pula akan menyusul... :)
Kat bawah ni saya selitkan video petikan keyboard oleh saya.. lagu tema drama bersiri ADAM & HAWA, MUARA HATI nyanyian HAFIZ AF8 & SITI NURHALIZA.. bermain keyboard adalah antara hobi2 saya di masa lapang.. tak pandai mana pun.. main tekan2 je.. hehhe..
Buku pertama saya yang bertajuk TRAVELOG TURKI: BUMI KHALIFAH kini boleh dibeli secara online di website PELIMA MEDIA SDN BHD & kedai-kedai buku berhampiran
JHAZKITARO
'HAKCIPTA TERPELIHARA'
Setiap artikel & gambar yang tersiar di blog Aku Sebutir Pasir adalah bertujuan untuk dikongsi bersama. Pembaca bebas menyalin & menyebarkan mana-mana artikel atau gambar yang terdapat di sini. Namun, alamat blog ini hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Dan pembaca sama sekali tidak dibenarkan menggunakan mana-mana artikel atau gambar di blog ini untuk tujuan komersil tanpa mendapat keizinan daripada penulis blog terlebih dahulu
Katakanlah: Mengembaralah kamu di muka bumi, serta lihatlah bagaimana Allah telah memulakan ciptaan makhluk-makhluk dari asal jadinya; Kemudian Allah akan memulakan ciptaan itu semula (pada hari akhirat) dalam bentuk kejadian yang baru; Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu (Surah Al-'Ankabut: Ayat 20)
SILA KLIK BANNER DI ATAS UNTUK KE HALAMAN 'JHaZKiTaRo's Travelogue' UNTUK MEMBACA KESEMUA TRAVELOGUE & UNTUK MELIHAT KOLEKSI GAMBAR
WORLD: visited 54 countries (Australia, Austria, Belgium, Bosnia & Herzegovina, Brunei Darussalam, Bulgaria, Cambodia, China, Croatia, Cyprus, Czech Republic, Denmark, Egypt, Estonia, Finland, France, Germany, Greece, Hungary, Iceland, Indonesia, Ireland, Italy, Jordan, Laos, Latvia, Lebanon, Lithuania, Luxembourg, Macedonia, Malta, Monaco, Morocco, Netherlands, New Zealand, Norway, Philippines, Poland, Portugal, Romania, Singapore, Slovakia, Slovenia, South Korea, Spain, Sweden, Switzerland, Syria, Taiwan, Thailand, Turkey, United Kingdom, Vietnam & Vatican)
EUROPE: visited 36 countries (Austria, Belgium, Bosnia & Herzegovina, Bulgaria, Croatia, Cyprus, Czech Republic, Denmark, Estonia, Finland, France, Germany, Greece, Hungary, Iceland, Ireland, Italy, Latvia, Lithuania, Luxembourg, Macedonia, Malta, Monaco, Netherlands, Norway, Poland, Portugal, Romania, Slovakia, Slovenia, Spain, Sweden, Switzerland, Turkey, United Kingdom & Vatican)