PeNGaLaMaN AKu & ABaHKu Di DuBLiN, PaRiS & LoNDoN (1)

>> Sunday, June 26, 2005

Heh.. Sorry laa sbb lame gile aku tak update blog aku ni. Bukannye ape. Dah lame gile tak balik Msia. So, nak enjoy puas2 la dulu. Lagipun terlalu banyak sangat benda aku nak cerita sampai aku sendiri taktau ape nak tulis kat dlm blog ni. Sbb tu le aku abaikan blog ni buat sementara waktu.

OK laa. Aku nak cerite pengalaman aku & abah aku semase kat Dublin, Paris & London. Abah aku sampai Dublin waktu malam on 25 May 2005. Hari Rabu. Kalau ikutkan expected arrival time, sepatutnye 10.20 dah sampai dah. Tapi malangnye flight delayed pulak dah. So, nak taknak, kena la aku tunggu jugak kan. Aku risau jugak sebenarnye sbb last bus dari airport ke rumah aku which is bus 16A adelah pd pukul 10.35 mlm. Mcm mane nak balik dgn bus ni??? Kalau nak naik bus express 747, bus tu berenti kat city centre. Tapi, by the time kiteorg sampai city centre nanti sure bus semue dah takde dah. Isk2.. Risau gile aku dibuatnye. So, jln terakhir, naik taxi la. Habis melayang 25 Euro. Cess..

Dah pukul 10.50 mlm. Kat electronic board tu tulis yg flight dari London Heathrow yg delayed tu dah pun sampai. Aku punye le dok tunggu abah aku. Mane tak kluar2 lagi ni. Tibe2 aku dpt sms dari abah aku. Die cakap yg luggage die takde. Tak sampai. Puas cari, tapi takde. Waaaaaaaaargghh.. Aku yg naik panik. Aku pun reply le sms die, suruh die gi settlekan dgn org yg bertanggungjawab pasal luggage2 ni. Aku mmg takleh buat ape2 la sbb aku kat luar. Mane boleh masuk kan. So, aku pun tunggu la sampai abah aku kluar.

Nak dekat 20 minit tunggu. Jam pun dah pukul 11.20 mlm dah. Sah2 kena naik taxi ni. Tup2 abah aku kluar dari arrival punye pintu. Sedih jek muke. Aku pun terus le salam tangan die. Die cakap die dah settlekan pasal beg tu dgn org yg bertanggungjawab pasal bende tu. Org tu suruh call esok. Org tu cakap beg kemungkinan besar tak hilang. Cume lambat sampai jek. Hopefully ape yg org tu cakap tu betul la. Kalau tak, mmg naik darah laa. Tapi nasib baik le barang2 dlm beg tu cume baju2 & barang2 yg tak berape penting je. So, takde la risau sampai tahap maximum. Tapi still risau jugak la kan. Ye la. Dah barang kite.

So, kiteorg pun naik le taxi & balik rumah. Habis melayang 25 Euro. Tak pasal2 je. Sampai2 rumah, kiteorg disambut oleh bebudak rumah aku. Pukul 12.30 tgh mlm dah time tu. Sanggup dieorg tunggu. Except for Jem la. Die dah membute dulu. Ade kelas esok. Rizal dah masak special dah sempena kedatangan abah aku ni. Ape tah name masakan die, aku sendiri tak ingat. Bukan ayam la. Tapi ikan. Sbb abah aku tak makan ayam. Ntah sebab ape ntah. Hehe.

Bersambung…

Read more...

KeLeBiHaN SoLaT BeRJeMaaH MeNGiKuT TeoRi FiZiK

>> Tuesday, May 24, 2005

SEORANG professor fizik di Amerika Syarikat membuat satu kajian tentang kelebihan solat berjemaah yang disyariatkan dalam Islam.

Katanya, tubuh badan kita mengandungi dua cas elektrik, iaitu cas positif dan cas negatif. Dalam aktiviti harian kita sama ada bekerja, beriadah atau berehat, sudah tentu banyak tenaga digunakan.

Dalam proses pembakaran tenaga, banyak berlaku pertukaran cas positif dan cas negatif, yang menyebabkan ketidakseimbangan dalam tubuh kita. Ketidakseimbangan cas dalam badan, menyebabkan kita merasa letih dan lesu setelah menjalankan aktiviti seharian.

Oleh itu cas-cas ini perlu diseimbangkan semula untuk mengembalikan kesegaran tubuh ke tahap normal.

Berkaitan dengan solat berjemaah, timbul persoalan di minda beliau, mengapa Islam mensyariatkan solat berjemaah dan mengapa solat lima waktu yang didirikan orang Islam mempunyai bilangan rakaat yang tidak sama. Hasil kajiannya mendapati, bilangan rakaat yang berbeza dalam solat bertindak menyeimbangkan cas-cas dalam badan kita.

Semasa solat berjemaah, kita disuruh meluruskan saf, bahu bertemu bahu dan bersentuhan tapak kaki. Tindakan-tindakan yang dianjurkan semasa solat berjemaah itu mempunyai berbagai-bagai kelebihan.

Kajian sains mendapati sentuhan yang berlaku antara tubuh kita dengan tubuh ahli jemaah lain yang berada di kiri dan kanan kita, akan menstabilkan kembali cas-cas yang diperlukan oleh tubuh. Ia berlaku apabila cas yang berlebihan - sama ada negatif atau positif akan dikeluarkan, manakala yang berkurangan akan ditarik ke dalam kita. Semakin lama pergeseran ini berlaku, semakin seimbang cas dalam tubuh kita.

Menurut beliau lagi, setiap kali kita bangun daripada tidur, badan kita akan merasa segar dan sihat setelah berehat beberapa jam. Ketika ini tubuh kita mengandungi cas-cas positif dan negatif yang hampir seimbang. Oleh itu, kita hanya memerlukan sedikit lagi proses pertukaran cas agar keseimbangan penuh dapat dicapai. Sebab itu, solat Subuh didirikan dua rakaat.

Seterusnya, setelah sehari kita bekerja kuat dan memerah otak, semua cas ini kembali tidak stabil akibat kehilangan cas lebih banyak daripada tubuh. Oleh itu, kita memerlukan lebih banyak pertukaran cas. Solat jemaah yang disyariatkan Islam berperanan memulihkan keseimbangan cas-cas berkenaan. Sebab itu, solat Zuhur didirikan empat rakaat untuk memberi ruang yang lebih kepada proses pertukaran cas di dalam tubuh.

Situasi yang sama turut berlaku di sebelah petang. Banyak tenaga dikeluarkan ketika menyambung kembali tugas. Ini menyebabkan sekali lagi kita kehilangan cas yang banyak. Seperti mana solat Zuhur, empat rakaat solat Asar yang dikerjakan akan memberikan ruang kepada proses pertukaran cas dengan lebih lama.

Lazimnya, selepas waktu Asar dan pulang daripada kerja, kita tidak lagi melakukan aktiviti-aktiviti yang banyak menggunakan tenaga. Masa yang diperuntukkan pula tidak begitu lama. Maka, solat Maghrib hanya dikerjakan sebanyak tiga rakaat adalah lebih sesuai dengan penggunaan tenaga yang kurang berbanding dua waktu sebelumnya.

Timbul persoalan di fikiran professor tersebut mengenai solat Isyak yang mengandungi empat rakaat. Logiknya, pada waktu malam kita tidak banyak melakukan aktiviti dan sudah tentu tidak memerlukan proses pertukaran cas yang banyak.

Setelah kajian lanjut, didapati terdapat keistimewaan mengapa Allah mensyariatkan empat rakaat di dalam solat Isyak. Kita sedia maklum, umat Islam digalakkan tidur awal supaya mampu bangun untuk menunaikan tahajud (sembahyang malam) pada sepertiga malam.

Ringkasnya, solat Isyak sebanyak empat rakaat itu akan menstabilkan cas dalam badan serta memberikan tenaga untuk kita bangun pada waktu malam untuk beribadat (qiamullail).

Dalam kajiannya, beliau mendapati bahawa Islam adalah agama yang lengkap dan istimewa. Segala amalan dan suruhan Allah Taala itu mempunyai hikmah yang tersirat untuk kebaikan umat Islam itu sendiri. Beliau merasakan betapa kerdilnya diri dan betapa hebatnya Pencipta alam ini. Akhirnya, dengan hidayah Allah beliau memeluk agama Islam.

Petikan Artikel dari UTUSAN MALAYSIA, 20 MAY 2005

Read more...

Deen Intensive Dublin(DID)

>> Saturday, May 21, 2005

This summer, Persatuan Pelajar Islam Malaysia Ireland (PPIMI) is proud to host a month of intensive study of Islam, covering the 3 most important branches of revealed knowledge; Creed ('Aqidah), Jurispundence (Fiqh) and Sufisme (Tasawwuf). The course will be lead by Al-Fadhil Sheikh Mohammed Fauzi Ibn Abdul Aziz al-Hadrami, a Masters student in University of Al-Azhar, Egypt.
Sheikh Mohammed Fauzi is a teacher with classical Islamic education background.He was qualified from Dar Mustafa, a renowned traditional Islamic 'madrasah' in Hadramawt Valley in Yemen.After completing 5 years education in Dar Mustafa under various 'syuyukh', among them Habib Umar Hafeez, Habib Ali al-Jifri and the Grand Mufti of Yemen, he pursued his degree and now Masters Programme in Comparative Jurispundence.The details of the programme are:

Date: 17 June -16 July 2005 (4 weeks)
Venue: Dublin Mosque, South Circular Road, Dublin 8
Fees: 40 Euros (negotiable), 10 Euros per week
Texts covered:

AQIDAH AL AWWAM by Shaykh Ahmad Marzuqi (A basic corpus for beginners in 'aqidah or creed, covering the vital aspects of the creed of Ahlus Sunnah wa Jamaah with particular referance to Asha'ari and Maturdi school)

RISALAH JAMIAH by Shaykh al-Habib Ahmad bin Zayn al-Habshi. (It covers the basics of worship according to the Shaafi'i madhhab and is, according to the author a concise abridgement of the works of Imam al-Ghazali.The text concludes with a section on tasawwuf, and instills in the student a knowledge of the various spiritual diseases)

NASSAIH DINIYYAH WAL WASAYYA IMANIYYA by Imam Habib Abdallah Alawi al-Haddad (Available in Malay Language titled 'Nasihat Agama dan Wasiat Iman'.Also a great book in Tasawwuf, a corpus that not only cover Tasawwuf subjects but also a mixture of 'Aqidah and Fiqh.One of the most famous book in Syafi'is madrasahs worlwide)

BIDAYATUL HIDAYAH by Hujjatul Islam Imam Ghazali (The book is for beginners in Tasawwuf, a ladder for new-comer in Tasawwuf.Great corpus of celebrated Hujjatul Islam, al-Ghazali apart from Ihya' Ulumuddin)

MATAN ARBAIN NAWAWIYYA or 40 Hadith of Imam Nawawi.(A must-learn and most important compilation of hadith, featuring the carefully selected hadith that are considered pillars of Islam)

All of the texts will be teached with 'isnaad' that can be traced back to the writers.There will be 5 lessons per day (for each text).Lessons are in Malay language.Individuals from all over Ireland and UK are invited to join the programme even if it is not for full 4 weeks of study.Non-Dubliners who wish to come will be placed in Dublin's student houses (only by early notice to the contact person).Any enquiries, please contact;


Shafiq Ayman bin Rosland,

Secretary General,

Persatuan Pelajar Islam Malaysia Ireland (PPIMI)

Email: ibnu_taimiyyah@yahoo.co.uk

Phone: +353857320293

Read more...

TaMaTNYe SaTu PeNYiKSaaN...

>> Saturday, May 14, 2005

Alhamdulillah.. Habis jugak exam kiteorg. Hari yg aku tunggu2 dah sampai akhirnye. Lega nak mampos. Tapi aku rase geram gile dgn last paper ni (Renal/Urinary Diseases). Soalan die sejibik mcm past years punye paper. Kalau 2 atau 3 soalan same takpe, tapi masalahnye paper yg kluar ni totally sejibik mcm paper last autumn & winter exam. So, maknenye dah 3 kali paper yg same kluar. Adakah lecturer2 ketandusan idea utk buat soalan?? Isk3. Geram betul. Sape yg buat soalan past years mmg le untung. Aku lak takde mase. Setakat tgk2 soalan je la. Mane ade mase weh. Aku exam 8 paper. Org lain 4 paper jek. Hmmmm. Ape2 pun, harap2nye lepas le. Amin...

So, dugaan yg paling hebat dlm hidup aku setakat ni dah pun berakhir. Tapi skarang ni aku taktau nak buat ape. Habis exam je tadi, aku gi city centre jap. Jln2 tak tentu arah. Takde hala tuju. Hehehe. Buntu gile. Nak buat ape eh?? Ni le kebiasaannye bagi aku bile dah habis exam. Hmmm. Pikir2, baik aku gi ET, main internet. Hehe. Pasnih nak balik rumah, tgk ape2 DVD yg best. Mcm dah jemu lak asyik tgk DVD2 yg same. Hmmmm. Nak beli baru takde duit lak. Nak kene jimat gile nih. July nanti nak jln2 kat Australia. Nak shopping kat Msia lagi. Mcm2 bende aku plan nak beli. Hp la.. Digital camera la. Hmm.

25 hb ni lak ayah aku nak dtg. Tak prepare ape pun lagi utk jln2. Maybe next week kot plan. Penat aah minggu ni. Nak rehat2 dulu. Hehe...

Read more...
HAKCIPTA TERPELIHARA © 2004-2011: Aku Sebutir Pasir

  © Free Blogger Templates Autumn Leaves by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP