TaiPiNG BaNDaR WaRiSaN..

>> Saturday, December 31, 2011



OK. Ni adalah entry ulangan. Sengaja aku repost semula bagi sesiapa yg belum membacanya. Dalam entry ni, aku nak cerita tentang bandar Taiping, bandar tempat aku bekerja. Pejam celik, pejam celik, dah lebih setahun aku bekerja kat sini.

Taiping sememangnya amat dekat dgn hati aku sejak kecik lagi. Ini kerana tempat tinggal aku (Parit Buntar) terletak agak berdekatan dgn Taiping. Lebih kurang sejam perjalanan dgn menaiki kereta. Aku & aku keluarga aku amat kerap berkunjung ke Taiping sama ada utk membeli-belah atau sekadar utk berjalan2 makan angin. Aku jugak pernah belajar di MRSM TAIPING selama 2 tahun (1998-1999), iaitu sewaktu di Tingkatan Empat & Lima. MRSM Taiping la yg menjadi batu loncatan bagi aku utk melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di luar negara (Ireland). Jika aku tidak belajar di situ, mungkin agak mustahil utk aku ke luar negara. Disebabkan itulah aku memohon utk bekerja di Hospital Taiping. Aku ingin menghidupkan kembali nostalgia lama aku di sini. Taiping sesungguhnya amat istimewa dlm diri aku.


MRSM Taiping


MRSM Taiping

Taiping atau nama lamanya, Klian Pauh terletak di dalam daerah Larut, Matang & Selama & merupakan ibu daerah tersebut. Dengan jumlah penduduk seramai 200,000 orang, Taiping adalah bandar kedua terbesar dalam negeri Perak, selepas Ipoh. Taiping pernah menjadi ibu negeri Perak mulai tahun 1876, menggantikan Kuala Kangsar ketika era kegemilangannya sebagai pusat perlombongan bijih timah sewaktu di bawah pemerintahan British. Fungsinya sebagai ibu negeri walau bagaimanapun berakhir pada tahun 1937 selepas Ipoh dinobatkan sebagai ibu negeri Perak yang baru & kekal sehingga ke hari ini. Perusahaan perlombongan bijih timah seterusnya tertumpu di Ipoh & fungsi Taiping sebagai pusat perlombongan bijih timah utama semakin merosot akibat sumber galian tersebut yang semakin habis.


Kedudukan Taiping dalam peta negeri Perak

Di bawah pemerintahan British, banyak infrastruktur telah dibina. Kebanyakannya adalah yang pertama dibina seumpamanya dalam seluruh Semenanjung Malaysia. Disebabkan itulah bandar ini digelar 'Bandar Warisan'. Antara infrastruktur2 tersebut ialah:
a) landasan keretapi pertama di Malaysia: Taiping-Kuala Sepetang (Port Weld)
b) stesen keretapi pertama di Malaysia: Stesen Keretapi Taiping
c) resort tanah tinggi pertama di Malaysia: Bukit Larut (Maxwell Hill)
d) pelabuhan pertama di Malaysia: Kuala Sepetang (Port Weld)
e) taman tasik buatan pertama di Malaysia: Taman Tasik Taiping
f) hospital pertama di Malaysia: Hospital Taiping
g) muzium pertama di Malaysia: Muzium Perak, Taiping
h) bangunan pasar pertama di Malaysia: Pasar Taiping
i) penjara pertama di Malaysia: Penjara Taiping
j) menara jam pertama di Malaysia: Menara jam Taiping
k) lapangan terbang pertama di Malaysia: Lapangan Terbang Tekah, Taiping
l) zoo pertama di Malaysia: Zoo Taiping & Night Safari


Stesen Keretapi Taiping (stesen keretapi pertama di Malaysia)


Hospital Taiping (hospital pertama di Malaysia)


Pasar Taiping (bangunan pasar pertama di Malaysia)


Penjara Taiping (penjara pertama di Malaysia)


Menara jam Taiping (menara jam pertama di Malaysia)


Lapangan Terbang Tekah, Taiping (lapangan terbang pertama di Malaysia)

Bandar Taiping adalah bandar yang paling lembap di Semenanjung Malaysia atau dalam erti kata lain, bandar yang menerima jumlah hujan yang paling banyak di seluruh Semenanjung Malaysia. Purata hujan tahunan di seluruh Semenanjung Malaysia ialah 2,000-2,500mm setahun, sementara purata hujan tahunan di Taiping sahaja ialah 4,000mm setahun. Disebabkan itulah suhu di sini agak rendah berbanding suhu di bandar2 lain di Semenanjung Malaysia. Hujan memang kerapkali turun di sini.

Taiping sememangnya amat sesuai & terkenal utk aktiviti riadah seisi keluarga. Antara tempat2 yg boleh dilawati di sini ialah Taman Tasik Taiping, Bukit Larut, Zoo Taiping & Night Safari & Muzium Perak.

Taman Tasik Taiping yang seluas 64 hektar adalah tasik buatan pertama di Malaysia. Ia pada mulanya merupakan kawasan perlombongan bijih timah pada kurun ke-19, ketika era pemerintahan British. Selepas kegiatan bijih timah semakin merosot akibat kehabisan sumber galian tersebut, kawasan ini mula dijadikan kawasan rekreasi utk orang awam pada tahun 1880 & kekal sehingga hari ini. Yang menjadikan kawasan taman tasik ini unik berbanding taman2 tasik lain di seluruh Malaysia adalah dengan kehadiran pohon2 angsana di Jalan Residensi di sekeliling taman tasik tersebut. Dahan pohon2 tersebut yang mencecah permukaan air tasik seolah2 seperti membumbungi jalanraya tersebut. Cantik sangat. Pemandangan seperti ini tidak didapati di tempat2 lain di seluruh dunia. Taman tasik ini pernah menjadi lokasi shooting beberapa filem tempatan seperti filem Hapuslah Air Matamu, Azura & Sepi.


Taman Tasik Taiping (taman tasik buatan pertama di Malaysia)


Taman Tasik Taiping


Taman Tasik Taiping


Taman Tasik Taiping



Taman Tasik Taiping


Taman Tasik Taiping


Taman Tasik Taiping


Taman Tasik Taiping


Taman Tasik Taiping


Taman Tasik Taiping


Taman Tasik Taiping


Taman Tasik Taiping


Taman Tasik Taiping


Taman Tasik Taiping


Taman Tasik Taiping

Bukit Larut atau nama lamanya, Maxwell Hill pulak adalah resort tanah tinggi yang pertama di Malaysia. Ianya mula dibuka pada tahun 1884. Ketinggiannya ialah 1,250 meter dari paras laut. Kawasan resort ini dihiasi dgn rumah2 banglo senibina Inggeris & juga taman2 bunga. Kawasannya tidaklah semaju Cameron Highlands & Genting Highlands. Disebabkan itulah suhu di kawasan peranginan ini masih kekal sejuk sama seperti dahulu. Untuk ke kawasan peranginan Bukit Larut, para pelancong tidak dibenarkan menaiki kenderaan sendiri, sebaliknya menaiki land rover yang dibawa oleh pemandu2 di kaki bukit tersebut. Ramai jugak orang2 tempatan yg mendaki bukit ini selama 3-5 jam. Senaman yang bagus utk badan. Heheh.


Bukit Larut (resort tanah tinggi pertama di Malaysia)


Bukit Larut

Zoo Taiping & Night Safari yang seluas 34 ekar yang terletak berdekatan dgn Taman Tasik Taiping mula dibuka pada tahun 1961 & merupakan zoo yang pertama di Malaysia. Ia juga adalah satu2nya zoo yang terdapat di bahagian Utara Semenanjung Malaysia. Disebabkan itulah zoo ini menerima kunjungan pelancong yg begitu ramai sekali. Di dalamnya terdapat 1,300 ekor haiwan daripada 180 spesis.


Zoo Taiping & Night Safari (zoo pertama di Malaysia)

Perak Muzium di Taiping terletak berdekatan dgn Penjara Taiping. Muzium ini dibuka pada tahun 1883 & merupakan muzium yang pertama di Malaysia. Ia menyimpan & mempamerkan ratusan khazanah berharga negeri Perak. Senibina bangunannya mempamerkan senibina kolonial British yang sangat cantik & unik. Selain Muzium Perak, terdapat banyak lagi bangunan2 tinggalan British yang terdapat di bandar ini yang cantik2 kesemuanya.


Muzium Perak, Taiping (muzium pertama di Malaysia)


Antara bangunan tinggalan British di Taiping

Selain itu, terdapat beberapa lagi tempat2 tumpuan yang lain di dalam bandar Taiping. Antaranya ialah Medan Selera Padang Sarkas yang terletak bersebelahan dgn Balai Bomba. Medan selera ini dikenali sebagai 'Bomba' oleh penduduk tempatan. Yong Tau Foo yang dijual di sini adalah antara yang paling sedap di seluruh Malaysia. Sesiapa yang berkunjung ke Taiping tidak lengkap kunjungannya kalau tidak merasa Yong Tau Foo Taiping yang amat terkenal.


Yong Tau Foo Taiping

Taiping Sentral adalah pusat membeli belah yang utama di bandar Taiping. Ia sebenarnya baru sahaja dibina 2 tahun lepas. Terletak bersebelahan dengan TESCO, kedua2 kompleks membeli-belah ini menjadi tumpuan utama penduduk tempatan utk bersosial. Sekolah2 yang terkenal di bandar ini pulak ialah MRSM Taiping, Sekolah Menengah Sains Raja Tun Azlan Shah (SERATAS) & SMK King Edward VII.


Taiping Sentral & TESCO Taiping

Itu sahajalah yang aku nak ceritakan tentang bandar Taiping. Harap2 korang semua akan berminat utk berkunjung ke sini. Tak rugi datang sini. Sesiapa yang datang berkunjung ke sini selalunya akan jatuh hati dgn bandar ini & akan datang lagi ke sini berulangkali utk menikmati keindahan bandar ini terutama sekali taman tasiknya yang sangat cantik. Sesiapa yang berhajat nak berkunjung ke sini, contact2 la aku. Mana tahu, kot2 aku free hari tu. Boleh aku bawak korang jalan2 keliling Taiping. :)

22 buah komen:

Naramas Aman Saturday, December 31, 2011 5:59:00 PM GMT+08:00  

Good info. Kali terakhir saya di Tpg ialah 20 Dec 2011. Taiping masih cantik.

nabila azmi Sunday, January 1, 2012 1:33:00 PM GMT+08:00  

hehe..sy suke sgt3333 entry nih..sebab skg sy duduk taiping=)=)....selmat thun baru awk=)

cahayachenta Sunday, January 1, 2012 3:06:00 PM GMT+08:00  

taiping mmg best...
bangga menjadi org taiping...
walau kat mana pun tercampak, tapi hati masih di taiping...
walaupun taiping tak la semaju di shah alam, mahupun kl, tapi ada something di sini yg membuatkan hati sentiasa terpaut di sini

Anonymous Thursday, January 5, 2012 1:08:00 PM GMT+08:00  

salam jhaz,
dulu masa Kahuna blaja seratas hmpir setiap bulan kami ke taiping dan mesti lalu taman tasek yg cantik tuh; la ni dah jarang2....Dtg umah kami di cheras bila2 ke KL ye jhaz

- Yohanis - harap masih ingat lg hehe..

Lisa Hz Saturday, January 7, 2012 8:54:00 PM GMT+08:00  

assalam abg jhaz..

im lisa, junior pkpix kt taiping. xtaula cam ke idak sy ni. hehe. da lama follow blog sebutir pasir ni =)

thx for this wonderful entry. feb or march nnt mmg da plan - taiping road trip insyaAllah. dh lama mengidam yong tau foo bomba.. huhu.

mama ju, Monday, January 9, 2012 6:52:00 PM GMT+08:00  

Aslkm jhaz

Apa kabar?.
hehe tambahlah satu lagi sejarah Taiping...kawin dgn org Taiping!

maaf.tk

AHAR Wednesday, January 18, 2012 3:28:00 PM GMT+08:00  

Wonderful views of Taiping indeed! My hometown was in Taiping too. And now, i'm in Parit Buntar. I deliver my 2nd baby in Taiping Hospital, c-sec labour under Dr Norlia (O&G specialist).

NEKCIK Tuesday, January 24, 2012 2:41:00 PM GMT+08:00  

askm Doc..Nekcik akan gi umrah 15/2 ni..dan akan bermalam di Turki 3 malam..mmg nekcik teringin sangat menghayati masjid masjid di sana..insyaallah

Ellia Qistina. Monday, January 30, 2012 4:30:00 PM GMT+08:00  

salam saudara. mcm mne sy nk bykkan followers sy.. ni blog saya..

elliakisstyna.blogspot.com

Hidayah Maznan Sunday, February 5, 2012 7:39:00 PM GMT+08:00  

salam..nice pics, nice entry! My hometown was in Taiping too..btw, im ur new follower :))

http://stereohearts90.blogspot.com/

Anonymous Thursday, February 9, 2012 9:21:00 AM GMT+08:00  

saya pun suka taiping walau langsung takde kaitan pun, kalau nak berhijrah, taiping ada dalam list paling atas...:)

Sky Before Pinky Friday, February 10, 2012 3:00:00 PM GMT+08:00  

wah..p taiping pulak ye... G menara condong ada tak? kata kat perak..ehehe..

isa hasan Monday, February 20, 2012 8:47:00 PM GMT+08:00  

Assalam Doc, selalu siggah kat blog ni, entry kali ni, membuatkan saya rasa nak ke Taiping... InsyaaAllah, ada rezeki, saya nak kesana satu hari nanti...
seronok baca pengalaman doc g travel..

HAKCIPTA TERPELIHARA © 2004-2011: Aku Sebutir Pasir

  © Free Blogger Templates Autumn Leaves by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP