WiNTeR TRiP

>> Thursday, November 22, 2007

OK. Sebelum ni, aku bercadang utk bersara terus dlm dunia travelling. Akan tetapi, who am I kidding??? I am who I am. I am a student with a part time job as a traveller. I cannot retrain myself from travelling. It is already a part of me. Ditambah pulak dgn cuti winter 5 minggu & jugak kenaikan elaun saraan hidup sebanyak 50%. So, I've decided to spend my winter break travelling around Europe starting on 24 November until 20 December. Yahooo!!

I've already booked flight tickets & also few hostels to stay in. I'll be going to step my feet on 7 countries including 2 countries which I've been to before, like UK (Newcastle) & France (Nice, Cannes, Marseille). The other 5 countries are Latvia (Riga), Lithuania (Vilnius), Estonia (Tallinn), Morocco (Marrakesh, Casablanca, Rabat, Tangier, Meknes, Fes) & last but not least, Monaco (Monte Carlo).

Unfortunately, I will spend my time alone in those places except for France, Monaco & Newcastle. It is because the dates that I chose are too early, where most students in Dublin still haven't started their winter break yet. Most of them will start having it on around mid of December. I think my batch (Final Year UCD) is the only batch who will start our winter break starting on 24 Nov and will be finished in early January. And unfortunately, people in my batch are not interested to go to those places. They have their own plans. So, whether I like it or not, I have to go alone. I chose to go early because the tickets after mid Dec are expensive. The earlier dates are much more cheaper. Huhuhuhu. Anyway, I hope it will be safe to go alone. For France & Monaco, I'll be going there with my juniors, Asrih & Thani who are 2nd Year RCSI students & Muaz, a 1st Year RCSI student. I'm sure it would be fun to go there with them. Can't wait already. And for Newcastle, I have a friend there, named Rosman. So, I'll be staying at his house.

OK la. Apa2 pun, aku harap winter trip aku yg mengambil masa hampir sebulan ni akan berjalan dgn lancar tanpa sebarang masalah. Doa2kan keselamatan aku ok. InsyaAllah lepas balik dari winter trip ni, aku akan tulis travelogue ttg pengalaman aku menjejakkan kaki di tempat2 yg disebut di atas. Tungguuuuu..... :)


Kat bawah ni adalah jadual perjalanan aku:

24 Nov – Dublin to Riga (12.50 pm – 5.50 pm) (Ryanair flight)

24 Nov – Riga to Tallinn (11.40 pm – 4.45 am*) (Eurolines bus)

25 Nov – Tallinn to Vilnius (9.00 pm – 6.20 am*) (Eurolines bus)

26 Nov – Vilnius

27 Nov – Vilnius to Riga (10.00 am – 2.30 pm) (Eurolines bus)

28 Nov – Riga to Dublin (9.30 pm – 10.35 pm) (Ryanair flight)

29 Nov - Dublin to Newcastle (8.45 pm - 9.45 pm) (Ryanair flight)

30 Nov - Newcastle

01 Dec - Newcastle

02 Dec - Newcastle

03 Dec - Newcastle to Dublin (10.10 pm - 11.10 pm) (Ryanair flight)

04 Dec – Dublin to London Luton (5.55 pm – 7.00 pm) (Ryanair flight)

05 Dec – London Luton to Marrakesh (6.00 am – 9.35 am) (Ryanair flight)

05 Dec – Marrakesh to Casablanca (7.00 pm – 10.10 pm) (train)

06 Dec – Casablanca to Rabat (8.00 pm – 9.00 pm) (train)

07 Dec – Rabat

08 Dec – Rabat to Tangier (5.47 pm – 10.35 pm) (train)

09 Dec – Tangier to Meknes (5.15 pm – 9.31 pm) (train)

10 Dec – Meknes to Fes (7.34 pm – 8.10 pm) (train)

11 Dec – Fes

12 Dec – Fes to Marrakesh (2.50 pm - 10.05 pm) (train)

13 Dec – Marrakesh

14 Dec – Marrakesh to London Luton (10.00 am – 1.40 pm) (Ryanair flight)

15 Dec – London Luton to Dublin (6.25 am – 7.35 am) (Ryanair flight)

16 Dec – Dublin to Nice (6.25 am – 9.45 am) (Ryanair flight)

17 Dec – Nice to Monte Carlo (9.10 am – 9.27 am) (train)

17 Dec – Monte Carlo to Nice (9.51 pm – 10.08 pm) (train)

18 Dec – Nice to Cannes (9.00 am – 9.40 am) (train)

18 Dec – Cannes to Marseille (6.22 pm – 8.30 pm) (train)

19 Dec – Marseille to Nice (5.34 pm – 8.20 pm) (train)

20 Dec – Nice to Dublin (11.15 am – 12.50 pm) (Ryanair flight)


Tempat2 yg bertanda merah adalah tempat2 yg aku akan jejaki Winter ni:


Europe



Baltic Countries (Latvia, Lithuania, Estonia)



Newcastle, UK



Morocco



French Riviera (Nice, Cannes, Marseille, Monte Carlo)

Read more...

MY BioGRaPHY DaLaM MaJaLaH FoKuS SPM BuLaN NoVeMBeR???

>> Wednesday, November 14, 2007

Lebih kurang 3-4 hari lepas, ada seseorang dlm Friendster's list aku tulis testimonial utk aku yg menyatakan bahawa sebuah biografi ttg diri aku keluar dlm majalah Fokus SPM keluaran bulan November. Whaaaat???? Aku agak tergezut jugak laa. Hmmmm. Tapi sebelum ni mmg ada seorang yg bernama 'X' dari syarikat penerbitan Karangkraf mintak aku email kat die butiran2 ttg diri aku. Aku kasi je laa. No harm kan. Tapi tak sangke pulak die nak masukkan biografi aku dlm majalah Fokus SPM. Actually, aku tak pernah tau pulak ttg kewujudan buku tu. Hehehe. Anyway, adakah biografi aku tu akan memberi motivasi kpd pelajar2 sekolah menengah yg sedang menghadapi SPM mereka skarang ni? Wallahu 'alam.

Aku dah pun inform parents aku & dieorg dah pun dapatkan majalah tu. Hehehe. So, kpd mereka yg kat Msia tu, sile la jenguk2 majalah Fokus SPM keluaran November 2007 utk membaca biografi aku k. Tibe2 pulak aku rase mcm film star. Hekhekhek.

p/s: Dalam biografi tu ada tertulis yg aku ni buat bisnes jadi tourist guide. Well, it's totally NOT true!!! Takde mase aku nak buat kerja tu. Aku just tolong2 kasi nasihat je kat sape2 budak Dublin yg nak travel. Tu je. Takde la sampai jadi part time job. Hmmm. Biase laa. Wartawan kan suke tambah2 cerite. Hehehe.


Page 1



Page 2

Read more...

BaHaSa iNGGeRiS DiKuaSai, BuKaN DiDauLaTKaN...

>> Sunday, November 11, 2007

PETIKAN DARI UTUSAN MALAYSIA ONLINE 11 NOVEMBER 2007:

Gesaan wakil Perhubungan UMNO Johor agar pengajaran Sains dan Matematik kembali diajar dalam bahasa Melayu ketika membahaskan usul di Perhimpunan Agung UMNO Khamis lalu wajar diambil perhatian serius. Penulis berkongsi pendapat dengan Senator Dr. Mohd. Puad Zarkashi yang menimbulkan isu kedudukan bahasa Melayu itu tahun lalu dan membangkitkannya sekali lagi tahun ini.

Sememangnya peranan bahasa sebagai alat komunikasi terpenting tidak perlu dibahaskan lagi. Bahasa turut memainkan peranan penting sebagai alat untuk mencari dan menimba ilmu pengetahuan. Malah peranan bahasa dalam mempertahankan jati diri dan alat pemerkasaan perpaduan masyarakat tidak boleh dipandang enteng.

Perjuangan mendaulatkan bahasa Melayu sebagai sebahagian bahasa kebangsaan memakan pengorbanan besar. Selepas peristiwa 13 Mei 1969, kedudukan bahasa Melayu mula terjamin dan menjadi wahana memperbaiki dan memantapkan perpaduan di antara kaum.

Majlis Perundingan Negara yang dibentuk ekoran tragedi itu menggagaskan beberapa resolusi penting termasuk penegasan semula pelaksanaan Dasar Pendidikan Kebangsaan yang diasaskan kepada Penyata Razak 1956 dan Laporan Rahman Talib 1960. Penyata Razak dalam Perenggan 12 menyatakan keperluan untuk menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama.

Laporan Rahman Talib 1960 memperkukuhkan lagi tujuan dan cara mencapainya. Berlandaskan kepada kedua-dua Penyata Razak dan Laporan Rahman Talib maka terbentuklah Akta Pelajaran 1961. Bermula dari situlah sekolah aliran Inggeris yang menggunakan bahasa Inggeris dalam pengajaran semua mata pelajarannya ditukar menjadi aliran kebangsaan yang menggunakan bahasa Melayu.

Usaha yang dijalankan melalui pendaulatan bahasa kebangsaan atau bahasa Melayu sebagai pengantar utama di dalam sistem pendidikan kebangsaan adalah semata-mata untuk menyelesaikan masalah perkauman yang melanda lantaran wujudnya fragmentasi dalam masyarakat akibat kepelbagaian aliran pendidikan. Malah pelbagai aliran pendidikan yang diasaskan penjajah inilah yang menjadi antara penyebab utama kerenggangan hubungan antara kaum.

Memahami sejarah dan kepentingan meletakkan bahasa Melayu di tempatnya adalah penting agar dalam semangat yang bergelodak untuk menguasai bahasa asing, kita tidak sesekali merendahkan martabat bahasa sendiri yang menjadi asas perpaduan dan pembinaan jati diri bangsa Malaysia.

Malah dalam mengorak langkah untuk mengangkasakan tamadun bangsa yang gemilang, keyakinan terhadap bahasa sendiri tidak harus luntur sehingga sanggup melakukan tindakan tidak bijaksana.

Banyak negara yang cuba mendaulatkan bahasa asing tetapi akhirnya tersungkur bahkan tidak mampu berdiri sama tinggi dengan bangsa yang diciplaknya. Sebagai contoh, negara-negara Afrika yang menggunakan bahasa asing sebagai bahasa pengantar di sekolah-sekolah tidak dianggap negara maju. Sebaliknya negara yang mendaulatkan bahasa sendiri seperti Jepun, Korea, Perancis, China dan Jerman tetap maju dalam pelbagai bidang termasuk sains dan matematik.

Namun, semangat mendaulatkan bahasa kebangsaan tidak pula bermakna kita harus taksub dan beremosi hingga menafikan kepentingan menguasai bahasa asing. Islam turut menekankan keperluan mempelajari bahasa asing dalam meningkatkan penguasaan ilmu pengetahuan.

Di zaman Khalifah Al-Makmun, didirikan pusat pengembangan ilmu, Bait al-Hikmah yang giat menterjemahkan karya-karya besar dalam pelbagai cabang ilmu daripada tamadun Yunani ke dalam bahasa Arab. Cendekiawan-cendekiawan besar seperti Al-Kindi, Al-Farabi, Ibn Tufayl dan Ibn Rushd menguasai bahasa dan falsafah Yunani tetapi tidak pula timbul polemik pendewaan berlebihan kepada bahasa dan tamadun asing sehingga meminggir dan meremehkan bahasa dan budaya sendiri.

Justeru amat wajarlah jika dikaji secara teliti keberkesanan dasar sebelum ini yang menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar bagi pengajaran Sains dan Matematik. Apa yang lebih mustahak ialah untuk merumuskan formula lebih berkesan terhadap cara dan teknik pengajaran bahasa Inggeris. Adalah aneh bagi seorang pelajar yang mempelajari bahasa Inggeris selama 11 tahun dari sekolah rendah hingga menengah masih gagal menguasai bahasa itu. Ini pastilah berkait rapat dengan kaedah pengajaran bahasa Inggeris sekarang yang kurang berkesan.

Apa yang lebih membimbangkan, dalam upaya menguasai bahasa Inggeris, kita seolah-olah menganaktirikan bahasa sendiri hingga tercetus reaksi melampau meremehkan bahasa kebangsaan yang menjadi asas pembinaan jatidiri bangsa Malaysia yang berdaulat.

p/s: Aku 100% bersetuju dgn artikel ni. Mane ade dlm sejarah dunia, negara yg mendaulatkan bahasa asing dlm sistem pendidikan menjadi negara maju. Cube kite tgk org2 Jepun, South Korea & Jerman. Penguasaan Bahasa Inggeris dieorg lagi teruk drp bebudak skolah kampung kat Msia. Tapi, dieorg lagi maju drp kite.

Yg menjadi masalah kite adalah kurangnye semangat motivasi utk maju n jugak kurangnye penterjemahan buku2 sains ke dlm Bahasa Melayu. Cube tgk negara2 Jepun, Korea n Jerman. Baru beberape hari je buku dlm Bahasa Inggeris diterbitkan, dah terbit buku2 dlm bahasa dieorg. Kite patut ikut contoh dieorg ni.

Ramai je penganggur2 kat Msia yg ade kelulusan & boleh jadi penterjemah buku2 Bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu. Tapi, malangnye kite takde kesedaran utk berbuat demikian.

So, pikir2kan laa ye.. Dan jgn lupe, bahasa adalah identiti bangsa. Kalau hancur bahasa, hancur la bangsa. Hidup Bahasa Melayu/Malaysia!!!

Read more...

Tarkan - Dudu Music Video

>> Tuesday, November 06, 2007

Aku taktau nak update ape since aku tgh sibuk dgn exam. So, aku just embed this music video utk tatapan korang. A music video of a song called 'Dudu' (Women), performed by Tarkan, one of the most popular Turkish singers in Continental Europe. Best jugak la lagu ni. One of my favourite songs for the moment. Lagu ni la yg jadi lagu background blog & friendster profile aku kalau korang perasan. Hihihi. So, enjoy...

p/s: Pause dulu mp3 player kat blog aku ni before korang play music video ni.


Read more...
HAKCIPTA TERPELIHARA © 2004-2011: Aku Sebutir Pasir

  © Free Blogger Templates Autumn Leaves by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP