Monday, August 20, 2012

SaLaM KeMaaFaN & SaLaM aKHiR...



Sempena Hari Raya Aidifitri 1433H ni, saya nak memohon sejuta kemaafan daripada semua pembaca blog Aku Sebutir Pasir sekiranya saya ada terkasar bahasa sejak dari hari pertama blog ini ditubuhkan, iaitu pada bulan November 2004 sehinggalah ke hari ini.

Saya rasa entri yg bertarikh 31/7/2012 yg bertajuk MENJELANG PILIHANRAYA KE-13 yg sangat berbaur politik telah sedikit sebanyak menghiris hati ramai pihak terutamanya mereka yg pro-kerajaan. Ketahuilah bahawa ianya hanyalah luahan rasa hati saya & pandangan peribadi saya sahaja. Tak ada niat utk lukakan hati mana2 pembaca. Namun, ramai yang telah memberi kritikan2 negatif bahawa saya tidak reti bersyukur & telah menghabiskan duit rakyat utk melancong. Saya terima teguran tersebut. Mungkin saya berada di pihak yang salah, atau mungkin juga saya berada di pihak yang benar. Allah SWT sahaja yang Maha Mengetahui & biarlah Dia sahaja yang mengadili saya.

Akan tetapi, ketahuilah bahawa ianya sedikit sebanyak telah memberi kesan yang mendalam terhadap jiwa saya & telah menyebabkan saya berasa amat terkilan. Saya berasa seolah2 usaha saya sepanjang 8 tahun ini menceritakan pengalaman2 saya mengembara di dalam blog Aku Sebutir Pasir ini hanyalah sia2 belaka kerana ramai yg menganggap saya telah melakukan pembaziran duit rakyat yang sedikit sebanyak membuat saya berasa amat bersalah & berdosa. Cuma rakan2 terdekat saya sahaja yg memahami niat saya yang sebenar & mengetahui apa sebenarnya yang berlaku.

Oleh itu, saya telah berfikir panjang. Sebelum saya menambah dosa2 saya seperti yang didakwa oleh ramai orang, biarlah saya berhenti sahaja. Maka dengan ini, saya dengan berat hati ingin mengumumkan bahawa ini besar kemungkinan adalah entri terakhir saya dalam blog Aku Sebutir Pasir ni buat selama-lamanya. Saya berterima kasih sangat2 kepada mereka yg setia membaca blog ini selama 8 tahun blog ni hidup. Saya tahu penulisan saya tidak sehebat mana, tapi kalian masih sudi untuk membaca cerita2 saya. Saya betul2 berasa terharu & amat berterima kasih.

Segala pengalaman pengembaraan saya selepas ini hanya akan saya abadikan dalam gambar2 peribadi saya & perkongsian lisan bersama rakan2 terdekat sahaja. Mungkin juga akan saya ceritakan dalam laman Facebook fan saya.

Apa2 pun, perjuangan saya menegakkan keadilan tetap akan saya perjuangkan di laman Facebook saya..

Jadi, dengan ini, saya ingin mengucapkan SELAMAT TINGGAL & TERIMA KASIH... :)

45 comments:

  1. Mereka hanya tahu menilai yang tersurat namun mereka lupa apa yang tersirat. Jangan berputus asa kerana yang baik itu semuanya datang dariNYA..

    ReplyDelete
  2. Salam JHAZ,

    Saya rasa terkilan dgn keputusan yg dibuat......tetapi mungkin juga terbaik utk JHAZ.

    Thanks,

    Roseli-Saudi Arabia.

    ReplyDelete
  3. anda telah tewas dgn mereka!

    ReplyDelete
  4. Apa yang membazirnya pula. Duit "rakyat" tu dah disalurkan kepada kita, maka pandai-pandailah si penerima tu nak gunakan sebaik-baiknya.

    Kalau tak "membazir" dengan melancong, duit tu nanti "membazir" ke tempat lain juga macam beli PS3, XBox, dll.

    Satu je yang aku nak tambah, duit tu duit kerajaan == duit cukai rakyat. Bukan duit BN. Aku bayar cukai pendapatan tiap-tiap tahun kepada kerajaan Malaysia, bukannya kepada BN.

    Sesungguhnya kau tak berhutang pada BN, tapi berhutang pada seluruh rakyat Malaysia!

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum
    all the best to you JHAZ!
    biarlah org nak kata apa sbb Allah je yg boleh nilai.
    kita sama2 mintak ampun dgn allah.
    moga2 di beri petunjuk insyaallah.

    al qiyamah:14
    bahkan manusia menjadi saksi atas dirinya sendiri
    (mulut, mata, tangan, kaki, akal akan menajdi saksi terhadap apa yang mereka telah lakukan)

    moga menajadi peringatan untuk saya jugak:)

    ReplyDelete
  6. laaaaa..doktor, xkanlah benda macam ni terjadi sampai nak off blog..saya nak tahu cerita yang baru yang best2 pasal doktor..hurmmmm..dah lama saya tak tengok blog n baca blog doktor..tahu2 doktor nak tutup blog ni.. ;(

    ReplyDelete
  7. apepun pilhla y terbaik agar dok bahagia..jgn terus menerus usahakan ape y mmbuatkn dri dia xbahagia..good luck..

    ReplyDelete
  8. Aku ni pembayar cukai lg rasa membazir bayar kat kerajaan bn yg guna duit utk kepentingan parti...aku lg rela bg duit kat ko utk mengembara utk menimba ilmu yg x mungkin dpt di universiti...apa pon aku doakan yg terbaik bg ko...aku silent reader...adiossss...

    ReplyDelete
  9. Saya minta Dr tarik balik keputusan utk berhentikan blog ini.

    Teruskan menulis dan hantarkan kisah2 yg menarik di blog ini.

    Saya setuju dgn pandangan Pembayar Cukai pada baris 1 & 2.

    ReplyDelete
  10. Teruskan usaha yang baik..cabaran akan datang di mana jua anda berada..

    ReplyDelete
  11. JHAZ

    Saya rasa tak perlu tutup blog nii.. JANGAN MENGALAH DENGAN KOMEN2 NEGATIF TUU... Untuk jaga hati semua orang lepas ni JHAZ tak perlu posting entry yg kontrovesi. JHAZ sebenarnya tidaak bersalah kerana meluahkkan apa terbuku dihati. Masyarakat sepatut lebih profesional. selamat maju jaya

    ReplyDelete
  12. Selamat Hari Raya ,Maaf Zahir Batin .

    Tak payah berenti, ramai lagi yang sudi membaca blog ni , I ingat your blog was among the first that I read starting from 2006 , I read the whole entries and I love them all , duit tu kalau dah ada dalam poket kita, kita yang punya , jadi, terpulang bagaimana kita menggunakannya..cuba tanya semua yang berpeluang tinggal/belajar di luar negara .... pernah tak mereka melancong .. sudah tentu kalau mereka kata tak pernah ....alangkah ruginya mereka, peluang tak datang selalu .....so, please don't stop blogging ...tell us more about your experience travelling to the entire Europe and other countries .

    See you around doc .

    ReplyDelete
  13. atas tu makcik silversarina yang komen , tertekan anon pulak .

    ReplyDelete
  14. Asaalam dan selamat hari raya idulfitri
    jangan kerana segelintir org yg tak suka anda nak berhenti menulis.....penulisan doktor, pengemberaan doktor sebenarnya satu cara doktor menggunakan peluang yg telah diberi untuk menimba dan berkongsi pengetahuan dan pengalaman dengan orang ramai.....jika doktor berhenti menulis seolah-olah doktor membenarkan apa yg mereka kata....bukan doktor seorang berjalan2 semasa berpeluang belajar di luar negara....ramai org lain pelajar lain yg berbuat yg sama...cuma mereka kedekut tak kongsi pengalaman tersebut dengan org lain yg tak merasa peluang berjalan sedemikin. Selamat bertugas dgn penuh dedikasi dan teruskan menulis apa sahaja yg dirasakan baik utk dikongsi bersama.....

    ReplyDelete
  15. Salam, jhaz, apepun aku support ko walau apa keputusan yang ko buat. Sorry sangat2 bila diperlukan, kebanyakan kami pembaca tidak menyokong atau backing ko semasa diperlukan, bila ko decide nak tutup pula berbondong2 kitorang tak bagi ko tutup blog. Nampak tak berapa betul. Terima kasih atas segala curahan ilmu dan pengalaman. p/s: ko boleh je hide dulu, nanti 10 tahun akan datang ke ko bukak balik, takpun bula BN dah kalah haha,.

    ReplyDelete
  16. salam doktor...jangan berhenti menulis.abaikan kata2 negatif org2 itu

    ReplyDelete
  17. Nama pun blog jhaz... Mmg la open for discussion and comments. Kalo x sanggup nak go through all these tutup jer la. Tapi kalo ko rasa ko penulis tegar, take up the challenge and go ahead with it. Baru satu entry orang dah comment bertubi2.. Ko dah nak mengalah?

    Ko kan selalu tulis semuanya datang dari Allah, kalo Allah nak uji ko dgn semua nih dan ko x mampu nak galas.. Tutup jer lah.. Tapi kalo ko take it positively and reflect it upon yourself... Ada hikmahnya Jhaz.. Peace

    ReplyDelete
  18. Salam, Doc.
    Selamat Hari Raya.

    Please don't give up and be a quitter. You have inspired many people, myself included with your experiences in studying abroad and your traveling.

    I'm one of your loyal follower. Please, continue writing because you have the talent and sharing is caring!

    Looking forward to your posts, doc. Keep up the good work!

    ReplyDelete
  19. OK... thanx for all the comments... Alhamdulillah, kebanyakannya adalah komen2 positif yg meminta saya menimbang semula keputusan saya utk berhenti menulis.. saya amat2 terharu & hargai usaha anda..

    sebenarnya, ini bukanlah kali pertama saya menerima kritikan2 negatif tentang aktiviti2 saya mengembara dgn menggunakan duit elaun JPA.. tapi dah lama dah sebenarnya.. sejak awal2 blog ni ditubuhkan lagi.. cuma saya tak bangkitkan je sbb waktu tu semangat saya masih kuat berkobar2.. jadi isu ni sebenarnya bukanlah isu yg baru..

    saya akui yg saya mmg sayang teramat sangat dgn blog ni & juga anda semua yg banyak memberi sokongan selama 8 tahun blog ni wujud.. blog ni dah jadi sebahagian drp hidup saya.. sudah semestinyalah saya tersangat2 berat hati nak berhenti menulis..

    akan tetapi, seperti yg kita maklumi, segala yg bermula pasti akan berakhir.. jadi saya rasakan biarlah saya berhenti setakat ini dahulu.. selain daripada faktor kritikan yg saya terima, saya juga rasakan tak begitu banyak yg boleh saya ceritakan di dalam blog ini lagi memandangkan saya amat sibuk dengan kerja saya & tak begitu byk masa saya dpt luangkan masa utk menulis..

    lagipun saya sekarang lebih aktif dalam facebook & kurang menumpukan perhatian kpd blog.. jadi, kpd mereka yg masih mahu keep in touch dgn saya, boleh la like "jhaz kitaro fc".. saya mmg slalu update status & upload gambar2 terkini saya di situ...

    kebarangkalian utk blog ini kembali aktif sebenarnya masih ada.. akan tetapi, bukanlah dalam masa terdekat ni.. insyaAllah apabila isu tentang penyalahgunaan elaun utk mengembara tu sudah redha & apabila hati saya sudah terbuka utk menulis kembali, saya akan aktif semula.. insyaAllah..

    buat masa skarang, saya harap anda semua dapat menghormati keputusan saya utk berhenti menulis.. akan tetapi, pengunduran saya ini bukan bererti saya mengalah... saya tetap dgn pendirian saya menegakkan keadilan terhadap diri saya & juga keadilan terhadap semua org..

    ReplyDelete
  20. alamak..jangan stop....blog best .....sayang kalau tutup...

    ReplyDelete
  21. kita kena berjiwa besar doc..tak kan kerana dua tiga ekor tak sebulu dgn kita..doc berpatah hati.

    ReplyDelete
  22. jauh perjalanan..luas pemikiran!!!biarkan lah mereka yang sempit fikiran berada dalam dunia mereka tersendiri!!
    keep on writing anytime anywhere!!

    ReplyDelete
  23. Saya berdoa kepada Allah semoga hati Dr sentiasa terbuka untuk menulis di blog ini. Saya juga berdoa semoga Dr mempunyai masa untuk menulis di blog ini.

    Negara kita memerlukan para cendiakawan, ilmuan dan cerdik pandai. Mengapa tidak curahkan ilmu di dada itu kepada masyarakat dengan cara menulis di blog ini. Ini adalah satu cara baik utk membalas jasa kpd bangsa & negara kan?

    Dr, saya juga pernah belajar di luar negara selama lebih 8 tahun, semuanya menggunakan duit biasiswa: JPA dan universiti. Saya juga mengembara ke merata-rata tempat ketika cuti universiti. Ribuan pelajar/pemegang biasiswa juga begitu. Tapi kami tidak rasa bersalah pun. Tidak pernah pula menganggap kami menghabiskan duit rakyat. TIDAK! Di dalam perjanjian JPA tidak pula menyatakan bahawa, jangan melancong. Tak pernah! Yang dinyatakan ialah pemegang biasiswa kena berkhidmat dengan negara/kerajaan selepas tamat belajar utk jangka masa tertentu, jangan buat jenayah, jangan menfitnah negara & agama. Tak sebutpun jangan makan angin. Duit biasiswa yang diberi adalah hak pemilik biasiswa, diberikan kerana kelayakan mereka. Jadi terpulang kepada pemegangnya utk membelanjakannya mengikut cara sendiri. You have studied hard & you scored. You got A1 for all the subjects. You deserved that!

    Sekali lagi saya merayu Dr jangan tutup blog ini. Berjuanglah dgn mata pena. Pena itu lebih tajam daripada mata pedang.

    ReplyDelete
  24. ok doc.
    mintak maaf salah silap juga.

    apa pun keputusan - pilih yang terbaek...

    fikir sebelum bertindak...

    ReplyDelete
  25. Doc, take it as positive...
    :-)

    btw, to all...
    Hayati senikata lagu ne:

    Setiap manusia pasti punya
    Pemikiran yang saling berbeza
    Tapi janganlah cuba untuk memaksa
    Yang lain jika tidak sekata

    Usah taksub tafsiran sendiri
    Pandanglah dari sudut yang lain
    Mungkin ada benarnya kata mereka
    Andainya berfikiran terbuka

    Renungkanlah bersama

    Habibi janganlah membenci
    Hentikan dari saling menyakiti
    Habibi hanya jikalau bersatu
    Umahmu akan lebih maju

    Temanku bersalamlah selalu
    Hormati mereka disekelilingmu

    Temanku marilah kita bersama
    Menjadi pejuang agama

    Tak perlu meninggikan suara
    Untuk meluah apa dirasa

    Kerana lantang itu bukannya bermakna
    Katamu menjadi lebih benar

    ReplyDelete
  26. lohhh... baru nk layan blog ni dah nk tutup pulak dahh...

    ReplyDelete
  27. Assalamualaikum.. bro JHAZ.. memang itu hak bro nak tutup atau tidak.. but percaya lah sebab dari blog ni juga ramai anak2 muda malaysia dah mula mengembara just sebab baca blog ni.. semangat berkobar2 nak mengembara nak luaskan pandangan dan fikiran.. dan kalau bro tutup blog ni abis la hilang semangat orang yang baru nak mengembara..
    saya pun seorang traveler dan ada cita2 nak pecah kan rekod bro JHAZ... setiap kali baca mesti tambah semangat.. dan banyak juga amik info dari blog ni.. so please la jgn tutup blog ni.. ia satu harta bagi setiap traveler.. abai kan lah kritikan murah tu..

    ReplyDelete
  28. ASW.. saya baru jumpa blog ni dah nak tutup..

    Usah ada rasa kecewa kelak tumpul tekad di hati..

    Jgn terpedaya dgn pandangan mata, jgn terpedaya dgn pendengaran telinga, jgn terpedaya dgn keenakan rasa dan jgn terpedaya dgn keharuman yg menusuk hidung mu..

    Kenapa tidak kita juga nilai apa yg sebaliknya..

    Semoga kita dpt mensyukuri segala pemberianNya..

    p/s: pesan org tua.. jgn menconteng di atas tapak tangan!! Di situ ada rahsiaNya..

    ReplyDelete
  29. buy a [URL=http://www.louis--vuitton-outlet.com/]louis vuitton outlet[/URL] online shopping VydSMGut [URL=http://www.louis--vuitton-outlet.com/ ] http://www.louis--vuitton-outlet.com/ [/URL]

    ReplyDelete
  30. order an [URL=http://e--store.com/]lv online[/URL] for more detail Mflgehhy [URL=http://e--store.com/ ] http://e--store.com/ [/URL]

    ReplyDelete
  31. There are others, namely King and Steller's Eiders in the Sea Ducks families, other Diving Ducks are freshwater species. [url=http://www.vanessasac.com]vanessa bruno cuir[/url] It has a distinctive blue clipper as a symbol, the original drawn by Tony Hart.. You'll find dump stations at each campground. So make sure you know how your dog will react when you put the shoes on.
    In September 2004, we became 100% hand crafted with no imports. [url=http://www.icanadagooseca.com]canada goose jackets[/url] Internet has become a Life Line For todays generation. [url=http://officialcanadagoosesoutlet.ca]canada goose parka sale[/url]
    [url=http://flyballbags.com]canada goose chilliwack[/url] Though Louboutin faced significantly opposition following his decision to leave school so early, he claims that his resolve was strengthened after watching an interview on TV with Sophia Loren in which she introduced her sister, saying she had to leave school when she was only 12 but when she turned 50 she got her degree. [url=http://www.onlinebeatsbydreoutlet.com]beats by dre ibeats fake[/url]

    ReplyDelete
  32. must check KxGrxLuZ [URL=http://www.chanel--online-shop.net/]discount chanel bags[/URL] to your friends oeAXFJfT [URL=http://www.chanel--online-shop.net/ ] http://www.chanel--online-shop.net/ [/URL]

    ReplyDelete
  33. sell suPbvWPg [URL=]replica wallets[/URL] to take huge discount BNJkfauT [URL= ] [/URL]

    ReplyDelete
  34. you love this? [URL=http://guccioutletonline.clammo.com/]gucci outlet online[/URL] to your friends cWKkrnHb [URL=http://guccioutletonline.clammo.com/ ] http://guccioutletonline.clammo.com/ [/URL]

    ReplyDelete
  35. check this link, [URL=http://burberrytrenchcoat5.wordpress.com/]burberry outlet[/URL] at my estore PGlCKSIo [URL=http://burberrytrenchcoat5.wordpress.com/ ] http://burberrytrenchcoat5.wordpress.com/ [/URL]

    ReplyDelete
  36. Hello. And Bye. Thank you very much.

    ReplyDelete
  37. Hello. And Bye. Thank you very much.

    ReplyDelete
  38. Hello. And Bye. Thank you very much.

    ReplyDelete
  39. Hello. And Bye. Thank you very much.

    ReplyDelete
  40. valium without prescriptions valium side effects canine - valium for sale in dublin

    ReplyDelete
  41. valium anxiety drug test facts valium - effects of valium with alcohol

    ReplyDelete
  42. buy best DnyuuEFk [URL=http://www.cheapdesigner--handbags.weebly.com/]fake designer bags[/URL] to get new coupon XgOhNMgV [URL=http://www.cheapdesigner--handbags.weebly.com/ ] http://www.cheapdesigner--handbags.weebly.com/ [/URL]

    ReplyDelete
  43. Ever wanted to get free Google+ Circles?
    Did you know you can get them AUTOMATICALLY AND ABSOLUTELY FREE by using Add Me Fast?

    ReplyDelete