Wednesday, June 09, 2010

KeMBaLi Ke MaLaYSia BuaT SeLaMa-LaMaNYa



Alhamdulillah. Aku telah meninggalkan bumi Dublin buat selama-lamanya tepat pada pukul 3.50 petang waktu tempatan Ireland pada hari Sabtu lepas (5 Jun 2010) & selamat tiba di Kuala Lumpur International Airport tepat jam 5.30 petang waktu tempatan Malaysia pada hari Ahad lepas (6 Jun 2010).

Aku sendiri tak dapat menggambarkan bagaimana perasaan aku meninggalkan bumi Dublin, bumi Ireland & bumi Eropah buat selama-lamanya. Hampir 8 tahun lamanya aku berada di sana. Terlalu banyak memori suka duka yang telah aku lalui. Dan terlalu banyak kenalan yang telah aku kenali. Semuanya itu sudah tentu akan terpahat dalam lembaran sejarah hidup aku sehingga ke akhir hayat aku. Bumi Dublin & bumi Ireland akan selalu berada di sudut yang istimewa dalam hati aku.


Selamat Tinggal Bumi Ireland & Bumi Dublin


Selamat Tinggal Bumi Eropah

Di bawah ini aku selitkan gambar-gambar saat-saat terakhir aku di Dublin Airport sebelum berlepas ke London & seterusnya ke Kuala Lumpur. Jutaan terima kasih tak terhingga aku ucapkan kepada adik-adik junior yang aku sayangi yang pernah menjadi housemates aku, iaitu Asrih, Thani, Amir, Syahir, Shamil & Abu Bakr kerana sudi menemani pemergian aku di Airport. Terharu rasanya. Walaupun airmata aku tak menitis, tetapi hati aku tetap sebak saat aku meninggalkan korang semua. Moga kita akan berjumpa lagi di Malaysia nanti. Bagi rakan-rakan & junior-junior lain yang masih lagi berjuang di bumi Ireland amnya & bumi Dublin khasnya, teruskan perjuangan kalian semua. InsyaAllah kita akan bertemu lagi di tanahair tercinta. :)


Bersama Abu Bakr, Asrih & Thani di Dublin Airport


Bersama Shamil, Amir, Thani & Syahir di Dublin Airport


Bersama Shamil, Amir, Thani, Asrih & Syahir di Dublin Airport


Bersama Shamil, Amir, Thani, Asrih & Abu Bakr di Dublin Airport

21 comments:

  1. okay2,
    akan open table sabtu ni.
    saper yang banje?

    ReplyDelete
  2. lamanya 8 tahun..selamat pulang dan berbakti pada keluarga :)

    ReplyDelete
  3. sebutir pasir yang dibentuk menjadi sejongkol emas, dan kini dia kembali ke tanah air.

    Selamat Berjuang~!!!

    ReplyDelete
  4. salam dr.jhaz..selamat kembali dan bertugas dimalaysia..kena posting kat mana..jangan lupa tulis pengalaman kerja pula...

    ReplyDelete
  5. slamat kembali....n berkhidmat kepada negara.

    ReplyDelete
  6. back for good..TAHNIAH~selamat berkhidmat~

    ReplyDelete
  7. "kepada warganegara Malaysia, selamat pulang ke tanahair.." kata seorang lead stewardess (dalam mimpi) kepada penumpang pesawat itu..

    ReplyDelete
  8. wlcm home...
    n slmt berbakti utk tnh air pla...

    ReplyDelete
  9. jhaz, nape blog safwanhusaini tu dah takde?

    ReplyDelete
  10. owh...ni geng kepochi yg bincangkan tajuk yg serupa tu kan dok? hihihihi :D

    ReplyDelete
  11. WELCOME HOME JHAZ,but please dont say goodbyes to any country.muslims must musafir and write all their lives.
    keep on writing!

    ReplyDelete