Ini adalah petikan daripada blog http://mkmm79.blogspot.com:
Ulasan: Bazir RM95 Juta Untuk Angkasawan Malaysia Uji Yoyo Dan Gasing?
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam Syawal kepada semua,
Terima kasih yang kepada memberi feedback kepada artikel "Bazir RM95 Juta Untuk Angkasawan Malaysia Uji Yoyo Dan Gasing?", sekurang-kurangnya ada juga yang membaca bulletin di Friendster dan mengikuti isu-isu semasa.
Saya bukannya membangkang 100 % misi tersebut, sebaliknya ada beberapa perkara yang bagi saya perlu diberikan pandangan:
- Perlukah duit sebanyak sedemikian dilaburkan untuk melakukan eksperimen-eksperimen yang telah dilakukan oleh angkawasan-angkasawan terdahulu? Eksperimen yoyo untuk menunjukkan kesan mikrograviti dilakukan pada 12 April 1985 oleh Astronaut David Griggs manakala ujian susulannya dilakukan oleh Astronaut Jeffery Hoffman pada 31 Julai 1992. Jadi apakah perlunya ujian yoyo tersebut dilakukan lagi?
- Umat Islam pertama ke angkasa lepas ialah salah seorang rakyat Afghanistan Abdul Ahad Mohmand, pada tahun 1988 (sekadar membetulkan fakta bahawa Dr Muszaphar bukannya umat Islam pertama ke angkasa lepas)
- Adakah Rusia / Amerika akan memberikan ilmu dan teknologi angkasanya yang terkini kepada negara-negara lain terutamanya kepada negara-negara Islam? Anda sudah lupa pembunuhan beramai-ramai rakyat Islam di negara Chehnya oleh kerajaan Rusia pada tahun 1994-1996?
- Andainya kerajaan Malaysia tidak membeli pesawat Sukhoi dari kerajaan Rusia, adakah kerajaan Rusia akan bersetuju untuk membenarkan rakyat Malaysia mengikuti misi tersebut?
Bukankah lebih baik andainya Malaysia dan negara-negara Islam lain berkerjasama untuk menghantar angkasawan Islam sendiri ke angkasa lepas, bukannya mengharapkan golongan kaum kafir (Rusia / Amerika) membantu mereka? Bukankah negara-negara yang terkaya di bumi ini adalah negara-negara Islam contohnya Arab Saudi, Qatar, Emiriyah Arab Bersatu, Brunei yang dikurniakan nikmat iaitu petroleum yang melimpah ruah. Jadi rasanya perbelanjaan untuk menguruskan badan angkasa lepas ini tidak menjadi satu masalah.
Jadi kenapa Malaysia sebagai salah satu anggota OIC (Organization of the Islamic Conference) tidak berpakat dengan OIC untuk menubuhkan sendiri satu organisasi khas untuk membangunkan teknologi angkasa lepas untuk umat Islam sendiri? Umpamanya negara-negara di Eropah Barat menubuhkan European Space Agency (ESA) untuk membangunkan teknologi angkasa mereka, tidak bergantung kepada Amerika dan Rusia. Negara-negara lain juga seperti Jepun dan India mempunyai agensi angkasanya.
Satelit pertama Malaysia (MEASAT 1) telah dilancarkan pada tahun 1996 dan beberapa buah satelit lain juga telah menyusul. Walaupun begitu, satelit-satelit ini dihasilkan oleh negara-negara lain bukannya dibuat Malaysia. Jadi selepas 11 tahun perlancaran satelit pertama, adakah Malaysia masih tidak mampu untuk menghasilkan dan melancarkan satelitnya sendiri? Masih mengharapkan kepada negara luar?
Untuk jangka pendek, Malaysia dan negara-negara Islam lain perlu meningkatkan dan mengemaskinikan sistem pendidikan di peringkat sekolah dan universiti di negara masing-masing supaya lebih mantap dan mempunyai kemudahan yang tercanggih untuk melahirkan umat Islam yang menjadi saintis-saintis terulung. Bukankah lebih membanggakan jika ilmu dan pengetahuan baru dalam bidang sains dan teknologi ini ditemui oleh umat Islam sendiri tanpa bantuan golongan kafirun? Berapa ramaikah umat Islam yang telah berjaya menerima Hadiah Nobel dalam bidang sains?
Kenapa perlu berbangga jika kita hanya dapat menumpang kapal orang lain?
Sekadar meluahkan pendapat peribadi.
Wassalam
Rujukan:
http://www.yo-yos.net/Yo-yo%20history.htm
http://science.nasa.gov/headlines/y2002/18mar_playingcatch.htm
http://www.afghan-network.net/Culture/afghanastronaut.htm
http://www.esa.int/esaCP/index.html
http://www.jaxa.jp/index_e.html
http://myschoolnet.ppk.kpm.my/ingin_tahu/measat.htm
http://www.iol.ie/~afifi/Articles/chechnya.htm
p/s: Aku bukannye tak setuju 100% ttg misi negara menerokai angkasa lepas ni, tapi aku cuma rase yg negara kite masih terlalu awal utk membuat pencapaian sedemikian rupa. Tolong laa. Kite ni baru je 50 tahun merdeka. Masih byk lagi perkara2 asas dlm negara yg belum kukuh & masih perlu diperbaiki. Contohnya, masalah kemiskinan yg masih belum selesai & juga sistem pendidikan negara. Duit yg digunakan utk ke angkasa lepas tu sebenarnye lagi wajar kalau digunakan utk membantu golongan2 yg miskin yg memerlukan & juga memperbaiki sistem pendidikan negara yg masih lagi agak mundur berbanding negara2 maju. Bukannya utk menunjuk2 kat negara lain ttg kebolehan kite. Ape gunenye kite berasa riak dgn kebolehan kite sedangkan masalah dalaman masih kucar-kacir? Come on laa. Be realistic. Kalau kail sejengkal, jangan cuba mengail di lautan yg dalam. Dan jgn yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran. Hmmmm.. Itu ape yg aku rase laa. Any comments??
Read more...