oN HiaTuS

>> Wednesday, December 10, 2008



I have to put this blog in 'dormant' mode due to certain reasons. Thanx for all your supports all this while. InsyaAllah I'll be back in MAY 2009. So, dalam masa 5 bulan ni, sila2 la lawat other bloggers punye sites listed in my blog & kalau rajin, sila2 la baca my journals & travelogues kat ruangan 'JURNAL aka TRAVELOGUE'. I'm soo sorry about this. I really need a time off. Thanx for understanding.. :)

Read more...

SaLaM aiDiL aDHa 1429H

>> Monday, December 08, 2008



Di kesempatan ini, aku ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha buat semua pengunjung blog 'Aku Sebutir Pasir' yg beragama Islam. Semoga Hari Raya Aidil Adha thn ni akan lebih bermakna buat kita semua. Hmmm. Tiba2 aku terfikir, bile laa agaknya aku akan dpt menjejakkan kaki di rumah Allah di Mekah sana. Teringin sgt hati ini utk melihat dgn mata sendiri rumah suci tersebut. Moga aku akan dipanjangkan umur supaya dapat berpeluang menjadi tetamu-Nya suatu hari nanti...

Oh ye. Sebenarnye, aku baru saje pulang dari 3 hari bercuti di Malta (4-6 Dec), sebuah negara kepulauan yg terletak di tengah2 Laut Mediterranean. Saiz negara ni kecil sahaja. Ianya terdiri drp 7 buah pulau. 2 pulau yg utama & yg bersaiz besar adalah pulau Malta & pulau Gozo. Ibu negaranya adalah Valetta. Kerana lokasinya yg terletak di tgh2 Laut Mediterranean, iklimnya agak panas berbanding negara2 lain di Europe. Kat bawah ni aku selitkan beberapa keping gambar yg diambil sewaktu aku kat sana. InsyaAllah, bila2 nanti aku akan ceritakan pengalaman aku kat sana. Malta ni mmg agak unik sebenarnya. :)



Peta kedudukan negara Malta


Peta negara Malta





























Read more...

iSTaNBuL: CiTY oF a THouSaND MoSQueS

>> Wednesday, December 03, 2008



Istanbul adalah bandar yg terbesar di negara Turki & merupakan bandar yg ke-3 terbesar di dunia berdasarkan jumlah populasi penduduk (11 juta org penduduk) selepas Mumbai & Karachi. Ianya juga adalah satu-satunya bandar di dunia yg terletak di antara dua benua iaitu Eropah & Asia dgn dipisahkan oleh Selat Bosphorus. Bandar ini diasaskan pada tahun 667SM. Nama asalnya adalah Byzantium. Ia kemudiannya ditakluki oleh Empayar Rom pd tahun 196M & dijadikan pusat pemerintahan baru empayar tersebut pd tahun 330M selepas pemelukan agama Kristian oleh empayar itu. Namanya ditukar menjadi Constantinople, bersempena dgn nama Maharaja Rom yg bernama Constantine I yg bertanggungjawab memindahkan pusat pemerintahan Empayar Rom dari Rom ke Constantinople.


Peta kedudukan Istanbul di dalam Turki


Peta Istanbul

Bandar ini kemudiannya menjadi pusat pemerintahan Empayar Rom Timur (Byzantine) selepas perpecahan empayar tersebut kepada Rom Timur & Rom Barat. Perpecahan ini mengakibatkan lahirnya 2 mazhab Kristian yg terbesar iaitu mazhab Roman Katholik yg dianuti oleh penduduk-penduduk Empayar Rom Barat & mazhab Greek Orthodox oleh penduduk-penduduk Empayar Byzantine. Namun, Empayar Rom Barat akhirnya lenyap akibat diserang oleh orang-orang Visigoth. Empayar Byzantine terselamat & ianya terus mengecapi kegemilangan dgn berpusatkan Constantinople sbg ibu kotanya.


Peta Rom Barat & Rom Timur (Byzantine)

Walau bagaimanapun, lama-kelamaan, Empayar Byzantine menjadi semakin lemah. Dari sehari ke sehari, bandar-bandar utama empayar tersebut seperti Prussa (Bursa), Nicomedia (Izmit), Gallipoli & Adrianople (Edirne) jatuh ke tangan kuasa baru yg muncul dari Timur Anatolia iaitu Turki Uthmaniyah. Dan akhirnya, satu-satunya sisa tanah Empayar Byzantine yg masih tinggal hanyalah ibu kotanya sahaja, iaitu Constantinople. Usaha untuk menawan kota tersebut oleh umat Islam sebenarnya telah dilakukan berkali-kali selama 800 tahun, iaitu sejak zaman Bani Umayyah lagi. Ini kerana Rasulullah SAW pernah bersabda dalam sebuah hadis yg berbunyi "Sesungguhnya, umatku akan menawan kota Constantinople. Pemimpinnya adalah sebaik-baik pemimpin & tenteranya adalah sebaik-baik tentera."

Namun, segala usaha untuk menawan kota tersebut semuanya menemui kegagalan sehinggalah pada tahun 1453M, sewaktu Empayar Turki Uthmaniyah berada di bawah pemerintahan seorang Sultan yg baru sahaja berusia 21 tahun, tetapi mempunyai akal & wawasan yg tinggi. Baginda tidak lain & tidak bukan, Sultan Mehmet II atau lebih dikenali sebagai Sultan Muhammad Al-Fatih. Baginda adalah antara Sultan Empayar Turki Uthmaniyah yang teragung kerana kejayaannya & tenteranya menawan kota Constantinople. Selepas 53 hari bertempur bersama tenteranya, akhirnya kota Constantinople berjaya ditawan pada tarikh 29 May 1453M. Penawanan kota tersebut secara langsung menamatkan riwayat Empayar Byzantine yang pada waktu itu sudah pun berusia 1,100 tahun. Constantine XI merupakan Maharaja zalim yang memerintah pada waktu tersebut & merupakan Maharaja Empayar Byzantine yang terakhir sebelum jatuhnya kota Constantinople ke tangan Empayar Turki Uthmaniyah.


Peta pembesaran Empayar Turki Uthmaniyah dari tahun 1299 hingga tahun 1683


Potret Sultan Muhammad Al-Fatih

Sejurus selepas penawanan Constantinople, Sultan Muhammad Al-Fatih menukarkan namanya kepada Islambul (yg bermaksud kota Islam dalam Bahasa Turki). Aku pun tidak pasti bagaimana nama Islambul boleh bertukar menjadi Istanbul. Bandar ini kemudiannya dijadikan pusat pemerintahan baru Empayar Turki Uthmaniyah selepas Bursa & Edirne. Kita sebagai umat Islam patut berbangga atas kejayaan yg dicapai oleh Sultan Muhammad Al-Fatih & tenteranya. Taktik peperangan yang digunakan untuk menawan kota tersebut adalah antara taktik-taktik peperangan yang paling bijak & menggemparkan dalam sejarah dunia. Alatan-alatan peperangan yang digunakan juga merupakan alatan-alatan peperangan yang paling canggih pada zaman tersebut yang mampu menggerunkan mana-mana pihak musuh. Maka dengan ini, bagindalah yg berjaya merealisasikan hadis Rasulullah SAW. Sesungguhnya, baginda adalah sebaik-baik pemimpin & tenteranya adalah sebaik-baik tentera.

Selepas kota Istanbul berjaya ditawan, antara perkara pertama yang dilakukan oleh Sultan Muhammad Al-Fatih ialah menukar fungsi gereja Hagia Sophia menjadi masjid. Gereja Hagia Sophia merupakan pusat kepada agama Kristian mazhab Greek Orthodox. Ianya setaraf dengan St Peter's Basilica di Vatican City yang merupakan pusat kepada agama Kristian mazhab Roman Katholik. Hagia Sophia siap dibina pada tahun 537M sewaktu pemerintahan Maharaja yang bernama Justinian I. Keindahan senibinanya menjadikannya sebagai bangunan yang paling masyhur di seluruh rantau Mediterranean ketika zaman kegemilangan Empayar Byzantine. Strukturnya masih kukuh sehingga ke hari ini walaupun usianya hampir menjangkau 1,500 tahun.

Selepas penukaran fungsi gereja Hagia Sophia menjadi masjid, Sultan Muhammad Al-Fatih telah berkata, "Barangsiapa yang menukar masjid Hagia Sophia itu kembali kepada gereja, maka akan berolehlah baginya kutukan & laknat dariku & dari Tuhan Masjid Hagia Sophia itu." Laknat itu akhirnya jatuh ke muka Mustafa Kamal Attaturk apabila beliau menukar fungsi masjid itu menjadi muzium pada tahun 1935 & mengikis semula segala tampalan2 yg dibuat oleh umat Islam zaman Sultan Muhammad Al-Fatih yg bertujuan utk menyembunyikan mozek2 Kristian Greek Orthodox yg berunsur syirik.


Hagia Sophia


Hagia Sophia


Ruang dalaman Hagia Sophia


Antara mozek-mozek Kristian Greek Orthodox di dalam Hagia Sophia yg dipamerkan semula selepas disembunyikan selama lebih kurang 480 tahun

Walaupun era Empayar Turki Uthmaniyah yg berusia lebih kurang 600 tahun (1299-1923) telah berakhir selepas tertubuhnya Republik Turki pd tahun 1923, namun kesan tinggalan empayar tersebut masih lagi kukuh & dapat dinikmati sehingga ke hari ini. Selain Hagia Sophia, antara tarikan-tarikan utama yg wajib dikunjungi oleh mereka yg menjejakkan kaki di bumi Istanbul adalah Blue/Sultanahmet Mosque, Topkapi Palace, Grand Bazaar & Suleymaniye Mosque.

Blue/Sultanahmet Mosque yg terletak bertentangan dengan Hagia Sofia di Sultanahmet Square adalah masjid yg terbesar & antara yg teragung di bumi Istanbul. Ianya siap dibina pd tahun 1616 sewaktu pemerintahan Sultan Ahmet I. Masjid ini dikatakan dibina di atas tapak istana Maharaja Byzantine yg telah roboh. Arkitek yg bertanggungjawab mereka bentuk masjid ini bernama Sedefhar Mehmet Aga yg merupakan anak didikan arkitek terunggul Empayar Turki Uthmaniyah, iaitu Mimar Sinan. Masjid ini adalah salah satu drp 2 buah masjid di dunia yg mempunyai 6 buah menara. Sebuah lagi masjid terletak di sebuah bandar di selatan Turki yg bernama Adana.


Blue/Sultanahmet Mosque


Blue/Sultanahmet Mosque


Ruang dalaman Blue/Sultanahmet Mosque

Topkapi Palace pula merupakan kediaman rasmi Sultan-sultan Empayar Turki Uthmaniyah dari tahun 1465 hingga tahun 1853 sebelum kediaman rasmi sultan-sultan empayar tersebut dipindahkan ke Dolmabahce Palace. Usaha pembinaan istana ini telah dimulakan pada tahun 1459, sejurus selepas 6 tahun penawanan kota Istanbul oleh Sultan Muhammad Al-Fatih & tenteranya. Kini, istana ini dijadikan muzium yg mempamerkan koleksi-koleksi peribadi Sultan-sultan & istana seperti tembikar, jubah, senjata, lukisan, manuskrip, barang-barang kemas & juga koleksi-koleksi peninggalan Rasulullah SAW & nabi-nabi sebelumnya.


Topkapi Palace


Pintu masuk utama Topkapi Palace

Sementara itu, Grand Bazaar pula adalah sebuah pasar tertutup yang amat terkenal di sini. Ianya adalah pasar tertutup yg terbesar di dunia. Di dalamnya terdapat 58 buah lorong & lebih 6,000 buah kedai. Antara barang yg dijual di sini adalah barang kemas, rempah-ratus, tembikar, permaidani, pakaian, barangan cenderahati & banyak lagi. Grand Bazaar ini siap dibina pada tahun 1461 sewaktu pemerintahan Sultan Muhammad Al-Fatih & ianya diperbesarkan lagi pada kurun ke-16 sewaktu pemerintahan Sultan Suleyman I.


Grand Bazaar


Ruang dalaman Grand Bazaar

Suleymaniye Mosque yg terletak di atas sebuah bukit merupakan masjid yg ke-2 terbesar di Istanbul. Masjid ini siap dibina pd tahun 1557 sewaktu pemerintahan Sultan Suleyman I. Arkiteknya adalah arkitek empayar Turki Uthmaniyah yg terulung, iaitu Mimar Sinan yg telah berkerja di bawah 3 orang Sultan. Selama 50 tahun menjadi arkitek diraja, beliau telah mereka bentuk lebih kurang 90 buah masjid, 50 buah rumah mandi (hamam), 35 buah istana & 3 buah hospital. Suleymaniye Mosque adalah antara hasil kerjanya yg paling agung.


Suleymaniye Mosque


Suleymaniye Mosque


Suleymaniye Mosque


Ruang dalaman Suleymaniye Mosque

Selain itu, antara senibina-senibina & kawasan-kawasan lain yg tidak kurang menariknya adalah Eyup Sultan Mosque, Fatih Mosque, Yeni Mosque, Ortakoy Mosque, Sokollu Mehmet Pasa Mosque, Rustem Pasa Mosque, Eminonu Square, Dolmabahce Palace, Basilica Cistern, Beyazit Square, Bosphorus Bridge, Galata Bridge, Galata Tower, Valens Aqueduct, Hippodrome & Taksim Square.

Secara jujurnya, antara kesemua bandar-bandar yg telah aku kunjungi sepanjang pengembaraan aku di bumi Allah ini, Istanbul adalah bandar yg paling indah & paling penuh dgn daya tarikan. Ini bukannya pendapat aku seorang sahaja, malah pelancong-pelancong lain dari segenap pelusuk dunia juga berpendapat sedemikian rupa. Senibina-senibina Turki Uthmaniyah yg terdapat di bandar ini seperti masjid-masjid, istana-istana, rumah-rumah mandi (hamam) & pelbagai lagi tersangatlah mengagumkan. Ditambah lagi dgn kekayaan isi sejarah kota ini yg pernah menjadi pusat pemerintahan 2 buah empayar yg terunggul di dunia iaitu Empayar Rom/Byzantine & Empayar Turki Uthmaniyah. Inilah menjadikan Istanbul sbg destinasi pelancongan yg terbaik bagi aku. Lokasi geografinya yg terletak di antara 2 benua juga menjadikannya unik kerana menjadi tempat pertemuan 2 budaya yg sama sekali berlainan iaitu Islam & Eropah.

Walaupun sekularisma di bumi ini telah berusia berpuluh-puluh tahun, namun Islam masih lagi bertakhta di dalam hati penduduk-penduduknya. Masjid-masjid sentiasa dipenuhi pd setiap waktu solat. Wanita-wanitanya juga ramai yg menutup aurat. Semoga suatu hari nanti, kegemilangan Islam di bumi Istanbul akan terbit kembali. InsyaAllah. Walaupun aku telah 2 kali menjejakkan kaki di bandar ini, hati aku masih lagi terpanggil-panggil utk ke sana. Istanbul sememangnya sebuah bandar yg wajib dilawati oleh setiap manusia di muka bumi ini.

p/s: Kat bawah ni, aku selitkan sebuah video filem animasi berbahasa Inggeris yg bertajuk ‘Sultan Muhammad Al-Fatih’. Filem animasi ini mengisahkan tentang bagaimana Sultan Muhammad Al-Fatih & tenteranya berusaha untuk menawan kota Constantinople/Istanbul. Sangat bagus untuk ditonton. :)


Read more...
HAKCIPTA TERPELIHARA © 2004-2011: Aku Sebutir Pasir

  © Free Blogger Templates Autumn Leaves by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP