Sunday, February 28, 2010

iSu CiPLaK



Isu ciplak-menciplak kat Malaysia ni memang susah sekali nak dibendung. Dah makin kronik pulak dah sekarang ni. Daripada kaset/CD album, VCD/DVD filem sehinggalah ke penulisan buku.

Baru-baru ni, aku telah dihubungi oleh seorang editor sebuah syarikat penerbitan buku melalui Yahoo Messenger. Dia melaporkan kepada aku bahawa salah seorang daripada penulis novel syarikatnya telah menciplak salah satu daripada hasil kerja aku di blog Aku Sebutir Pasir, iaitu Travelog Summer 2005 di Australia. Aku sendiri terkejut. Belum pernah pulak perkara macam ni terjadi kepada aku sebelum ni. (Mungkin banyak terjadi, tetapi di luar pengetahuan aku. Wallahu 'alam).

Editor tu berkata yang dia pada mulanya cuma ingin membetulkan fakta-fakta yang terdapat di dalam manuskrip penulis tu melalui artikel-artikel kat internet. Tapi, entah macam mana, dia terjumpa blog aku. Lepas dia baca beberapa perenggan dalam Travelog Summer 2005 di Australia yang aku tulis beberapa tahun lepas, dia dapati isi di dalamnya hampir sama seperti isi di dalam manuskrip penulis tu. Nama-nama watak dalam manuskrip tu pun sama seperti nama-nama dalam travelog aku tu, iaitu nama kawan-kawan aku yang menjelajah Australia bersama-sama & juga nama saudara aku yang tinggal di sana. Hahaha. Kalau nak menciplak hasil kerja orang lain pun, pandai-pandailah tukar nama kan? Ini tidak. Memang bulat-bulat dia tiru. Geram aku.

Aku pada mulanya bercadang nak bawak penulis tu ke muka pengadilan. Tapi, kasihan pulak dengan editor tu. Kalau penulis tu kena saman, editor tu pun mungkin akan turut terlibat sama. Mungkin dia akan kehilangan kerja, sebab dia yang bertanggungjawab dengan setiap manuskrip yang dia edit. Lagipun, dia perlu menyerahkan manuskrip yang sedang dieditnya tu kepada bosnya dalam masa beberapa hari lagi. Kiranya, agak 'last minute' jugaklah dia menemui 'kepincangan' manuskrip penulis tu. Huhuhu.

Lagipun, aku tak sampai hati pulak nak saman penulis tu sebab dia hanya bekerja sebagai jururawat. Nanti tak pasal-pasal pulak dia masuk penjara sebab tak mampu nak bayar saman. Huhuhu. Sebagai jalan penyelesaian, aku memberitahu editor tu yang aku sekadar mahu nama aku & nama blog aku diberi kredit di dalam novel tu. Dan aku jugak mintak agar semua nama watak di dalam novel tu ditukar dengan nama-nama lain. Aku tak meminta apa-apa royalti. Korang rasa perlu tak aku meminta royalti? Huhuhu.

Penulis tu kena marah teruk jugak la dengan editor tu. Dia memang bernasib baik sebab aku tak jadi untuk menyamannya. Aku berterima kasih dengan editor tu kerana melaporkan tentang perkara ni kepada aku. Jujur betul. Kalau orang lain, mungkin mereka hanya akan mendiamkan diri sahaja.

Oleh itu, aku sekali lagi ingin menegaskan bahawa setiap apa yang terkandung di dalam blog Aku Sebutir Pasir & juga blog JHaZKiTaRo's TRaVeLoGue, termasuklah gambar-gambar adalah hak milik peribadi aku sebagai penulis kedua-dua blog ini. Walau bagaimanapun, pembaca-pembaca diberi kebebasan untuk menyalin & menyebarkan mana-mana artikel atau gambar yang terdapat di dalam kedua-dua blog ini, dengan syarat, nama & alamat blog ini hendaklah disertakan bersama untuk memudahkan proses rujukan. Akan tetapi, para pembaca dilarang sama sekali menggunakan artikel-artikel & gambar-gambar tersebut untuk tujuan komersil tanpa mendapat keizinan daripada aku terlebih dahulu. Jika ada antara pembaca yang melanggar peraturan-peraturan ini, aku tidak akan teragak-agak untuk membawanya ke muka pengadilan. I have a strong network & I know a lot of people from different professions. So, don't play-play ok. :)

Aku harap korang semua faham & mengerti tentang perkara ni. Nak menyiapkan sesuatu travelog bukanlah satu kerja yang mudah. Aku telah mengorbankan beberapa hari dalam tempoh masa cuti aku untuk menyiapkan travelog-travelog tu semata-mata untuk dikongsi bersama dengan para pembaca. Mana adil kalau orang lain dengan mudahnya menciplak, menghasilkan buku & mengaut keuntungan daripada hasil kerja aku. Kalau korang jadi aku, mesti korang rasa benda yang sama kan? GERAM..



InsyaAllah buku pertama aku yang bertajuk TRAVELOG TURKI: BUMI KHALIFAH yang diterbitkan oleh syarikat PELIMA MEDIA SDN BHD akan berada di pasaran pada bulan MAC 2010. InsyaAllah buku tersebut akan turut dipromosikan di PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR (19-28 MAC 2010) di PWTC. Syarikat PELIMA MEDIA SDN BHD akan menggunakan booth G03 di DEWAN TUN HUSSEIN ONN, PWTC. Jangan ketinggalan untuk mendapatkan buku tersebut

35 comments:

  1. susahnya mahu mengekang penjenayah siber di lautan Internet ini.

    alahai.

    tahnniah atas penerbitan buku.
    teruskan menulis dan mengembara ya?

    ReplyDelete
  2. pengalaman orang lain pun boleh diciplakkan??? inilah jadinya bilan dunia tiada sempadan.. nasib baiklah masih ader lg org2 yg jujur...=)

    ReplyDelete
  3. Salam. Mama memang suka baca novel yg berlatar belakang luarnegara... Sekarang ni macam2 stail, sikit2 kat luarnegara! memang real diaorang cerita...mcm diaorang betul2 duduk kat sana...rupa2nya ada yg ceduk hak orang!

    Mama ada terbaca komen seseorang dlm blog jhaz..minta mcm tu je ,nak guna perjalanan jhaz sebagai penyedap cerita...mereka harusle tulis rasmi sikit...mana boleh mereka dapat untung dr hasil tulisan tu...jhaz?

    Fasal buku novel..mintalah penulis tu beri sebab2 ..copyright...bagi pengajaran sikit...baru dia tau apa yg jhaz pun boleh buat! Kalau boleh royalti pun masuk sama

    Ramai orang nak glamour.....
    Salam dari mama.

    ReplyDelete
  4. syabas dan tahniah ya Akhi, kerana berhati mulia..semoga Allah merahmatimu dan dilimpah ruahkan rezeki lagi. saham akan menanti di akhirat. InsyAllah. Ameen, ya Robb.

    ReplyDelete
  5. jangan putus asa dalam berkarya....
    Teruskan pengembaraan anda...

    ReplyDelete
  6. dunia cyber yang tanpa sempadan mmg kadang memudahkan penjenayah cyber (???) melakukan penciplakkan.
    now org mudah je nak cari maklumat dan access kpd maklumat di internet.
    saya pun pernah alami. Gambar dln blog saya diguna org lain utk tujuan kommersial. tapi mmg malas nak besarkan cerita. Macam u kata, nak saman pun buat apa (atas dasar kemanusiaan).
    Now semua benda bleh dicetak rompak ye? termasuk pengalaman..
    oh...dunia tanpa sempadan katanya.
    sunggu tidak beretika.

    btw, saya suka baca tulisan dan pengalaman saudara.
    :)

    ReplyDelete
  7. Isu ciplak, bahaya tuch!

    Kak, bukunya bisa gratis gak buat wawank!!

    ReplyDelete
  8. biasa la bro. bila satu2 penulisan tu amat2 baik dan boleh dikomersilkan, org akan senang2 je menciplak. adeshh memang xpatut langsung la.

    tp bro mmg hati mulia la xsaman penulis tu.

    ReplyDelete
  9. teruskan menulis ya..yang pasti ana nanti beli buku saudara kat PBAKL ya ;)

    ReplyDelete
  10. Salam tuan rumah ( sebenarnya susah betul nak sebut nama awak! heheh)...

    Terimakasih sudi singgah di teratak saya...bangga! gembira anda juga seorang penulis, nanti boleh ajar saya banyak perkara kan?
    hidup ini mmg penuh duri ranjau dan bangga anda salah seorang yg
    berhati emas, teruskan menulis, syabas dan saya akan menjadi peminat anda mulai detik ini...

    salam kasih dari QJ.

    ReplyDelete
  11. salam jhaz. w/p jhaz tidak ambil tindakan mahkamah n tidak minta royalti, diharapkan jururawat tu sedar akan kesilapannya. menciplak ni juga adalah satu dosa. didoakan jhaz tidak putus asa dgn apa yg berlaku,hanya Allah yg akan membalas n memberi ganjaran kpd jhaz.

    ReplyDelete
  12. Salam singgah..
    salam ukhuwah buat sahabat..
    isu ciplak..
    seakan isu ni dah jadi duri dlam daging.
    isu yang agak berleluasa..
    biarkan..sbb org yg ciplak tu mgkin dah kering idea kot.
    smata2 nk update sumtng or what.
    snggup ni ambik entri orng.
    tahniah juga atas penerbitan buku..
    teruskan menulis bro...
    :)

    ReplyDelete
  13. macam-macam...

    mabruk atas penerbitan buku...
    nampaknya kena cari ini...
    at least sebelum pergi turki ada dah pembacaan...

    ReplyDelete
  14. kagum ngan sikap anda yang pemaaf.........
    takut lak kato ader terciplak hak owg......
    hurm.....

    ReplyDelete
  15. Terlalu mudah untuk mengakses maklumat membuatkan etika untuk menghargai sumber rujukan maklumat itu diabaikan. pada masa kini, media elektronik paling hebat diancam jenayah plagiarisme.

    Pesan aku kepada penulis :
    Hormati hak intelek penulis lain. kejayaan anda lebih bermakna atas usaha sendiri.

    ReplyDelete
  16. haih..
    sabar ajela..
    tapi yang penting pengalaman dan ilmu yang diperoleh tu tak dapat ditiru :)

    ReplyDelete
  17. Kalau tak pergi ke Pesta Buku.. agak-agak buku tu ada tak dijual di pasaran?

    penulis novel manalah yang ciplak tu.. dah menulis novel.. tak bolehkah mengolah sendiri..

    ReplyDelete
  18. salam saudara..
    memang dah parah..customer saya dari oversea pun datang malaysia pasti akan cari barang tiruan..samaada beg tangan tiruan atau jam tiruan yang berjenama dan di bawa pulang untuk di jual pada rakan mereka di sana..

    ReplyDelete
  19. salam,,,mike memang patut jadi orang yang pemaaf:),,,kalau panas baran takleh le nak berjalan2 makan angin dan makan2 dinegeri orang. Teman selalu jugak lawat blog mike ni,,,sgt tertarik dgn pengalaman2 yg mahal tu. memang boleh di iktiraf ibnu batuta (sang pengembara melayu) mike ni jhazkitaro..

    cuma yg ana peliknya dan takjubnya ialah camana mike boleh dan mampu berkelana seorang diri? apapun tahniah berbanyak2 teman ucapkan dan tak sabar juga nanti utk membeli buku2 tulisan akhi,,semoga ada masa dan kesempatan dapat bertemu enta,,barakallahufik.

    ReplyDelete
  20. Salam ziarah,

    Sebuah blog yang dihiasi dengan kisah-kisah yang menarik. Tahniah!

    ReplyDelete
  21. Nice la Jhaz. Good decision. Kalau saman nanti pnjg plk ceritanya.
    Buku ko tu ada jual online tak?

    ReplyDelete
  22. Salam Jhaz, pertama kali menjengah ke blog sdr ni, terasa kagum saya. Alhamdulillah, sdr sudah mampu merantau ke serata dunia yang selama ini hanya mampu disaksikan dengan mata menerusi TV sahaja.

    Sdr, Istanbul memang menjadi igauan saya. Kota penuh menara...saya tak sabar untuk memiliki naskhah travelog sdr lewat pesta buku nanti...

    Dan, teruskan menulis. Bak kata JR, Bahasa Melayu sdr baik, dan ia adalah kebanggaan buat saya juga.

    www.hamizul.com

    ReplyDelete
  23. Jhaz
    tahniah!
    mengapa tidak guna nama sebenar? :-)

    ReplyDelete
  24. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  25. Tahniah di atas penerbitan buku saudara!

    ReplyDelete
  26. Salam.. Mujur editor buku tu perasan penulis dia ciplak karya akhi.. Kalau tak... Tak tahu la..

    Seronok baca kembara akhi.. Teringin betul nak mengembara tapi tak berkesempatan lagi.. Insya-Allah satu hari nanti..

    Good luck untuk buku yang bakal terbit nanti..

    ReplyDelete
  27. tahniah atas penerbitan buku tu.

    baikhatinya jhaz. saya berharap juga akan muncul lagi travelogue berkisar negara syria, jordan, juga mesir. bergantung kpd saudara, moga dipermudahkan.

    ReplyDelete
  28. Lord Zara:
    yup.. mmg susah.. thanx.. insyaAllah

    Najiatul Syafiqah Ismail:
    itulah.. pelik betul.. thanx to that editor..

    mama ju:
    wsalam.. yup.. org akan buat apa saja utk duit.. saya mmg kene berkeras sikit mulai skarang ni..

    Humaira:
    thanx!! ameen..

    maslinamansor:
    insyaAllah

    catz:
    yupp.. setuju sangat2.. thanx for the compliment

    Wawank:
    thanx wawank.. insyaAllah

    seimura:
    tu laa.. tak patut langsung.. tak sampai hati la pulak nak saman menyaman kan.. huhuh

    chit ana:
    insyaAllah.. thanx.. :)

    anonymous:
    wsalam.. haha.. susah ke?? silent 'h' je.. sama2.. insyaAllah.. thanx sbb sudi jadi my follower

    mohdandmeriam:
    wsalam.. dia dah mintak maaf dah hari tu.. insyaAllah dia tak buat lagi.. insyaAllah saya takkan putus asa.. ameen

    Wawan Saini:
    salam.. setuju sgt2.. thanx.. jgn lupe dptkan buku k.. :)

    sinar islami:
    itu laa.. mcm2.. haha.. jgn lupe dapatkan buku tu ye.. :)

    Terrorrizz:
    thanx.. saya mmg pemaaf.. :)

    Juliana:
    thanx for the message.. :)

    bella:
    insyaAllah

    aieOreo:
    betul2.. setuju sgt2

    nuaeman:
    insyaAllah akan ada di pasaran..

    zulkbo:
    wsalam.. hahaha.. parah tu.. hih

    Dakwah Yeop:
    wsalam.. ibnu battuta melayu?? heheh.. terlampau tinggi sangat tu.. tak layak saye.. alhamdulillah.. semua tu rezeki drp Allah.. saya pun tak percaya saya dah jelajah hampir seluruh benua eropah ni.. jgn lupe dptkan buku tu di pasaran k.. insyaAllah ada jodoh, kita akan berjumpa

    ritahyahaya:
    thanx

    Rifhan:
    hahah.. tu laa ppasal.. insyaAllah akan ada dijual online kat website publisher.. jgn lupe beli k.. haha.. mcm mana penang?? bila start clinicals?

    Hamizul:
    wsalam.. thanx sbb sudi berkunjung.. :) alhamdulillah.. semua tu rezeki drp Allah.. jgn lupe dptkan buku tu nanti ye.. hihi.. thanx for the compliment.. terharu. :)

    mawar:
    thanx.. saje je.. lebih komersil dgn nama jhaz kitaro.. hihi

    Dak Wan:
    itu laa.. copy bulat2.. hahah.. takpe laa.. kasi dia can.. teman tak tamak duit pun

    janggel:
    thanx

    Muhammad Jamal Rafie Jakiran:
    itu laa.. nasib baik..insyaAllah.. nanti ada laa rezeki tu.. thanx..

    ReplyDelete
  29. JHafiz:
    :) saya mmg baik hati.. hihhi.. insyaAllah travelog mesir & travelog bumi syam (jordan, syria, lubnan) bakal menyusul nanti.. :)

    ReplyDelete
  30. salam ziarah.
    asam garam kehidupan.banyak org banyak ragam,ramai yg jadi penumpang.

    ReplyDelete
  31. travelogue ialah suatu genre yang digunakan oleh penulis kolonial untuk meneguhkan fahaman orientalisme. Sdr sekarang berada di barisan pewacana balas dan menjadi oksidentalis. lakukan serangan balas terhadap Eropah kuasa penjajah yang menyusuri landasan Darwinisme itu. Masukkan agenda peneguhan hegemoni Islam ke atas masyarakat Eropah agar pembaca kita memperoleh semangat jati diri yang lebih kuat dan pembaca Eropah pula terpesona dengan kemuliaan kita. cadangan saja tu.

    ReplyDelete
  32. assalamualaikum
    tahniah di atas kelahiran tavelog baru itu.teruskan bekarya,rakaman perjalanan saudara memang mahal harganya.

    bila membabitkan karya orang lain yang diciplak balik, memang sedih rasanya. kerana sesuatu karya itu bukan mudah untuk dihasilkan,waima di blog sendiri pun puas duk memikirkan apa yang patut dan apa yang tak patut ditulis, alih-alih sesenang orang lain cedok.

    mulianya hati saudara kerana memaafkan penulis itu.Moga Allah berkati usaha mu

    ReplyDelete