HaRaP MaaF
>> Thursday, May 20, 2010
Sudah amat lama rasanya aku tidak mengupdate blog ni dgn entri-entri atau travelog-travelog terbaru. Terlalu banyak perkara yang berlaku sejak akhir-akhir ini yang menyebabkan aku terpaksa menyepikan diri buat sementara waktu. Ada juga terasa ingin berhenti berblogging & menutup blog ini. Tetapi, apabila memikirkan tentang para pembaca blog yg tersayang yg mungkin setiap hari ternanti-nanti entri terbaru blog Aku Sebutir Pasir, aku akan tetap gagahkan diri utk terus menulis. InsyaAllah, Travelog Manchester & Liverpool Bahagian 2 akan menyusul tidak lama lagi. Aku akan cuba menghabiskan kesemua travelog-travelog yg tertangguh (Travelog Manchester & Liverpool, Travelog Malta, Travelog Cyprus & Travelog Bumi Syam) secepat yang mungkin sementara masih diberi kesempatan. InsyaAllah :)
Buat pengetahuan semua, aku telah pun lulus dalam peperiksaan baru-baru ini & aku kini sudah pun bergelar DOKTOR. Alhamdulillah. Terima kasih atas doa-doa kalian yang tak pernah putus. 3 Jun 2010 nanti adalah tarikh Graduasi. Dan tanggal 5 Jun 2010 nanti, insyaAllah aku akan pulang semula ke Malaysia buat selama-lamanya untuk berkhidmat kepada negara. Belum pasti lagi hospital mana yang menjadi pilihan hati. :)
p/s: Buku TRAVELOG TURKI BUMI KHALIFAH kini sudah boleh didapati di beberapa kedai buku seluruh Malaysia spt MPH, Syarikat Muda Osman, dan sebagainya..

Read more...