SuMMeR aka WiNTeR iN DoWN uNDeR (BHG aKHiR)

>> Monday, March 20, 2006



Esoknya ialah tanggal 15 July iaitu hari terakhir aku, Ilyasak & Reza kat Australia. Kiteorg akan bertolak balik ke KL dgn flight MAS dari Sydney Kingsford Smith Airport pd pukul 2.20 ptg nanti. Sementara Jem, Fyzal & Manap pulak akan stay kat Sydney sampai 17 July nanti. Since kiteorg dah habis packing & kebetulan pulak pg tu Msia Hall akan adakan gotong-royong, kiteorg pun taknak la menyemak kat situ. So, dlm pukul 12 tgh hari, Azhar hantar kiteorg bertiga ke airport dgn kereta die. Kat airport, lepas check in, kiteorg merayau2 kejap. Then, bile dah tibe masenye, kiteorg pun berlepas balik ke KL. Slamat tinggal Sydney. Slamat tinggal Australia. Huhuh. Feeling la pulak. Kiteorg sampai kat KLIA pd waktu mlm. Since aku nak ke Melaka utk pergi ke kenduri kahwin Faizah & Bahij pd esoknye, aku pun terpakse le tumpang kereta Reza since die pun tinggal kat Melaka. Yg dtg jemput die kat KLIA ialah mak & 2 org adik die. Hehe. Segan btul aku. Lepas lepak kat rumah die utk dinner, Mas pun dtg jemput aku utk ke rumah die. Die bawak bersame Fairuz & Hakim. Aku takleh bermalam kat rumah Reza mlm tu sbb die nak ke KL pg esok. Taknak ah susahkan die.

Malaysia Hall, Sydney, Australia
Malaysia Hall, Sydney, Australia


Malaysia Hall, Sydney, Australia
Malaysia Hall, Sydney, Australia

Pengalaman selame 2 minggu kat Australia adalah sesuatu yg sangat berharge bagi diri aku. Bukan saje aku dpt banyak pengalaman2 baru, tapi aku jugak dpt merapatkan silaturrahim dgn cousin tiri aku yg jarang gile jumpe tu & jugak dpt berkenalan dgn Azhar. Kiteorg btul2 terhutang budi dgn dieorg yg banyak gile membantu kiteorg sepanjang kiteorg bersama dgn dieorg. Thanx a lot u guys. InsyaAllah kalau ade rezeki & mase, aku akan ke Australia lagi. Kali ni aku nak pergi tempat2 lain pulak spt Adelaide, Perth, Brisbane, Darwin & sebagainye. Australia ni mmg besar & menarik sebenarnye.

TAMAT. Nantikan kisah pengembaraan kiteorg kat SPAIN & PORTUGAL pulak lepas ni.

Read more...

SuMMeR aka WiNTeR iN DoWN uNDeR (BHG XIV)

>> Friday, March 17, 2006



Esoknye adalah hari terakhir Mas kat situ. Die akan naik flight MAS balik Msia pukul 2.20 ptg nanti. Die balik sehari awal dari aku, Ilyasak & Reza sbb die nak ke majlis akad nikah Faizah & Bahij iaitu member2 seuniversity die (University College Cork) yg akan berlangsung esoknye (15 July) kat Melaka. Faizah tu member aku jugak. Satu batch kat KMB dulu. Tapi aku malas la pulak nak tukar2 tarikh tiket. Lagipun, sempat je aku nak pergi kenduri kahwin die on 16 July. So, pd pukul 11.30 pg, Azhar pun pegi le hantar Mas ke airport.

Sementara tu, kiteorg yg lain ni keluar sendiri ke Sydney city centre. Kiteorg dah terror dah naik bus. Hehe. Kiteorg tak gi memane pun hari ni. Just shopping souvenir kat Paddy’s Market je. Paddy’s Market ni adalah market yg tertua & terkenal di Sydney. Ia dibina pd thn 1869 & terkenal kerana menjual barang2 yg murah terutamanye souvenir2. Banyak gile souvenir kiteorg beli kat sini. Kiteorg spend lebih kurang 5 jam kat dlm market ni. Hahah. Bayangkanlah. Mulenye ingat nak balik Msia Hall pukul 3.00 ptg utk jumpe Azhar sbb die nak bawak kiteorg ke Bondi beach, tapi last2, pukul 5.00 ptg baru sampai Msia Hall. Hari pun dah nak malam.

Paddy's Market, Sydney, Australia
Paddy's Market, Sydney, Australia


Dlm Paddy's Market, Sydney, Australia
Dlm Paddy's Market, Sydney, Australia

Mule2 tu ingatkan tak jadi nak pergi Bondi beach sbb dah malam. But then, since takde ape2 aktiviti mlm tu, kiteorg pun decided utk ke Bondi beach jugak mlm tu dgn menaiki bus. Kiteorg kene naik 3 bus utk ke sane. Agak jauh jugak la. Hampir sejam baru sampai. Tak ade ape2 pun kat situ sebenarnye. Just pantai je. Bondi beach ni adalah antara pantai2 yg glamer jugak la kat Sydney. So, rugi la kalau tak pergi kan. Jejakkan kaki kat pantai die pun dah cukup. Disebabkan rase lapar, kiteorg singgah makan kat Oporto, iaitu fast food restaurant yg halal. Kiteorg makan burger ayam. Lepas makan, kiteorg jalan2 kat shopping complex yg berdekatan. Lepas tu, kiteorg pun balik semule ke Msia Hall.

Kat Bondi Beach, Sydney, Australia
Kat Bondi Beach, Sydney, Australia


Dlm Restaurant Oporto Kat Bondi Beach, Sydney, Australia
Dlm Restaurant Oporto Kat Bondi Beach, Sydney, Australia


Kat Bondi Beach, Sydney, Australia
Kat Bondi Beach, Sydney, Australia


Kat Bondi Beach, Sydney, Australia
Kat Bondi Beach, Sydney, Australia

Bersambung...

Read more...

aNoTHeR GooDBYe...

>> Friday, March 10, 2006



Last year, tanggal 12 & 15 March 2005 adalah pemergian bebudak PMC UCD & RCSI tajaan JPA batch atas aku which are sebaya dgn aku pulang ke Malaysia for good utk menyambung clinical year dieorg kat Penang Medical College. This year pulak perkara yg sama berlaku kat bebudak PMC batch aku. Bebudak PMC RCSI tajaan JPA dah pun pulang ke Malaysia for good 1 March hari tu. Aku berkesempatan utk gi airport berjumpe dgn dieorg sebelum dieorg berlepas sbb aku tgh cuti time tu.

Bersama Mie (RCSI) kat Dublin Airport
Bersama Mie (RCSI) kat Dublin Airport


Bersama Palie & Yanie (RCSI) kat Dublin Airport
Bersama Palie & Yanie (RCSI) kat Dublin Airport


Bersama Sani & Anas (RCSI) kat Dublin Airport
Bersama Sani & Anas (RCSI) kat Dublin Airport

Bebucak PMC UCD tajaan JPA pulak pulang ke Malaysia for good tanggal 7 March hari tu. Flight dieorg dari Dublin ke London adalah pd pukul 5.50 ptg. Hari tu adelah hari Selase & hari kedua attachment aku kat Mater Hospital. Actually pd ptg tu aku kene mencari patient utk history taking & physical examination sbb aku kene buat presentation on Thursday nanti. Tapi since esok (Rabu) masih ada, aku pun terpakse beritahu groupmates aku yg aku terpakse balik awal hari tu & aku mintak dieorg carikan patient utk aku so that aku boleh interview patient tu esok. Heheh. Rase bersalah pulak aku. Tapi, demi bebudak PMC UCD yg nak balik ni, aku sanggup buat ape saje. Chewah. So, tepat kul 2 ptg, aku terus bergegas ke bus stand yg berdekatan utk ambik bus ke airport. Masuk2 je dlm bus, rupe2nye Zaid pun ade dlm bus tu. Mmg kebetulan gile la. Hahah. Kemut betul Zaid. Naik le teksi. Tapi barang2 die tak banyak sgt. So, kire ok la naik bus. Heh.

Agak kecoh jugak la suasana kat airport tu sbb barang2 budak2 ni kebanyakannye overlimit. So, ramai jugak la yg kene bayar utk extra weight. Heh. Part yg paling2 sedih adalah sewaktu dieorg masuk ke dlm utk security check. Time ni la segala adegan menangis & berpeluk2an berlaku. Huhuhuh. Sedih gile. Aku pun hampir menitiskan air mata sebenarnye. Berat hati nak melepaskan bebudak ni pergi.

Pemergian bebudak batch aku kali ni sebenarnye meninggalkan kesan yg lebih mendalam berbanding pemergian bebudak batch atas aku last year. Walaupun hampir kesemue bebudak batch aku ni muda sethn drp aku, tu bukanlah jurang pemisah. Kawan tetap kawan, tanpa mengira perbezaan umur. Actually, bagi aku, perasaaan org yg ditinggalkan lebih menyedihkan sebenarnye. Suasana di sekeliling same, tapi org yg kite slalu bersame dah takde. Bagi org2 yg meninggalkan pulak, semuenye akan berlainan & dieorg for sure akan berjaye adapt dgn kesemue perubahan tu, same spt sewaktu dieorg mule2 sampai di Dublin dulu. Hmmmm.

So, kat sini aku nak ambik kesempatan utk mengucapkan a few words kat bebudak PMC batch aku. Kpd current housemate (Zaid) & ex-housemates (Ed, Anas, Mustaza, Mie & Manap), halalkan makanan atau ape2 je hak korang yg aku ambik secare sengaje ataupun tak sengaje yek. Maafkan segale salah & silap aku sewaktu kite duduk sebumbung. Kalau aku ade pernah sakitkan hati korang, aku btul2 mintak maaf. Korang dah mcm family aku sendiri. Korang mmg housemates yg best. Kpd UCD Foundation Year mates (Ilyasak, Manap, Fazween, Faradisha, Aleya, Aishah, Sarah, Aik Hwa & Deborah), koranglah antara org yg paling lame aku kenal kat bumi Dublin ni. Thanx for the wonderful 3 1/2 years. I don't know how would I survive without you guys. You guys really coloured my life. Foundation Year mmg best gile. Really miss all the picnics we had that year. Heheh. Kpd UCD group mates (Farid, Aik Hwa, Zaihan, Edmond, Dela & Sabeha), korang mmg group mates yg best dari dissections, biochem practicals, hospital sessions, tutorials sampailah ke workshops. Thanx for being my companions.

Last but not least, kpd bebudak PMC UCD yg lain, korang sememangnye classmates yg best. Lepas ni makin kuranglah populasi Malaysian kat ET ni. Terpakse la aku beralih arah berkawan with all the mat sallehs pulak. Huhuhu. Kpd mereka yg aku jarang atau tak pernah bercakap, aku btul2 mintak maaf. Aku ni kan pemalu sikit. Heheh. Utk bebudak PMC RCSI, aku doakan korang all the best & thanx for being in Dublin. Walaupun aku tak brape kenal korang semue, tapi kewujudan korang tetap memeriahkan lagi kehidupan aku kat Dublin ni. Chewah.

So, ape2 pun, aku doakan semoga korang akan berjaye menyesuaikan diri kat Penang nanti & berjaye graduated as doctors, insyaAllah. Aku tak balik ke Malaysia summer tahun ni. Summer next year (2007) baru aku akan balik bercuti ke Malaysia. So, InsyaAllah aku akan lawat korang kat Penang summer 2007 nanti. Korang pun boleh je dtg rumah aku anytime korang nak. Parit Buntar dgn Penang dekat je. Tak sampai satu jam perjalanan dgn kereta. Bus Butterworth-Parit Buntar pun sejam je perjalanan. So, sile2 la datang ye.

Last buat not least, jgn lupe kat aku yek. Keep in touch slalu. Friendship never ends!!!

Bersama Kak Maz & Nurul sewaktu PMC Farewell Dinner
Bersama Kak Maz & Nurul sewaktu PMC Farewell Dinner


Bersama Ilyasak, Elle, Linie, Maz, Dela & Lina Sewaktu PMC Farewell Dinner
Bersama Ilyasak, Elle, Linie, Maz, Dela & Lina Sewaktu PMC Farewell Dinner


Bersama Foundation Year Mates Sewaktu PMC Farewell Dinner
Bersama Foundation Year Mates Sewaktu PMC Farewell Dinner


Bersama Foundation Year Mates (Kecuali Farid) Sewaktu PMC Farewell Dinner
Bersama Foundation Year Mates (Kecuali Farid) Sewaktu PMC Farewell Dinner


Bersama Zaid kat Dublin Airport
Bersama Zaid kat Dublin Airport


Bersama Ariff & Aleq kat Dublin Airport
Bersama Ariff & Aleq kat Dublin Airport


Bersama Farid & Manap kat Dublin Airport
Bersama Farid & Manap kat Dublin Airport


Bersama Kucop, Zaihan (Chong), Zaid & Elle kat Dublin Airport
Bersama Kucop, Zaihan (Chong), Zaid & Elle kat Dublin Airport

Read more...

SuMMeR aka WiNTeR iN DoWN uNDeR (BHG XIII)

>> Tuesday, March 07, 2006



Esoknye adalah hari utk memulangkan kereta2 yg kiteorg sewa. So aku, Reza, Mas & Azhar pun pergi ke Europcar office. Kiteorg agak terkejut bile org yg menguruskan hal pemulangan kereta tu telah mengesan kesan2 calar pd badan kereta yg berhampiran dgn tayar. Kiteorg yakin yg tu adalah kerana pukulan rantai yg kiteorg pasang semasa menaiki Snowy Mountains dulu. Tapi kiteorg cakap yg kiteorg taktau ape2. Kiteorg sendiri sebenarnye tak perasan langsung adanya kesan2 calar tu. Dua2 buah kereta pulak tu. Last2, kiteorg terpaksa bayar denda accidental damage sebanyak AU$330 dolar per car. So, setiap sorang kene bayar AU$80 la. Huhuhu. Aku bayarkan gune credit card aku dulu. Tu pun nasib baik le kiteorg ambik insurans. Kalau takde insurans, kiteorg terpakse bayar AU$2,000 per car. Mampos!! Huh. Syukur gile.

Time tu Jem & yg lain taktau lagi pasal denda tu. So, kiteorg plan nak kejutkan dieorg dgn menokok tambahkan cerita. Kiteorg pun cakap kat dieorg yg kiteorg kene bayar denda AU$2,000 per car. Semue muke pucat, terkejut. Hahaha. But last2 kiteorg tak sampai hati la pulak nak terus menipu. Kiteorg pun cerite le kisah yg sebenarnye. Baru la dieorg lega. Tu pun still sakit hati jugak la. Tak pasal2 je melayang AU$80 sorang. Sial punye rantai.

Lepas semue dah sejukkan hati, kiteorg pun keluar ke Sydney city dgn bus. Kiteorg ke Circular Quay. Hari ni kiteorg akan naik Captain Cook Cruise dari Circular Quay ke Darling Harbour. Ni adalah kali kedua kiteorg buat aktiviti seumpama tu. Sebelum naik cruise, aku, Mas, Reza, Ilyasak & Azhar berjalan ke Sydney Opera House kejap sbb kiteorg tak puas lagi bergambar kat situ. Hari ni adalah hari yg cerah gile. Lagi cantik drp hari tu. So, kiteorg pun bergambar sakan la kat situ. Sementara Jem, Fyzal & Manap pulak tunggu kiteorg kat jetty Circular Quay.

Opera House, Sydney, Australia
Opera House, Sydney, Australia


Harbour Bridge, Sydney, Australia
Harbour Bridge, Sydney, Australia


Sydney, Australia
Sydney, Australia

Bile dah puas bergambar, kiteorg pun naik le Captain Cook Cruise tu. Cruise tu menyusuri bawah Harbour Bridge. Tak berhenti2 kiteorg bergambar kat atas ferry tu. Cruise ni mengambil mase lebih sejam sebelum ia berlabuh kat Darling Harbour. Sesampainye kiteorg kat Darling Harbour, kiteorg semue turun kat situ kecuali Mas & Ilyasak. Dieorg turun kat tempat lain sbb Mas nak pegi jumpe uncle die kat bangunan ape tah. Uncle die menetap kat Sydney. Ilyasak pulak teringin sgt nak berkenalan dgn uncle Mas. Haha. Lantak die la. So, bile kiteorg dah turun kat Darling Harbour, kiteorg pun berjalan2 la kat situ lagi utk kali kedua. Mule2 kiteorg bergambar kat Chinese Garden. Chinese Garden ni dibina pd thn 1984. Ianya adalah hadiah drp bandar Guangdong di China kpd Sydney. Lepas bergambar kat situ, kiteorg ke Chinatown pulak. Bile dah boring jalan2, kiteorg pun balik semule ke Msia Hall. Tak lame lepas tu, Mas & Ilyasak pun balik.

Sewaktu Captain Cook Cruise, Sydney, Australia
Sewaktu Captain Cook Cruise, Sydney, Australia


Sewaktu Captain Cook Cruise, Sydney, Australia
Sewaktu Captain Cook Cruise, Sydney, Australia


Sewaktu Captain Cook Cruise, Sydney, Australia
Sewaktu Captain Cook Cruise, Sydney, Australia


Sewaktu Captain Cook Cruise, Sydney, Australia
Sewaktu Captain Cook Cruise, Sydney, Australia


Sewaktu Captain Cook Cruise, Sydney, Australia
Sewaktu Captain Cook Cruise, Sydney, Australia


Darling Harbour, Sydney, Australia
Darling Harbour, Sydney, Australia


Chinese Garden, Sydney, Australia
Chinese Garden, Sydney, Australia


Chinese Garden, Sydney, Australia
Chinese Garden, Sydney, Australia


Chinatown, Sydney, Australia
Chinatown, Sydney, Australia

Bersambung...

Read more...
HAKCIPTA TERPELIHARA © 2004-2011: Aku Sebutir Pasir

  © Free Blogger Templates Autumn Leaves by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP